Punya 5 Peluang Untuk Hidup Penghidap Barah Tahap 4 Ini Tewaskan Sakit Dan Mulakan Hidup Baru Sebagai Peniaga Pastri


Pembuat roti dari rumah Fuad Fahmi menunjukkan beberapa pastri yang baru keluar dari ketuhar hasil air tangannya sendiri. (Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo) . (📸 ©channelnewsasia.com) klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Pesara tentera Singapura ini berjaya tewaskan barah untuk mulakan hidup baru sebagai peniaga pastri Aroma wangi pastri yang baru dibakar menusuk ke hidung tatkala Encik Fuad Fahmi membuka penutup ketuhar. Encik Fuad mengeluarkan pastri dari salah satu daripada dua biji ketuhar didapur rumahnya. (Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo) ( 📸 ©channelnewsasia.com) Inilah roti kroisan (juga dikenali sebagai roti bulan sabit) berwarna coklat keemasan dan berintikan rendang ayam yang menjadi resipi Encik Fuad sejak dia mulakan perniagaan itu. Fuad Fahmi menambah daun limau purut ke atas roti kroisan perisa rendang. (Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo) ( 📸 ©channelnewsasia.com) Sambil menarik dulang keluar, dia memeriksa setiap kroisan dengan teliti dan menghiris pastri itu dengan berhati-hati. Dia kemudian meletakkan daun limau purut segar di atas setiap kroisan dan menambah sedikit pewarna sebagai hiasan. Salah satu pastri istimewa air tangan Fuad Fahmi, kroisan rendang. (Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo) ( 📸 ©channelnewsasia.com) Menurut berita portal Channel News Asia, ruang bilik yang dijadikan sebagai dapur membakar roti, Encik Fuad yang berusia 34 tahun, dilihat cergas dan bersemangat menyiapkan menu jualannya.

Namun, dia yang kini kelihatan sihat dan ceria itu tidak sama keadaannya enam tahun lalu ketika dia bertarung nyawa melawan barah. Bermula Kisah Melawan Barah Encik Fuad telah disahkan menghidap barah koriokarsinoma tahap empat pada Disember 2016 dan peluang kelangsungan hidup hanya pada kadar 5 peratus. ( 📸 ©Fuad Fahmi) Ia bermula dengan kesakitan di bahagian bawah belakangnya diikuti dengan rasa mual dan penurunan berat badan yang ketara.

Dua bulan kemudian, pada Disember 2016, hasil ujian kesihatan mengesahkan bahawa beliau menghidap penyakit barah koriokarsinoma tahap empat, barah pada sel kuman.

“Saya hanya ada 5 peratus peluang kelangsungan hidup,” kata Encik Fuad.

“Ia bersifat agresif dan barah itu telah merebak ke bahagian organ lain seperti paru-paru, kelenjar limfa. Ia naik ke atas dari kawasan testis dan sudah merebak ke saraf tunjang dan kebimbangan adalah ia mungkin sampai ke otak.”

Berita sedih itu mengejutkan pesara kapten Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), yang juga merupakan seorang jurulatih tentera ketika itu.

“Saya sentiasa menjadi seorang yang menyokong gaya hidup sihat dan seimbang. Secara peribadi, saya memupuk tabiat pemakanan yang baik, gemar pergi gim dan bersukan sepanjang masa, jadi amat sukar untuk menerimanya,” katanya. Akibat barah yang merebak ke seluruh tubuhnya, Fuad Fahmi terpaksa menjalani lapan pusingan rawatan kemoterapi. ( 📸 ©Fuad Fahmi) Dia segera memulakan rawatan kemoterapi yang akhirnya melalui lapan pusingan secara keseluruhan, tetapi ia memberi kesan ketara pada tubuhnya.

Tetapi keluarga dan isterinya – yang sebelum itu teman wanitanya – enggan berputus asa. Sebaliknya, tidak jemu memberi dorongan kepadanya untuk terus berjuang. Sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada keluarga dan isterinya, yang merupakan teman wanitanya ketika itu, membantu Encik Fahmi melawan kesakitan dan perit akibat barah. ( 📸 ©Fuad Fahmi) “Mereka betul-betul bersatu menentang barah dan memberi saya sokongan yang hebat, bukan saja menggalakkan saya tetapi juga membantu menjadikan masalah yang ada menjadi lebih terurus serta mencari huraian,” katanya.

“Mereka juga sentiasa mengingatkan saya bahawa saya perlu berjuang untuk orang yang saya sayang dan saya masih muda dan masih banyak lagi yang perlu dicapai dalam hidup.”

Usaha mereka membuahkan hasil, dan pada Ogos 2019 – sembilan bulan selepas Encik Fuad pertama kali didiagnos menghidap barah tahap empat itu – doktor memberitahu bahawa dia sudah remisi (sihat). Encik Fuad mengalami rawatan remisi penuh pada awal 2018 selepas berbulan-bulan menjalani kemoterapi serta pembedahan kecemasan akibat pecah pada organ hati. ( 📸 ©Fuad Fahmi) “Bila doktor beritahu berita bahawa tiada lagi penanda barah dalam badan saya, saya tidak percaya,” katanya.

“Saya tidak mampu berkata-kata, saya hanya memandang ayah saya dan peluknya. Saya kata: ‘Inilah yang telah kita perjuangkan. Mari kita mulakan hidup baharu.’ … Saya terlalu gembira.” Keluarga Beri Sokongan, Tinggalkan Kerjaya Tentera Dan Buka Kedai Pastri Fuad Fahmi mula bekerja seawal pukul 1.30 pagi. Dia menggunakan lampu LED berbentuk cincin supaya tidak mengganggu ahli keluarganya yang sedang tidur. ( 📸 © CNA/Try Sutrisno Foo) Encik Fuad membuat keputusan untuk meninggalkan SAF kerana mahu memberi tumpuan pada kesihatan dan kesejahteraannya. Dia kemudiannya meneroka kerjaya lain termasuk bidang jualan dan logistik.

Dia sempat berkhidmat di sebuah kedai karipap di Tampines. Pengalamannya yang singkat disitu mencetuskan idea untuk memulakan usaha niaga bakeri beliau sendiri.

“Ada seorang pakcik ini ketika itu membuat roti di sana. Saya bertanya kepadanya sama ada dia boleh mengajar saya, dan dia berkongsi resipi ringkas tentang cara membuatnya dan ia agak menarik minat saya,” katanya.

“Saya suka akan idea membuat produk dengan hasil tangan saya sendiri dan berkongsi makanan dengan keluarga saya dan masyarakat.”

Minatnya dalam bidang membuat roti dan pastri terus berkembang apabila dia belajar sendiri cara membakar menerusi video di YouTube.

Encik Fuad, yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang kulinari, tidak lama kemudian mendapati dirinya bereksperimen dengan resipi yang lebih rumit termasuk pastri jenis ‘viennoiserie‘.

Pada Februari tahun lalu, dia mula menjual pastrinya sebagai perniagaan sampingan, di media sosial menerusi jenama Captain Roti.

Sebulan kemudian, hasil maklum balas yang memberangsangkan, dia memutuskan untuk berhenti kerja sebagai seorang pengurus di sebuah firma logistik untuk menumpukan pada perniagaan bakeri. Jual Hingga 2500 Pastri Sebulan, Impi Tubuhkan Akademi Bakeri Fuad Fahmi mengubahsuai sebuah bilik di rumahnya menjadi dapur bakeri. ( 📸 ©adehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh) CNA/Try Sutrisno Foo Hari ini, Encik Fuad menjual antara 2,000 hingga 2,500 pastri sebulan dan memasang impian untuk menubuhkan akademi bakeri sendiri pada masa hadapan.

“Saya tidak pernah sangka saya berada di tahap sekarang,” katanya. “Saya sentiasa fikir sebelum ini bahawa saya mahu ada kerjaya yang bagus dengan SAF atau mungkin di tempat lain di luar. Tetapi di sinilah saya, melakukan sesuatu yang saya suka, walaupun minat ini baru saja diterokai.

“Tetapi ini bukti bahawa tiada yang terlambat dan sentiasa ada jalan di mana anda boleh menunjukkan kreativiti anda atau mencari jalan anda melalui – apa saja rintangan yang menghalang jalan anda,” katanya.

“Bila saya imbas kembali seluruh perjalanan saya, termasuk perjuangan saya melawan barah, saya berasa sangat bersyukur dan banyak penghargaan yang perlu diberikan sepanjang perjalanan ini.”

SOURCE: channelnewsasia.com Via dailymakan.com

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaup2date.blogspot.com/2023/11/punya-5-peluang-untuk-hidup-penghidap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Isu Makcik Kemboja Peniaga Ambil Peluang Minta Hutang Tertunggak

Viral Isu Makcik Kemboja Peniaga Ambil Peluang Minta Hutang Tertunggak

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 137 hits
Isu Makcik Kemboja yang dikatakan menyelar kaum Melayu dengan definisi malas telah menjadi perdebatan walaupun dia sudahpun membuat permohonan maaf Dia juga dikatakan telah hadir memberi keterangan di balai polis di Melaka susulan terdapat ...
Babak Baru Kasus Bocah Meninggal Usai Operasi Amandel Keluarga Cabut Laporan Dan Damai Dengan Rumah Sakit

Babak Baru Kasus Bocah Meninggal Usai Operasi Amandel Keluarga Cabut Laporan Dan Damai Dengan Rumah Sakit

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 209 hits
Kesepakatan untuk berdamai diambil setelah pihak rumah sakit menjalin komunikasi dengan pihak keluarga sejak BAD meninggal
The Loneliest 52 Hz Whale Benarkah Paus Paling Kesepian Di Dunia Tak Punya Kawanan Hingga Pasangan Hidup

The Loneliest 52 Hz Whale Benarkah Paus Paling Kesepian Di Dunia Tak Punya Kawanan Hingga Pasangan Hidup

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 274 hits
Kini paus 52 Hz bukan sekadar nama paus kesepian Tetapi juga telah menjadi frasa simbol yang menggambarkan kesepian
Soal Peluang Bobby Nasution Gabung Golkar Ungkit Sebagai Partai Pertama Yang Usung Di Pilwalkot Medan

Soal Peluang Bobby Nasution Gabung Golkar Ungkit Sebagai Partai Pertama Yang Usung Di Pilwalkot Medan

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 111 hits
Bobby diberikan pilihan menjadi calon gubernur di Sumatera Utara atau wali kota Medan pada periode keduanya
Kekayaan Pangkostrad Baru Mayjen Saleh Mustafa Capai Rp10 92 Miliar Tidak Punya Utang

Kekayaan Pangkostrad Baru Mayjen Saleh Mustafa Capai Rp10 92 Miliar Tidak Punya Utang

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 117 hits
Jumlah aset itu berdasarkan situs e LHKPN Komisi Pemberantasan Korupsi pada tanggal 27 Februari 2023
Fakta Baru Kasus Penipuan Mobil Jessica Iskandar Christoper Stefanus Kabur Pindah Pindah Negara

Fakta Baru Kasus Penipuan Mobil Jessica Iskandar Christoper Stefanus Kabur Pindah Pindah Negara

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 179 hits
Tersangka kasus penipuan dan penggelapan mobil milik artis Jessica Iskandar Christoper Stefanus Budianto diduga berpindah pindah negara
Vivo Memperkenalkan Y27s Terbaru Superstar Baru Dalam Domain Telefon Pintar

Vivo Memperkenalkan Y27s Terbaru Superstar Baru Dalam Domain Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 203 hits
vivo Malaysia teruja untuk mempersembahkan vivo Y27s tambahan terbaharu kepada siri vivo Y mempamerkan ciri ciri cemerlang dan reka bentuk menawan yang mendorongnya ke status superstar Vivo Y27s didatangkan pada harga mampu milik iaitu RM79...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco