Pihak Berkuasa Kaji Data Pesawat Israel Berlegar Di Ruang Udara Malaysia


MalaysiaNow

Pesawat tersebut tersebut terbang di Lembah Klang pada altitud melebihi 15,000 kaki lebih tinggi daripadan kawalan pihak berkuasa Malaysia.

Tangkap layar jejak pesawat dari Flightradar24 menunjukkan Boeing 737-400 dengan nombor pendaftaran 4X-AOO terbang dengan altitud ketinggian 29,000 kaki di Lembah  Pihak berkuasa penerbangan di Malaysia sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa laporan yang mendakwa sebuah pesawat yang dilengkapi teknologi perisikan memasuki ruang udara Malaysia sebelum dikesan mendarat di pangkalan tentera Singapura.
Siasatan tersebut dijalankan selepas MalaysiaNow memuat naik sebuah laporan yang memetik jurnal pertahanan dan laman jejak penerbangan pesawat yang menunjukkan pesawat Boeing 737-400 yang dimiliki Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta), sebuah kontraktor pertahanan Tel Aviv berlegar-legar di ruang udara Singapura selama hampir empat jam pada 24 Mei lalu sebelum mendarat di Lapangan Terbang Paya Lebar, sebuah bekas pangkalan tentera Amerika Syarikat.
“CAAM kini sedang berbincang dengan kementerian pengangkutan dan sedang mengkaji kesemua data teknikal berhubung parkara ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Chester Voo Chee Soon kepada MalaysiaNow.
Semakan di laman sesawang Flightradar24 menunjukkan pesawat dengan nombor pendaftaran 4X-AOO itu masih di ruang udara Israel pada 18 Mei lalu.
Sehari kemudian, pesawat tersebut terbang dengan altitud ketinggian 29,000 kaki di Lembah Klang, lebih tinggi dari 15,000 kaki yang dikawal pihak berkuasa Malaysia.
Jurnal pertahanan, Defence Security Asia berspekulasi pesawat itu mungkin membawa radar sensitif dan kelengkapan pengintipan selain berkemungkinan sedang menguji “sistem baru”.
Laporan kehadiran pesawat tersebut di wilayah ini menimbulkan kebimbangan di Malaysia selepas sentimen anti-Israel semakin memuncak ketika serangan ganas negara Yahudi itu terhadap Gaza.
Malaysia merupakan negara yang kuat mendukung perjuangan Palestin, dan tidak seperti Singapura, negara ini tidak memiliki apa-apa hubungan diplomatik dengan negara Yahudi tersebut.
Awal bulan ini, Putrajaya berkata ia meningkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia, termasuk warga Palestin yang berada di dalam negara susulan beberapa laporan ancaman dari agensi-agensi perisikan Israel.
Sementara itu sumber keselamatan ruang udara yang tidak mahu dinamakan berkata kepada MalaysiaNow bahawa sebarang isu pencerobohan ruang udara Malaysia boleh berada di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), yang harus merujuk perkara itu kepada Kawalan Lalu Lintas Udara (ATC).
“Ia semua bergantung sama ada pesawat itu adalah pesawat sivil atau pesawat negara, Jika ia adalah pesawat negara, ATC mesti lencongkan pesawat kepada laluan lain,” katanya.
Namun sumber berkata wujud isu bidang kuasa berhubung ruang udara di Malaysia dan Singapura sambil menambah Malaysia tidak mengawal ruang udara di atas 15,000 kaki.
“Lebih penting lagi, persoalan yang perlu ditanya adalah sama ada wujud koordinasi antara pasukan risikan dan agensi penguatkuasaan di Malaysia selain sama ada wujud pihak berkuasa yang bertindih antara agensi dan kementerian,” tambah sumber itu lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/pihak-berkuasa-kaji-data-pesawat-israel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mungkinkah Ini Punca Pesawat Pengintip Israel Melintasi Ruang Udara Malaysia

Mungkinkah Ini Punca Pesawat Pengintip Israel Melintasi Ruang Udara Malaysia

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 757 hits
Mungkinkah Ini Punca Pesawat Pengintip Israel Melintasi Ruang Udara Malaysia Baru baru ini kecoh satu negara tentang penampakan sebuah pesawat pengintip Israel melintasi ruang udara Malaysia di saat dunia memerhatikan konflik antara Israel ...
Pesawat Israel Di Ruang Udara Malaysia Kerajaan Perlu Beri Penjelasan

Pesawat Israel Di Ruang Udara Malaysia Kerajaan Perlu Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 243 hits
BANGI 14 Syawal 1442H Rabu Kerajaan diminta memberi penjelasan berhubung pesawat Boeing milik negara haram Israel yang dikesan merentasi ruang udara Malaysia sebelum mendarat di pangkalan tentera udara negara jiran Pengerusi Kaukus Kesejaht...
Pesawat Milik Israel Disahkan Masuk Ruang Udara Negara

Pesawat Milik Israel Disahkan Masuk Ruang Udara Negara

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 233 hits
Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR MODEL pesawat pengintip bernombor pendaftaran 4X AOO dibangunkan Israel Aerospace Industries yang dikatakan terbang di ruang udara Malaysia minggu lalu Gambar media sosialPUTRAJAYA Kementerian Pengangkutan Malaysia...
16 Pesawat Tentera China Ceroboh Ruang Udara Malaysia

16 Pesawat Tentera China Ceroboh Ruang Udara Malaysia

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 262 hits
Malaysiakini Penerbangan mencurigakan 16 pesawat tentera udara China dikesan di ruang udara Zon Maritim Malaysia di Kota Kinabalu semalam lapor Bernama Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dipetik berkata insiden pesawat tentera...
Malaysia Hantar Nota Bantahan Diplomatik 16 Pesawat China Ceroboh Ruang Udara

Malaysia Hantar Nota Bantahan Diplomatik 16 Pesawat China Ceroboh Ruang Udara

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 366 hits
Wisma Putra akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China berhubung 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China yang menceroboh ruang udara Zon Maritim Malaysia dan menghampiri ruang udara nasional semalam Menteri Luar Datuk Se...
Lancar Opsbedil Hacker Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel

Lancar Opsbedil Hacker Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 753 hits
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini VOCKET Kumpulan hacker dari Malaysia sering kali dianggap wira tak didendang menerusi aktiviti godaman yang dijalankan Berjaya menggodam beberapa laman web negara l...
Arab Saudi Tutup Ruang Udara Untuk Israel

Arab Saudi Tutup Ruang Udara Untuk Israel

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 195 hits
TEL AVIV 14 Syawal 1442H Rabu Pesawat Israel terpaksa membatalkan penerbangan ke Dubai setelah gagal mendapat kebenaran dari Arab Saudi untuk melalui ruang udara negara itu Media Israel mendakwa penumpang terpaksa menunggu selama 10 jam di ...
16 Pesawat China Lalu Ruang Udara Negara Ancam Kedaulatan Negara Tudm

16 Pesawat China Lalu Ruang Udara Negara Ancam Kedaulatan Negara Tudm

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 333 hits
PETALING JAYA Tentera Udara Diraja Malaysia mendedahkan bahawa pihaknya telah mengesan penerbangan mencurigakan iaitu sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara milik China iaitu People s Liberation Army Air Force memasuki ruang udara Zon Marit...
Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo

China S President To Host Official Dinner For Anwar

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Tip Mudah Santan Berketul Jadi Elok Semula Letak Sehelai Daun Ini Saja

Maggi Goreng

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Cinta Itu Indah Tetapi Duit Lebih Berkuasa

Pencipta Squid Game Hwang Dong Hyuk Sahkan Musim 3 Sebagai Penutup Kisah Gi Hun

Sedapnya Kopi Kering Beku Kapsul Dari Zus Coffee

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia