16 Orang Anak Fatimah Masuk Universiti



Boleh dikatakan semua orang menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Begitu juga dengan kisah 16 beradik di Kampung Padang Bongor, Kota Bharu, Kelantan.
Dan cita-cita itu tercapai apabila kesemua mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, dan faktor utamanya ialah berkat pengorbanan ibu mereka, Fatimah Jusoh, 69 tahun.

“Sangat terharu apabila ibu saya dapat melihat semua anak dia masuk universiti.

“Dalam 16 orang adik-beradik saya, 11 orang belajar di universiti tempatan, manakala lima lagi di universiti luar negara," kata Mohd Yazid Ismail ketika dihubungi Malaysiakini.

Dia merupakan anak kesebelas dalam keluarga besar itu. Kesemua anak yang lebih tua ialah lelaki, manakala empat adiknya perempuan.

Yazid, kini 35 tahun, menceritakan jalan yang perlu ditempuhi mereka sekeluarga yang bukanlah mudah. Pelbagai cabaran perlu didepani terutama setelah ayah mereka jatuh sakit pada 1991.

“Ayah diserang strok dan lumpuh selama 9 tahun. Ketika itu ibu mengandung adik bongsu. Ayah terpaksa berhenti kerja, dan ibulah yang mengambil tugasnya mencari rezeki untuk menyara kami yang masih kecil.

“Ibu terpaksa mengambil alih tugas ayah menyara kami adik-beradik yang masih kecil, pada masa sama menjaga ayah yang lumpuh," katanya penuh emosi.

Mengimbas kembali kepayahan yang dihadapi keluarganya, dia berkata mereka turut dibantu RM150 sebulan daripada masjid.

"Kami terima wang ehsan setiap bulan. Kami juga terima bantuan pihak lain, tetapi biasanya setahun sekali sahaja seperti bantuan barang persekolahan," katanya.

Menurut Yazid, mereka adik-beradik sentiasa menjaga tingkah laku kerana tidak ingin menambah beban ibu yang sudah cukup berat mencari nafkah untuk keluarga.

Abang sulungnya yang sudah bekerja pada masa itu sedikit sebanyak meringankan beban ibu mereka, katanya lagi.

Antara perkara yang sukar dilupakan Yazid adalah bagaimana keluarganya sering kekurangan makanan dan terpaksa mengisi perut dengan nasi dan air garam.

"Pada 2002, keluarga kami masih masak nasi guna dapur kayu api. Jika kayu habis, saya dan beberapa adik yang lain akan ke hutan dekat rumah untuk mencari kayu." katanya lagi.

Dengan jerih payah yang dilalui tahun demi tahun, kini kesemuanya boleh dikira berjaya.

Anak-anak Fatimah kini ada yang menjadi pensyarah, hakim dan penceramah motivasi. Yazid sendiri membina kerjaya sebagai perunding kewangan.

“Abang sulung saya berumur 51 tahun dan yang paling bongsu umur dia 27 tahun. Semua adik-beradik saya sudah berkahwin dan kini ibu saya mempunyai 63 orang cucu," katanya.

Yazid berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima anak - tiga lelaki dan dua perempuan.

Dia tidak lokek untuk berkongsi nasihat kepada keluarga yang kini berdepan jalan hidup yang sama.

“Nasihat saya untuk orang yang mengalami kemiskinan, kena ingat bahawa hanya dengan melalui pendidikan sahaja kita boleh meningkatkan taraf hidup.

“Memang kena ada ilmu sama ada melalui universiti ataupun ilmu kemahiran dalam kehidupan seharian, selain kena pandai cara untuk kembangkan ilmu kita," katanya lagi.

https://www.malaysiakini.com/news/495889



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/10/fat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Paksa Malam Je Pukau Anak Masuk Bilik Dengan Rutin Rahsia Ni Tahu Tahu Tidur

Jangan Paksa Malam Je Pukau Anak Masuk Bilik Dengan Rutin Rahsia Ni Tahu Tahu Tidur

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 381 hits
Rutin sebelum masuk tidur yang dibuat secara konsisten dapat membantu anak anak tidur lama dan nyenyak Ini salah satu cara untuk anda habiskan masa berkualiti dengan mereka Para saintis mengatakan rutin sebelum masuk tidur ini dapat membant...
Ratusan Anak Masuk Rumah Sakit Jiwa Karena Kecanduan Hp Atalia Kamil Angkat Bicara

Ratusan Anak Masuk Rumah Sakit Jiwa Karena Kecanduan Hp Atalia Kamil Angkat Bicara

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 249 hits
Ketua Tim Penggerak PKK Jawa Barat Atalia Praratya Kamil prihatin dengan kasus anak anak yang kecanduan ponsel dan game Pasalnya seiring berjalannya waktu usia anak yang kecanduan semakin muda Bagaimana pun yang namanya gadget adalah satu h...
Fatimah Ibu 16 Anak

Fatimah Ibu 16 Anak

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 302 hits
Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa 1 hingga 11 semua lelaki 12 hingga 16 semua perempuan Ada orang rasa stress dan sedih bila beranak 5 orang sederet lelaki Mak saya rilek je dapat 11 anak semua lelaki Alhamdulillah walaupun hidup sangat...
Saya Tak Nak Anak Saya Masuk Wad Ingat Anda Boleh Didakwa Anak Bukan Hak Peribadi Anda

Saya Tak Nak Anak Saya Masuk Wad Ingat Anda Boleh Didakwa Anak Bukan Hak Peribadi Anda

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 581 hits
Saya tak nak anak saya dimasukkan ke ward boleh ke ibu bapa bersikap seperti ini Walaupun anda merupakan ibu bapa atau penjaga yang sah bagi kanak kanak namun ia bukan bermakna anda boleh melakukan sebarang tindakan secara sesuka hati kepad...
Melahirkan Anak Lelaki Sebenarnya Jauh Lebih Sakit Daripada Anak Perempuan

Melahirkan Anak Lelaki Sebenarnya Jauh Lebih Sakit Daripada Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 298 hits
Adakah anda sebagai ibu pernah mendengar ekspesi melahirkan bayi lelaki lebih menyakitkan dari ketika melahirkan bayi perempuan Dari fakta perkara ini bukan sekadar mitos anda tahu Kajian telah membuktikan perbezaan alat kelamin bayi menyeb...
Bahaya Dan Kesan Buruk Penggunaan Gajet Kepada Tumbesaran Anak

Bahaya Dan Kesan Buruk Penggunaan Gajet Kepada Tumbesaran Anak

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 1004 hits
Penggunaan alatan gajet terhadap anak anak menjadi satu trend pada masa kini Bukan hanya anak anak diberikan alatan gajet malah bayi seusia 0 hingga 2 tahun turut didedahkan dengan pengunaan gajet Sebuah laman rasmi sosial digelar telah ber...
Mantan Suami Sudah Menikah Siapakah Yang Berkewajiban Menafkahi Anak

Mantan Suami Sudah Menikah Siapakah Yang Berkewajiban Menafkahi Anak

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 513 hits
Nafkah Anak Setelah Bercerai Assalaamualaikum saya mau bertanya soal nafkah anak yang diberikan ayah kepada anaknya yang dibawa mantan istri Saya menikah dengan seorang duda anak 1 Setiap minggu mantan istrinya minta nafkah buat anaknya bah...
Gelagat Anak Kucing Siam

Gelagat Anak Kucing Siam

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 846 hits
Cakkk Haii saya kucing siam kesayangan tuan Alhamdulillah anak anak kucing siam yang Ina pelihara dahulu kini sudah membesar dengan sihatnya Umur mereka sudah memasuki 2 bulan Kittens siam ni baru beberapa hari sudah pandai makan Sedikit le...
Tak Puas Hati Isteri Lari Suami Parang Punggung Anak Sampai Cedera

Tak Puas Hati Isteri Lari Suami Parang Punggung Anak Sampai Cedera

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 705 hits
Baru baru ini viral di media sosial mengenai seorang bapa mendera anak perempuannya tanpa belas kasihan dengan menggunakan parang Menurut individu yang memuat naik gambar kejadian itu berkata suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids