17 Cara Buat Duit Online Yang Anda Boleh Cuba


Ada terdapat banyak cara yang anda boleh cuba lakukan untuk buat duit online.
 
Menghasilkan pendapatan di internet, sama ada RM1, RM10 atau mungkin RM1,000 yang pertama bukanlah sesuatu yang terlalu sukar atau mustahil untuk dilakukan.
 
Pada hari ini, peluang untuk menjana pendapatan di internet telahpun terbuka dengan luas.

Apa yang diperlukan adalah usaha dan komitmen dipihak anda, bagi memastikan matlamat untuk mencipta pendapatan ini dapat direalisasikan.
 
Orang seperti saya, hanya mampu untuk memberikan cadangan seperti apa aktiviti yang anda patut fokuskan bagi tujuan menghasilkan pendapatan di internet. Jika ada mana-mana bahagian yang anda kurang jelas, saya boleh bantu dengan memberikan lebih banyak penjelasan.
 
Namun pada akhirnya, sudah tentu ianya terpulang kepada anda, sama ada nak usahakan sehingga membuahkan hasil, atau sebaliknya. Jadi disini, menerusi kesempatan ini, saya ingin kongsikan kepada anda semua, sekurang-kurangnya 17 cara yang anda boleh lakukan untuk buat duit online.

 
In fact, ada antara cara yang saya kongsikan disini, anda boleh lakukan hari ini juga. Ehem… maksud saya, anda boleh mulakan sekarang juga. Jadi tanpa berlengah lagi, ini dia cara untuk buat duit online yang anda boleh praktikkan.
 
(1) Jual produk atau servis secara online Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan bagi tujuan membuat jualan produk atau servis secara online.
 
Saya akan cadangkan beberapa kaedah untuk membuat jualan secara online, namun akhirnya terpulang untuk anda pilih mana-mana satu kaedah yang sesuai dengan jenis produk (atau perkhidmatan), kumpulan sasaran pelanggan dan juga modal yang anda miliki.
 
Cara pertama: Buat jualan melalui laman web e-commerce
Ada beberapa perisian yang anda boleh gunakan bagi tujuan membangunkan laman web jualan berkonsepkan e-commerce. Antaranya adalah seperti Shopify, Woocommerce dan sebagainya.
 
Memandangkan proses pembinaan laman web memerlukan kemahiran teknikal, dan saya pasti kebanyakkan peniaga yang baru nak menceburi bidang perniagaan online, mungkin tak memiliki kemahiran teknikal dalam pembangunan laman web, maka saya syorkan anda untuk dapatkan khidmat freelancer.
 
Freelancer ini berperanan untuk membantu anda membina laman web berkonsepkan e-commerce.
Cadangan saya, anda boleh dapatkan khidmat dari Freelancer menerusi laman web Fiverr.

Atas ini antara contoh freelancer yang menawarkan khidmat pemasangan laman web jenis e-commerce. Sebenarnya ada banyak lagi freelancer yang menawarkan khidmat yang lebih kurang sama. Anda boleh semak sendiri di laman web ini dan boleh berurusan dengan mana-mana freelancer yang memberikan khidmat dan harga terbaik.
 
Kebiasaannya, orang yang gunakan web e-commerce ini adalah mereka yang ingin menjual lebih dari satu jenis barang. Laman jualan yang dibina menggunakan konsep e-commerce ini ada beberapa kelebihan, antaranya
i. Reka bentuk laman web jualan yang kemas dan teratur
ii. Mudah untuk asingkan produk mengikut kategori
iii. Mudah untuk kita track berapa stok produk yang masih berbaki
iv. Mudah untuk lakukan kemaskini harga
v. Biasanya ada opsyen untuk generate kupon diskaun
 
Bagi pihak bakal pelanggan, mereka juga lebih mudah untuk dapatkan maklumat seperti
i. Berapa harga produk
ii. Berapa stok produk yang masih ada
iii. Adakah terdapat review dari pelanggan terdahulu
iv. Pelanggan boleh berikan rating pada produk
v. Pelanggan boleh melihat gambar-gambar dan video berkaitan produk
vi. Pelanggan boleh baca penerangan penuh mengenai produk
 
Kalau anda mempunyai modal yang agak besar dan ingin jadikan projek e-commerce ini sebagai projek jangkamasa panjang, bolehlah pertimbangkan untuk bangunkan laman web e-commerce anda sendiri. Siapa tahu, suatu hari nanti jenama anda akan dikenali dan akan dijadikan pilihan.
 
Cara kedua: Buat jualan menggunakan akaun media sosial
Kalau anda rasa membina laman web e-commerce terlalu banyak kerja, mungkin boleh gunakan sahaja akaun media sosial yang anda miliki untuk membuat jualan diinternet.
 
Cara ketiga: Buat jualan melalui laman web online marketplace
Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan untuk mula membuat jualan menggunakan platform online marketplace. Kalau ikut situasi kita sekarang, ada tiga online marketplace yang popular dan mempunyai banyak pengguna, iaitu
i. Shopee
ii. PG Mall
iii. Lazada

Untuk mula menggunakan online marketplace ini, anda perlu daftar akaun terlebih dahulu. Umumnya, tiada sebarang bayaran dikenakan untuk mula mengguna dan menyenaraikan produk anda melalui platform tersebut.
 
Anda hanya akan mula dikenakan sedikit bayaran hanya apabila berjaya memperolehi jualan. Sila buat kajian sebelum memilih mana satu platform yang anda rasakan sesuai dengan perniagaan yang bakal anda jalankan nanti.
 
Cara keempat: Buat jualan melalui laman web yang anda bina sendiri
Jika anda hanya menjual satu produk sahaja, mungkin saya boleh syorkan anda bina laman web berkonsepkan minisite. Kalau anda kurang jelas dengan konsep minisite, saya boleh berikan anda contoh.
 
Kalau anda layari laman web klikjer, anda boleh lihat platform ini menjual pelbagai tajuk ebook.

Setiap ebook diatas, dijual menggunakan laman web berkonsepkan minisite.
 
Minisite ini sebenarnya adalah sebuah laman web mini yang memfokuskan untuk menjual satu jenis produk sahaja dalam satu halaman. Biasanya kita boleh lihat, dalam sebuah halaman minisite, terdapat elemen berikut
i. Headline
ii. Sub-headline
iii. Penerangan tentang produk
iv. Borang Opt-in
v. Hadiah percuma sebagai ganti kita berikan nama dan email
vi. Testimoni berkaitan dengan produk
vii. Butang tempahan / Borang tempahan
viii. Jaminan produk
 
Andai kata anda hanya akan menjual satu jenis produk sahaja, bolehlah buat laman web jenis minisite sahaja.
 
Cara kelima: Buat jualan melalui blog
Cara ini sesuai bagi mereka yang sudah mempunyai blog, aktif menulis di blog, dan mempunyai pembaca (trafik) yang ramai.
 
Untuk buat jualan melalui blog juga tak begitu sukar. Biasanya kita akan gunakan kaedah menulis artikel review ataupun menulis advertorial mengenai sesuatu produk.
Baca juga:
i. Apa itu artikel advertorial
ii. Penulisan review untuk meningkatkan jualan produk
 
Kemudian dibahagian akhir atau pada mana-mana bahagian dalam artikel kita akan masukkan link tempahan, ataupun kita akan nyatakan juga cara untuk membuat pembelian atau tempahan produk.
 
Cara keenam: Buat jualan melalui emel
Kaedah ini merujuk kepada kaedah pemasaran emel. Untuk menggunakan kaedah ini, anda perlu mempunyai senarai emel prospek terlebih dahulu. Emel prospek boleh dikumpul menggunakan sistem autoresponder.
 
Kebiasaannya, kita akan tawarkan sesuatu hadiah kepada bakal pelanggan yang sudi untuk memberikan maklumat alamat emel mereka. Setelah kita memperolehi emel bakal pelanggan, kita akan mula melakukan kerja-kerja follow up dan akan menghantar emel secara pukal (broadcast) menggunakan sistem autoresponder.
 
Bagi tujuan pemasaran emel, kita perlukan beberapa perkara iaitu
i. Sistem Autoresponder
ii. Hadiah untuk diberikan percuma (sama ada ebook, kupon diskaun)
iii. Landing Page biasanya laman web minisite
 
Apabila kita dah berjaya kumpul ribuan atau mungkin hingga jutaan alamat emel, kita boleh hantar emel kepada subscriber kita pada bila-bila masa bagi tujuan melakukan promosi produk.
 
Cara ketujuh: Buat jualan menerusi laman web direktori iklan
Bila saya sebut laman web direktori iklan, mungkin ada pembaca yang kurang familiar dengan istilah ini.
 
Tapi kalau saya sebut mudah.my, pasti ramai yang kenal laman web ini. Betul tak?

Satu masa dulu, ketika laman web seperti Lazada, Shopee, PG Mall termasuklah juga media sosial belum popular, kebanyakkan dari kita akan melakukan jual beli melalui mudah.my
 
Laman web ini masih wujud sampai hari ini, dan ia masih lagi aktif digunakan.
 
(2) Jadi seorang Freelancer Cara kedua yang anda boleh lakukan untuk buat duit online adalah dengan menjadi seorang freelancer. Freelancer ini merujuk kepada seseorang yang bekerja secara bebas.
 
Dalam konteks cara kerja seorang freelancer, anda bebas untuk
i. Memilih untuk bekerja dengan klien yang mana
ii. Bebas untuk memilih waktu kerja
iii. Bebas untuk menerima atau menolak tawaran kerja
iv. Bebas untuk menetapkan syarat untuk bekerja
v. Bebas untuk menetapkan kadar harga
 
Ini pula antara contoh jenis pekerjaan yang biasa dilakukan oleh seorang yang bergelar freelancer
 
1. Menjadi penulis dan membuat kerja-kerja penulisan bagi pihak klien
Kerja-kerja penulisan ini sebenarnya ada pelbagai cabang. Anda boleh jadi seorang
i. Penulis artikel untuk disiarkan diblog, majalah, media sosial
ii. Menjadi penulis ayat iklan untuk kempen pemasaran klien
iii. Menjadi penulis ghostwriter untuk projek buku
iv. Menjadi penulis advertorial dan review untuk perniagaan klien
Baca juga: Cara buat duit dengan menjadi seorang penulis
 
2. Pereka grafik
Seorang pereka grafik juga mempunyai cabang kerja yang pelbagai, antaranya adalah seperti
i. Kerja-kerja mencipta logo
ii. Menghasilkan reka bentuk packaging untuk produk dan sebagainya.
iii. Mencipta grafik untuk kegunaan website
iv. Menyediakan rekaan grafik untuk projek t-shirt
v. Mencipta kandungan grafik untuk muka hadapan majalah, kulit buku dan sebagainya
 
3. Pembangun laman web
Seterusnya contoh lain kerja sebagai freelancer adalah dengan menjadi seorang pembangun laman web. Kerja anda adalah membina laman web mengikut kemahuan bakal pelanggan anda.
 
Antara bidang kerja sebagai seorang web developer ini ialah seperti
i. Membina website mengikut keperluan bakal pelanggan sama ada blog, minisite, website atau e-commerce
ii. Membuat kerja-kerja design reka bentuk website
iii. Membuat kerja-kerja troubleshooting bagi website milik pelanggan
iv. Maintain dan update website milik pelanggan bagi memastikan web milik pelanggan sentiasa berfungsi
 
4. Programmer
Bagi mereka yang sebelum ini belajar dalam bidang programming tapi bila masuk alam pekerjaan, bekerja dalam bidang yang berbeza, bolehlah manfaatkan kemahiran programming tersebut dengan menjadi seorang freelancer.
 
Biasalah kerja-kerja programmer ini
i. Melibatkan kerja-kerja menulis dan menguji code bagi menghasilkan program atau software.
ii. Menulis code atau bahasa programming sama ada dalam Java, Python, or C++.
 
Biasanya seorang programmer boleh terlibat dalam pelbagai jenis projek, antaranya
i. Projek membina mobile apps
ii. Projek membina laman web
iii. Projek membina software atau plugin untuk wordpress
iv. Mencipta software untuk perniagaan
 
Pendapatan yang boleh dihasilkan oleh seorang programmer ini juga boleh tahan tingginya. Sayangnya saya tak mempunyai kemahiran programming.
 
5. Video Editor
Kalau diluar negara, nama Zachking adalah individu yang cukup popular dalam bidang editing. Tapi di Malaysia, kita ada anak tempatan yang tak kurang hebat skill editingnya.

Siapa yang tak kenal, atau belum kenal sofyank (Mohamad Sofian) boleh follow instagram dan juga akaun twitter, termasuk Youtube beliau.
 
6. Model
Actually saya kenal perkataan freelancer daripada kerja-kerja yang dilakukan oleh seorang model. Pada masa tu saya fikir, istilah freelancer ini hanya eksklusif untuk digunakan oleh model sahaja. Tapi sebenarnya istilah freelancer itu merujuk kepada pekerja bebas.
 
7. Fotografer 
Jika anda mempunyai kemahiran mengambil gambar, anda boleh menjual gambar-gambar yang pernah anda ambil diinternet.
 
Sekiranya anda mempunyai banyak stok gambar, anda boleh cuba jual melalui laman web seperti
i. Shutterstock
ii. Adobe Stock
iii. iStock
iv. Melalui laman web yang anda bina sendiri
 
Itu merupakan contoh kerja-kerja yang kita boleh lakukan secara sambilan, atau freelance.
 
(3) Cipta kursus online Cuba anda fikirkan, adakah anda mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang?
 
Jika jawapan anda adalah ya, adakah terdapat individu yang mungkin berminat untuk belajar bidang yang sama, dan individu tersebut sanggup untuk membayar yuran untuk mempelajari perkara tersebut.
 
Saya ingin berikan beberapa contoh kursus online yang saya pernah lihat
i. Kursus belajar mengaji
ii. Kursus belajar bahasa asing
iii. Kursus untuk belajar trading saham, forex, atau cryptocurrency
iv. Kursus memulakan perniagaan barangan dari China
 
Pada asasnya, kursus online ini ada terlalu banyak dipasaran. Anda boleh ke laman web seperti Udemy untuk mendapatkan idea, jenis dan contoh kursus online yang paling kerap dicari.
 
Kenapa orang memilih untuk membeli pakej kursus online? Bila kita faham, kenapa ada orang yang sanggup untuk keluar duit bagi tujuan membeli kursus online, dari situ mungkin kita akan lagi mudah nampak potensi pendapatan yang bakal dihasilkan melalui kaedah ini.
 
Ini antara sebab kenapa orang membeli kursus online.
i. Mudah untuk belajar
Kita tak perlu nak ikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pengajar. Kalau kita mampu untuk habiskan kursus tersebut dalam masa satu hari pun tak ada masalah. Pada masa yang sama, kita juga boleh ulang-ulang belajar mana-mana bahagian yang kita kurang faham dalam kursus tersebut.
 
ii. Kos
Dari segi harga, kursus online lazimnya lebih murah. Memandangkan kursus ini biasanya adalah rakaman bagi sesi kursus atau latihan yang sebenar.
 
iii. Mudah untuk cari kursus yang kita perlukan
Sebenarnya lebih mudah untuk cari kursus online, berbanding kursus yang dijalankan secara berdepan. Macam yang saya sebutkan tadi, kalau anda layari laman web Udemy, ada beribu kursus yang kita boleh sertai.
 
Lihat contoh dibawah yang saya ambil dari laman web Udemy.

Andai kata anda berminat nak pelajari bahasa Jepun, ada lebih daripada 300 kursus dalam talian yang anda boleh sertai.
Sebab itu saya katakan lebih mudah untuk belajar secara online berbanding nak cari kelas secara fizikal.
 
Berbalik kepada persoalan asal.
Adakah anda memiliki kepakaran tertentu?
Apa kata anda cipta kursus online dan mula jual kursus tersebut. Ini boleh jadi satu cara yang sangat bagus untuk anda buat duit di internet.
 
Satu kursus yang sama, anda boleh jual secara berulang-ulang kali. Selagi mana kursus tersebut masih diperlukan, masih ada yang mahu belajar, selagi itu anda boleh jual kursus yang sama.
 
(4) Buat duit online melalui Blog Saya kira salah satu topik yang paling kerap saya bincangkan dalam blog ini adalah topik “cara buat duit dengan blog”. Seingat saya, saya telahpun menulis mengenai topik buat duit dengan blogging sejak dari mula saya berkecimpung dalam bidang ini.
Baca juga: Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
 
Dia macam ni tau… bila kita betul-betul minat sesuatu perkara, kita tak akan rasa penat atau jemu nak bercakap pasal topik yang sama. Biarlah nampak macam ulang benda yang sama sekalipun, namun saya tetap tak pernah rasa jemu.
 
Kalau pembaca rasa jemu, its okay… anda boleh skip sahaja topik ini.
Ada sebab kenapa saya asyik ulang-ulang cakap hal yang sama.

Kalau dalam konteks buat duit online ini, saya boleh katakan buat duit dengan blog ini adalah sesuatu yang memang saya sendiri lakukan dan ianya memang terbukti boleh memberikan pendapatan kepada saya.
 
Ada sebab kenapa saya asyik ulang-ulang perkara yang sama, sebabnya saya nak anda juga lalui dan dapat perolehi apa yang saya pernah dapat. Bagi saya, buat duit dengan blog bukan sekadar teori atau fantasi. Ia memang satu realiti.
 
Bagaimana penulis blog boleh buat duit melalui blognya? Ya topik ini pun saya pernah tulis beberapa kali dalam blog ni. Tapi tak apa, saya hanya akan tulis secara ringkas sahaja.
 
Pada asasnya, blogger boleh buat duit melalui cara berikut.
1. Program pengiklanan
Program pengiklanan yang bagus dan mudah untuk menghasilkan pendapatan adalah Google Adsense.
 
2. Program Affiliate
Program ini juga adalah antara sumber pendapatan seorang blogger. Biasanya blogger akan meletakkan link affiliate dalam artikel yang dihasilkan. Jika blog milik blogger tersebut mempunyai 1,000 artikel, bermakna dia sudah meletakkan lebih 1,000 link affiliate dalam blog miliknya.
 
Ini secara tak langsung dapat meningkatkan lagi peluang bagi dia untuk menjana pendapatan.
 
3. Jualan produk atau servis
Point ini sama seperti yang saya ada sentuh sebelum ini. Sebagai blogger, kita juga boleh membuat jualan secara terus kepada pembaca blog kita. Biasanya, kalau blog yang sudah terkenal dan sudah mempunyai pembaca tetap, mereka ini sudah tak risau untuk menjadi pembeli.
 
4. Sponsored Post
Atau dikenali juga dengan istilah posting berbayar.
 
Blogger boleh menawarkan perkhidmatan menulis artikel review ataupun artikel advertorial. Matlamat penulisan artikel review ini adalah supaya pembaca lain boleh dapat maklumat yang tepat berkenaan sesuatu produk atau perkhidmatan.
 
Bila selalu sangat bercerita tentang buat duit dengan blog, mesti bagi pembaca yang baru pertama kali menjumpai blog ini, nak tahu, apa kelebihan yang bakal diperolehi kalau kita memilih untuk buat duit online melalui kaedah blogging.
 
Saya akan terangkan secara ringkas sahaja, apa kelebihan buat duit melalui kaedah blogging.
i. Blogging boleh hasilkan pendapatan pasif
Pendapatan pasif ini boleh terhasil apabila blog anda sudah mempunyai jumlah konten yang cukup banyak dan blog anda mempunyai trafik yang konsisten.
Baca juga: Pendapatan pasif dari aktiviti blogging – bagaimana ia terjadi?
 
ii. Anda boleh terokai pelbagai kaedah penjanaan pendapatan
Hanya dengan berbekalkan satu platform blog, anda boleh sertai macam-macam program buat duit di internet dan seterusnya menjana pendapatan. Sama ada anda ingin cuba affiliate marketing, bisnes MLM, network marketing, dropship dan sebagainya.
 
Kalau anda cuma nak buat duit melalui pengiklanan Google Adsense sahaja pun tak menjadi satu masalah.
 
iii. Kerja-kerja penulisan blog yang fleksibel
Basically anda akan bekerja sendiri dan anda adalah bos untuk diri anda sendiri.
 
Kalau rasa nak menulis?
Bolehlah menulis sebanyak mana yang anda mahukan.
 
Kalau anda rasa tak ada mood nak menulis?
Boleh bercuti selama mana yang anda perlukan. Tiada siapa yang akan paksa anda lakukan perkara yang anda tak minat untuk lakukan.
 
(5) Youtube Channel Kalau sebelum ini, kita bincang mengenai buat duit dengan blogging, kali ini kita beralih pula kepada buat duit online dengan menghasilkan dan menerbitkan video di platform Youtube.
 
Dalam kaedah ini, kita akan membina sebuah channel di Youtube.
Saya rasa dari segi konsep, ada banyak persamaan antara membangunkan sebuah channel dengan membangunkan sebuah blog.
 
Apa yang membezakannya ialah dari segi bentuk penyampaian. Kalau blogging, kita akan menulis artikel. Manakala dalam konteks Youtube, kita menghasilkan video.
 
Kalau anda secara semulajadi memang tak ada masalah untuk beraksi, atau bercakap dihadapan kamera, mungkin boleh pertimbangkan untuk bangunkan channel Youtube anda sendiri dan buat duit online dengan cara ini.

Macam mana nak buat duit online dengan Youtube Channel? Terdapat beberapa kaedah untuk buat duit, antaranya
i. Melalui program pengiklanan 
Youtube ada menjalankan program pengiklanan mereka sendiri. Jika anda membenarkan (enable) iklan untuk disiarkan dalam video yang anda telah siarkan, anda akan mendapat sedikit bayaran.
 
ii. Melalui program affiliate
Anda hasilkan sebuah video yang bercerita tentang sesuatu produk secara direct, atau secara indirect, lalu anda menyediakan link affiliate pada bahagian description.
 
Jjika ada penonton yang minat untuk membuat pembelian, dia akan klik pada link tersebut lalu akan dibawa ke halaman tempahan. Anda akan dapat komisen jika berlaku jualan.
 
iii. Video review
Cara lain buat duit dengan video Youtube adalah dengan bekerjasama dengan pemilik jenama, pemilik perniagaan dan sebagainya. Anda akan hasilkan video review atau sebarang jenis konten yang bersesuaian yang akan mengetengah dan memperkenalkan produk milik syarikat tersebut.
 
Anda boleh mengenakan bayaran mengikut jenis konten yang dipersetujui bersama.
 
Senang ke buat duit dengan Youtube? Setiap orang akan memberikan reaksi dan respon yang berbeza terhadap persoalan ini.
 
Bagi mereka yang selesa menghasilkan konten dalam bentuk video, mereka akan katakan ianya tak sesukar mana.
Tapi, bagi individu yang agak kekok apabila aksinya dirakam, mereka mungkin akan kata, buat duit dengan video ini agak sukar. Apa tak nya, step pertama lagi (membuat video) dia sudah ada masalah.
 
Kemudian dari segi persoalan nak buat duit pula, pada saya ianya bukannya terlalu susah, cuma ia memerlukan
i. Perancangan yang rapi
ii. Pemilihan niche dan topik yang betul
iii. Masa yang munasabah untuk anda bina channel
iv. Penghasilan konten dalam kualiti yang bagus
v. Penerimaan yang baik dalam kalangan penonton terhadap video yang anda hasilkan
 
Apabila semua ini anda berjaya capai, In Shaa Allah anda juga akan berjaya buat duit dengan video anda.
 
(6) Berdagang saham atau cryptocurrency Aktiviti berdagang (trading) ini merupakan satu aktiviti yang mempunyai risiko yang tinggi. Anda boleh hasilkan pendapatan yang lumayan menerusi aktiviti trading, dan pada masa yang sama, anda juga boleh mengalami kerugian yang agak besar.
 
Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk mendalami ilmu trading dengan serius sebelum terus menceburkan diri dalam bidang ini. Selain itu, bergaul dan berkawan juga dengan individu yang ada pengalaman melakukan aktiviti trading, bagi mendapatkan idea, berapa besar potensi pendapatan yang boleh dihasilkan, dan berapa banyak kerugian boleh dialami.
 
Baiklah, jadi bagaimana cara nak buat duit melalui aktiviti trading saham atau matawang kripto?
Untuk mula berdagang saham, anda perlu membuka akaun dengan syarikat broker.
 
Untuk memulakan trading crypto pula, kita bermula dengan membuka akaun dengan bursa (exchange). Salah satu yang saya boleh syorkan adalah Luno Exchange.

Terdapat beberapa kaedah, yang anda boleh gunakan dalam proses untuk buat duit dengan aktiviti trading ini iaitu
i. Beli ketika harga rendah dan jual ketika harganya naik
Konsepnya ialah buy & hold.
 
Secara peribadi, kalau dalam konteks trading matawang kripto saya tak begitu menggemarkan strategi buy & hold terlalu lama. Biasanya saya akan beli dan terus jual apabila telah capai peratus keuntungan yang saya mahukan. Let say saya target 5% – 10% keuntungan, dan bila dah capai tahap tersebut, saya akan terus jual.
 
Kemudian saya akan tunggu harganya jatuh ke paras support dan beli semula. Untuk rujukan, saya akan melihat kepada graf 4 jam atau daily.
Ulang langkah ini dan buatlah untung berkali-kali.
 
ii. Day trading
Merujuk kepada aktiviti jual dan beli pada hari yang sama. Sebagai contoh, beli pada waktu pagi dan jual semula pada waktu petang atau malam.

Kalau nak buat aktiviti day trading ini, perlukan kemahiran membaca analisa teknikal yang sangat baik.
 
Dari pembacaan yang saya lakukan, biasanya mereka yang melakukan day trading ini mempunyai modal trading yang besar, dan dengan sedikit pergerakkan harga, let say 1% sudah mampu memberikan keuntungan yang agak besar.
Contohnya, kalau modal RM10,000 dan harga bergerak naik sebanyak 1%, dalam keadaan ini anda telahpun untung RM100.
 
Tapi, sebelum anda terus nak terlibat dengan aktiviti day trading, anda perlu tahu apa risiko yang bakal anda tanggung, misalnya
i. Pergerakkan harga matawang kripto sangatlah volatile
ii. Harga boleh bergerak berlawanan dengan prediction anda sebelum ia kembali ke arah yang anda jangkakan
 
(7) Affiliate Marketing Program Affiliate Marketing adalah suatu program untuk buat duit dan bayaran dibuat berdasarkan kepada prestasi dan kemampuan kita untuk memberikan suatu hasil, sama ada dalam bentuk jualan, menambahkan prospek atau melengkapkan sesuatu aktiviti dan kita akan dibayar hanya apabila matlamat berjaya dicapai.
 
Program affiliate ini juga berbeza mengikut jenis kempen yang sedang dilakukan oleh pihak penganjur program. Biar saya terangkan,
i. Anda dibayar apabila berjaya hasilkan jualan
Ini merujuk kepada istilah Pay Per Sales dimana anda akan dibayar sejumlah komisen mengikut peratusan tertentu hanya apabila berlaku jualan. Jika tiada jualan, maka tiada income untuk anda.
 
ii. Anda dibayar apabila berlaku pendaftaran
Istilah yang digunakan adalah Pay Per Lead. Biasanya pihak yang menganjurkan program seumpama ini bertujuan untuk mengumpul prospek bagi tujuan pemasaran. Ya, matlamat akhir adalah untuk membuat jualan, tetapi dalam konteks Pay Per Lead, penganjur hanya mahu kita bantu dia mencari lead atau prospek.
 
Jika berlaku jualan, 100% keuntungan akan diambil oleh penganjur.
Peranan kita setakat mencari prospek sahaja.
 
iii. Anda dibayar apabila prospek melakukan suatu tindakan spesifik
Ini pula merujuk kepada istilah Pay Per Action atau kadangkala dipanggil juga Cost Per Action (CPA).
 
Kita buat kerja-kerja pemasaran dan kita akan cuba mengajak prospek untuk buat tindakan seperti menjawab survey, install apps pada smartphone, ataupun mengisi nama dan alamat email mereka pada borang yang disediakan.
 
iv. Anda dibayar apabila link affiliate anda diklik
Ini pula dikenali dengan istilah Pay Per Click. Anda tak perlu susah payah untuk fikir pasal nak buat jualan. Sudah cukup memadai apabila link affiliate anda di klik oleh pengguna internet lain.
 
Saya pernah menulis artikel yang agak komprehensif berkenaan dengan topik buat duit dengan pemasaran affiliate ini.
Baca disini ya: Apa itu affiliate marketing
 
Untuk buat duit melalui program affiliate ini, saya lebih selesa untuk gandingkan ia dengan aktiviti penulisan blog. Kebanyakkan jualan yang saya hasilkan, berpunca daripada blog yang saya tulis.
 
(8) Jual Produk Digital Sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai digital product, apa kata kita kenali dulu, contoh-contoh produk digital yang ada diluar sana.
 
Antaranya ialah
i. Ebook
Contohnya macam produk yang dijual di platform klikjer.
 
ii. Muzik atau audio 
Lagu, rakaman suara, rakaman ceramah dan sebagainya.
 
iii. Software 
Program komputer, theme untuk wordpress, antivirus, dan sebagainya.
 
iv. Acara atau program latihan secara virtual
Biasanya dalam bentuk webinar.
 
v. Kursus online
Rakaman video anda mengajar sesuatu topik boleh dijual dalam bentuk kursus online.
 
vi. Grafik atau template
Mereka yang terlibat dalam kerja-kerja pembangunan laman web pasti faham bukan semua imej yang kita temui di Google boleh digunakan dengan sesuka hati. Ianya mempunyai pemilik dan hak cipta. Adakala kita perlu bayar untuk menggunakan imej tersebut.
 
Ingat ya, jumpa di Google tak bermakna gambar tersebut percuma dan boleh digunakan sesuka hati. Setiap gambar tertakluk pada hak cipta. Melainkan terdapat kenyataan secara bertulis yang membenarkan anda menggunakan gambar tersebut untuk tujuan peribadi atau perniagaan.
 
Semua ini adalah contoh-contoh produk digital yang terdapat dipasaran dan biasa dijual beli.
 
Jika anda mempunyai kemampuan untuk menghasilkan produk digital anda sendiri, maka bolehlah mencuba untuk menjadi usahawan produk digital.
Namun, jika anda tak ada kemampuan untuk mencipta produk digital, at the first place mungkin boleh mula mencari penjual yang ada menjual produk digital dan disertakan bersamanya lesen untuk jualan semula. Lesen ini biasanya dikenali dengan istilah seperti
i. Master Resale Rights (MRR)
ii. Private Label Rights (PLR)
 
Biasanya isu yang selalu ditimbulkan terhadap produk yang didatangkan bersama dengan lesen MRR atau PLR adalah dari segi kualiti. Malahan ada juga keadaan dimana produk disebarkan secara percuma, beserta dengan lesennya sekali.
 
(9) Anjurkan online Personal Coaching service Jika anda mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, dan kepakaran tersebut sememangnya dicari oleh individu lain, maka kaedah ini boleh anda lakukan.
 
Dari segi konsep, ianya lebih kurang sama seperti point saya sebelum ini mengenai Online Courses. Cuma dalam point ini, kita fokus pada personal coaching. Anda berinteraksi dengan individu yang mungkin memerlukan khidmat anda secara langsung, bukannya melalui video rakaman.
 
(10) Join survey berbayar Ini satu lagi kaedah yang saya berani nak ajak pembaca semua untuk cuba dan seterusnya kita boleh sama-sama buat duit online.
 
Pernah dengar orang kata buat duit dengan menjawab survey?
Untuk pengetahuan anda, pihak Google juga ada menjalankan program yang sama, yang dikenali dengan nama Google Opinion Rewards.

Anda boleh muat turun apps ini di Google Play. Ini antara perkara yang anda perlu tahu untuk buat duit dengan menjawab survey melalui Google Opinion Rewards.
 
1. Install terlebih dahulu apps Google Opinion Rewards di smartphone anda
Anda boleh ke Google Play untuk memuat turun apps ini.
 
2. Pihak Google akan menghantar survey kepada anda untuk dijawab.
Biasanya soalan yang ditanyakan juga agak mudah dan berkaitan dengan tempat yang kita kunjungi, chanel Youtube yang kita tonton, apps yang kita pernah download, movie yang kita pernah tonton, sukan yang kita minat dan sebagainya.
 
3. Pihak Google akan buat bayaran dalam bentuk kredit
Selesai jawab soalan, anda akan diberi ganjaran dalam bentuk Google Kredit. Duit ini boleh digunakan untuk bayaran apps, beli video dan apa-apa transaksi yang mana penjual menerima bayaran dalam bentuk Google Kredit.
 
4. Bayaran melengkapkan survey adalah berbeza
Jangan berharap untuk dapat bayaran yang lumayan. Biasanya yang saya sendiri pernah dapat adalah dalam anggaran RM0.40 – RM1.00 untuk setiap survey yang saya berjaya jawab.
 
Kadang-kadang dalam seminggu, kita hanya menerima satu survey sahaja. Jadi, janganlah pula ada pembaca yang berangan-angan nak jadikan aktiviti buat duit dengan menjawab survey ini sebagai satu kerjaya. Bayarannya tidaklah begitu tinggi.
 
Tapi kita boleh anggap buat duit dengan cara ini ibarat kita dapat duit dari pihak Google.
 
(11) Buat duit dengan menyewakan ruang kosong dalam rumah anda Cara buat duit kali ini mungkin tak begitu popular, tapi konsep ini dipraktikkan dengan agak meluas diluar negara.
 
Anda biasa dengar laman web Airbnb?

Airbnb adalah merupakan sebuah laman web atau apps yang membantu pengguna untuk mendapatkan penyewa yang berminat untuk menyewa ruang kosong yang ada pada kediaman miliknya.
 
Sebagai contoh, anda mempunyai bilik tambahan dan anda tak bercadang untuk menyewakan bilik tersebut kepada orang lain untuk tempoh masa yang panjang. Jadi, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menyewakan bilik tersebut untuk penginapan jangkamasa pendek (short term stay).
 
Menggunakan apps seperti Airbnb ini, anda boleh mula menyewakan keseluruhan ruang dalam rumah atau hanya bilik tertentu sahaja. Cara ini mungkin tak begitu sesuai untuk dipraktikkan oleh semua orang, walaupun orang tersebut memiliki bilik kosong yang tak digunakan.
 
Tapi cara ini sesuai jika kediaman anda mempunyai ciri berikut, antaranya
i. Terletak di kawasan yang mempunyai kemudahan yang lengkap
Biasanya dalam kawasan kondominium, yang ada kemudahan swimming pool, gym, dan lain-lain kemudahan.
 
ii. Terletak dikawasan yang mempunyai pemandangan yang menarik
Bukan sekadar ada pemandangan yang menarik, malahan ia perlu berada dilokasi berdekatan dengan tempat tarikan pelancong.
 
iii. Bilik anda mempunyai bilik air dan tandas
Bilik yang anda bakal sewakan mempunyai bilik air berasingan supaya tak perlu berkongsi dengan pengguna lain.
 
iv. Interaksi yang minima dengan tuan rumah
Seperti anda, bakal penyewa juga mahukan privasi. Anda mungkin perlu renovate sedikit ruang yang bakal anda sewakan, supaya interaksi yang bakal berlaku antara anda dengan penyewa adalah sangat minima, atau mungkin langsung tiada.
 
Biasanya, melalui kaedah ini, kita akan target penyewa yang akan menginap untuk jangkamasa pendek sahaja. Mungkin paling lama hanya untuk 2 atau 3 malam sahaja.
 
Pada peringkat permulaan anda mungkin perlu menggunakan laman web Airbnb bagi mendapatkan penyewa. Tapi lama kelamaan, apabila sudah lama beroperasi, tak mustahil untuk anda dapat penyewa yang berulang (repeat buyer) ataupun dapat penyewa hasil dari recommendation dari orang lain yang pernah menginap ditempat anda.
 
(12) Buat duit dengan menjual gambar Ada satu lagi kaedah buat duit diinternet yang anda mungkin minat nak cuba. Cara ini sangat sesuai bagi mereka yang suka mengambil gambar, sama ada menggunakan smartphone ataupun yang menggunakan kamera jenis DSLR.
 
Ada beberapa laman web yang anda boleh gunakan bagi tujuan menjual gambar, antaranya adalah seperti
i. Shutterstock
ii. Adobe Stock
iii. 123rf
 
(13) Web Developer Ini merupakan satu kemahiran yang sangat bernilai.
 
Jika anda mempunyai kemahiran
i. Design
ii. Programming
iii. Copywriting
 
Maka kerja-kerja pembangunan laman web adalah sangat sesuai untuk anda. Anda juga berupaya untuk mengenakan kadar bayaran yang tinggi kepada bakal pelanggan yang memerlukan khidmat dari anda.
 
(14) Tawarkan perkhidmatan Copywriting Individu yang menawarkan khidmat penulisan copywriting dikenali juga dengan nama copywriter. Copywriter ini sebenarnya adalah seorang penulis profesional yang tugasnya adalah menghasilkan bahan penulisan bagi tujuan pengiklanan, aktiviti pemasaran termasuklah juga menghasilkan konten untuk laman web.
 
Seorang copywriter, apabila dia menghasilkan sesuatu konten, dia akan memastikan konten yang dihasilkan mampu untuk memberi kesan seperti
i. Dapat mempengaruhi pembaca untuk membuat pembelian produk yang dicadangkan
ii. Dapat membuatkan pelanggan melakukan sesuatu tindakan tertentu, seperti menekan klik, share atau memberikan nama dan alamat email
iii. Dapat membuatkan pembaca membaca keseluruhan isi konten yang dihasilkan
 
Lazimnya seorang copywriter akan bekerjasama dengan klien yang merupakan seorang pemilik perniagaan bagi menghasilkan sebuah konten yang memukau dan dapat membantu menghasilkan lebih banyak jualan untuk klien.

Kebiasaannya, lagi tinggi kemahiran copywriting yang dimiliki oleh seseorang itu, lagi banyak jualan yang dia mampu hasilkan. Maka, lagi tinggi kadar bayaran yang dia boleh tetapkan.
 
Seorang copywriter tak perlu risau jika tak ada klien yang sudi untuk berikan job untuk dirinya. Hal ini kerana dengan kemahiran yang dia miliki, dia boleh hasilkan seberapa banyak income yang dia mahukan.
 
Ciri yang perlu anda miliki jika ingin menjadi seorang copywriter
i. Anda mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan
ii. Anda mempunyai pengetahuan dalam bidang jualan
iii. Anda mempunyai kemahiran dalam bidang pemasaran
iv. Mampu untuk melakukan kajian anda sendiri
v. Banyak membaca pelbagai jenis bahan bacaan
 
Kalau anda ingin menjadi seorang copywriter, boleh bermula dengan menjadi seorang penulis blog dulu. Biasakan dengan kerja-kerja penulisan, dan dari situ anda cuba upgrade kemahiran penulisan anda sehingga anda mampu untuk hasilkan satu konten yang boleh menghasilkan jualan.
 
(15) Customer service atau customer support Pernah atau tidak, anda melihat satu situasi dimana ada pelanggan atau bakal pelanggan yang bertanya sesuatu kepada pemilik perniagaan, mungkin melalui media sosial, forum dan sebagainya, tapi soalan tersebut seolah-olah tidak dijawab atau tak dilayan.
 
Kadang-kadang ada individu lain yang turut bertanyakan soalan yang sama, namun situasinya juga masih sama, tiada sebarang maklum balas dari pihak syarikat.
 
Ini biasanya berlaku disebabkan pemilik perniagaan tersebut tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk melayan soalan-soalan seperti ini. Natijahnya, akan ada banyak soalan yang tak dilayan, dan secara tak langsung ia memberi tanggapan kurang baik terhadap syarikat.
 
Apa kata anda bantu syarikat tersebut dengan menawarkan diri untuk jadi seorang yang berkhidmat sebagai customer support atau customer service.

Tugas anda?
i. Menjawab pertanyaan bakal pelanggan
ii. Memberi penerangan mengenai produk atau perkhidmatan
iii. Memberi khidmat sokongan kepada pelanggan yang menghadapi masalah terhadap tempahan
 
Kadang-kadang soalan yang ditanyakan oleh bakal pelanggan adalah soalan yang sama dan berulang-ulang, walaupun hakikatnya ia ditanya oleh individu yang berlainan.
 
(16) Social media manager Seorang social media manager adalah individu yang berperanan dalam kerja-kerja seperti
i. Merancang jenis konten untuk diterbitkan
ii. Menghasilkan konten untuk disiarkan di media sosial
iii. Memberi respons terhadap sebarang pertanyaan atau interaksi di media sosial
iv. Menjalankan kempen pemasaran
v. Membuat analisis terhadap kelakuan bakal pelanggan di media sosial
vi. Membuat kolaborasi dengan pemilik akaun media sosial lain (jika perlu)

Diluar sana ada banyak pemilik bisnes yang tak ada masa, tak ada kemahiran, dan tak ada kepakaran untuk menjalankan kempen yang bagus untuk media sosial milik syarikat mereka.
 
Bagi pemilik bisnes kecil-kecilan yang sudah menggunakan akaun media sosial, ada antara mereka yang menguruskan sendiri akaun media sosial milik mereka.
 
Perkara ini bukannya mudah sebenarnya. Jika tak dilakukan dengan berhati-hati, aktiviti di media sosial dapat membuatkan pemilik perniagaan hilang fokus dan akhirnya mengganggu produktiviti harian mereka.
 
Pada awalnya, dia mungkin merancang untuk menghasilkan satu konten atau status update.
Tiba-tiba dia terlihat posting dari kenalan, atau dari page yang dia ikuti, yang membuat dia rasa tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Selepas tu, dia tertarik pula untuk dapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan politik tanah air. Akhirnya meleret-leret sehingga memakan masa selama satu jam di media sosial, sedangkan status update yang dia rancang nak siarkan, masih tetap belum selesai.
 
Kalau anda juga ada masalah seperti ini, mungkin anda patut outsource sahaja kerja-kerja mengemaskini dan mencipta konten di media sosial kepada mereka yang profesional dan berpengalaman untuk mencipta konten. Anda sebagai pemilik perniagaan, fokus kepada perkara yang lebih penting dan mendesak.
 
Sekiranya anda berminat nak jadi seorang social media manager, bolehlah cuba intai-intai peluang dengan menghubungi mana-mana pemilik akaun media sosial yang dah agak lama tak dikemaskini. Siapa tahu, dari usaha ini, ada rezeki untuk anda, kan.
 
(17) Buat bisnes MLM atau Network Marketing secara online Persoalannya ialah, adakah kita boleh buat bisnes MLM atau network marketing ini secara online 100%?
 
Pada pandangan saya, pengamal bisnes MLM ini ada dua kategori.
 
Pertama, kategori bisnes MLM tradisional.
Kedua, kategori bisnes MLM gaya online marketing.
 
Kalau yang jenis tradisional ini, mereka masih cuba mengekalkan cara lama dalam menjalankan bisnes. Maknanya ciri-ciri berikut akan cuba dikekalkan
i. Ada pertemuan di HQ
Akan berlaku pertemuan antara ejen dengan bakal pelanggan, tak kiralah sama ada di HQ, hotel ataupun mungkin di restoran. Bagi mereka, aktiviti perjumpaan ini adalah sebahagian dari perkara yang perlu dilakukan.
 
ii. Mereka tak memberi tahu tujuan untuk jumpa
Biasanya mereka akan ajak berjumpa, tapi tak beritahu apa matlamat perjumpaan tersebut. Alasannya, kalau dah beritahu awal-awal, nanti prospek akan lari.
 
Tapi bagi saya, saya lebih suka berjumpa prospek (itupun jika perlu) hanya apabila mereka sudah tahu apa yang saya promosikan. Biasanya, bila saya buat online marketing, mereka dah boleh faham apa bisnes yang saya buat melalui blogpost dan artikel yang saya hasilkan.
 
Mereka tak perlu bersusah payah untuk datang berjumpa pun.
 
Andai kata saya nak buat atau join syarikat yang anjurkan program MLM, saya akan utamakan untuk join program yang boleh dilakukan secara online sahaja.

PG Mall ini ada meenganjurkan program buat duit yang dikenali sebagai Consumerchant, yang mana konsepnya ada persamaan dengan bisnes MLM.
 
Sebagai ahli, kita boleh membina rangkaian pelanggan dibawah kita, dan setiap kali mereka membuat pembelian di platform PG Mall, kita akan dapat insentif dalam bentuk cash back (komisen) melalui pembelian tersebut.
Baca juga: Pengenalan kepada bisnes PG Mall
 
Oleh sebab bisnes ini boleh dilakukan secara online sahaja, maka saya rasa tak ada masalah untuk sertai. Jika anda juga minat nak sertai program ini, boleh baca dulu pengenalan tentang projek ini dan bila dah faham, bolehlah daftar akaun anda secara percuma melalui pautan ini.
 
So… Yes. Buat MLM secara online ini pun termasuk daripada usaha untuk kita buat duit online.
 
Penutup Ya memang betul, ada terlalu banyak cara untuk kita buat duit online. Akhirnya terpulang pada kita, sama ada nak buat ataupun tidak.
 
Saya percaya, setiap orang yang berusaha pasti akan dapat ganjaran dan hasil, sesuai dengan tahap usaha yang dia lakukan.
Jika ada mana-mana bahagian yang saya muatkan dalam artikel ini yang kurang jelas bagi anda, jangan malu dan jangan segan, boleh tanyakan dibahagian komen dibawah.
 
In Shaa Allah saya akan berikan respon kepada soalan anda, dan jika perlu, saya akan hasilkan entri khas bagi tujuan menjawab pertanyaan anda.
 
Selamat mencuba dan saya doakan anda juga akan berjaya memiliki pendapatan online anda sendiri.
 
 
The post 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/buat-duit-online/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Duit Online Mudah Usd

Cara Buat Duit Online Mudah Usd

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 222 hits
Cara Buat Duit Online Mudah USD Setiap Bulan Artikel ini akan berkongsi dengan semua bagaimana cara buat duit online mudah The post appeared first on
5 Cara Terbukti Berkesan Untuk Membantu Anda Buat Duit Online

5 Cara Terbukti Berkesan Untuk Membantu Anda Buat Duit Online

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 305 hits
Jika anda selalu online tetapi tak pernah langsung buat duit diinternet walaupun hanya sekali maka anda sebenarnya telah mensia siakan masa anda Begitu juga mereka yang setiap bulan bayar mahal mahal untuk melanggan pakej internet dengan ke...
2 Cara Transfer Duit Ke Asb Online Banking

2 Cara Transfer Duit Ke Asb Online Banking

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 392 hits
Nak simpan duit anda dalam akaun ASB Ini cara transfer duit ke ASB secara online tanpa perlu pergi beratur ke post office berdekatan anda Ramai dah mula sedar akan penting nya menabung untuk menghadapai cabaran hidup akan datang Di jangka p...
Cara Melabur Tanpa Guna Duit Sendiri

Cara Melabur Tanpa Guna Duit Sendiri

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 215 hits
Cara Melabur Tanpa Guna Duit Sendiri Pernah tak anda terfikir untuk melabur tanpa menggunakan duit sendiri Dengar macam tak logik tetapi sebenarnya boleh dilakukan Melabur tanpa menggunakan duit sendiri bukanlah bermaksud anda buat pinjaman...
Cara Beli Tiket Wayang Online

Cara Beli Tiket Wayang Online

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 263 hits
Dengan adanya kemudahan pembelian tiket online anda tak perlu lagi beratur di pawagam untuk beli tiket wayang bagi menonton filem kegemaran anda Beli saja secara online dari mana pun anda berada Caranya juga sangat mudah Tanpa melengahkan m...
Ramai Ibu Menyusu Tak Tahu Cara Penyusuan Ini Boleh Tambah Berat Badan Anak

Ramai Ibu Menyusu Tak Tahu Cara Penyusuan Ini Boleh Tambah Berat Badan Anak

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 157 hits
Kebanyakkan bayi yang menyusu sepenuhnya dengan susu ibu akan menyusu sekurang kurangnya lapan hingga 12 kali sehari Bergantung kepada bayi ada yang menyusu dengan lebih kerap pada siang hari Ada juga yang menyusu dengan lebih lama pada wak...
7 Cara Simpan Duit Gaji Dengan Berkesan Dan Bijak

7 Cara Simpan Duit Gaji Dengan Berkesan Dan Bijak

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 314 hits
Salam semua tak semua orang mampu menguruskan kewangan dengan bijak Ada juga yang masih blur walaupun nak uruskan duit gaji sendiri Pernah dengar kes tak sempat hujung bulan pun dah kering Itu sebabnya penting ada ilmu pengurusan kewangan w...
7 Cara Bayar Bil Air Saj Online Johor

7 Cara Bayar Bil Air Saj Online Johor

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 339 hits
Jom bayar bil air SAJ online sekarang Sekarang dah mudah nak bayar bil air SAJ anda tu sebab semakin banyak medium pembayaran yang pihak SAJ sedia kan Di bawah ini saya senaraikan dalam 7 cara pembayaran bil air SAJ yang boleh di lakukan se...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100