1bestarinet Sprm Siasat 30 Saksi Pertimbang Panggil Mahdzir Muhyiddin


malaysiakini.com
Hariz Mohd
Diterbitkan: Oct 9, 2024 12:24 PM
SPRM sedang mempertimbangkan untuk memanggil bekas Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid bagi membantu siasatan kes 1BestariNet yang membabitkan sebuah syarikat yang dilantik oleh kementerian untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 8,000 sekolah didakwa membuat tuntutan palsu.

Menurut sumber yang rapat dengan siasatan itu, nama Mahdzir adalah antara dalam senarai penyiasat selain bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Itu la, orang kata Muhyiddin saja, sebenaranya bukan hanya tertumpu kepada (zaman) Muhyiddin saja.

“Orang lupa tentang Mahdzir Khalid, dia pernah menjadi menteri pelajaran selepas Muhyiddin dipecat. Jadi, dia memutuskan untuk meneruskan projek ini.

"Jadi ada dua bekas menteri yang kami cadang untuk panggil kemudian, kalau ada keperluan. Kerana menteri adalah orang yang memutuskan perkara dasar," kata sumber itu, yang enggan namanya didedahkan.

SPRM baru-baru ini melancarkan siasatan ke atas projek 1BestariNet yang dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan kepada YTL Communications Sdn Bhd pada 2011 atas dakwaan pembayaran untuk tuntutan palsu.

Program RM4.47 bilion itu, yang dianugerahkan melalui tender terbuka, bertujuan untuk melengkapkan lebih 10,000 sekolah di seluruh negara dengan perkhidmatan jalur lebar dan mewujudkan persekitaran bilik darjah maya.

Muhyiddin adalah menteri pendidikan ketika itu di bawah pentadbiran Najib Razak.

Sejak siasatan itu dimulakan, SPRM telah merekodkan kenyataan bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik yang memutuskan untuk menghentikan projek itu selepas dia memegang jawatan berkenaan pada 2018.

Agensi anti rasuah itu juga telah menyerbu pejabat YTL dan sebuah pejabat kerajaan, kedua-duanya di Kuala Lumpur.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi berkata dia tidak menolak kemungkinan pihaknya akan memanggil Mahdzir dan Muhyiddin untuk merekodkan kenyataan mereka berhubung kes itu.

Katanya, suruhanjaya itu mahu menganalisis semua bukti yang mereka kumpul terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada untuk memanggil bekas menteri itu ataupun sebaliknya.

Ditanya maklumat terkini kes itu, Azam berkata penyiasat SPRM sedang berusaha untuk mengesahkan tuntutan bulanan yang dibuat oleh syarikat tersebut.

Menurut ketua pesuruhjaya itu, pegawainya telah melawat beberapa sekolah setakat ini untuk menyemak sama ada perkhidmatan telah disampaikan seperti yang didakwa oleh syarikat itu ataupun tidak.

Seperti yang ditunjukkan oleh sumber kepada Malaysiakini, difahamkan antara aspek yang diteliti SPRM ialah syarat kontrak untuk syarikat berkenaan membina menara transmisi di setiap sekolah.

Azam berkata siasatan dijangka meliputi "sebanyak mungkin sekolah". Dia menganggarkan proses itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa bulan, memetik SPRM mempunyai bilangan pegawai yang terhad dan proses penelitian yang terbabit.

“Sehingga minggu lalu, kita telah merekodkan keterangan sekurang-kurangnya 30 saksi termasuk pegawai Kementerian Pendidikan, kakitangan syarikat dan lain-lain.

“Antara cabaran yang kita hadapi ialah berjumpa dengan pegawai menteri yang terlibat dalam mengendalikan proses perolehan projek itu, kerana ramai daripada mereka telah bersara.

"Kami juga sedang menunggu beberapa lagi dokumen daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan," katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/1bestarinet-sprm-siasat-30-saksi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes 1bestarinet Sprm Akan Panggil Muhyiddin Mahdzir Respon Mahdzir

Kes 1bestarinet Sprm Akan Panggil Muhyiddin Mahdzir Respon Mahdzir

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 303 hits
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia ingin menjelaskan bahawa siasatan yang dijalankan terhadap YTL Communications Sdn Bhd membabitkan tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan bernilai RM4 07 bilion adalah bersifat telus adi...
Habislah Abahcow Sprm Panggil Dr Maszlee Kongsi Maklumat 1bestarinet

Habislah Abahcow Sprm Panggil Dr Maszlee Kongsi Maklumat 1bestarinet

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 508 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia percaya bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan pihaknya berkaitan projek 1BestariNet Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata beliau sendiri m...
Siasatan Sprm Tumpu Mutu Jalur Lebar 1bestarinet

Siasatan Sprm Tumpu Mutu Jalur Lebar 1bestarinet

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 345 hits
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion akan bertumpu terhadap mutu pembekalan jalur lebar kepada 8 000 sekolah di seluruh negara Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki...
Dakwaan Pm Campur Tangan Siasatan Sprm Polis Akan Panggil Bloomberg

Dakwaan Pm Campur Tangan Siasatan Sprm Polis Akan Panggil Bloomberg

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 300 hits
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata laporan dibuat SPRM susulan kenyataan bekas pemimpin Umno Isham Jalil di media sosial Polis akan memanggil wakil media antarabangsa Bloomberg untuk siasatan terhadap dakwaan campur tangan Perd...
Mengejutkan Perkembangan Skandal 1bestarinet Polis Siasat Isham Jalil

Mengejutkan Perkembangan Skandal 1bestarinet Polis Siasat Isham Jalil

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 203 hits
SPRM sedang mempertimbangkan untuk memanggil bekas Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid bagi membantu siasatan kes 1BestariNet yang membabitkan sebuah syarikat yang dilantik oleh kementerian untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 8 ...
Sengketa Berakhir Majlis Akikah Anak Saksi Hubungan Shila Amzah Amp Ibu Kembali Jernih

Sengketa Berakhir Majlis Akikah Anak Saksi Hubungan Shila Amzah Amp Ibu Kembali Jernih

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 425 hits
Silaturahim bertaut semula majlis akikah anak saksi hubungan penyanyi Shila Amzah dengan ibunya Fauziah Sarman kembali jernih apabila dilihat hadir berkumpul dalam sebuah majlis keluarga semalam Menerusi beberapa hantaran dimuat naik di Ins...
Sultan Pahang Titah Kementerian Kerja Raya Kementerian Ekonomi Pertimbang Semula Bina R R Di Ltu

Sultan Pahang Titah Kementerian Kerja Raya Kementerian Ekonomi Pertimbang Semula Bina R R Di Ltu

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 264 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan agar kerajaan Pusat melalui Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Ekonomi mempertimbangkan semula pembinaan kawasan Rehat dan Rawat di lebuh raya Lingk...
Viral Kenyataan Azam Baki Ahli Politik Akandi Panggil Untuk Disiasat

Viral Kenyataan Azam Baki Ahli Politik Akandi Panggil Untuk Disiasat

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 239 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerbu dua lagi lokasi yang digunakan untuk menyimpan wang susulan siasatan terhadap dakwaan skandal konsesi perlombongan pasir di Selangor Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mendedahkan wang Singapura...
Polis Rakam Keterangan Saksi Kes Lelaki Lompat Landasan Monorel

Polis Rakam Keterangan Saksi Kes Lelaki Lompat Landasan Monorel

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 339 hits
Oleh Syeikh Baran Polis merakam beberapa keterangan saksi berhubung kejadian seorang lelaki melompat melintasi landasan monorel Bukit Bintang di sini Selasa lalu Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman ber...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan