15 Usaha Berterusan Untuk Berjaya Hamil


Korang kalau perasan, sebelum ini Bella ada kongsikan pengalaman diberikan rezeki mengandung setelah 7tahun berusaha. (Boleh klik link) Sebenarnya yang mengandung 2018 tu tak jadi. Takda rezeki. Rezeki yang sebenar pada tahun 2019 dan anak soleh Bella lahir pada tahun 2020. Bella kongsikan usaha yang itu juga sebab mungkin ada yang buat dan lekat sehingga akhirnya. Itu usaha dalam masa yang terdekat dalam tahun itu. Sebenarnya Bella ada banyak lagi usaha - usaha dan ikhtiar - ikhtiar lain yang Bella buat sebelum Bella direzekikan hamil. Dekat sini Bella kongsikan kesemua usaha berterusan yang Bella dah pernah buat, sentiasa buat dan petua - petua yang dikongsikan di blog dan facebook yang Bella sempat buat. Ada juga yang tak sempat nak buat lagi. Korang bolehlah cuba kesemuanya. Sini diantara 13 USAHA BERTERUSAN UNTUK BERJAYA HAMIL. Bella pernah baca ada yang usaha lagi hebat dan teruk dari Bella. Kuatnya dia, walaupun diuji berkali - kali dia tetap usaha dengan berpegang pada mind positif dia "selagi ada rahim". 

BERDOA SETIAP KALI LEPAS SOLAT
Inilah yang sentiasa dan tak pernah Bella tinggalkan. Berdoa, berdoa dan terus berdoa. Siang, malam, pagi atau petang. Tak pernah jemu dan lupa. Kadang - kadang terkeluar sendiri dari mulut sebab dah terbiasa. Paling penting korang tukar - tukarlah doa. Kadang - kadang Bella berdoa macam Bella bersembang, kadang - kadang Bella berdoa dengan ucapan bersyukur seakan - akan Bella sudah dikurniakan zuriat dan kadang kala Bella gunakan doa - doa yang disarankan. Korang silalah berdoa dengan hati. Seiring hati dan lidah. Perasaan dan ucapan. Doa dengan penuh pengharapan dan tawakal. Susah sebenarnya nak seiringkan hati dengan ucapan doa. Kadang - kala ucapan betul - betul berharap tapi hati rasa macam kecewa dan menidakkan kasih sayangNYA. Bella pun banyak kali macam tu. Kalau masa sedang berdoa tu waktu hujan, lagi bagus. Doalah bersungguh - sungguh


MINUM AIR BUAH ZURIAT
Bella ada buat artikel khas. Boleh baca dekat link ini Cara Makan Buah Zuriat. Ramai kawan Bella yang cuba dan ada yang berjaya. Sepatutnya paling disarankan adalah merebus 2 biji buah zuriat. Tapi, ada kawan Bella dapat sebiji je. Dia rebus dan berhasil. Minum yang sebaiknya adalah suami dan isteri minum bersama - sama. Macam HB Bella dia tak nak minum Bella paksa juga. Tuangkan je dalam cawan. Dia bukan perasan. Rasanya pun macam minum air masak je. Ikut tekak orang. Bella rasa macam manis -manis sikit dan wangi. Ok je. Tak pahit pun. Walaupun HB tak nak minum, tapi dialah hero yang tolong kopakkan buah zuriat ni. Keras giler ok. Nasib ada HB. Nak tahu lebih lanjut boleh klik link diatas. 

UJIAN KEHAMILAN YANG SENTIASA ADA DALAM SIMPANAN 


Ujian kehamilan ini memang sentiasa ada dalam simpanan Bella. Period Bella tak teratur, jadi pantang lambat sikit ye, hari - hari Bella test. Dulu masa setahun dua kahwin, setiap kali keputusan negatif Bella mesti menangis. HB selalu marah. HB kata bukan benda dah jadi, benda takda apa pun. Nak nangis buat apa? Biasalah sensitif. Dahlah tanda - tanda nak datang period sama macam tanda awal kehamilan. Tiap - tiap bulan Bella memang akan beli sekurang - kurangnya 4 pregnant c test atau lebih. Kadang - kadang satu hari Bella test dua kali sebab tak puas hati. Orang yang faham jela tahu bertapa berharapnya bila tanda macam mengandung, period lewat tapi ujian tetap negatif.  HB kata cukup - cukuplah beli C Test tu, baik duit tu kumpul menabung, rasanya dah boleh beli Merc. Hahaha. You really funny dear. Yela, kot - kot positif, bolehlah Bella mengambil langkah berjaga cepat - cepat.  Jaga makan, jaga minum, tak nak lasak - lasak. Gitew

BERURUT
Berurut ini jarang kita nak percaya kalau takda orang yang recommend kan. Betul tak? Kebanyakkan tempat yang Bella urut semua orang yang cadangkan atau mak paksa. Hei, sakitlah berurut. Bella tak suka. Tapi Berurutlah Bella paling buat banyak kali. Secara tradisional dan moden. Semua Bella cuba. Korang kalau nak berurut pun kena cari tukang urut yang betul - betul. Takut salah urut lain plak jadinya. Ada banyak kawan - kawan yang cadangkan juga tapi Bella tak sempat nak pergi. Jadi untuk tukang urut Bella takda nak recommend sesiapa. Cuma Bella rasa baiklah pergi spa yang relax kan badan lagi berbaloi kalau dah cuba banyak kali urutan yang sakitkan badan. Boleh baca dekat link ini Bella ada cerita sikit. Rezeki Hamil Setelah 7 Tahun

BERJUMPA PAKAR PAK BIDAN WANITA DR. HAMID ARSHAT
Paling penting periksa tahap kesihatan kita sebenarnya. Jangan ikut cakap orang, jangan buat andaian sendiri, jangan google, jangan jadi macam Bella, takut sangat - sangat dengan doktor. Takut sangat nak kena makan ubat dan paling takut nak dengar kenyataan dari doktor kita ni sakit apa. Takut nak terima kenyataan kan? Itu je paling takut. Sepatutnya ini adalah langkah pertama sebelum mengatur langkah - langkah yang lain. Bella pergi pun sebab period Bella tiba - tiba berhenti lama lepas Bella ambil satu produk ni. Itu nanti Bella cerita lain. Bella cekalkan hati untuk periksa sebab lama sangat period tak datang. Bella ada buat temujanji dengan Dr. Hamid Arshat tapi tak dapat jumpa, jumpa dengan pembantunya saja. Ok juga sebab perempuan. Doktor kata Bella semua ok je. Takut juga ada Fibroid atau apa - apa kan. Tapi Doktor kata ok semuanya dan ulang lagi temujanji untuk periksa suami juga. Alhamdullilah semua ok. Lega. Maknanya memang takda rezeki lagi jela


MINUM MINUMAN KESIHATAN WANITA

Banyak juga Bella ambil dan minum minuman kesihatan wanita yang dicadangkan oleh kawan - kawan yang katanya bila minum bagi kesan positif kepada badan mereka. Ada yang kata hubungan mereka suami isteri makin panas, ada yang kata lepas ambil minuman kesihatan ini secara konsisten mereka berezeki hamil. Jadi Bella cuba kesemuanya. Nasib semuanya sedap.  Bidadari dari DCL dan Jus Perawan dari D'Herbs antara yang Bella cuba. Bidadari ini rasanya sedap dan memang buatkan badan Bella rasa bertenaga. Tapi takda kesan positif Bella berhenti dan kawan Bella cadangkan pula Jus Perawan D'Herbs sebotol je Bella cuba dan Bella stop. Sama juga takda kesan positif untuk Bella. Mungkin tak serasi. Harum malam pun ramai yang cadangkan untuk Bella minum. Itupun Bella dah cuba. Boleh baca dekat sini Rahsia Memikat Suami Dengan Harum Malam Korang boleh cuba ketiga - tiganya sebab semua minuman kesihatan ini dicadangkan oleh kawan-kawan Bella yang dah berjaya hamil. Alhamdulilah. Mungkin serasi dengan dorang. 

MINUM SUSU PRODUK SUSU KAMBING
Bapa Bella adalah seorang yang jarang ambil pusing pasal anak - anak. Dia tak pernah tanya atau cakap pun pasal zuriat dengan Bella. Tapi dia pernah bagi Bella sepeket kecil susu kambing dan cakap dengan Bella, ko cubalah minum susu kambing sambil berdoa. Lagipun susu kambing ini memang minuman sunah kan? Bella memilih susu Lazz. Rasanya memang sedap dan langsung tak hanyir. Bella dah beli stok susu kambing, susu kurma kambing dan Lazz Cafe. Paling Bella suka Lazz Cafe. Sedap giler! Tapi seribu kali sayang, Bella malas nak bancuh. Lazz Cafe je habis. Lazz kurma dan Lazz Original Bella biarkan je di laci. Sayang sangat. Korang boleh baca cara Cara Ikhtiar Hamil Dengan Lazz Susu Kambing


MINUM JUS KUNYIT


Jus kunyit ini Bella baca banyak yang cadangkan untuk minum dekat Facebook. Bella tak pastilah makcik bawang ke yang cadangkan atau memang betul - betul berhasil. Tapi Bella cuba sajalah. Bella memilih untuk mencuba Jus Asam Kunyit Madu. Bella tak tipu, ini adalah jus kunyit paling sedap dan terbaik Bella ambil. Lagi - lagi minum sejuk. Ownernya pun baik. Korang boleh baca sepenuhnya dekat 20 Kebaikan Jus Asam Kunyit Madu 


MINTA DAN KIRIM DOA KEPADA KAWAN - KAWAN ATAU SEDARA MARA YANG PERGI UMRAH
Setiap kali Bella dan HB dengar ada kawan - kawan nak pergi menunaikan umrah atau haji, kami masing - masing akan minta tolong untuk doakan kami direzekikan zuriat bila sampai di depan Kaabah. Seeloknya korang kalau nak minta dan kirim doa korang jangan cakap pakai mulut je. Macam "Nanti sampai sana tolonglah doakan aku dapat zuriat." Jangan!!! Korang kena spesifikasi kan doa tu. Bagi jelas dan terang. Tulis dekat kertas. Sebab yang nak mendoakan untuk kita tu, kawan kita atau sedara mara kita kan, jadi kalau tak tulis dengan detail, takut maksud doa tu tak sampai. Dekat kertas tu, tulislah nama penuh korang, hajat korang, luahkan dalam kertas tu biar kawan korang tolong sampaikan. 

GUNAKAN APLIKASI UNTUK KIRA WAKTU SUBUR 
Bella gunakan Aplikasi FLO. Penting untuk korang kalau TTC kira dan catat waktu period korang. Buatnya korang lupa bila tarikh korang period memang kena marah dengan doktor ye. FLO ini juga akan bagitahu bila waktu subur kita dan waktu paling sesuai untuk kita bersama dengan suami. Silalah cuba berbagai gaya yer. Hahaha. Ada yang bagi petua, lepas bersama jangan terus basuh. Lepas bersama angkat kaki tinggi. Bersama waktu subuh sebab sperma paling aktif waktu tu. Sila cuba kesemuanya sekali ok. Paling penting dua - dua kena dalam keadaan yang relax dan badan tak penat. Kalau tak memang tak feel. Gitew. 

GUNAKAN STRIP UNTUK MENGUJI KESUBURAN


Selain daripada strip ujian kehamilan yang berlambak dalam laci Bella, Strip untuk menguji hari subur juga ada sekotak. Tapi pregnant c test tak pernah bersisa. Memang licin selalu. Asyik test je. Ujian kesuburan ni Bella jarang guna. Leceh. Kadang - kala dapat double line, tapi masing - masing badan penat sangat. HB tak sempat apa dah berdengkur. Bella pun sama. Jadi memang Bella jarang gunakan strip ini sebab selalu tak kena dengan keadaan. Kalau double line pun tapi tak larat tak jadi apa juga kan? Tapi korang gunakanlah strip untuk menguji kesuburan ni. Pastikan double line dan dua - dua line sama pekat. Sekurang - kurangnya kita tahu. "owh subur juga aku ni" kan? SEDEKAH

Power of sedekah. Bersedekahlah sehingga tangan kiri tak tahu apa yang tangan kanan sedekahkan. Berapa - rapa pun tak kisah. Bella selalu pesan dekat HB tiap - tiap hari jumaat untuk sedekahkan bagi pihak Bella juga. Kadang - kadang Bella lupa nak pesan, HB kata owh takpe memang ada sedekah hari ni. Bella bukan nak riak. Bella bagi contoh. Kita nak sedekah kena ikhlas kan? Sekarang kan banyak kes sampai kita nak bersedekah pun rasa was - was. Senang sangat, korang sedekah je dekat masjid. Habis cerita. Insya-ALLAH kita bersedekah di tempat yang betul. Sekarang lagi mudah sebab banyak kes-kes viral yang memerlukan bantuan kewangan yang tersebar di media sosial. Korang tinggal pilih je mana yang paling korang rasa sahih untuk korang bersedekah. 

IZINKAN SUAMI KAHWIN LAIN


"Betul ke Bella?? Bella suruh dan izinkan suami kahwin lain?" Ya. Betul. Cara ini akan buatkan yang kita sedar suami kita bukan milik kita. Suami kita hanya pinjaman sementara untuk bersama - sama dengan kita berjuang di bumi Allah s.w.t ini. Memimpin kita ke syurga. Ini memang ramai yang bertahun - tahun tak dapat anak buat yer. Ikhlaskan dan izinkan suami kawin lain. Sambil - sambil tu doalah semoga Allah s.w.t pegang hati suami kita hanya untuk kita. Gitew. Macam tak rela je. Memang betul, suami Bella segala - galanya bagi Bella. Cinta Bella dekat suami, tiada gantinya. Tapi suami kita pun perlu dan berhak untuk lebih bahagia, tengok dan jaga zuriat sendiri. Kalau tak izinkan macam pentingkan diri sendiri plak. 2 kali Bella cakap dengan HB "sampai bila sanggup tunggu kita dapat zuriat? Bella tak nak pentingkan diri, kalau nak kawin lain memang Bella izinkan" HB kata "Sampai kita dapat zuriatla" Bella cakap dengan dia, agaknya lepas Bella cakap macam tu dia melompat dalam bilik air. Lelaki kan? Tapi 2x jela Bella berani cakap. Masa hati betul - betul penuh emosi dan tawakal. Lepas tu tak berani dah nak suruh. Kah kah.  

ACID FOLIC SEBIJI SEHARI


Acid Folic ini sebenarnya untuk mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan. Ramai yang cakap acid folic ini untuk meningkatkan kesuburan. Tapi sebenarnya fungsi utama untuk mengelakkan kecacatan pada janin. Bella rasa mind set jugalah. Bila kita makan acid folic ini hari - hari fikiran kita pun akan cakap owh tak lama lagi mesti aku akan mengandung. Apa - apa pun kita kena bermula dengan mind set yang positif kan? Sebab itulah kot ramai yang berjaya hamil lepas makan acid folic ini tiap - tiap hari sebiji. Adik Bella pun sebelum hamil lagi dia makan acid folic ni. Bella pun cuba. Tapi macam selera makan pula yang bertambah. Jadi Bella on off. Kadang kadang makan. Kadang kadang tak makan. 

TERUSKAN MISI KURUSKAN BADAN

Aktiviti kuruskan badan, sihatkan badan, cergaskan badan yang Bella sentiasa buat dan tak tinggalkan. Ada masa Bella jogging pagi - pagi atau petang dengan HB. HB Bella maintain kurus. Bella ini selalu bersenam pun punya susah nak kurus. Satu je punca. HB tak suka makan benda manis - manis terutama coklat. Bella tak bolehlah. Mesti nak kena makan makanan manis. Lagipun aktiviti sihat macam ni, bukan saja hilangkan rasa bosan Bella, aktiviti macam ni juga buatkan Bella seronok dan elakkan Bella dari fikir benda yang negatif. Jadi korang kalau rasa asyik terfikir je pasal benda sedih - sedih, jom la join Bella buat aktiviti kesukanan ni. Selain daripada buat aktiviti sihatkan badan ini, makanan berkhasiat jangan lupa ambil. Jaga dua - dua. Bila badan sihat, insya-ALLAH semuanya sihat. 
Inilah diantara usaha - usaha yang Bella buat untuk dapatkan zuriat. Korang silalah cuba. Bella ikhlas kongsikan dengan korang. Kadang - kadang nak bagitahu orang pasal usaha kita benda ini agak sensitif. Jadi, siapa yang baca dan nak cuba silakan. Siapa yang rasa Bella ni memandai - mandai boleh abaikan. Kalau berjaya jangan lupa sujud syukur. Ingat semua orang berbesar hati ke nak kongsikan usaha dorang. Bella pernah tanya dekat kawan dorang cakap, "Dah rezeki" ada juga yang jawab "Tak akan cara nak bersama suami pun aku nak ajar kan?" Yes! ada yang jawab macam tu. Jadi mana - mana yang baik bolehlah korang cuba ya. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bellaidura.com/2020/01/15-usaha-berterusan-untuk-berjaya-hamil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Ivf Sekali Bukan Terus Berjaya Salah Pilih Embrio Pun Boleh Gagalkan Usaha

Buat Ivf Sekali Bukan Terus Berjaya Salah Pilih Embrio Pun Boleh Gagalkan Usaha

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 65 hits
Meskipun IVF diketahui akan keberjayaannya tetapi terdapat sesetengah kes di mana IVF gagal untuk membantu wanita berjaya hamil IVF adalah teknologi yang membolehkan persenyawaan antara telur dan sperma berlaku di luar tubuh wanita Kemudian...
Usaha Hamil Hingga Memudaratkan Diri

Usaha Hamil Hingga Memudaratkan Diri

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 54 hits
Berbagai bagai usaha yang Bella lakukan tak semua manis dan sedap sedap belaka ya Mestilah ada duka dan sakit yang Bella kena tanggung Diantara banyak banyak yang Bella cuba dua produk ini yang Bella paling tak boleh lupa Meninggalkan kesan...
Gatal Gatal Di Bawah Waktu Hamil Ia Mungkin Jangkitan Fungal Jangan Abaikan

Gatal Gatal Di Bawah Waktu Hamil Ia Mungkin Jangkitan Fungal Jangan Abaikan

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 50 hits
Sesetengah wanita mengandung mungkin akan merasa gatal gatal pada kemaluan ia sering berlaku Ada yang tidak serius tetapi terdapat sesetengah kes rupanya ibu hamil tersebut dijangkiti fungal Apakah itu jangkitan fungal dan adakah ia sesuatu...
Selamat Vanessa Angel Positif Hamil

Selamat Vanessa Angel Positif Hamil

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 41 hits
Kabar bahagia datang dari Vanessa Angel Setelah menikah dengan Bibi Ardiansyah pada awal Januari 2019 lalu Vanessa Angel kini tengah hamil
Bayi Dapat Kurang Nutrien Oksigen Pertumbuhan Bayi Terencat Bahaya Darah Tinggi Ketika Hamil

Bayi Dapat Kurang Nutrien Oksigen Pertumbuhan Bayi Terencat Bahaya Darah Tinggi Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 338 hits
Tekanan darah tinggi semasa hamil sering berlaku kerana biasanya tekanan darah wanita berubah ubah Tekanan darah wujud apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna berpunca dari salur darah dalam uri tidak berkembang dengan sempurna M...
Anda Tahu Kesan Coronavirus Kepada Ibu Hamil Ibu Hamil Tolong Amalkan Langkah Pencegahan

Anda Tahu Kesan Coronavirus Kepada Ibu Hamil Ibu Hamil Tolong Amalkan Langkah Pencegahan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 84 hits
Coronavirus bukanlah sejenis virus yang asing dalam dunia perubatan Mungkin anda sering mendengar kaitan antara coronavirus dengan penyakit sindrom pernafasan akut teruk dan sindrom pernafasan timur tengah Namun hakikatnya terdapat tujuh je...
Ibu Hamil Disyaki Koronavirus Di Wuhan Akhirnya Selamat Lahirkan Anak

Ibu Hamil Disyaki Koronavirus Di Wuhan Akhirnya Selamat Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 99 hits
Tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita yang merupakan suspek jangkitan novel koronavirus selamat melahirkan anak lelaki di sebuah hospital di Wilayah Wuhan Walaupun doktor yang merawat masih memakai pakaian perlindungan hazmat na...
5 Cara Mudah Bagi Ibu Hamil Untuk Hilangkan Masalah Morning Sickness

5 Cara Mudah Bagi Ibu Hamil Untuk Hilangkan Masalah Morning Sickness

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 38 hits
Hal ini biasanya muncul pada ibu hamil karena sejumlah perubahan pada tubuh termasuk hormon meningkatnya indera penciuman serta sistem pencernaan yang lebih sensitif Sejumlah hal ini bisa membuatmu merasa mual selama kehamilan
Kumpulan Perampas Sudah Mengaku Kalah

Pm Interim Mahu Bentuk Kerajaan Perpaduan Tanpa Pembangkang Bn Pas Pbrs Bantah

Maklumat Menarik Mengenai Pertemuan Agong Dengan Ahli Parlimen Petang Tadi

Insha Allah Dsai Menjadi Pilihan Yang Di Pertuan Agong

Menuju Ke Pilihan Raya Umum Ke 15

Mereka Sudah Berdamai Alhamdulillah Nenek

Yang Bestnya Aku Dapat Ludah Makanan Orang Cina Chef Buat Onar Di Hotel Genting Highlands Dipecat Serta Merta

Ydpa Interview Setiap 221 Mp



Kisah Kerajaan Amerika Selesaikan Masalah Ketagihan Arak Dengan Racun

Resepi Sotong Kerabu Telur Masin Paling Istimewa

5 Makhluk Mitos Yang Terus Menghantui Masyarakat Dunia

Sejarah L Or al Yang Diasaskan Oleh Ahli Kimia Hebat Eug ne Schueller

Selepas Buka Tudung Ini Kekasih Terbaru Datuk A Aida


Nostalgia To Those Born In Early 70s And Before

Wanita Yang Cantik Biasanya Tidur Sebelum Pukul 11 Malam Pakar

Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap

Hujung Minggu Di Flea Market Amcorp Mall Petaling Jaya

Untuk Bina Semula Kerajaan Ph Tiada Jalan Lain Bergabung

Until The Fat Lady Sings