6 Ubat Sakit Tekak Yang Anda Boleh Cuba Untuk Kelegaan Segera
Sejak akhir-akhir ini, peningkatan kes Covid-19 semakin ketara dalam kalangan rakyat Malaysia sehinggakan ramai yang mencari ubat sakit tekak bagi melegakan kerongkong.
Tambahan pula dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ini, adalah pilihan yang bijak untuk anda siapkan stok ubat di rumah.
Ia juga merupakan gejala yang boleh dihadapi oleh setiap peringkat umur. Ia juga boleh datang bersama penyakit lain seperti batuk, demam, selesema.
Jenis Ubat Untuk Atasi Sakit Tekak
Terdapat banyak kaedah yang anda boleh praktikkan bagi meredakan sakit tekak. Terdapat beberapa jenis produk ubat yang anda boleh dapatkan di klinik atau farmasi iaitu :
Ubat Tahan Sakit
Bagi meredakan sakit tekak dan menurunkan suhu badan disebabkan demam, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol (Panadol). Ada kalanya, ubat selesema juga boleh didapati dengan campuran paracetamol.
Ubat Cecair, Spray dan Lozenge
Ubat ini adalah antara jenis yang paling popular bagi melegakan sakit tekak secara khusus. Selain meredakan keradangan di bahagian tekak dan kerongkong, ia juga boleh berfungsi mempunyai sifat antibakteria, antiseptik, antiradang dan bius setempat.
Walau bagaimanapun, sesetengah ubat ini tidak sesuai untuk diambil oleh wanita hamil. Anda dinasihatkan untuk membeli ubat-ubatan sakit tekak ini mengikut saranan doktor atau ahli farmasi.
Antibiotik
Sekiranya doktor mendapati anda sakit tekak disebabkan jangkitan bakteria, anda mungkin akan diberikan ubat antibiotik.
Meskipun anda sudah pulih dan gejala sudah tiada, anda tetap perlu mengambilnya sehingga habis, jika tidak, ia boleh menyebabkan bakteria kebal terhadap ubat tersebut dan tubuh anda sukar untuk melawan penyakit.
6 Ubat Sakit Tekak Terbaik Yang Anda Boleh Cuba
Berikut merupakan antara ubat yang anda boleh cuba untuk atasi masalah sakit tekak dan boleh didapati di farmasi.
1. Betadine Sore Throat Spray
Penggunaan ubat semburan ini dikatakan mampu memberikan kelegaan pantas bagi sakit tekak.
Ia mampu menyingkirkan sehingga 99.99% kuman serta bakteria yang menyebabkan keradangan tekak. Saiznya yang kecil juga membuatkan ia ideal untuk dibawa ke mana-mana.
2. Avosil Lozenge
Avosil Lozenge ini mengandungi Cetylpyrinidum chloride iaitu antiseptik ringan yang dapat melawan pelbagai jenis mikroorganisma yang menjadi punca kepada keradangan atau pecah di dalam tekak atau mulut.
Pada masa yang sama, ia juga mempunyai bahan aktif yang dapat melincirkan serta meredakan kawasan yang sakit pada mulut dan tekak.
3. Difflam Forte Throat Spray
Berbanding ubat sakit tekak jenama Betadine, Difflam Forte Throat Spray ini membantu pengguna untuk mengatasi sakit tekak pada bahagian yang sukar dicapai seperti di belakang tekak. Ia juga dikatakan mampu mengatasi masalah bengkak atau penyakit mulut yang disebabkan oleh tonsilitis dan ulser mulut.
4. Hurix Throat Calm Capsule
Ubat ini pula padat dengan herba semula jadi seperti Andrographis Paniculata, Radix Isatis Indigotica, dan Radix et Rhizoma Sophora Tonkinensis bagi meredakan keradangan tekak.
5. Strepsils Soothing Sore Throat Lozenges
Gula-gula sakit tekak ini mengandungi dua agen antibakteria bagi membantu anda membunuh bakteria yang menjadi punca kepada jangkitan mulut dan sakit tekak.
6. Difflam Plus Anaesthetic Sore Throat Lozenges
Difflam Plus Anaesthetic Sore Throat Lozenges dapat membantu melegakan sakit tekak menerusi benzydamine yang bertindak sebagai antiradang, bius setempat dan antibakteria.
Selain meredakan sakit tekak, ia juga berkesan untuk mengatasi masalah jangkitan pada mulut atau tekak.
Dengan adanya pelbagai pilihan ubat sakit tekak di pasaran, ia pasti dapat membantu anda mendapat kelegaan segera.
Namun, sekiranya sakit masih tidak reda, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor segera.
Sumber : herahealth.co, theasianparent.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/ubat-sakit-tekak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ubat-sakit-tekak