Tip Trik Tempah Hotel Dengan Harga Murah Yang Anda Perlu Tahu
Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Yang Anda Perlu Tahu! Selain destinasi, bagi anda apa yang penting untuk melancong? Pasti rata-rata daripada anda menjawab tempat penginapan. Penginapan yang bagaimana selalu menjadi pilihan anda? Adakah hotel 5 bintang ataupun hotel yang murah atau macam mana?
BACA: 5 Hotel Mewah Tetapi ‘Murah’ Di Melaka
Bagaimana jika kami katakan anda boleh menempah hotel 5 bintang tetapi murah?tip dan trik yang anda boleh gunakan untuk menempah hotel. Baca perkongsiannya di bawah:
1. Buat perbandingan
Setiap kali buat tempahan hotel, saya akan buat perbandingan di 3 tempat iaitu Trivago, Traveloka dan laman web hotel itu sendiri. Banyak kali saya perasan, kadang-kadang website hotel itu sendiri lagi murah berbanding booking.com dan Agoda sebab terdapat penawaran diskaun untuk tempoh-tempoh tertentu. Jadi, bandingkan dahulu sebelum membuat keputusan.
2. Gunakan Traveloka
Saya suka tengok di Traveloka sebab di sini dia sudah letak harga yang termasuk tax dan bayaran.
3. Trik diskaun untuk Agoda atau booking.com
Untuk Agoda atau booking.com, ada trik yang anda boleh gunakan. Anda pilih dahulu hotel dan tarikh yang anda ingin pergi, masukkan details nama dan email. Kemudian ketika ingin membuat bayaran, anda batalkan dan dalam masa sehari dua, anda akan dapat email mengatakan bilik tersebut ada diskaun seperti ingin pujuk anda. Jika anda rasa diskaun tersebut berbaloi, anda rebutlah segera.
4. Gunakan ‘private tab’
Kalau anda hanya saja-saja meninjau hotel, pastikan anda pilih ‘private tab’ untuk Mozilla Firefox atau Incognito untuk Chrome. Ini adalah untuk pastikan mereka tidak dapat mengesan anda apabila anda masuk ke website tersebut untuk kali kedua dan mereka akan naikkan harga. Ini memang strategi mereka. Strategi ini juga digunakan oleh airlines seperti AirAsia, MAS dan lain-lain.
Pertama kali anda masuk ke website itu, anda dapat harga murah. Kemudian, anda masuk semula harga sudah naik. Ini kerana dia sudah dapat ‘trace’ yang anda pernah datang ke website itu dan sebab itu dia naikkan harga. Jadi, pastikan anda guna Private Tab atau Incognito sebelum meninjau hotel anda.
5. Jangan simpan butiran kredit kad
Jangan sesekali simpan butiran kad kredit di Agoda atau mana-mana website. Sebab ramai yang saya dengar cerita dimana mereka akan buat ‘Auto Booking’ bagi pihak kita. Yer la, kadang-kadang kita hanya survey hotel itu dan tidak buat booking pun lagi. Akan tetapi disebabkan sistem sudah ada butiran kad kredit kita, terus dia buatkan tempahan untuk kita. Kalau dapat harga murah ok tapi jika harga mahal? Kita yang rugi.
6. Waktu tempahan
Buat tempahan pada waktu malamatau tengah malam. Ini yang saya selalu perasan. Kalau menempah pada waktu siang, bilik selalu sold out atau harga selalu tinggi. Tidak kisahlah anda tinjau di Agoda, booking.com atau Traveloka, semua pattern sama. Akan tetapi, cuba kalau anda tempah waktu malam, memang banyak bilik available dan murah berbanding waktu siang. Tidak percaya? Anda boleh cuba bandingkan.
7. Tempah bagi pihak orang lain
Kalau tempah hotel bagi pihak orang lain, pastikan anda masukkan nama dia di bahagian ‘Booking For Someone Else’. Kalau tidak, susah nanti mahu check in sebab sesetengah hotel mempunyai prosedur yang ketat. Saya pernah kena ketika booking untuk kawan dan saya letak nama saya semasa booking. Semasa check in, hotel itu tidak bagi kawan saya check in sebab itu bukan nama dia. Tidak pasal-pasal saya kena telefon Agoda dan minta dia tukarkan kepada nama kawan saya.
8. Mata ganjaran
Dalam pelbagai website tempahan hotel online, website Agoda merupakan salah satu website yang sediakan mata ganjaran. Kalau anda buat tempahan, buat review dan rekemen kepada rakan-rakan, anda dapat mata ganjaran. Jadi, mata ganjaran yang terkumpul itu boleh ditukar ke RM dan dapat bilik hotel percuma.
9. Pilih bahasa dan matawang negara
Tip yang ini pelik sikit tetapi benar. Kalau mahu booking hotel di luar negara, pastikan anda pilih bahasa negara tersebut dan currency pun ikut negara tersebut. Kalau bahasa bertukar, anda terjemah sahaja dan bandingkan harga kerana memang berbeza.
Sumber: The Kaki Cuti
The post Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Yang Anda Perlu Tahu appeared first on Apakes.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/tip-trik-tempah-hotel-dengan-harga-murah-yang-anda-perlu-tahu/