16 Cara Buat Hati Suami Terpikat


Seorang isteri memang perlu selalu memikat hati dan jiwa suaminya, manakala lelaki biasanya menunjukkan kasih sayangnya dengan mengambil berat, risaukan anda, tetapi mereka amat sukar meluahkan kata-kata.


Bimbang cintanya kian pudar? Cuba cara ini untuk memikat suami dan keluarkan taman di hatinya.

1. “Abang, kenapa tak pergi klinik lagi? Kan demam”

Bukan anda sahaja yang perlu dimanjakan. Tetapi suami anda juga. Orang lelaki selalunya lemah badan apabila sakit dan demam.

Bawanya ke klinik, jaga ubatnya, lap dahinya yang panas. Dia tidak meminta, tetapi mengharapkannya. Inilah masanya anda hendak jadi misi pujaan hati suami.

2. Lembut

Cuba berbual lemah-lembut dengan suami anda. Tambahkan dengan senyuman anda yang manis. Jika ingin dia membantu anda, jangan lupa puji usahanya.

Panggil dia dengan panggilan mesra seperti abang, sayang, my superhero. Pasti laju dia datang bila dipanggil nanti.

3. Comel

Semua suami pasti suka melihat isterinya cantik. Tetapi, kerja rumah yang banyak buatkan anda tidak sempat bergaya juga. Cara mudah menjadi comel adalah dengan memotong rambut ikut gaya kesukaannya.

Jika suka pakai seluar track, apa kata cuba gaya sporty. Tukar-tukar gaya di rumah agar nampak segar sentiasa.

4. Percaya

Pertanyaan awak kat mana, awak kat mana... memang comel didengar. Tetapi kalau berulang-ulang kali akan memeningkan juga.

Kadangkala suami tidak dapat menjawab panggilan anda dengan mesra. Dia mungkin bersama bos jadi kenalah macho juga. Hantar sms kata rindu dan dia pasti akan telefon bila sudah lapang nanti.

5. Ibumu, ibuku jua

Pernah dengar tak nak pikat anak, pikat ibunya dahulu? Tunjukkan bahawa anda menjaga anak dan cucu-cucunya dengan baik.

Sayanginya seperti ibu anda sendiri. Tawan hati ahli keluarga lain dengan ringan tulang sewaktu kenduri. Korek cerita lama sewaktu dia membesar dan ketawa bersama mereka.

6. Masak

Orang kata pikat suami dengan perutnya kan? Memang betul. Cuba belajar masakan kegemarannya. Tanyakan resipi atau belajar terus dari ibunya.

Sudah pasti cubaan kali pertama hingga ke lapan tidaklah begitu menjadi. Percayalah anda ada banyak masa untuk mencuba. Bila si dia kata Ok lulus maknanya anda telah berjaya!

7. Sambut

Buka pintu dan beri senyuman manis sewaktu suami pulang ke rumah. Jika tidak sempat kerana menjaga bayi atau sedang memasak, tegurnya dengan mesra sebaik anda bertemu.

Anda boleh siap sejukkan secawan jus oren untuknya juga. Dia memahami anda sedang sibuk tapi sangat menghargai sambutan kecil begini.

8. Dengar

Orang lelaki biasanya kurang bercakap daripada wanita. Jika dia selesa bercerita dengan anda, itu tandanya dia percayakan anda.

Dengar dengan teliti ceritanya. Angguk walaupun anda tidak faham cerita gajet atau konflik pasukan bolanya. Jangan punahkan impiannya hendak membeli superbike. Sokong minatnya.

9. Anak-anak

Membesarkan anak-anak adakalanya sangat meletihkan. Seorang ibu biasanya lebih teliti dan menggalas lebih banyak tanggungjawab. Menjaga anak kecil, ajar buat homework dan mengaji.

Lakukan semuanya dengan ikhlas dan tidak merungut. Suami anda pasti menghargai penat-lelah anda menjaga permata hatinya.

10. Terus-terang

Ada harinya, anda akan menjadi moody tanpa sebab. Anda hanya ingin makan coklat, aiskrim dan berehat sepanjang hari. Beritahu dia dengan jelas anda ok cuma perlu bersendirian sahaja.

Jangan paksa diri membuat semua kerja dalam keadaan terpaksa. Dia pasti lega mengetahuinya malah boleh tolong jagakan anak-anak juga.

11. Kemas

Walaupun sibuk, cuba kemas rumah anda secara berkala. Baju yang berlipat, lantai yang bersih membuatkan hati menjadi tenang. Sediakan bekas untuk kemas mainan anak dengan segera.

12. Hati perempuan memang mudah merajuk

Walaupun anda merajuk, jangan lupa salam dan cium tangannya sebelum berpisah. Dengan bersalam, ia melunturkan ego dan rasa marah. Ia membuatkan dia mengasihani anda juga.

Tidak salah beralah dan meminta maaf untuk meredakan suasana. Merajuk sekali-sekala memang comel, tapi jangan susah dipujuk pula.

13. Berdikari

Anda mungkin seorang yang sangat manja dengannya. Tetapi ketika dia tiada, anda memandu sendiri, pergi bekerja dan menguruskan anak-anak sendirian.

Wanita yang bijak membawa diri dan matang sangat istimewa di mata lelaki. Dia jatuh cinta kepada anda kerana anda tetap menjaga diri dan keluarga sewaktu dia tiada.

14. “Abang, ada lori hantar sofa baru dekat rumah sebelah tau!”

Melihat kehidupan orang lain kadang-kadang buat kita cemburu juga. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Sepertimana pintu rumah masing-masing berbeza, begitu juga rasa bahagia anda.

Ucap terima kasih untuk semua yang suami anda sediakan. Bersyukur dia setia temani dan menjaga anda selama ini.

15. Romantis

Sikap romantis biasanya memanjangkan usia perhubungan. Dia mungkin suka anda temaninya makan sambil merenung dia, atau tonton tv berdua.

Sekali-sekala, cuba buat sesuatu yang manjakan dia seperti potongkan kuku atau urut kakinya yang letih. Romantis bermakna ia mungkin perkara kecil, tetapi dia terharu dengannya.

16. Solehah

Menjadi isteri bermakna anda akan mengejutkannya untuk solat Subuh. Mendidik anak-anaknya, antara tiket dia ke syurga. Setia menjadi makmumnya.

Anda boleh berusaha mengurat dia, tapi jangan lupa berdoa juga. Anda doakan kesejahteraannya, dan semoga kedamaian juga yang anda perolehi dari ikatan ini.

Sebenarnya agak mudah juga untuk memikat hati seorang suami. Lelaki biasanya sukakan wanita yang manis, lembut dan memberi perhatian. Anda cuma perlu menjadi sedikit kreatif dan rajin mencuba.

Kadang-kadang, mengetahui dia akan kembali ke pangkuan anda setiap hari, membuatkan anda terlupakannya. Dia mungkin ada di sana, tetapi merasa terasing dan jauh. Anda rasa dia kuat, tetapi ingat superhero pun perlukan girlfriend juga.

Kembalikan saat anda bercinta dahulu. Jadi diri anda yang dahulu, yang sangat dirinduinya.

Jangan lupa pikat hatinya setiap hari!

BACA INI JUGA:
Wanita Pun 'Gatal' Macam LelakiCara-cara Isteri Menggoda Suami
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2015/06/16-cara-buat-hati-suami-terpikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Hati Terpaut Pada Marini Ramlan Joe Flizzow Sah Bergelar Suami

Hiburan Hati Terpaut Pada Marini Ramlan Joe Flizzow Sah Bergelar Suami

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 896 hits
Ramai yang nyata terkejut apabila penyanyi hip hop lejen di Malaysia iaitu Joe Flizzow mengumumkan pertunangannya dengan wanita cantik bernama Marini Ramlan Pada awalnya Joe dan juga Marini merancang untuk menamatkan zaman bujang pada April...
Hati Hati Tag Suami Atau Isteri Di Media Sosial Jangan Sampai Pasangan Terasa Hati

Hati Hati Tag Suami Atau Isteri Di Media Sosial Jangan Sampai Pasangan Terasa Hati

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 429 hits
Di sebalik kerancakan medium media sosial sekarang ada yang membuatkan hubungan suami isteri sedikit terjejas Ramai yang tak melihat perkara ini secara serius tetapi ia memang berlaku dalam masyarakat Fenomena tag suami tag isteri Perkongsi...
Kenapa Agaknya Suami Berkecil Hati Dengan Isteri Meh Baca Ni

Kenapa Agaknya Suami Berkecil Hati Dengan Isteri Meh Baca Ni

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 737 hits
KENAPA AGAKNYA SUAMI BERKECIL HATI DENGAN ISTERI MEH BACA NI Sebagai insan biasa memang kita tak lepas dari melakukan kesilapan Begitu juga dalam realiti berumah tangga Ada kalanya suami berkecil hati dengan isteri dan begitu jugak dengan i...
Dia Kerja Tak Berhenti Tak Perlu Emas Pun Suami Jaga Hati Emosi Isteri Dah Cukup

Dia Kerja Tak Berhenti Tak Perlu Emas Pun Suami Jaga Hati Emosi Isteri Dah Cukup

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 349 hits
Ya benar isteri kita bekerja tidak pernah berhenti Seharian dia di pejabat dan apabila balik ke rumah pula dia bergegas ke dapur menyiapkan makanan untuk suami dan anak anak Tak cukup dengan itu rutin ibu bertambah bila anak masih tak mahu ...
Juruterbang Senior Tidak Puas Hati Pakej Pemberhentian Airasia

Juruterbang Senior Tidak Puas Hati Pakej Pemberhentian Airasia

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 491 hits
KAKITANGAN senior AirAsia tidak berpuas hati dengan pakej pemberhentian ditetapkan syarikat itu bagi kakitangan yang diberhentikan iaitu tiga bulan gaji kata sumber Mereka berkata juruterbang dengan pengalaman kerja selama lebih sedekad pun...
Adu Tribunal Pengguna Jika Tak Puas Hati Bil Elektrik Tinggi

Adu Tribunal Pengguna Jika Tak Puas Hati Bil Elektrik Tinggi

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 431 hits
Pengguna yang tidak berpuas hati dengan bil elektrik yang melambung tinggi semasa Perintah Kawalan Pergerakan boleh memfailkan aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dat...
Pemandu Bas Yang Mulia Hati Tidak Mabuk

Pemandu Bas Yang Mulia Hati Tidak Mabuk

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 400 hits
Tindakan berani seorang pemandu bas di Miskolc Hungray mendapat pujian ramai selepas dia bertindak pantas menyelamatkan seorang wanita yang hampir diragut Tindakan berani pemandu basMenerusi laporan yang dipetik daripada insiden cemas itu b...
Pengguna Masih Tak Puas Hati Dengan Alasan Bill Elektrik Naik Ketsa Panggil Tnb Beri Penjelasan

Pengguna Masih Tak Puas Hati Dengan Alasan Bill Elektrik Naik Ketsa Panggil Tnb Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 443 hits
Masih ramai yang tidak berpuas hati dengan penjelasan dari Tenaga Nasional Berhad berkenaan bil elektrik yang melambung naik sehingga menekan pengguna untuk membayar disaat ekonomi negara dan rakyat kurang baik pada waktu ini Pemilik premis...
Tasawuf Bantu Manusia Ubati Hati Yang Sakit

Tasawuf Bantu Manusia Ubati Hati Yang Sakit

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 367 hits
ILMU Tasawuf adalah satu jurus ilmu untuk mengenal sifat hati serta jiwa sama ada ia dipenuhi dengan sifat yang terpuji atau bahasa lazimnya sifat mahmudah atau dipenuhi dengan sifat tercela atau mazmumah Manusia sememangnya tidak boleh lar...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner