17 Tanda Tanda Kematian Yang Baik


Setiap manusia di dunia ini telah di tetapkan oleh Allah akan tempoh masa hidupnya akan tetapi, Allah merahsiakan 3 perkara kematian kepada hambanya iaitu bila, dimana mahupun bagaimana.


Hal ini di jelaskan dalam Firman Allah SWT yang bermaksud, "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." (Q.S an-Nisa: 78).

Ada yang mati ketika masih kanak- kanak, ada yang mati ketika remaja, ada yang mati ketika usia tua dan semuanya berada didalam pengetahuan Allah SWT.

Namun secara puratanya, umur umat akhir zaman berkisar antara 60-70 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya umur umatku di antara 60 ke 70 tahun." (HR. Ahmad)

Dalil di atas menunjukkan bahawa kita wajib bersiap sedia untuk menyambut datangnya kematian pada bila-bila masa sahaja, hal ini bertujuan agar ketika kematian datang, kita mendapatkan cara mati yang baik.

Adapun tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan yang baik di antaranya adalah:

1. Sempat Mengucapkan Dua Kalimah Syahadat

"Orang yang meninggal dunia dalam keadaan sempat mengucap dua kalimah syahadat, akan dimasukkan ke dalam syurga Allah." (HR Ahmad)

2. Keluar Peluh di Dahi

Orang yang beriman ketika nazak, apabila melihat peluh di dahinya, menunjukkan bahawa dia sedang bertarung dengan rohnya yang akan keluar dari badan.

Namun rasa sakit bagi orang yang beriman akan diganti oleh Allah setelah dia meninggal dunia.

3. Mati Pada Malam atau Siang Hari Jumaat

"Barang siapa yang meninggal dunia pada siang hari dan malam Jumaat, melainkan Allah akan memeliharanya dari fitnah kubur." (H.R Ahmad & Tarmidzi)

4. Mati Dalam Peperangan Membela Agama Allah

Orang yang meninggal dunia dalam keadaan mati Syahid, akan dijanjikan balasan dengan syurga kerana berjuang menegakkan kebenaran.

5. Orang Yang Mati Akibat Peperangan Fisabilillah

"Barangsiapa yang terluka dalam medan peperangan kemudian dia meninggal dunia, maka dikira sebagai mati syahid." (HR Abu Daud, Hakim & Baihaqi)

6. Orang yang Mati Akibat Wabak Taun

"Sesungguhnya taun adalah azab Allah yang dikirimkan kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan rahmat bagi orang yang beriman. Dan matinya dikira sebagai mati syahid." (HR Bukhari)

7. Orang Yang Mati dalam Keadaan Sakit Perut

"Barang siapa yang mati dalam keadaan sakit perut (dalam keadaan dia redha dan sabar), maka matinya dikira sebagai mati syahid." (HR Muslim)

8. Orang Yang Mati tertimpa Benda Keras Atau Mati Lemas

"Barangsiapa yang mati kerana tertimpa benda keras atau tertimbus bangunan serta mati lemas (tenggelam), maka dikira sebagai mati yang husnul khatimah." (H.R Bukhari)

9. Orang Yang Mati Kerana Melahirkan

"Seorang wanita yang mengandung dan melahirkan bayi kemudian dia meninggal, maka dikira sebagai mati syahid, di akhirat kelak akan di bawa oleh anaknya masuk ke dalam syurga." (H.R Ahmad & Dailamy)

10. Mati Terbakar

"Orang yang meninggal dalam keadaan terbakar, maka dikira sebagai mati syahid." (H.R Abu Daud & Nasai)

11. Wanita Yang Meninggal Dalam Keadaan Nifas

"Nifas adalah darah yang keluar selepas melahirkan bayi. Dan wanita yang meninggal dunia dalam keadaan nifas, ia mendapat mati syahid." (H.R at Tabrani)

12. Orang Yang Meninggal Kerana Penyakit TB

Penyakit TB adalah salah satu penyakit kronik yang amat sukar untuk diubati.

"Barang siapa yang meninggal dunia kerana TB, dianggap sebagai mati syahid." (H.R at-Tabrani)

13. Mati kerana Mempertahankan Harta

"Barang siapa yang mati kerana membela harta bendanya, maka matinya adalah syahid." (H.R Bukhari & Muslim)

14. Mati Kerana Membela Diri

"Barang siapa yang terbunuh kerana mempertahankan diri, maka matinya adalah mati syahid." (H.R Ahmad & Nasa'i)

15. Orang Yang Mati Dalam Keadaan Bersiap Sedia Untuk Berperang

"Setiap amalan manusia akan terputus melainkan orang yang bersiap sedia untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dibangkitkan sebagai orang yang mati syahid." (H.R Muslim, Nasa'i, Abu Daud & Tarmidzi)

16. Mati ketika Sedang Beramal Sholeh

"Barang siapa yang sedang membaca kalimah tayyibah dan mati dalam keadaan berpuasa untuk mencari Redha Allah, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (H.R Ahmad).

17. Mati Dalam Berdakwah

"Barang siapa yang berdakwah dan mengislamkan orang dengan mengajak kebaikan, maka pasti dia akan masuk ke dalam syurga." (H.R at-Tabrani)

Mudah-mudahan Allah akan mematikan kita dengan cara yang Husnul Khatimah, serta mendapatkan syurga yang dijanjikan kepada hambaNya yang beriman dan bertakwa. Aamiinn Ya Rabbal 'Alamiin!

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
Maksud Kematian Bagi 6 Agama Dan Kepercayaan Di DuniaAdab Menziarahi Orang Meninggal Dunia
-SENTIASAPANAS.COM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/01/17-tanda-tanda-kematian-yang-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Tanda Menjelang Kematian 100 Hari Sebelum Ajal Tiba

Tanda Tanda Menjelang Kematian 100 Hari Sebelum Ajal Tiba

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 1135 hits
Terkadang dalam meniti kehidupan yang penuh warna kita terlupa yang langit tidak selalunya cerah dan bernafas tidak akan selamanya lancar Terlupa untuk kita muhasabah diri tentang kebaikan yang telah kita lakukan dan dosa yang telah terlepa...
Umi Bukaklah Langsir Ara Nak Tengok Abang Hijau Bacalah Perkongsian Seorang Ibu Tentang Tanda Kematian Anaknya

Umi Bukaklah Langsir Ara Nak Tengok Abang Hijau Bacalah Perkongsian Seorang Ibu Tentang Tanda Kematian Anaknya

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 381 hits
Umi Bukaklah Langsir Ara Nak Tengok Abang Hijau Bacalah Perkongsian Seorang Ibu Tentang Tanda Kematian Anaknya
Ibu Kreatif Hasilkan 6 Resipi Guna Nasi Tak Habis Kaya Prebiotik Baik Untuk Usus

Ibu Kreatif Hasilkan 6 Resipi Guna Nasi Tak Habis Kaya Prebiotik Baik Untuk Usus

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 543 hits
Nasi sebagai sajian ruji boleh dipelbagaikan resepinya Menggunakan bahan bahan yang berbeza dan cara masak yang berlainan melahirkan rasa dan bentuk hidangan yang berlainan Si kecil tidak bosan dan tentunya suka Ibu ini berkongsi tentang sa...
Penambahan Aset Penggantian Kapal Usang Perlu Agar Pertahanan Laut Negara Dalam Tahap Yang Baik

Penambahan Aset Penggantian Kapal Usang Perlu Agar Pertahanan Laut Negara Dalam Tahap Yang Baik

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 276 hits
KOTA KINABALU Kemudahan perumahan anggota penambahan aset dan penggantian kapal usang ialah antara perkara yang perlu dilakukan Tentera Laut Diraja Malaysia untuk memastikan pertahanan laut negara terus berada di tahap yang baik kata Pangli...
Ambiga Tunjukkan Bn Jalan Keluar Ph Berjuta Kali Lebih Baik

Ambiga Tunjukkan Bn Jalan Keluar Ph Berjuta Kali Lebih Baik

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 333 hits
Diterbitkan Hari ini 6 58 petang PRK CAMERON Bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan menggesa pengundi menunjukkan jalan keluar kepada BN pada pilihan raya kecil Cameron Highlands esok Ambiga yang menggelarkan dirinya sebagai pengkr...
Jodoh Dengan Sahabat Baik Sendiri Mula Mula Memang Awkward

Jodoh Dengan Sahabat Baik Sendiri Mula Mula Memang Awkward

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 416 hits
Jodoh Dengan Sahabat Baik Sendiri Mula Mula Memang Awkward Jodoh Dengan Sahabat Baik Sendiri Mula Mula Memang Awkard Mengenal cinta platonik kekeliruan antara perasaan sekadar kawan atau sesungguhnya timbul rasa cinta di dalam jiwa Ada keti...
Ex Kau Yang Buat Hal Entah Apa2 Tak Pasal2 Zizan Kena Tempias Netizen Doa Jodoh Baik Buat Zizan Razak

Ex Kau Yang Buat Hal Entah Apa2 Tak Pasal2 Zizan Kena Tempias Netizen Doa Jodoh Baik Buat Zizan Razak

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 1096 hits
Tular di med1a sos1al sejak semalam apabila beberapa keping gambar pelakon Emma Maembong dan Syed Abdullah telah tersebar Emma yang juga bekas kekasih pelakon terkenal Zizan Razak itu dirakam membuka tudungnya dan kelihatan mesra dengan jej...
Israel Negara Penjenayah Nasib Baik Tun M Kecam Dulu Sebelum Kit Siang

Israel Negara Penjenayah Nasib Baik Tun M Kecam Dulu Sebelum Kit Siang

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 371 hits
Kekejaman Israel pada penduduk Palestin adalah sesuatu yang sangat dikecam Gambar hiasan KUALA LUMPUR Ketika membangkitkan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Israel adalah sebuah negar...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik