15 Senarai Hotel View Klcc 2024 Selak Langsir Terus Nampak
Hotel View KLCC 2024 ~ Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia, adalah sebuah destinasi pelancongan yang boleh dikatakan agak popular di Asia Tenggara.
Salah satu tarikan utama di Kuala Lumpur ialah bangunan-bangunan pencakar langitnya seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Jika anda sedang merancang percutian ke Kuala Lumpur dan mahu menikmati pemandangan ikonik Menara Berkembar Petronas (KLCC) dari bilik hotel anda, artikel ini memang untuk anda!
Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan beberapa hotel terbaik yang menawarkan pemandangan KLCC yang menakjubkan, serta berkongsi tips berguna untuk mendapatkan harga yang berpatutan dan tawaran istimewa.
BACA JUGA: Harga Tiket Aquaria KLCC & Tips Dapatkan Diskaun Menarik!
15+ Senarai Hotel View KLCC 2024
Menginap di hotel view KLCC bukan sahaja menjanjikan pengalaman yang mewah dan eksklusif, tetapi juga memberikan anda peluang untuk menyaksikan keindahan pencakar langit ini dari dekat.
Berikut ialah beberapa hotel yang menawarkan view KLCC yang indah:
1. Mandarin Oriental Kuala Lumpur
Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur ini berada benar-benar bersebelahan dengan bangunan KLCC. Selak langsir je terus nampak KLCC!
Hotel ini menawarkan bilik dengan pemandangan KLCC dan juga taman KLCC yang hijau. Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan ikonik bandaraya dari kolam renangnya.
Sumber: Mandarin Oriental Kuala Lumpur
Untuk pergi ke KLCC atau pusat membeli-belah Suria KLCC, anda hanya perlukan beberapa langkah sahaja. Memang dekat sangat-sangat.
Selain kemudahan yang mewah dan eksklusif, hotel juga terkenal dengan pusat rawatan spa yang berkelas dunia. Jadi, jangan lupa cuba okay!
2. Hotel Traders Kuala Lumpur
Selain view KLCC, Hotel Traders Kuala Lumpur juga menawarkan akses mudah ke pusat membeli-belah Suria KLCC, Dewan Filharmonik PETRONAS, dan Taman KLCC.
Hotel mewah ini sering menjadi pilihan pelancong yang mahukan keselesaan serta pengalaman penginapan yang ekslusif. Biasanya orang-orang bisnes suka duduk hotel ni.
Sumber: Hotel Traders
Dengan kemudahan berkelas dunia, hotel ini memang pilihan yang ideal sekiranya anda mahukan hotel view KLCC yang indah daripada tingkap bilik anda.
Tips, untuk mengambil gambar bersama KLCC anda boleh pergi ke kolam renangnya untuk dapatkan spot bergambar terbaik!
Sumber: Hotel Traders
Dapatkan harga istimewa dengan membuat tempahan melalui KLOOK. Caranya, taip: Traders Hotel Kuala Lumpur Overnight Stay with Guaranteed Room Upgrade and Meals dan klik, Search.
Klook.com
3. Banyan Tree Kuala Lumpur
Hotel 5 bintang ini terletak bersebelahan Pavilion Kuala Lumpur dan terkenal dengan layanan mewah serta bilik-bilik yang menawarkan pemandangan KLCC.
Setiap bilik di hotel ini dihias dengan elegan dan dilengkapi dengan kemudahan moden untuk keselesaan maksimum.
Sumber: Banyan Tree Kuala Lumpur
Untuk melihat bangunan KLCC dengan lebih dekat, pengunjung boleh pergi ke, kolam renang, restoran dan bar, Horizon Grill dan Vertigo, yang terletak di tingkat atas bumbung. Sebaiknya pergi pada waktu malam.
Anda pasti terpesona melihat pemandangan yang menakjubkan yang ditawarkan, ditambah lagi sambil menikmati hidangan mewah. Memang terbaik!
4. Hotel Four Seasons Kuala Lumpur
Four Seasons bukanlah satu nama yang asing lagi dalam dunia perkhidmatan untuk penginapan yang mewah dan bertaraf dunia. Hotel ini terletak di Jalan Ampang dan sangat-sangat dekat dengan KLCC.
Sumber: Review Hotel Four Seasons Kuala Lumpur
Hotel ini menonjol dengan beberapa ciri istimewa yang membezakannya daripada hotel-hotel lain di sekitar KLCC. Kemudahan, layanan dan perkhidmatan di hotel ini adalah antara yang terbaik di bandaraya Kuala Lumpur.
Sumber: Review Hotel Four Seasons Kuala Lumpur
Perkhidmatan pelanggan di Four Seasons sering mendapat perhatian dan dipuji kerana bersifat personal dan terperinci bagi memberikan pengalaman yang lebih eksklusif dan unik kepada setiap tetamu.
Sumber: Review Hotel Four Seasons Kuala Lumpur
Sekiranya anda mencari hotel view KLCC, Hotel Four Seasons Kuala Lumpur memang sangat recommended!
Tempah disini: (Taip Four Seasons Hotel Kuala Lumpur, klik Search)
Klook.com
5. InterContinental Kuala Lumpur
InterContinental Kuala Lumpur menawarkan pemandangan KLCc dari beberapa biliknya yang terpilih.
Hotel 5 bintang ini terletak dalam jarak berjalan kaki dari Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Suria KLCC serta beberapa tarikan lain.
Sumber: InterContinental Kuala Lumpur
Dengan bilik-biliknya yang luas, reka bentuk moden, serta perkhidmatan mesra dan profesional, hotel ini berjaya menarik pelancong daripada dalam dan luar negara untuk menginap di sini.
Apa yang membezakan InterContinental daripada hotel-hotel lain adalah gabungan kemudahannya yang mesra perniagaan dan percutian.
Sumber: InterContinental Kuala Lumpur
Dengan sentuhan budaya tempatan dan standard perkhidmatan global, InterContinental Kuala Lumpur adalah pilihan ideal bagi tetamu yang mahukan penginapan yang mewah, sama ada untuk percutian ataupun urusan perniagaan.
6. DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
Bila sebut je DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, pasti ramai yang teringat biskut coklat ikonik mereka. Itu memang dah jadi signature hotel.
DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur adalah hotel bertaraf empat bintang yang terkenal dengan hospitaliti hangat dan layanan istimewa mereka.
Sumber: DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
Terletak di Jalan Ampang, hotel ini menawarkan view KLCC di beberapa buah biliknya dan pemandangan ikonik bandaraya Kuala Lumpur.
Lengkap dengan kolam renang yang luas serta pelbagai pilihan restoran yang ada, hotel ini sememangnya sesuai dijadikan pilihan penginapan untuk sesiapa yang mahukan pengalaman luar biasa.
7. Grand Hyatt Kuala Lumpur
Grand Hyatt Kuala Lumpur adalah hotel mewah yang terletak betul-betul di tengah-tengah bandar, hanya beberapa langkah dari KLCC dan Suria KLCC.
Sumber: Grand Hyatt Kuala Lumpur
Hotel mewah yang terletak di Jalan Pinang ini, menawarkan pemandangan panorama KLCC dari bilik-bilik mewahnya serta restoran ikoniknya, THIRTY8.
Terkenal dengan kemudahan mewah dan layanan bersifat personal, anda pasti memperoleh pengalaman yang berharga menginap disini.
8. The Ritz-Carlton Kuala Lumpur
The Ritz-Carlton Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ia menawarkan pemandangan KLCC dari beberapa suite eksklusifnya.
Hotel ini menawarkan pengalaman penginapan yang mewah dengan bilik-bilik dan suite yang bersaiz luas, dihiasi dengan gaya moden.
Sumber: The Ritz-Carlton Kuala Lumpur
Setiap bilik dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk perkhidmatan butler peribadi yang bersedia memenuhi segala keperluan tetamu. Ini menjadikan penginapan disini lebih istimewa dan eksklusif.
Lokasinya yang strategik membolehkan pengunjung pergi ke mana-mana tarikan yang berdekatan dengan mudah.
9. Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Seterusnya, hotel view KLCC yang anda boleh pertimbangkan ialah hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur.
Sumber: Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Hotel bertaraf lima bintang ini terletak di Jalan Sultan Ismail dan menawarkan pemandangan KLCC dari beberapa bilik serta restorannya.
Sumber: Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Hotel ini terkenal dengan reka bentuknya yang mewah dan elegan, menawarkan bilik-bilik yang luas dengan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur serta dilengkapi dengan kemudahan moden untuk keselesaan maksimum tetamu yang menginap di sini.
10. Hotel Sunway Putra
Hotel ini terletak bersebelahan dengan pusat membeli-belah Sunway Putra Mall, hanya beberapa minit dari PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) dan mudah diakses melalui pengangkutan awam.
Sumber: Sunway Putra Hotel
Anda boleh melihat view KLCC dengan menempah bilik yang menawarkan pemandangan KLCC atau, dari kolam renang rooftop nya.
Hotel ini adalah pilihan yang sesuai untuk keluarga dengan bajet tertentu, memberikan keselesaan tanpa mengorbankan pemandangan ikonik Kuala Lumpur.
11. The St. Regis Kuala Lumpur
Hotel ini terletak di kawasan KL Sentral, jadi memang mudah nak pergi mana-mana dari hotel ini menggunakan pengangkutan awam.
Sumber: St Regis
Seperti hotel-hotel bertaraf lima bintang yang lain, kemudahan dan layanan di hotel ini memang di antara yang terbaik. Banyak review yang mengatakan sarapan di hotel ini banyak pilihan, sedap dan memang the bestlah!
Sumber: St Regis
Untuk melihat view KLCC, pastikan semasa menempah bilik hotel anda membaca dengan teliti mengenai pemandangan yang ditawarkan. Hal ini kerana, tidak semua bilik mempunyai view KLCC.
Anda boleh buat tempahan melalui KLOOK untuk dapatkan harga istimewa!
Klook.com
12. The Westin Kuala Lumpur
The Westin Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah Bukit Bintang. Ia menawarkan pemandangan KLCC dari beberapa bilik eksklusif serta restoran rooftopnya.
Sumber: The Westin Kuala Lumpur
Hotel ini terkenal dengan kemudahan keluarga dan akses yang mudah ke pusat membeli-belah terkemuka, iaitu Pavilion Kuala Lumpur, Fahrenheit 88, dan Lot 10, yang berada dalam jarak berjalan kaki sahaja.
Sumber: The Westin Kuala Lumpur
Dengan perkhidmatan bertaraf dunia, The Westin Kuala Lumpur memastikan pengalaman penginapan yang selesa dan mewah, sesuai untuk percutian keluarga atau urusan perniagaan di tengah bandaraya.
13. W Kuala Lumpur
W Kuala Lumpur juga merupakan hotel yang menawarkan view KLCC yang menakjubkan terutamanya dari rooftop pool dan restorannya.
Lokasinya yang strategik memberikan akses mudah ke beberapa tarikan utama di bandaraya ini.
Sumber: W Kuala Lumpur
Selain daripada bilik-bilik yang direka dengan penuh gaya kontemporari dan kelengkapan premium, W Kuala Lumpur juga terkenal dengan staf-staf nya yang peramah dan sentiasa berusaha memberikan terbaik.
Sumber: W Kuala Lumpur
Anda boleh baca review hotel ini di mana-mana platform penginapan seperti Tripadvisor, Agoda dan sebagainya bagi membantu anda membuat keputusan dengan lebih mudah dan berpandu.
14. EQ Kuala Lumpur
EQ Kuala Lumpur adalah salah satu lagi hotel mewah dengan view KLCC yang menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang membuatkan tetamu rasa istimewa.
Sumber: EQ Kuala Lumpur
Sumber: EQ Kuala Lumpur
Terdapat kolam renang, pusat kecergasan, spa dan macam-macam lagi. Memang lengkaplah. Sarapan disini pun popular juga disebabkan oleh pilihan yang pelbagai serta rasanya yang lazat.
15. The Face Suites
Sumber:The Face Suites
Hotel ini menawarkan suite yang luas dan serba lengkap dengan dapur kecil dan ruang tamu, sesuai untuk penginapan jangka panjang atau keluarga yang mencari keselesaan seperti di rumah.
Sumber:The Face Suites
Sumber: Booking.com
Apa yang menjadikan The Face Suites istimewa ialah kolam renang infinity di atas bumbungnya, yang menawarkan pemandangan luar biasa Menara KL dan Menara Berkembar Petronas. Lawa sangat!
16. Ascott Kuala Lumpur
Ascott Kuala Lumpur adalah hotel apartment yang terletak bersebelahan KLCC sahaja. Ia menawarkan bilik-bilik yang luas dengan pemandangan terus ke Menara Berkembar.
Sumber: Ascott Kuala Lumpur
Sumber: Ascott Kuala Lumpur
Ascott juga sesuai untuk penginapan jangka panjang atau percutian keluarga, dengan kemudahan dapur kecil di dalam bilik dan layanan yang mesra keluarga.
Tips Memilih Hotel View KLCC yang Sesuai dengan Bajet
Tempah awal: Dapatkan harga promosi dengan menempah lebih awal.
Periksa laman web hotel: Rajinkan diri untuk sentiasa menyemak promosi terkini atau diskaun eksklusif. Biasanya laman web hotel akan memaparkan diskaun/promosi terkini sekiranya ada.
Gunakan platform tempahan online: Lihat tawaran istimewa di platform tempahan online seperti KLOOK, Agoda, Booking.com dan sebagainya.
Pilih bilik yang lebih rendah kos dengan akses ke lounge: Nikmati pemandangan KLCC tanpa perlu memilih suite yang mahal.
Manfaatkan Kredit Hotel atau Kupon: Periksa sama ada terdapat sebarang kredit hotel atau kupon yang boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun tambahan atau perkhidmatan percuma seperti makan malam atau tiket ke tempat tarikan yang berdekatan.
Tempah tiket masuk ke tarikan-tarikan utama di Kuala Lumpur serta hotel pilihan anda di KLOOK untuk dapatkan diskaun dan harga istimewa hari ini!
Klook.com
Kesimpulan
Jangan lepaskan peluang untuk membuat tempahan hotel view KLCC dengan segera bagi memastikan hotel pilihan anda penuh.
Dengan senarai 16 hotel terbaik ini, semoga ia boleh membantu anda untuk membuat pilihan bijak berdasarkan bajet, keperluan, dan cita rasa peribadi.
Pastikan untuk membuat tempahan awal bagi menikmati harga terbaik dan memastikan pengalaman penginapan yang tidak dapat dilupakan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/hotel-view-klcc/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hotel-view-klcc