15 Tanda Sakit Jantung Yang Perlu Anda Tahu


Adakah anda merasakan sering sakit dada namun tidak pasti sama ada anda mempunyai masalah jantung atau tidak?
Sebenarnya terdapat banyak tanda sakit jantung yang boleh dialami oleh pesakit.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Tanda Jantung Yang Sihat Ciri-ciri jantung normal dan sihat adalah :
Bacaan degupan jantung adalah 60 -100 degupan per minit Tekanan darah – 120/80 mmHg dan ke bawah Pernafasan teratur dan mampu melakukan aktiviti seharian tanpa sebarang masalah. Badan bertenaga dan boleh lakukan kegiatan rutin tanpa rasa penat berlebihan. 15 Tanda Sakit Jantung Yang Perlu Anda Tahu 1. Pening Kepala Walaupun pening kepala boleh berlaku disebabkan berdiri terlalu cepat atau tidak cukup makan, ia juga boleh terjadi akibat tekanan darah yang menurun secara mendadak disebabkan kegagalan jantung mengepam darah.
2. Sakit Betis Sekiranya anda rasa kejang atau otot tertarik pada betis, ia mungkin menjadi petanda bagi masalah jantung.
Ia juga merupakan satu simptom yang umum bagi yang merokok atau penghidap diabetis.
3. Sakit Lengan Selain betis, pesakit jantung juga boleh merasakan sakit pada lengan terutamanya lengan kiri.
Rasa sakit ini juga mungkin melarat sehingga ke tengkuk. Sekiranya rasa sakit ini berlarutan, anda perlulah dapatkan rawatan doktor segera.
4. Batuk Tidak Berhenti Dalam kebanyakan kes, ia mungkin bukan tanda sakit jantung.
 Namun, sekiranya batuk keluar bersama mukus berwarna merah jambu atau putih, ia mungkin menjadi petanda jantung gagal mengepam darah.
5. Sakit di Bahagian Dada Sakit dada atau rasa tidak selesa di bahagian dada merupakan tanda sakit jantung yang paling umum.
Ia mungkin disebabkan oleh arteri tersumbat atau masalah kesihatan lain disebabkan jantung.
Meskipun rasa sakit tersebut hanya berlaku beberapa minit, namun anda tidak boleh ambil ringan dan perlu berjumpa dengan doktor segera.
6. Rasa Sakit di Bahagian Perut Masalah pada jantung juga boleh menyebabkan seseorang mengalami ketidakhadaman, loya atau pedih ulu hati.
Selain itu, sering muntah serta keracunan makanan juga boleh menjadi simptom kepada sakit jantung.
7. Anggota Badan Membengkak Anggota badan terutamanya kaki, buku lali dan tangan boleh membengkak apabila jantung tidak mengepam darah pada kadar yang optimum.
Ini boleh mendorong darah untuk terkumpul di salur darah.
Pada masa yang sama, kegagalan jantung juga boleh menjejaskan organ lain seperti buah pinggang.
Disebabkan itu, tubuh sukar untuk mengeluarkan lebihan sodium serta air lalu menyebabkan pembengkakan.
8. Degupan Jantung Tak Teratur Walaupun masalah ini merupakan simptom kepada penyakit lain, ia juga boleh menjadi gejala strok atau sakit jantung.
Sekiranya anda sering alami degupan jantung tidak teratur, anda dinasihatkan untuk dapatkan rawatan doktor secepatnya.
9. Berpeluh Berpeluh dingin tanpa sebarang masalah kukuh adalah salah satu tanda sakit jantung. Sekiranya ia berlaku bersama simptom-simptom lain, sila berjumpa dengan doktor segera.
10. Berdengkur Berdengkur mungkin perkara normal bagi seseorang yang alami sistem pernafasan. Namun begitu, ia juga mungkin disebabkan oleh apnea tidur kerana terdapat masalah pada fungsi jantung.
11. Mudah Rasa Letih Jika anda merasakan mudah penat selepas melakukan aktiviti ringan atau sederhana, anda mungkin mengalami masalah berkaitan jantung.
Pakar jantung juga berpendapat gejala ini lebih membantu mereka untuk kenalpasti penyakit jantung berbanding rasa tidak selesa pada dada.
12. Struktur dan Warna Kulit Berubah Seperti penyakit kencing manis, sakit jantung juga boleh membawa perubahan pada kulit.
Apabila kadar trigliserida dalam darah terlampau tinggi, warna serta struktur kulit akan terganggu terutamanya pada bahagian jari-jari tangan serta kaki.
13. Gusi Berdarah Kajian perubatan juga mendapati pesakit jantung boleh menunjukkan gejala gusi berdarah, bengkak atau sakit.
Satu teori menunjukkan bahawa bakteria daripada gusi akan masuk ke salur darah dan menyebabkan radang pada organ jantung.
14. Kuku Bertompok Dikenali sebagai endokarditis, tompokan kecil seperti warna darah ini boleh menjadi simptom kepada masalah keradangan pada dinding atau injap jantung.
Sila berjumpa doktor jika tompok kuku ini muncul tanpa mengalami kecederaan pada kuku tangan atau kaki.
15. Kerap Rasa Tercekik Individu yang mengalami sakit jantung juga mungkin kerap kali mengalami rasa seperti tercekik.
Fenomena yang dikenali sebagai angina ini berlaku disebabkan oleh masalah pada sistem atau fungsi jantung.
Ia tidak boleh dipandang ringan. Anda perlulah rujuk pada pakar segera.
Sekiranya anda mengalami beberapa simptom seperti di atas, besar kemungkinan anda menghidap sakit jantung. Sila rujuk kepada doktor untuk dapatkan pemeriksaan rapi dan rawatan susulan.
Sumber : hellodoktor.com, British Heart Foundation


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tanda-sakit-jantung/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tanda-sakit-jantung

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Tanda Sakit Buah Pinggang Dan Cara Mencegahnya

7 Tanda Sakit Buah Pinggang Dan Cara Mencegahnya

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 438 hits
Masalah buah pinggang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat Ia didapati sering berpunca daripada gaya hidup serta tabiat pemakanan yang tidak sihat Ini seterusnya boleh membuatkan ramai cenderung untuk alami kencing manis dan tekanan ...
Mengadu Sakit Kepala Yang Melampau Rupa Rupanya 2 Benda Ini Tersangkut Dalam Kepala

Mengadu Sakit Kepala Yang Melampau Rupa Rupanya 2 Benda Ini Tersangkut Dalam Kepala

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 150 hits
Misteri yang melibatkan seorang lelaki yang mengalami sakit kepala teruk dan kehilangan penglihatan selama lima bulan akhirnya terungkai apabila doktor menemui Misteri yang melibatkan seorang lelaki yang mengalami sakit kepala teruk dan keh...
Akta Sakit Hati Probes Less Than 10pct Charged Over Last Five Years

Akta Sakit Hati Probes Less Than 10pct Charged Over Last Five Years

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 278 hits
PARLIAMENT Only 65 charges have been brought under Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998 from 876 cases investigated in the five year period between January 2018 and Nov 15 this year Deputy Communications and Digital Min...
6 Ubat Sakit Tekak Yang Anda Boleh Cuba Untuk Kelegaan Segera

6 Ubat Sakit Tekak Yang Anda Boleh Cuba Untuk Kelegaan Segera

papar berkaitan - pada 25/11/2023 - jumlah : 395 hits
Sejak akhir akhir ini peningkatan kes Covid 19 semakin ketara dalam kalangan rakyat Malaysia sehinggakan ramai yang mencari ubat sakit tekak bagi melegakan kerongkong Tambahan pula dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ini adalah pilihan...
Tri Suaka Feat Jazzy Yudhistira Sakit Tapi Tak Berdarah Chord

Tri Suaka Feat Jazzy Yudhistira Sakit Tapi Tak Berdarah Chord

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 246 hits
G m E E G m E B C m C D G C Aku punya perasaan D G Bukan tuk dimainkan Gm C Fm A Katamu hatiku rumah A m C m D Tapi ku bukan tempatmu pulang G C Jika kau tak sanggup setia D jangan berpura pura G membuatku bahagia Gm C Fm A Jika kau tak ada...
Tak Ada Wanita Dalam Dunia Ini Terima Dirinya Dimadukan Sakit Pedih Datuk Aliff Syukri

Tak Ada Wanita Dalam Dunia Ini Terima Dirinya Dimadukan Sakit Pedih Datuk Aliff Syukri

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 320 hits
Kes viral mengenai suami influencer yang berkahwin dua turut membuatkan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri terkesan Memahami keadaan sukar itu Datuk Aliff turut menyifatkan mereka yang bermadu dan dimadukan adalah wanita hebat Malah m...
Terima 6 Aspirasi Kspn Prabowo Diminta Buatkan Rumah Sakit Untuk Buruh

Terima 6 Aspirasi Kspn Prabowo Diminta Buatkan Rumah Sakit Untuk Buruh

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 351 hits
Rosan mengatakan KSPN menyampaikan aspirasi kepada Prabowo terkait masalah industri dan ketenagakerjaan
Punya 5 Peluang Untuk Hidup Penghidap Barah Tahap 4 Ini Tewaskan Sakit Dan Mulakan Hidup Baru Sebagai Peniaga Pastri

Punya 5 Peluang Untuk Hidup Penghidap Barah Tahap 4 Ini Tewaskan Sakit Dan Mulakan Hidup Baru Sebagai Peniaga Pastri

papar berkaitan - pada 25/11/2023 - jumlah : 234 hits
Pembuat roti dari rumah Fuad Fahmi menunjukkan beberapa pastri yang baru keluar dari ketuhar hasil air tangannya sendiri Pesara tentera Singapura ini berjaya tewaskan barah untuk mulakan hidup baru sebagai peniaga pastri Aroma wangi pastri ...
Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

Lumpuh Lepas Bersalin Suami Tinggal Isteri Derita Atas Katil

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wanita Yang Menjaga Diri Allah Akan Peliharanya Dengan Cara Yang Paling Indah

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

Asam Pedas Ikan Merah

This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia

Saya Tahu Kekurangan Diri Niat Hanya Nak Sebarkan Gaya Hidup Sihat Isteri Dr Say