15 Resipi Cupcake Comel Mudah Dan Sedap


15 Resipi Cupcake Comel Mudah Dan Sedap. Assalamualaikum wbt & salam jumaat. Tak lama lagi dah nak cuti sekolah dan pasti ada yang sudah merancang aktiviti untuk anak-anak. Begitu juga dengan CH. Cuti sekolah ni, CH dah rancang untuk mengajar kakak Aisya dan Abang Ammar memasak. Hendak biasakan diri mereka dengan peralatan dapur dan juga untuk tingkatkan kemahiran hidup mereka. Bila kemahiran hidup ada, berada di mana sekalipun.. In Sya Allah boleh hidup senang dan tak menyusahkan orang lain. Yakin boleh! CH merancang untuk mengajar kakak Aisya dan Abang Ammar untuk membuat cupcake comel mudah dan sedap nanti. 
Kenapa cupcake? Cupcake merupakan kek kecil dan comel yang sentiasa mendapat sambutan baik orang dewasa atau kanak-kanak. Malah ia juga menjadi pilihan untuk apa saja majlis. Nampak comel jer bila di susun di atas dulang hantaran, di atas meja dan juga sebagai buah tangan kepada tetamu. 
Jadi, kemahiran untuk membuat cupcake patut di ajar kepada anak-anak sebagai kemahiran hidup. Bukan untuk jual sekalipun, ia juga untuk makan sendiri bersama ahli keluarga dan kawan-kawan. 
Oleh itu, CH kumpul dulu resipi cupcake supaya mudah untuk CH ajar kakak Aisya dan abang Ammar. Sharing di sini juga untuk rujukan korang yang singgah di sini. 


15 Resipi Cupcake Comel Mudah Dan Sedap

15 Resipi Cupcake Comel Mudah Dan Sedap


#1 VANILLA MUFFIN




Bahan:
250 gm butter
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan self raising flour
3/4 cawan gula halus
3/4 cawan susu segar
1/2 sudu teh esen vanila
- Kepingan badam
- Strawberry jem


Caranya:


1- Mula2 panaskan oven pada suhu 180C.
2- Atur papercup dalam tin muffin atau gunakan muffin cup jenis keras.
3- Putar mentega dengan gula hingga putih,masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
4- Perlahankan speed,masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis.
5- Masukkan esen vanila dan kacau rata,sudukan 3/4 penuh dalam papercup atau muffin cup tadi.
6- Bakar selama 25minit atau hingga kekuningan. 


#2  MUFFIN CIP COKLAT



Bahan:


1/2 cawan mentega
1/2 c2wan minyak jagung
1 1/4 gula perang
3 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu makan serbuk koko
200 ml susu segar (vanilla/coklat)
Sedikit coklat chip untuk hiasan


Caranya:


1- Panaskajm oven terlebih dahulu,pada suhu 180C selama 15minit.
2- Pukul mentega,minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan.
3- Masukkan telur satu persatu,kemudian masukkan tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder,serbuk koko yang telah diayak bersama kedalam adunan tadi.
4- Kemudian campurkan susu segar,berselang seli dengan tepung sehingga sebati.
5- Paipkan adunan 3/4 kedalam papercup dan letak sedikit coklat chip diatasnya.
6- Siap untuk dibakar,bakar selama 20minit. 


#3 CUPCAKE OREO



Bahan:
125 gm mentega
1/2 cawan gula perang
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh baking powder
- diayak bersama teqtng
2 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanila
5 keping biskut Oreo - dikisar bersama krimnya sekali
- Beberapa keping biskut Oreo untuk hiasan


Cara Membuatnya:
1- Mula2 panaskan oven pada suhu 175C,dalam mangkuk mixer,satukan mentega,gula perang,telur,tepung dan esen vanila,putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan,kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit.
2- Masukkan oreo yang telah dikisar tadi,putar sehingga sebati,kemudian isikan bahan adunan tadi dalam cup yang disediakan ( 1/2cwn jika anda ingin sapu buttercream atau 3/4cwn sekiranya anda inginkan yang gebu ).
3- Setelah selesai,bakar selama 10-15minit,sejukkan sebentar sebelum hias dengan buttercream dan biskut oreo.
**anda juga boleh gantikan dengan strawberry jika mahu**


Bahan Untuk Buttercream:


125 gm mentega
70 gm krimwell
80 gm gula aising diayak
1/2 sudu teh esen vanila
2 sudu besar susu pekat manis


Cara Membuat Buttercream:


1- Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
2- Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat,kemudian masukkan adunan dalam pipingbag,hias mengikut kreativiti anda.
3- Letakkan biskut oreo sebagai hiasan.


#4 CUPCAKE OREN




Bahan: 
250 gm butter
220 gm gula kastor
250 gm tpg gandum -diayak
5 biji telur -saiz B
1/3 cawan susu cair
1/2 cawan sunquick oren
1 sudu teh esen oren



Caranya:
1- Butter dajm gula dipukul hingga kembang.
2- Masukkan telur satu persatu pukul hingga kmbg.
3- Masukkan tepung dan digaul (guna sudu besar) sedikit demi sedikit.
4- Campurkan esen oren, susu cair dan sunquick oren dan digaul sebati.
5- Panaskan oven pada suhu 160'C.
6- Tuangkan adunan kedalam acuan cupcake dan dibakar selama 17 hingga 20 minit,atau hingga masak.


#5 Hokkaido Cupcake



Bahan:
55gm tepung superfine
20 gm t.kastrd
1cmca teh baking powder
Suma bhn atas diayak
4 bj kuning telo
40gm susu cair
40gm minyak sayur
30 gm gula kstor...
(Campur suma sebati..guna whisk je..masukkan adunan tepung ckit2 smpai abis..n whisk sebti...
4 bj putih telo
1 cmca teh garam
70gm gula castor


Caranya:
Mixer telur putih dan garam. Kemudian. tambah gula (merique).
Mixer smpi kembang. Jika terbalikkan bekas mixer, merique tidak jatuh..
Masukkan tepung dan kaup balik sehingga sebati.
Masukkan dalam cup size m atau saiz cup yang korang suka.
Bakar 170c selam 20minit.


Inti kastard
Guna instant kastard je.. Caranya, 100gm instant kastard + 400ml susu cair. Kacau hingga sebati dan tunggu adunan likat baru paipkan kat tengah hokkaido...(guna nozle ye).


#6 Muffin Chocolate Hazelnut



Bahan:
1 3/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
3/4 cawan coklat cip
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar nutella
2 sudu besar serbuk koko
1/3 cawan kacang hazelnut
1 cawan susu full cream
1/3 cawan minyak jagung atau mazola


Caranya:
Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
Ayak tepung gandum bersama serbuk baking soda, serbuk baking powder, serbuk koko dan garam.
Dalam mangkuk berasingan masukkan susu, telur, esen vanila dan minyak jagung. Kacau sebati.
Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering iaitu bahan ayak tadi.
Kacau dengan menggunakan spatula sehingga sebati. Masukkan coklat cip dan hazelnut yang dicincang kasar.
Sudukan ke dalam muffin cup, 3/4 penuh. Taburkan dengan coklat cip dan bakar selama 20-25 minit. Boleh juga ditabur dengan hazelnut cincang.
Cucuk dengan lidi di tengah dan apabila lidi besih ketika ditarik keluar muffin sudah masak sepenuhnya.


#7 Muffin Nutella





Bahan:
1 cawan Nutella10 sudu besar tepung gandum atau tepung naik sendiri (self-raising flour), ayak
2 biji telur

Caranya:
Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius
Masukan semua bahan dalam mangkuk besar, kacau sebati
Sudukan 3/4 adunan ke dalam acuan muffin
Bakar di dalam oven selama lebih kurang 20 minit. Boleh juga dipastikan masak apabila dicucuk bilah lidi di tengah muffin dan lidi kekal bersih apabila ditarik keluarAdunan menghasilkan 6 muffin yang bersaiz besar

Tips:Jika menggunakan tepung gandum, campurkan bersama 1/4 sudu serbuk penaik (baking powder) dan ayak


#8  CUPCAKES VANILLA




Bahan:
1 cawan gula kastor12 cawan mentega2 biji telur2 sudu teh esen vanilla1 1/2 cawan tepung gandum1 3/4 sudu teh serbuk penaik1/2 cawan susu segar2 sudu besar serbuk koko

Caranya:
1- Panaskan ketuhar pembakar pada suhu 200C

2- Pukul gula dan mentega sehingga kembang dengan whishk,mesin pun boleh

3- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati kemudian masukkan esen

4- Tepung gandum dan !rerbuk penaik yang diayak terlebih dahulu dimasukkan pula kedalam adunan tadi,gaulkan sebati ,kemudian masukkan susu,!(adunan ini agak likat)Masukkan adunan kedalam paper cup yang diletakkan didalam acuan,guna piping beg bagi cepatkan proses meletakkan adunan

5- Gunakan acuan tart untuk cepat siap membakar yang memakan masa 25minit.agak2 dah cukup jumlah vanila yang diingini,masukkan pula serbuk koko bagi mendapatkan adunan coklat

6- 25minit kemudian,inilah hasilnya,tapi ni versi saiz medium dan adunan dicampur vanilladan coklat

7- Cupcakes ini boleh juga dihias mewah macam cupcake yang lain



#9 BLACK FOREST CUPCAKE



Bahan:
40 gm minyak jagung10 gm koko powder70 gm dark choclate45 ml air40 gm tepung naik sendiri3 biji telur kuning telur3 biji putih telur30 gm gula kastor1/2 sudu makan krim of tartar1 tin ceri pie filling- Buah ceri- Whipping cream

Caranya:
1- Panaskan oven pada suhu 180C,sementara tunggu oven panas,susun cawan cupcakes dalam tray

2- Panaskan minyak jagung,kemudian angkat dari api,masuk5an koko powder dan coklat,kacau hingga ianya cair

3- Masukkan air,tepung dan telur kuning,kacau sehingga ianya sebati

4- Pukul putih telur bersama cream of tartar (pastikan ada tanda halal bagi muslim) dan gula dalam bekas mixer pukul sehingga gebu

5- Masukkan bahan yang pertama kedalam adunan tadi,pukul sebati

6- Kemudian masukkan adunan cupcakes kedalam bekas yang telah disusun tadi,bakar selama 25minit

7- Seju5an terlebih dahulu sebelum disapu dfngan whipping cream dan hias dengan buah ceri



#10  Muffin Pisang Gebu




Bahan:
1 1/2 cawan tepung (tepung plain flour atau tepung gandum)3/4 cawan gula1 biji telur1 sudu kecil serbuk penaik1/4 sudu kecil baking soda3 biji pisang besar, dilenyek1/3 cawan mentega, cairkan1/2 sudu kecil garam1 sudu kecil esen vanila

Caranya:
Panaskan oven pada suhu 175 darjah celsiusAyak tepung, baking soda, serbuk penaik dan garamDalam mangkuk besar, satukan telur, gula, esen vanila, pisang dan vanila yang telah dicairkan
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati
Kaut adunan ke dalam acuan muffin menggunakan sudu atau scoop ais krim
Bakar selama 15-20 minit

Tips:Untuk pastikan muffin sudah masak, cucukkan lidi atau bilah pencungkil gigi ke dalam muffin dan apabila ditarik keluar, bilah tetap bersih dan kering



#11  Muffin Pisang Chocolate Chip




Bahan A:
2 cawan tepung gandum1 sudu kecil soda bikarbonat1 1/2 sudu kecil baking powder

Bahan B:
200 gram pisang masak (lebih kurang 3-4 biji)1/2 sudu kecil garam2 biji telur1 1/3 cawan gula perang1/2 sudu kecil esen vanila1/2 cawan minyak masak1/3 cawan  susu segar1/2 cawan coklat chipBadam untuk hiasan

Cara-cara:
Campurkan semua bahan A dan ayak. Ketepikan

Lenyekkan pisang sehingga hancur dan letakkan garam. Gaul rata. Ketepikan

Di dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan esen vanila. Pukul lagi

Setelah adunan kembang, masukkan pisang dan kacau sebati

Kemudian masukkan minyak dan bahan A sedikit demi sedikit secara bersilih ganti dengan menggunakan kaedah kaup balik (guna spatula@senduk kayu)

Kemudian masukkan susu segar secara kaup balik jugak. Kacau sehingga sebati

Akhir sekali masukkan coklat chip. Gaul rata

Cedokkan adunan tadi ke dalam papercup muffin (jangan terlalu penuh). Taburkan badam sebagai hiasan. Boleh jugak taburkan coklat chip

Bakar pada suhu 170°C selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing

Nota: Jika guna gula putih@gula castor, kurangkn sukatan gula kepada 3/4@1 cawan sebab gula perang kurang manis berbanding gula putih



#12 Muffin Pandan




Bahan:
125 gm butter yang dicarikan dan disejukkan125 gm gula125 gm tepung gandum4 biji telur gred A1/2 camca besar ovallate2 camca besar susu pekat manis1 camca kecil esen vanilla2 camca besar pati pandan (5 helai daun pandan yang di kisar dan ditapis utk di ambil patinya sahaja)1/2 camca kecil double action baking powder atau 1 camca kecil baking powder5-7 titis pewarna hijau

Caranya:
Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati

Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit)

Tuang mentega cair, esen vanila, pati pandan dan 5-7 titis pewarna hijau. Gaul rata dengan spatula

Tuang adunan ke dalam bekas kek cawan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit terlebih dahulu, suhu 180 selama 30 minit atau sehingga masak. Adunan ini dapat menghasilkan 20 biji kek cawan. 

#13 CHEESE CAKE BROWNIES




Bahan untuk brownies:450g dark Chocolate250gr tepung gandum6 biji telur60gr serbuk koko350gr gula kastor200gr butter100gr minyak1/2 tsp garam

Bahan untuk cheesecake:
500gr Cream Cheese2 biji telur100gr gula kastor100ml Whipped Cream3 tbsp tepung gandum1 tbsp air lemon1 tbsp lemon zest

Cara-cara:
Brownies:
1. Potong2 coklat, masukkan ke dalam periuk kecil. Letakkan periuk kecil di atas kuali yang berisi air.( teknik double boiler.) Masak hingga coklat mencair sepenuhnya
2. Masukkan butter dan matikan api. Gaul2 hingga butter mencair kemudian masukkan minyak dan garam

3. Dalam mangkuk yang lain, ayak teoung dan serbuk koko, tambahkan gula pasir telur dan campuran coklat cair. Gaul menggunakan whisk atau mixer hingga sebati

Cheese Cake:
1. Pukul Cream Cheese dan gula halus. Masukkan bahan2 lain dan pukul hingga sebati

2. Tuang adunan brownies ke dalam cup sebanyak 3/4 tinggi cup

3. Tuang 1 tbsp adunan cheesecake. Hias dengan sedikit adunan brownies dk atasnya

4. Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 40 minit

5. Siap



#14 RED VELVET CUPCAKES



Bahan:
280 gm tepung gandum50 gm serbuk koko2 sudu kecil baking powder1 sudu kecil soda bikarbonat1 sudu kecil garam
A:125 gm mentega260 gm gula kastor
B:2 biji telur gred B
C:1 sudu kecil esen vanila1 sudu kecil cuka putih/cuka epal1 sudu besar pewarna merah bright
D:240 ml buttermilk
( campurkan 1cwn susu segar atau susu cair dengan 1sudu besar cuka,biarkan sebati bersama selama 10minit sebelum digunakan ) atau boleh beli aje buttermilk dipasaraya,sekarang dah mudah untuk mendapatkannya,optional boleh guna yogurt jika tiada buttermilk


Caranya:
1- Ayak bersama bahan kering dan ketepikan,pukul A sampai kembang dan ringan

2- Masukkan bahan B sapu persatu,dan pukul lagi,kemudian masukkan C dan pukul lagi hingga sebati

3- Kemudian masukkan tepung yang diselang seli dengan buttermilk pukul hingga sebati

4- Alas dan gris loyang saiz 9 dengan baking paper,tuang adunan kek dan bakar sehingga masak

5- Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2cup sahaja dan bakar pada suhu 180C selama 15-20minit

6- Sejukkan dan hiaskan dengan cream cheese aising


KRIM CHEESE
300 gm whipping cream-brand enchor150 gm cream cheese brand phillidephea atau tartura100 gm mascarpone cheese50 gm gula aising100 gm butter2 titik lemon paste
Caranya:
1- Pukul whipping cream hingga kental,ketepikan
2- Dalam bekas lain,pukul cream keju bersama semua bahan lain hingga berkerim
3- Satukan whipping cream tadi bersama krim keju,gaul sebati,boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan
4- Boleh digunakan untuk menghias kek



#15 Mini Cupcake Coklat Moist




Bahan A
1 cawan serbuk koko *1 cawan gula*1 cawan minyak*1 cawan susu cair*3/4 susu pekat*(Bahan A masak atas dpr 3 minit)
Bahan B
Gandum 1 1/4 cawan1 sdk bikarbonat1 sdk baking powder(Di ayak)
Telur 4 biji gred A(blender)

Caranya:
Campur bahan di ayak dan telur secara selang seli ke dlm bahan AMixer sebati dan kukus dalam 5-6 minit

Selamat Mencuba





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.yatizul.com/2020/12/15-resipi-cupcake-comel-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Udang Galah Masak Lemak Cili Api Paling Mudah Dan Sedap

Resipi Udang Galah Masak Lemak Cili Api Paling Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 694 hits
Late dinner Itu biasa Bila minum petang lambat kononnya dah kenyang tak nak dinner Itu pun biasa Yang luar biasa bila dapat dinner udang galah masak lemak cili api Rezeki balik kampung haritu mak bagi bekal udang galah fresh Udang galah sun...
Cara Masak Resepi Rendang Ayam Mudah Sedap Step By Step Buat Sampai Jadi

Cara Masak Resepi Rendang Ayam Mudah Sedap Step By Step Buat Sampai Jadi

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 596 hits
Cara Masak Resepi Rendang Ayam Mudah Sedap Step By Step Buat Sampai Jadi Selalunya resepi rendang ayam akan disediakan untuk makan di pagi raya hakikatnya nak sediakan pada hari biasa juga boleh Asal rasa nak makan rendang ayam tak payah tu...
Resipi Roti Kukus Mudah Paling Senang Nak Buat Sedapnya Makan Dengan Seri Kaya

Resipi Roti Kukus Mudah Paling Senang Nak Buat Sedapnya Makan Dengan Seri Kaya

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 486 hits
Resipi roti kukus tidak pernah menghampakan kita setiap kali memesannya di restoran Lembut gebu dan cukup enak kala digabungkan bersama sekaya Terasa nikmat kala disuap ke mulut Tidak perlu ke restoran untuk menikmati roti kukus panas bersa...
Resepi Mudah Nasi Dagang Pantai Timur Dengan Gulai Tongkol Dan Acar Timun Sedap

Resepi Mudah Nasi Dagang Pantai Timur Dengan Gulai Tongkol Dan Acar Timun Sedap

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 666 hits
Dah lama nak buat nasi dagang tapi asyik tertangguh sebab agak payah nak dapat beras nasi dagang ni Rasanya kali terakhir buat tahun lepas dan selebihnya makan nasi dagang yang di beli tapi tak puashati sebab gulai ikan tongkol tu isinya ke...
Cara Pilih Tembikai Manis Sedap Berjus Dengan Mudah

Cara Pilih Tembikai Manis Sedap Berjus Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 473 hits
Cara Pilih Tembikai Manis Sedap Berjus Dengan Mudah Buah tembikai merupakan salah sejenis buah kegemaran anak anak kat rumah ni Beli sebiji besar makan sehari dah boleh habis dan part paling best kulit tembikai tu boleh di buat sayur manis ...
Buat Puff Pastry Sosej Sendiri Hanya Guna Air Fryer Mudah Tapi Sedap

Buat Puff Pastry Sosej Sendiri Hanya Guna Air Fryer Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 751 hits
Mudah je nak buat puff pastry sosej hanya guna produk yang sedia ada Selain untuk minum petang puff pastry sosej ini juga boleh dibuat untuk sarapan Senang dan cepat juga sedap dimakan Jom kita cuba buat mengikut resipi Isabel Jeslyn Yek in...
Share Tinggi Resipi Cukup Simple Patutlah Sup Telur Ni Di Puji Anak Paling Sedap Di Dunia

Share Tinggi Resipi Cukup Simple Patutlah Sup Telur Ni Di Puji Anak Paling Sedap Di Dunia

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 349 hits
Menu nasi telur dan kicap antara makanan wajib anak anak ketika membesar Tak sah jika tidak ada telur Telur sememangnya cukup baik malah banyak khasiatnya kepada anak kecil kita Telur juga merupakan makanan yang kaya dengan protein penting ...
Dapat Perkongsian Lebih 60k Resipi Sup Ayam Thai Ni Memang Power Sedap

Dapat Perkongsian Lebih 60k Resipi Sup Ayam Thai Ni Memang Power Sedap

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 508 hits
Selalu kita persoalkan mengapa sup di restoran lebih sedap dan tidak sama rasanya seperti yang kita sajikan di rumah Nak tahu macam mana rasanya Sup Ayam Thai yang sedap dan power Resipi ringkas tapi cukup sedap yang dikongsikan oleh ni mam...
Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap Dimakan Bersama Pulut Kuning

Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap Dimakan Bersama Pulut Kuning

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 1994 hits
As Salam Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap Dimakan Bersama Pulut Kuning Alhamdullillah Masak rendang ayam dan pulut kuning di rumah saya bukanlah suatu yang biasa atau rutin Rendang ayam dan juga pulut bukanlah favourite anak anak saya wa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner