Israel Negara Penjenayah Nasib Baik Tun M Kecam Dulu Sebelum Kit Siang



Kekejaman Israel pada penduduk Palestin adalah sesuatu yang sangat dikecam. - Gambar hiasan 

KUALA LUMPUR: Ketika membangkitkan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Israel adalah sebuah negara penjenayah yang wajar dikecam.

"Saya mohon kepada mereka yang bersimpati dengan perjuangan masyarakat Palestin agar menyuarakan kecaman mereka. Keganasan bukanlah satu jawapan.
"Satu strategi yang betul diperlukan untuk memberikan keadilan kepada rakyat Palestin," kata Perdana Menteri dalam satu posting di blognya pada Isnin.

Dalam satu tulisan yang agak keras bertajuk 'A Genocidal State', Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat melihat ketidakadilan dan penindasan yang dilakukan Israel terhadap Palestin tetapi Israel tidakpun dikritik oleh mereka yang bercakap mengenai kebebasan dari ketidakadilan dan 'kedaulatan undang-undang'.

"Israel seperti ada hak istimewa. Jika ada pihak mengkritik Israel ataupun holocaust, dia akan terus dilabelkan sebagai anti Yahudi. Memberi implikasi orang itu tidak berperikemanusiaan ataupun tidak bermoral.Tetapi tindakan tidak berperikemanusiaan secara terang-terangan yang dilakukan Israel tidak dikutuk," katanya.

Malaysia bukan anti-Yahudi atau anti-Semitik, kata beliau, sambil menyatakan orang Arab juga adalah kaum Semitik.

"Tetapi kita berhak untuk mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan di mana-mana, oleh sesiapa sahaja. Kita telah mengutuk rakyat Myanmar atas perbuatan mereka terhadap Rohingya. Kita mengkritik banyak negara dan orang atas perbuatan tidak berperikemanusiaan.
"Ramai orang dan banyak negara telah mengutuk kita. Tetapi kita tidak pernah dilabelkan atau melabel orang yang bersuara perkara benar dalam dunia yang bebas," kata Dr Mahathir.

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa telah membatalkan hak Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan pada 29 Julai hingga 4 Ogos di Kuching selepas Malaysia menyatakan pendirian tidak akan membenarkan atlet Israel menyertainya.

"Malaysia halang dua atlet Israel - AS mengharamkan rakyat lima negara Islam dan merancang untuk membina tembok menghalang rakyat Amerika Selatan.

"Hungary, Poland dan Republik Czech mengharamkan kemasukan pelarian. Perdana Menteri Hungary Viktor Orban merujuk pelarian Syria sebagai 'Muslim Penceroboh'," katanya merujuk situasi sekarang yang tidak munasabah.

Menyedari tentang sokongan kuat terhadap Israel, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak boleh melawan Israel selain enggan mengiktirafnya, tetapi menyatakan Kuala Lumpur mempunyai hak untuk menghalang kemasukan rakyat Israel ke negara ini.

"Apabila dunia mengutuk kita kerana perkara ini, kita berhak untuk mengatakan dunia kini bersikap hipokrit. Laungan mereka mengenai hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang hanyalah omong  kosong," kata Perdana Menteri.

Kepada mereka yang terlupakan sejarah, Dr Mahathir mengingatkan mereka Israel wujud dari sekeping tanah Palestin tanpa sebarang referendum atau pungutan suara diadakan, dengan rakyat Palestin dihalau dari bumi Palestin tanpa sebarang pampasan untuk tanah dan rumah yang dirampas oleh Israel.

Katanya, Israel kemudiannya merampas lebih banyak tanah Palestin supaya Israel menjadi lebih besar, membina lebih banyak penempatan di bumi Palestin tanpa persetujuan negara Palestin.

"Apabila rakyat Palestin menentang dan melemparkan batu ke arah kereta kebal dan kereta perisai Israel, askar Israel menembak menggunakan peluru hidup terhadap anak-anak Palestin dan menangkap mereka. Mereka ditahan bertahun-tahun tanpa dibicarakan," katanya.

Dr Mahathir merujuk kepada sekatan secara haram terhadap Gaza, tetapi tidak ada negara yang mengutuk Israel kerana melanggar undang-undang dan tatasusila antarabangsa.

"Kini Israel isytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara mereka. Apabila rakyat Palestin menampar tentera Israel, mereka ditembak mati dan ramai yang ditahan," katanya sambil menambah rakyat Palestin tidak boleh melawat saudara mereka tanpa terlepas daripada pemeriksaan yang memalukan di pelbagai pusat pemeriksaan yang dibina Israel.

Apabila orang Palestin melepaskan roket yang tidak berkesan ke arah Israel, beliau berkata, Israel akan menggugurkan bom dan menembak peluru berpandu ke arah bandar-bandar dan perkampungan Palestin, menghancurkan sekolah dan hospital serta membunuh dan mencacatkan pesakit dan kanak-kanak.

Katanya, beribu-ribu rakyat Palestin telah dibunuh atau cedera akibat tindakan ketenteraan.

Semua ini, katanya, adalah jawapan kenapa Malaysia tidak mengiktiraf Israel, tidak mempunyai hubungan diplomatik, tidak membenarkan rakyat Malaysia melawat Israel ataupun sebaliknya.

"Inilah satu-satunya negara di dunia yang dilayan Malaysia seperti ini," kata Dr Mahathir.
-- BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Israel negara penjenayah!  Nasib baik Tun M kecam dulu, sebelum Kit Siang? Semuanya boleh lakon..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/01/israel-negara-penjenayah-nasib-baik-tun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Israel Negara Penjenayah Kami Tidak Mahu Penjenayah Tun Mahathir

Israel Negara Penjenayah Kami Tidak Mahu Penjenayah Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 522 hits
Israel negara penjenayah kami tidak mahu penjenayah Tun Mahathir Tun Dr Mahathir Mohamad tetap tegas dengan pendiriannya terhadap pendekatan yang diambil ke atas Israel BACA Kata Perdana Menteri setiap negara mempunyai hak untuk membenarkan...
Kafir M Sia Sokong Israel Tidak Bersama Dasar Negara Dibawa Tun M

Kafir M Sia Sokong Israel Tidak Bersama Dasar Negara Dibawa Tun M

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 457 hits
Orang Malaysia tapi Sokong Israel 1 Sifat keji Yahudi ini bukanlah sesuatu yang rahsia Allah diabadikan di dalam al Quran Mereka bukan sahaja membunuh rakyat palestin bahkan para Nabi dahulu juga telah menjadi mangsa mereka Firman Allah Ses...
Berita Dari Austria Tun Mahathir Dedahkan Kepada Dunia Barat Israel Sebenarnya Adalah Penjenayah

Berita Dari Austria Tun Mahathir Dedahkan Kepada Dunia Barat Israel Sebenarnya Adalah Penjenayah

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 502 hits
Lepas kecam di Oxford Tun Mahathir gemparkan lagi dunia barat di Austria apabila beritahu yang Israel adalah penjenayah buatkan wartawan sana terus terkedu Baca selanjutnya ISRAEL ADALAH PENJENAYAH DAN MALAYSIA TAK MAHU ADA URUSAN Perdana m...
Bendera Malaysia Berkibar Megah Di Gaza Selepas Tun M Larang Atlet Israel Memasuki Negara

Bendera Malaysia Berkibar Megah Di Gaza Selepas Tun M Larang Atlet Israel Memasuki Negara

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 370 hits
Bendera Malaysia dan sepanduk berkibar di stadium di Kota Gaza sebagai tanda penghargaan selepas pendirian tegas Malaysia terhadap atlet Israel Foto oleh Muslim ImranRakyat Palestin menzahirkan penghargaan dengan mengibarkan bendera Malaysi...
Adakah Kit Siang Sebenarnya Merancang Untuk Jadi Pm

Adakah Kit Siang Sebenarnya Merancang Untuk Jadi Pm

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 203 hits
Oleh Dr Mohd Zuhdi Marzuki Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Memang melucukan apabila membaca imaginasi Lim Kit Siang menuduh Presiden PAS mahukan jawatan Perdana Menteri di sebalik cadangan PAS supaya Tengku Razaleigh Hamzah menjadi PM selep...
Kenyataan Kit Siang Tentang Kerakyatan Orang Asli Amat Memalukan

Kenyataan Kit Siang Tentang Kerakyatan Orang Asli Amat Memalukan

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 349 hits
KENYATAAN MEDIA KENYATAAN pemimpin DAP Lim Kit Siang mengenai taraf kerakyatan Orang Asli amatlah memalukan dan memperlihatkan kedunguan pemimpin itu selama ini Janjinya untuk membantu Orang Asli mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia j...
Kit Siang Dimalukan Pengunjung Ketika Kempen

Kit Siang Dimalukan Pengunjung Ketika Kempen

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 372 hits
Lim Kit Siang KUALA LUMPUR Lim Kit Siang tersipu malu apabila kempennya di sebuah penginapan di Cameron Highlands pagi semalam disindir dan diperli oleh beberapa pengunjung Beliau bersama beberapa jentera DAP dan diiringi kumpulan tarian si...
Kecoh Lim Kit Siang Manogaran Kena Halau Dimalukan Di Kafe Hotel Apa Lagi Mau Janji

Kecoh Lim Kit Siang Manogaran Kena Halau Dimalukan Di Kafe Hotel Apa Lagi Mau Janji

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 357 hits
Kecoh Lim Kit Siang Manogaran Kena Halau Dimalukan Di Kafe Hotel Apa Lagi Mau Janji
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti