16 Koleksi Aneka Resepi Sup Sedap Dan Mudah


16 Koleksi Aneka Resepi Sup Sedap Dan Mudah | Pasti ramai yang menyukai sup terutama bila rasa nak demam, selesema dan tambahan lagi dengan musim demam akibat covid-19 ni, masakan paling sedap untuk dihirup adalah semangkuk sup sedap yang mudah untuk disediakan.

Antara resepi favorite dalam 16 Koleksi Aneka Resepi Sup Sedap Dan Mudah ni semestinya Sup ikan merah, sup ayam dengan cendawan, sup tulang ala Thai, sup gearbox yang boleh sentiasa di masak kat rumah. 
16 Koleksi Aneka Resepi Sup Sedap Dan Mudah

Semoga koleksi aneka resepi sup ini dapat membantu anda yang mungkin buntu untuk memasak. Selamat mencuba
16 Koleksi Aneka Resepi Sup Sedap Dan Mudah1. Resepi Sup Kambing Berempah
2. Resepi Sup Tulang Ala Thai
3. Resepi Sup Kepala Ikan Merah
4. Resepi Sup Perut
5. Resepi Sup Siam
6. Resepi Sup Ayam Ala Mamak 
7. Resepi Sup Ketam
8. Resepi Sup Ekor Ala Thai 
9. Resepi Sup Kaki Ayam
10. Resepi Sup Gear Box
11. Resepi Sup Ayam Cendawan
12. Resepi Sup Tulang Merah Singapura
13. Resepi Sup Urat Keting
14. Resepi Sup Ikan Haruan
15. Resepi Sup Belut
16. Resepi Sup Mentarang



1. Resepi Sup Kambing Berempah




Bahan-bahan:
1.5 kg daging dan tulang kambing
Rempah 4 sekawan 
2 biji kentang, dipotong 4
2 biji lobak merah
2 biji tomato
daun sup/daun bawang


Bahan A - kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar lada hitam biji


Bahan B:
1 sudu besar rempah sup/kurma
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk lada sulah


Cara cara:

Rebus isi dan tulang daging kambing hingga empuk. Bagi yang punya pressure cooker boleh la guna tapi saya menggunakan periuk tembikar untuk merebus dan merenih daging. Campurkan bawang kuning dan akar ketumbar. Masak dengan api sederhana dan tutup periuk. Buka tutup periuk supaya air tidak melimpah keluar.Campurkan kesemua bahan B ke dalam bekas dan masukkan bahan A yang telah dikisar. Gaul biar mesra dan sebati.Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis rempah 4 sekawan  hingga naik bau dan masukkan rempah yang telah dicampur tadi, dimasak hingga naik wangi. Kemudian masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk berisi daging kambing yang sedang direnih. Tambahkan air secukupnya, jika perlu. Kacau biar sebati dan tutup periuk.Masukkan kentang dan lobak merah, biarkan dalam 5 minit atau hingga keduanya lembut. Masukkan tomato dan daun sup. Biar seketika dan tutup api. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Siap



2. Resepi Sup Tulang Ala Thai





Bahan-bahan :
500 gm tulang lembu + daging cincang
air secukupnya
2 biji buah keras, diketuk
4 ulas bawang putih diketuk
1 batang saderi, dipotong serong
3 tangkai pokok ketumbar
1 batang lobak, dipotong
10 biji cili api
1 biji bawang holland, dipotong baji
1 senduk sos ikan
2 senduk jus limau nipis
daun sup, dihiris
daun bawang, dihiris
Nota : buah keras 2 biji diketuk, direbus bersama tulang/daging supaya daging menjadi lembut


Cara membuatnya :

Rebus tulang dan daging cincang (kalau suka) didalam periuk bersama dengan buah keras yang telah diketuk.  Pastikan air menutupi tulang dan direbus hingga air sampai suku periuk. Kalau guna pressure cooker pun boleh.Tambahkan air masak dalam periuk berisi daging, bila agak mengelegak, masukkan bawang putih yang diketuk, sos ikan, jus limau nipis, serai dan daun limau purut.Masukkan daun ketumbar, batang saderi, lobak, cili api yang diketuk, bawang holland dan tomato.  Biarkan sup mendidih dan tutup api.  Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. 
3. Sup Kepala Ikan Merah


Bahan-bahan:-
1 ketul kepala ikan merah, dipotong ikut kesukaan
1 bungkus sup bunjut
3 cawan air
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
2 asam keping
Daun sup
Daun bawang
Garam secukup rasa
1 sudu minyak masak


Bahan untuk ditumbuk:-
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 sm halia


Bahan untuk ditabur:-
Daun bawang
Daun sup
Limau nipis, diperah semasa dihidang


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga bertukar kekuningan dan naik wangiMasukkan air, lada hitam dan sup bunjut.  Renih dengan api sederhanaBila kuah sudah mendidih, masukkan kepala ikan, biar direnih hingga kuah kembali mendidih.Padamkan api dapur, taburkan daun bawang, daun sup dan garam secukup rasaSendukkan sup di dalam mangkuk dan tabuar bawang goreng sewaktu dihidangkan.

4. Resepi Sup Perut



Bahan-bahan
500 gm perut, dicuci bersih
5 biji cili api Thai, diketuk
1 biji tomato, dipotong baji
Daun kesum
Akar ketumbar (optional)
Garam secukup rasa
Daun ketumbar dihiris untuk hiasan
Sos ikan
sedikit jus limau kasturi


Bahan untuk ditumbuk
4 biji bawang putih 
2 cm halia 
2 biji bawang merah 


Cara memasak :
1. Perut lembu yang telah dicuci, direbus hingga lembu bersama asam gelugur bagi menghilangkan bau hamis. Bila dah lembut, tutup api dan toskan. Bila dah sejuk, boleh lah dipotong ikut kesukaan.
2. Bila dah kekuningan, masukkan perut lembu dan tambahkan air secukupnya. Air tu biar menutupi perut lembu.
3. Masukkan akar ketumbar dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan daun kesum, cili api, sos ikan dan jus limau kasturi. Kalau nak lebih pedas, boleh tambah cili. 
4. Masukkan tomato, renih dengan api sederhana hingga mendidih dan tutup api
4. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Siap


Nota :
Daun ketumbar akan menghilangkan bau hamis perut dan menyedapkan sup dan sekiranya tak suka, boleh lebihkan daun kesum ke dalam sup. 


5. Resepi Sup Siam



Bahan-bahan;
1/2 kg tulang
1 paket rempah sup bunjut untuk sup tulang
1 sudu besar rempah sup serbuk [dikacau bersama sedikit air]
1 sudu sos ikan 
2 biji ubi kentang 
4 biji cili padi, diketuk
1/2 biji bawang besar kuning, dihiris bulat-bulat
1 biji perahan air limau nipis
1 biji tomato, dibelah 4
1/2 batang saderi, dihiris
garam secukup rasa dan sedikit serbuk perasa
daun sup dan daun bawang
Sedikit bawang goreng


Bahan ditumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia 


Cara Membuatnya:

Rebuskan tulang bersama air selama 1/2 jam [saya rebus 1 1/2 jam] sehingga empuk, pastikan air menenggelamkan kesemua tulang.Apabila sudah empuk, ketepikan dahulu rebusan ini.Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.Masukkan rempah sup serbuk dan sos ikan beserta kesemua air dan rebusan tulang tadi.Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.Selepas 30 minit masukkan cili padi, hirisan bawang kuning, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.Tambahkan bahan perasa, garam dan sedikit gula.Gaul dan sesuaikan rasa.Tutup api dan sedia untuk dihidang.Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang


kredit : https://blogresepimasakan.blogspot.com/2019/04/resepi-sup-siam.html


6. Sup Ayam Ala Mamak

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam 
2 kiub pati ayam
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
6 tangkai cili padi diketuk
2 sudu tepung gandum di bancuh air
1 batang lobak potong halus
4 biji ubi kentang
Air
Garam gula lada hitam


Bahan Kisar
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar lada hitam
4 ulas bawang putih
1 peket rempah sup
2 biji bawang merah
1 sudu serbuk kunyit
2 inci halia
Bahan Pelangkap
Daun ketumbar
Bawang goreng


Cara-Cara:
Kisar bahan-bahan di atas sehingga halus.
Panaskan minuak ke atas kuali dan tumiskan bahan kisaran bersama bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.
Masukkan air ke dalam kuali, dan kemudian masukkan ayam, ubi kentang, lobak, cili padi dan kuib pati ayam.
Masak hingga mendidih dan ayam lembut. Kemudian masukkan tepung gandum kepekatan yang yang diingini. 
Sudah siap, angkat ke dalam bekas. Kemudian tabor daun bawang dan bawang goreng ke dalam bekas.
Hidangkan bersama nasi putih yang panas dan telur masin. 
Dinikmati bersama ulam dan telur dadar pasti membuatkan suami anda terliur.
Mesti Cuba!
Kredit : wanita's voice


7. Resepi Sup Ketam
Bahan-bahan:
4 ekor ketam, dibelah 2 atau 4
2 biji tomato, dipotong baji
1 liter air
daun bawang, dihiris
daun sup, dihiris


Bahan untuk dihiris 
3 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 inci halia, diketuk

Cara membuatnya :

Ketam yang sudah dibersihkan, sepit ketak tu diketuk supaya senang nak makan nanti.Masukkan bawang merah dan halia ke dalam periuk berisi air dan renehkan sehingga mendidihBila dah mendidih, masukkan ketam  dan dimasak hingga mendidih dan masukkan tomato.Bila tomato dah nampak masak, taburkan daun sup & daun bawang dan garam. Bila dah siap dan nak hidang boleh tabur bawang goreng


Nota :
Jangan masukkan telalu banyak garam sebab ketam kalau tidak hilang manis ketam tu. Kacau hingga mendidih dengan api perlahan.


8. Resepi Sup Ekor Ala Thai


Bahan-bahan
1 kg ekor lembu, dibasuh bersih dan dipotong
10 tangkai cili api thai, diketuk
4 batang serai di ketuk 
2 labu bawang besar belah emapt 
6 ulas bawang putih, diketuk 
3 inci halia diketuk
seikat kecil daun ketumbar 
Jus limau kasturi
1 biji tomato, dibelah empat
5 helai daun limau purut 
3 sudu sos nampla (sos ikan)
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
Daun bawang, dihiris


Cara-cara 
 1. Rebus ekor hingga empuk (8 jam) atau guna pressure cooker untuk lebih cepat. Masukkan bawang besar yang potong 4, halia 3 inci tadi, rebus sehingga lembut. Masukkan selepas ekor direbus dalam 4 jam
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi,  masukkan serai, bawang besar dan kacau.
3. Masukkan daun limau purut, cili api dan kemudian masukkan ekor yang direbus bersama air rebusan dan biarkan direnih. 
4. Masukkan tomato dan sos nampla, jus limau kasturi serta garam dan tambah sedikit gula supaya ada rasa pedas, sedikit manis dan masam. Biarkan dimasak seketika dan boleh tutup api.
5. Perahkan jus limau kasturi dan taburkan daun bawang sewaktu dihidang.





9. Sup Kaki Ayam

Bahan-bahan:
10 ketul kaki ayam, dipotong bahagian jari dan dicuci
1 sup bunjut Adabi
3 bii kentang, dibelah 4
2 batang lobak merah, dipotong
11/2 sudu serbuk lada hitam
2 kiub ayam 


Bahan untuk ditumis
3 ulas bawang merah, ditumbuk
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci haliam diketuk
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
air secukupnya


Bahan hiasan
daun sup dan daun bawang, dihiris


Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan sup bunjut hingga naik wangi. Masukkan kaki ayam, kacau hingga sebati dan masukkan air secukupnya. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk sup dan kiub ayam. Renih sampai kaki ayam empuk dan lembut.Masukkan ubi kentang dan lobak merah dan dimasak hingga lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan taburkan daun sup adn daun bawang yang dihiris. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng dan dimakan dengan nasi panas-panas




10. Resepi Sup Gear Box


Bahan-bahan :
Tulang lembu @ bahagian otot yang ada isi daging 
5 - 7 tangkai cili api, diketuk
3 inci halia, dihiris 
2 inci lengkuas, diketuk
1 1/2 serbuk lada putih
2 sudu sos ikan
1 mangkuk jus limau kasturi
2 keping asam gelugur
1 batang saderi, dipotong serong
3 biji tomato, dibelah empat
2 biji bawang kuning, dipotong bulat


Bahan hiasan :
Bawang goreng
Daun sup
Limau kasturi


Bahan untuk ditumis :
2 biji bawang merah, dihiris
6 bawang putih merah, dihiris 
3 labu bawang besar, dihiris  
Sup bunjut tulang 


Cara memasaknya :

Basuh bersih tulang dan direbus didalam periuk dengan sehingga mendidih @ daging akan kelihatan tertanggal dari tulangPanaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan-bahan tumisan hingga naik bau. Masukkan kedalam periuk yang berisi tulang tadi. Masukkan halia, lengkuas, batang saderi serta serbuk lada dan renih lagi hingga mendidih.  Akhir sekali masukkan jus limau, sos ikan, asam keping, tomato dan garam secukupnya. Bila nampak tomato agak lembut, matikan api. Taburkan daun sup dan bawang goreng semasa menghidang dan jangan lupa kalau rajin buat sambal kicap



11. Resepi Sup Ayam Dengan Cendawan
Bahan-bahan:
800 gram isi ayam – dipotong kecil
Cendawan tiram, dibasuh, toskan dan disiatkan sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar rempah soto – dibancuh dengan air
1 biji lobak merah – dipotong bulat
6 biji cili padi merah
1 sudu besar perahan limau nipis
1 kiub ayam Maggi
Garam secukupnya
Air secukupnya
Daun sup/daun bawang/bawang goreng – untuk hiasan


Bahan tumis:
1 batang kulit kayu manis
1 bunjut sup tulang – dibuka bunjutnya
3 ulas bawang putih – ditumbuk
3 biji bawang merah – ditumbuk
½ inci halia – diketuk


Cara-cara memasak: 
1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dan bahan-bahan di dalam bunjut sup tulang hingga wangi. Kemudian masukkan bahan tumbuk serta halia. Kacau sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan rempah soto yang dibancuh, kacau rata dan masak sehingga rempah garing.
3. Masukkan potongan ayam dan kacau supaya ayam bergaul mesra dengan rempah. Tutup periuk dan biarkan ayam mereneh di atas dapur selama 10 minit dengan api yang perlahan.
4. Kemudian baru dimasukkan air secukupnya, kiub ayam, serbuk lada hitam, dan garam. Biarkan mendidih dan masak sehingga ayam empuk.
5. Selepas itu masukkan lobak merah dan masak sehingga empuk.
6. Akhir sekali masukkan cendawan dan cili padi yang diketuk. Biar sup mendidih sekali lagi. (Kalau suka, ambil sedikit cendawan dan 2 cawan sup diblender halus, kemudian dimasukkan kembali ke dalam periuk dan dididihkan). Kemudian bolehlah dipadamkan api.
7. Masukkan perahan limau nipis, kacau dan bolehlah dihidangkan.
8. Semasa menghidang bolehlah ditaburkan dengan daun sup, daun bawang, dan bawang goreng jika suka.
kredit : https://sajiandapurbonda.blogspot.com/2013/01/sup-ayam-cendawan.html


12. Resepi Sup Tulang Merah Singapura


Bahan-bahan1 kg tulang gear box@ tulang rawan1/2 cawan sos tomato1/4 cawan sos cili1/4 cawan cili kering kisarMinyak masak1/2 sudu besar tomato puri1 sudu pewarna merah
Bahan tumisan5 biji bawang putih, dikisar5 biji bawang merah, dikisar1 inci halia-kisar1/2 sudu tea serbuk lada hitamRempah 4 sekawanGaram
Bahan disangai dan dikisar1 sudu besar jintan manis1 sudu besar jintan putih
Bahan hiasan :Daun sup dn daun bawang dihiris serta bawang goreng
Cara membuatnya:Basuh daging dan direbus dalam daging empuk (dalam 3 jam). Sementara itu tumis bahan tumisan sup hingga naik bau.Masukkan bahan sangai yang dikisar, kacau hingga sebati dan naik bauMasukkan sos tomato, sos cili dan tomato puri, tambah air supaya kesemuanya mesra, kacau seketika. Bila dah garing, masukkan pewarna merah Masukkan bahan tumisan kedalam periiuk yang berisi rebusan daging, kacau dan dimasak dengan api sederhana, kemudian masukkan lada hitam. Biarkan direnih hingga menjadi pekatPerasakan dengan garam dan tabur daun bawang. SiapTabur daun bawang dan bawang goreng serta limau nipis sewaktu menghidang

13. Resepi Sup Urat Keting


Bahan-bahan 
1 kg urat keting- bersihkan
1 sudu makan perencah sup, bancuh dengan sedikit air
Rempah 4 sekawan
cili padi secukupnya, diketuk
2 batang serai, diketuk
1 mangkuk jus limau nipis 
garam, gula dan air secukupnya


Bahan tambahan
1 labu bawang besar, dimayang
1 biji kentang
1 batang lobak merah
1  biji tomato
bawang goreng
daun sup/daun bawang


Bahan (kisar/tumbuk)
2 biji bawang merah 
1 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
1/2 sudu makan lada hitam 


Cara membuatnya:

Urat keting yang sudah siap dibasuh di rebus didalam periuk dengan api sederhana. Masak hingga nampak macam lutsinar. Biarkan sejuk dan lemak yang ada tu mengeras. Buang bahagian lemak yang telah menjadi kepingan di bahagian atas.Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk dan rempah hingga naik wangi. Masukkan perencah sup, masak hingga pecah minyak. Kaut dan masukkan ke dalam periuk berisi urat keting tadi dan masukkan sup bunjut.Renih dengan api sederhana dan tambah air jika perlu. Masukkan lobak merah dan kentang serta jus limau nipis. Bila nampak sudah empuk masukkan bawang besar. Tutupkan api dan perasakan dengan garam secukupnya.Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng sewaktu dihidang.



14. Resepi Sup Ikan Haruan
pix kredit : FB


Bahan-bahan:1 ekor Ikan haruan  2 batang serai, diketuk5 biji cili api, diketukRempah 4 sekawanGaram- secukup rasaair
Bahan ditumbuk2 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih1 inci halia

Bahan lain:2 biji tomato, dibelah 4Bawang goreng Daun sup/daun bawang

Cara membuatnya:Siang ikan haruan dan cuci ikan dengan air asam jawa sehingga bersih bagi menghilangkan bau hanyir .Tumiskan bawang merah, putih, halia, serai, cili burung dan rempah 4 sekawan sehingga kekuningan dan naik wangi dan masukkan air.Apabila kuah mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Perlahankan api dan biarkan kuah mendidih. Masukkan tomato  dan masak lagi hingga mendidih. Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan



15. Resepi Sup Belutpix kredit Rest Nasi Lemak Ayam Kampung, Ipoh


Bahan-bahan3 ekor belut - siang dan cuci bersih, potong pendek1 biji bawang besar, dipotong baji1 batang saderi, dipotong 1 biji tomato, dibelah 42 sudu besar bawang goreng1 tangkai daun sup - cincang halus1 biji kentang, potong 4

Bahan tumis1 batang kulit kayu manis2 biji bunga lawang2 sudu rempah sup2 biji bawang merah - hiris2 biji bawang putih - hiris1 kiub pati ayam1 sudu kecil garam1/2 sudu besar gula1 liter air
Bahan kisar:1 batang saderi2 biji bawang merah4 biji cili padi1 biji bawang putih

Cara membuatnya:Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan bahan kisar, kacau hingga masak dan masukkan air, belut dan kentang.Bila kuah mendidih, masukkan rempah sup. Renih hingga kentang dan belut masak.Masukkan kiub pati ayam, bawang besar, tomato dan batang saderi. Masak seketika dan perasakan dengan garam secukupnya.Hidangkan dengan taburkan bawang goreng dan daun sup.


16. Sup Mentarang

Bahan-bahan1/2 kilo mentarang3 ulas bawang putih, ditumbuk2 batang serai1/2 biji bawang besar1/2 sudu besar garamAir secukupnyaMinyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1. Rendam mentarang dalam air berisi garam kasar. Biarkan dalam 20 minit dan cuci bersih mentarang dari selut

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih tadi hingga kekuningan. Masukkan seram dan mentarang serta air hingga mentarang terendam (air secukupnya)
3. Rebus hingga air mendidih dan masukkan bawang besar serta sedikit garam. Biar direnih seketika dan tutup api. 

Nota : Kalau buangkan kulit mentarang dan guna hanya isi sahaja di dalam sup


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/03/16-koleksi-aneka-resepi-sup-sedap-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Mihun Sup Ayam Cheese Untuk Anak 7 Bulan Sedap Mudah Baby Makan Licin Semangkuk

Resepi Mihun Sup Ayam Cheese Untuk Anak 7 Bulan Sedap Mudah Baby Makan Licin Semangkuk

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 233 hits
Selain bubur nasi si kecil mama yang dah boleh makan juga boleh makan mihun yang khas untuk bayi Paling penting bahan bahan yang digunakan di dalam hidangan tersebut baik untuk di kecil ibu Resepi mihun sup ayam cheese yang dikongsikan Mama...
Resepi Kuey Teow Sup Chinese Style Sedap Masak Pun Mudah

Resepi Kuey Teow Sup Chinese Style Sedap Masak Pun Mudah

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 457 hits
Sedapnya Teow Sup Chinese Style ni Nak masak pun sangat mudah Dalam masa 30 minit dah boleh siap masak Tak ada kuey teow dekat rumah Jangan susah hati Boleh sahaja gantikan dengan bihun suhun mi kuning atau mi kering Memang sedap dan layan ...
15 Resepi Ikan Terlajak Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba

15 Resepi Ikan Terlajak Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 470 hits
15 Resepi Ikan Terlajak Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba Salam semua sekali sekala sis buntu jugak nak masak apa lagi dengan ikan Biasanya masak untuk ikan ni yang mudah mudah saja Kalau ikan yang sama pun bosan jugak kan Kadang kadang bertukar...
Resepi Mudah Bubur Sumsum Untuk Bayi 7 Bulan Tambah Puri Buah Lagi Sedap Anak Nak Makan

Resepi Mudah Bubur Sumsum Untuk Bayi 7 Bulan Tambah Puri Buah Lagi Sedap Anak Nak Makan

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 380 hits
Bila dah cukup umur enam bulan mama memang tak sabar nak perkenalkan makanan untuk bayi Paling penting ia sihat dan baik untuk tumbesaran bayi Kalau ada yang masih mencari idea resepi bubur Sumsum yang mudah boleh mama jadikan hidangan buat...
Nasi Ayam Yang Mudah Tapi Sedap

Nasi Ayam Yang Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 209 hits
Assalamualaikum wbtBUNTU nak masak apa untuk makan malam semalam Pak Inche tanya nak masak ayam ke Tapi masalahnya nak masak apa ayam tu Sambal dah lemak cili api dah kari dah kurma dah Iman kata masak nasi ayam la Sebiji cili pun tak ada k...
Resepi Air Viral Sedap Minum Waktu Berbuka Puasa Tahun 2022

Resepi Air Viral Sedap Minum Waktu Berbuka Puasa Tahun 2022

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 291 hits
Resepi Air Viral Sedap Minum Waktu Berbuka Puasa Tahun 2022Resepi Air Viral Sedap Minum Waktu Berbuka Puasa Tahun 2022 Air Detox Ais Lemon Pudina yang dibuat masa buka puasa Minum sejuk sejuk lalu kat anak tekak Tapi bagi yang nak kurangkan...
3 Resipi Mudah Sedap Kuih Biru Guna Pewarna Dari Bunga Telang

3 Resipi Mudah Sedap Kuih Biru Guna Pewarna Dari Bunga Telang

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 219 hits
Inginkan kelainan dalam menyajikan hidangan menu minum petang tanpa mengubah rasa Boleh cuba 3 resipi kuih biru yang menggunakan bunga telang Apa lagi korang boleh cuba idea dengan memanfaatkan bunya telang yang cantik warnanya tu ke dalam ...
19 Aneka Resepi Dari Ikan Bilis

19 Aneka Resepi Dari Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 235 hits
19ANEKA RESEPI DARI IKAN BILIS Ikan Bilis Goreng SimpleFirst sekali mestilah nak share resepi paling mudah dan paling sedap dimakan walaupun tanpa lauk lain betul tak dapat nasi panas sepinggan lepas tu dimakan bersama Ikan bilis goreng sim...
Mudah Simple Sedap Resipi Kuih Cakoi Goreng Hanya Guna 4 Bahan

Mudah Simple Sedap Resipi Kuih Cakoi Goreng Hanya Guna 4 Bahan

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 251 hits
Enaknya jika dapat menikmati Kuih Cakoi Goreng panas panas di waktu begini Rangup diluar gebu dan lembut di dalam Memang tak puas dimakan Bagi yang suka rasa manis boleh cicah Cakoi tu dengan kuah pandan atau kastard pun boleh Memang nikmat...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord