7 Cara Simpan Duit Gaji Dengan Berkesan Dan Bijak


Salam semua, tak semua orang mampu menguruskan kewangan dengan bijak. Ada juga yang masih "blur" walaupun nak uruskan duit gaji sendiri. 
Pernah dengar kes, tak sempat hujung bulan pun dah "kering". Itu sebabnya penting ada ilmu pengurusan kewangan walaupun hanya nak urus duit gaji. 

Ditambah pula dengan cabaran ekonomi untuk tahun 2023 akan datang. Dengan harga barang yang tidak menentu. Sampai sis sendiri pun terasa dengan kadar kenaikan harga barang. 
Tapi, itu tidak bermaksud kita kena berbelanja berlebihan disebabkan harga barang yang mahal. 
Pentingya Pengurusan Kewangan Yang BerhemahSumber kewangan setiap orang ni berbeza - beza. Sebab itu, pentingnya untuk menguruskan kewangan dengan bijak. 
Semakin susah nak uruskan kewangan, jika kita sendiri tidak mempunyai disiplin diri untuk memastikan pengurusan kewangan kita berjalan dengan lancar. Betul tak ? 
Dalam menguruskan kewangan peribadi, perlu tahu amalan yang betul supaya duit diurus dengan baik. 
Perkara yang ramai orang terlepas pandang, simpanan perlu ditetapkan sebelum membuat perbelanjaan, yang penting kalau nak berbelanja, jangan melebihi pendapatan

Ramai yang selalu membuat kesilapan dalam menguruskan wang. Dalam masa yang sama, banyak kesan jangka pendek dan jangka panjang yang akan berlaku. 
Bercakap pasal tips pengurusan wang ni, sis banyak ambil nasihat dari mak sis. Mak sis kalau bercakap pasal duit memang teliti. 
Tak kaya, tapi cukup keperluan untuk hidup. Dapat beli aset, dapat hantar duit untuk mak ayah di kampung. 
Buka pelaburan untuk anak - anak, mak ayah kita ni macam ni lah buat semua ni pun demi anak - anak. 

7 Cara Simpan Duit Gaji Dengan BerkesanKali ini, sis nak kongsi beberapa tips simpan duit atau cara nak uruskan duit dengan betul. Yang bergaji kecil atau bergaji tinggi, semua kena tahu cara nak urus wang dengan bijak. 
Ini penting untuk elak dari menghadapi masalah kewangan kelak. 
Risau juga dengan apa yang sis baca di berita kosmo, seramai 7 daripada 10 rakyat Malaysia menyimpan kurang daripada RM 500 sebulan. 
Apapun, cara di bawah korang boleh cuba : 
1. Buat Formula Pengurusan Kewangan Setiap kali dapat duit gaji, buat anggaran belanjawan. Macam mana tu ? Boleh ikut formula urus duit gaji dengan membahagikan pendapatan ikut kategori. 
Sama ada untuk keperluan dan mustahak, kehendak dan juga simpanan atau bayaran hutang. Penting untuk susun, risau kalau terlebih aliran duit yang keluar. 
Korang boleh cuba guna jadual perbelanjaan sebagai rujukan. Laman web ni best, sebab perbelanjaan telah dibahagikan berapa peratus yang boleh kita belanjakan. 
Sudah tentu, bila buat jadual macam ni, kena utamakan keperluan dari kehendak. Keperluan merupakan perkara yang perlu diteruskan untuk hidup. 
Contohnya termasuk pembayaran rumah, penjagaan kesihatan, makanan, insuran dan utiliti

Kehendak pula adalah belanjakan wang kepada perkara yang tidak berapa penting. Walaupun ada perbelanjaan untuk kehendak, tapi gunalah wang dengan berpada - pada. 
2. Jangan Guna Kad Kredit Kalau orang lain mesti kata hadkan penggunaan kad kredit, tapi sis nak cakap tak payah guna kad kredit. Boleh tak ? 
Walaupun kad kredit ni ada kebaikannya, tapi keburukan tetap ada. Kalau tak ada kepentingan sangat tak payah guna. 
Risau jika penggunaan kad kredit yang tak terkawal, nanti pengurusan kewangan pun dah lari dari yang dirancang. 
Nak guna kad kredit boleh, tapi kena pastikan korang boleh mengawal nafsu untuk berbelanja dan boleh membezakan antara keperluan dan kehendak. 
Selain itu kena pandai mengurus kewangan dan jangan mudah untuk terpengaruh dengan promosi. 
3. Buat Pelaburan Simpan Duit Untuk Jangka Panjang Tahu tak korang, 52 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas masih belum mula melabur. 
Sekarang ni, ramai terkesan dengan kadar kenaikan inflasi dan juga harga barang yang semakin lama, semakin naik

Nak tak nak, kena ubah penyesuaian gaya hidup kita dalam ekonomi mencabar ni. Peruntukan duit gaji untuk pelaburan tetap kena ada. Orang kata menyimpan walaupun sikit, lama - lama jadi bukit. 
Pilih pelaburan yang selamat dan berisiko rendah untuk mengelakkan kehilangan wang atau modal. Pilihan sis, boleh melabur dan simpan duit di ASB, Tabung Haji dan KWSP. 
Dengan pelaburan ni, bukan setakat menyimpan, malah boleh kembangkan duit dan mendapat pulangan dividen dan bonus tahunan. 
4. Rancang Belanjawan Isi Rumah Kos perbelanjaan isi rumah kalau tak pandai nak urus, memang tak perasan. Sampai nak menyimpan pun dah rasa tak ada duit. 
Jadi, kena rancang belanjawan isi rumah dengan teliti. Boleh buat pelan perbelanjaan mingguan dan bulanan. 
Sekurang - kurangnya kita ada langkah berjaga - jaga supaya aliran duit tidak terlebih keluar. 
Satu lagi, amalkan sikap senaraikan barang - barang yang hendak dibeli sebelum pergi ke mana - mana kedai. 
Untuk elakkan dari berbelanja kepada barang yang tidak penting. Semua ni bergantung kepada tabiat perbelanjaan korang. Yang mana tak berapa penting tak payah beli

Dalam masa yang sama, kita boleh tengok balik perbelanjaan kita, mungkin kita ada terlebih berbelanja untuk bulan lepas. 

5. Perbelanjaan Kecil Jangan DiabaikanRamai yang tak nampak perbelanjaan yang kecil ni boleh beri impak yang besar. Terutamanya perbelanjaan yang bersifat kehendak. 
Sebagai contoh, portal pembelian internet. Semua orang tahu kan, shopping sekarang memang mudah hanya di hujung jari

Kadang - kadang kita ni tak perasan sebab asyik leka melayari scroll sana sini. Eh, tiba - tiba dah bayar. Bukan apa, risau dengan duit yang mengalir tanpa sedar. 
Itu semua terpulang kepada kepada kita untuk menentukan perbelanjaan yang sedia ada. 
6. Sentiasa Ada Pelan Kedua Untuk Buat Kerja Sampingan Cara lain untuk simpan duit gaji, jika berkemampuan cuba usahakan untuk ada kerja sampingan. Tapi, ramai di kalangan kita yang dah buat lebih dari satu kerja

Sekarang ni, bidang freelance pun dah makin meluas dan mendapat sambutan. 
Mungkin di kalangan korang ada bakat terpendam. Lagipun, seiring dengan teknologi sekarang semua kerja pun boleh buat online dan secara tidak langsung dapat menjana pendapatan pasif. 
Contoh kerja yang lain ada yang jadi juru gambar ataupun juru video, pemandu grab, dropship. Pilih lah ikut kesesuaian dan serasi dengan minat korang. 
7. Elakkan Dari Berhutang Perkara yang selalu untuk dipertimbangkan adalah hutang. Kalau boleh elakkan dari berhutang. Bila ada hutang ni, memang duit gaji akan tolak dan berkurang. 
Tapi, ada pengecualian jika nak beli rumah atau pun kereta. Bergantung atas komitmen masing - masing. 
Sekiranya tidak mampu, elok untuk tangguhkan dulu hasrat untuk membeli hingga benar - benar mampu. 

Kesimpulan Itu saja 7 cara nak urus duit gaji yang sis dapat kongsikan dengan korang. Rancang ikut mana pun kalau disiplin diri tu tak ada, memang tak menjadi jugak. 
Pada pendapat sis, kena ada tahap disiplin yang tinggi barulah pengurusan kewangan kita berjalan dengan lancar. 
Jangan lupa, korang boleh tahu banyak lagi cara pengurusan kewangan yang betul

Selain itu, sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah supaya rezeki kita berjalan dengan lancar. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2022/12/tips-pengurusan-kewangan-yang-berkesan-dan-bijak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Cara Terbukti Berkesan Untuk Membantu Anda Buat Duit Online

5 Cara Terbukti Berkesan Untuk Membantu Anda Buat Duit Online

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 305 hits
Jika anda selalu online tetapi tak pernah langsung buat duit diinternet walaupun hanya sekali maka anda sebenarnya telah mensia siakan masa anda Begitu juga mereka yang setiap bulan bayar mahal mahal untuk melanggan pakej internet dengan ke...
5 Cara Mudah Simpan Duit Walaupun Bergaji Rendah

5 Cara Mudah Simpan Duit Walaupun Bergaji Rendah

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 244 hits
Adui nak kahwin tapi duit simpanan pula tiada Ayat ini selalu sahaja kita dengar dari golongan anak muda pabila mahu mendirikan rumah tangga Mereka sukar untuk simpan duit gaji setiap hujung bulan Hal ini demikian kerana mereka tiada asas y...
Anda Wajib Simpan Duit Dalam 5 Tempat Ini Dijamin Oleh Kerajaan

Anda Wajib Simpan Duit Dalam 5 Tempat Ini Dijamin Oleh Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 260 hits
Anda WAJIB Simpan Duit Dalam 5 Tempat Ini Dijamin Oleh Kerajaan Tidak dinafikan bahawa simpanan adalah amat penting untuk masa depan Apakah itu Simpanan Sebagaimana yang ramai ketahui bahawa simpanan adalah duit yang kita kumpul daripada su...
Cara Buat Duit Online Mudah Usd

Cara Buat Duit Online Mudah Usd

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 222 hits
Cara Buat Duit Online Mudah USD Setiap Bulan Artikel ini akan berkongsi dengan semua bagaimana cara buat duit online mudah The post appeared first on
17 Cara Buat Duit Online Yang Anda Boleh Cuba

17 Cara Buat Duit Online Yang Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 364 hits
Ada terdapat banyak cara yang anda boleh cuba lakukan untuk buat duit online Menghasilkan pendapatan di internet sama ada RM1 RM10 atau mungkin RM1 000 yang pertama bukanlah sesuatu yang terlalu sukar atau mustahil untuk dilakukan Pada hari...
Cara Melabur Tanpa Guna Duit Sendiri

Cara Melabur Tanpa Guna Duit Sendiri

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 215 hits
Cara Melabur Tanpa Guna Duit Sendiri Pernah tak anda terfikir untuk melabur tanpa menggunakan duit sendiri Dengar macam tak logik tetapi sebenarnya boleh dilakukan Melabur tanpa menggunakan duit sendiri bukanlah bermaksud anda buat pinjaman...
Cara Mudah Buat Duit Dalam Usd Dari Rumah Tanpa Modal

Cara Mudah Buat Duit Dalam Usd Dari Rumah Tanpa Modal

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 230 hits
Assalamualaikum Selamat Pagi CARA MUDAH BUAT DUIT DALAM USD DARI RUMAH TANPA MODAL Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza kongsikan sesuatu yang bermanfaat terutamanya buat mereka yang baru berjinak jinak dengan dunia b...
Cara Simpan Baki Santan Kotak Dalam Peti Sejuk Tak Berketul Seminggu Masih Elok

Cara Simpan Baki Santan Kotak Dalam Peti Sejuk Tak Berketul Seminggu Masih Elok

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 314 hits
Kebanyakan daripada kita bila menggunakan santan dalam masakan pasti ada juga lebihannya Nak buang sayang jadi simpan dulu dalam peti sejuk Namun setelah beberapa hari disimpan dan nak digunakan semula akan nampak santan itu dah mula berket...
Cara Beli Mask Rambut Murah Dan Berkesan

Cara Beli Mask Rambut Murah Dan Berkesan

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 442 hits
Julia baru baru ini ke sebuah salon muslimah Tujuannya tak lain dan tak bukan nak me time set rebonding nak cantikkan diri khas untuk suami dan naikkan mood baru sebelum masuk kerja tak lama lagi selepas habis cuti pantang Dah buat survey b...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan