15 Idea Sukaneka Untuk Hari Sukan Team Building Atau Family Day


Assalamualaikum...

Ada yang kurang idea untuk menjalankan hari sukan di sekolah mahupun program Family Day atau Team Building? Apa kata korang selitkan aktiviti sukaneka seperti di bawah;

Sebelum tu jom tengok antara contoh itinerary/aturcara program untuk Family Day yang family aku dah buat. 

InshaAllah dalam next entry akan share kan preparation dari A-Z untuk program macam ni okayh! [UPDATED IDEA BUAT PROGRAM FAMILY DAY]

1. Ibu Mengandung 
Cara: Taruk belon kat perut n celah kaki, dan berjalan hingga hujung, siapa sampai dulu dia menang (Kepala pakai kain batik) Tangan xboleh pegang kedua2 belon.

Peserta: Lelaki Dewasa
Bahan: Kain Batik/shawl, Belon

2. Alih getah pakai straw 
Cara: Alihkan getah dari dalam mangkuk dan passkan kepada team dan masukkan dalam mangkuk guna mulut sahaja dalam masa 3 minit. Siapa paling banyak dia menang. * Kalau bukan ajnabi boleh selang selikan dengan kanak-kanak =) 

Peserta: Semua
Bahan: Straw, mangkuk plastik, getah

3. Sumpit Ping Pong 
Cara: Bola Pingpong akan diletakkan atas tin biskut/bekas yg tinggi, Peserta perlu menggunakan straw dan biji kacang hijau dan sumpit bola pingpong hingga terjatuh dalam masa 1 minit, Grup paling banyak jatuhkan bola pingpong dikira pemenang

Peserta: Grup 3-4 orang
Bahan: Kacang hijau, straw, bekas bulat, bola pingpong

4. Flip sudu masuk dalam Besen
Cara: Sudu kuah akan diletakkan 30 cm jarak dr besen, peserta dikehendaki flip sudu dgn 2 kali percubaan hingga masuk dalam besen. Grup yang paling banyak masukkan adalah pemenang dgn 2 kali percubaan setiap orang.

Peserta: Grup 3-4 orang
Bahan: Besen, sudu kuah

5.Cookies Face 
Cara: Peserta perlu mendongakkan kepala dan tangan ke belakang, biskut akan diletakkan atas pipi dan peserta perlu menggerakan pipi sehingga biskut masuk ke dalam mulut tanpa menjatuhkan biskut... Kalau jatuh kena buat semula... dan peserta paling pantas dikira pemenang

Peserta: semua
Bahan: Biskut Marie, Alas plastik

6. Pakaian Beragam Guna Recycle paper
Cara: Peserta diberi masa 15 minit untuk menyiapkan baju pada model menggunakan bahn yg diberikan sahaja... Markah bergantung kpd juri; borang akan disediakan

Peserta: Satu family satu wakil, lebih lagi bagus
Bahan: Surat khabar, Masking Tape, extra bunga2 akan diberikan


7. Flashcard & Lukisan
Cara: AJK akan menulis perkataan pada kertas, dan seorang peserta akan melukis dalam masa 30 saat. Selesai lukis ahli yang lain kena teka. Tekaan yg tepat paling banyak dikira pemenang. Masa bermain adalah 10 minit.

Peserta: Grup 3-4 orang
Bahan: Kertas, pensil, pemadam

8. Kepoh Kepoci
Cara: Seorang peserta akan diikat mata dan berdiri dalam kolam, lagi seorang peserta pegang besen dalam kolam. Peserta yg diikat mata perlu mendengar arahan yg pegang besen untuk masukkan belon berisi air dalam besen dgn jarak 1 m, 

Contoh arahan: kedepan, kiri sikit, dan baling.. besen tidak boleh bergerak dr tempat asal..hanya beri arahan sahaja... pihak lawan akan memberi arahan lain dr si pemegang besen "pengacau la kira" masa dibekalkan adalah 5 min setiap pasukan. Paling banyak belon dikira pemenang.

Peserta: Grup 2 orang
Bahan: belon isi air, kain tutup mata, besen


9. Tepek 3 Butir Biji Tembikai atas muka:
Cara: Peserta perlu makan sepotong tembikai dan kumpulkan biji dalam mulut, kemudian donggakkan muka dan semburkan biji satu persatu supaya tepek atas muka. At least kena tepek 3 butir baru menang... peserta paling pantas dikira pemenang

Peserta: Semua
Bahan: Tembikai

10. Pass belon berisi air 
Cara: Peserta perlu baling bola berisi air dari satu peserta kpd peserta yang lain ke belakang. Peserta yang terakhir perlu memasukkan belon ke dalam besen yang jaraknya lebih kurang 1.5 meter. Dalam masa 3 minit, grup yang paling banyak dia menang.

Peserta: Grup 4-5 orang
Bahan: Belon isi air & besen/bakul


11. Cari gula2 dalam tepung 
Cara: Peserta diberi masa 1 minit untuk cari gula2 dalam tepung dan masukan ke dalam mangkuk, peserta paling banyak dikira pemenang, AJK akan topup tepung kalau berkurang.

Peserta: Semua
Bahan: Tepung, Piring kertas/ pinggan plastik, gula2, mangkuk plastik kecik

12. Makeup Pasangan;
Cara: Peserta perlulah berlawanan jantina masing2 dalam masa 15 minit, tak kisah siapa makeup siapa. Peserta paling kreatif dalam persembahan dikira pemenang based on votes daripada penonton.

Peserta: Peserta berpasangan 
Bahan: Makeup, aksesori bunga,shawl

13. Boling Kelapa
Cara: Main macam boling kumpulan paling banyak jatuh dikira pemenang

Peserta: Grup 3 orang
Bahan: Bola kelapa, botol mineral 

14. Kumpulan Semut

Cara: Lukis 2 bulatan besar dengan jarak 1-2 meter. Peserta dikehendaki memindahkan botol kosong menggunakan tali rapiah dari satu bulatan ke bulatan yang lain tanpa perlu memegang botol. Hanya gunakan tali rapiah sahaja. Ini memerlukan kerjasama yang sangat kuat antara pasukan dan botol tidak boleh jatuh dan perlu diletakkan di tengah2 bulatan. Kumpulan paling cepat dikira pemenang.

Peserta: 3-5 orang
Bahan: Botol kosong, kapur atau apa2 bahan untuk lukis bulatan besar, tali rapiah, stop watch

15. Dart Belon dan jawab soalan
Cara: Lekatkan belon yang berisi kertas ke dinding dan kemudian peserta perlu membaling dart untuk letupkan belon. Peserta perlu letupkan belon sehingga terjumpa belon yang berisi kertas kerana semua belon diisikan dengan tepung tapi tak semua ada tepung dan kertas.

Peserta: kumpulan 
Bahan: Belon, tepung, kertas, dart

TAMBAHAN AKTIVITI:

CABUTAN BERTUAH.
Setiap peserta perlu mendaftar dan masukkan nama ke dalam balang. Cabutan bertuah akan dibuat selang seli dgn acara lain

TUKAR-TUKAR HADIAH
Setiap keluarga perlu membawa hamper/hadiah berjumlah RM 20, kemudian hadiah akan diletakkan nombor, dan akan dicabut, kalau dapat number sama dgn hadiah sendiri perlu cabut semula.

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
Asalnya memang untuk kanak-kanak. Tapi dah semua selamat terjun kolam makanya, atuk2 and opah2 lah yang join.kikikiki




BASIC HEALTH CHECK UP

Untuk aktiviti ni, korang boleh la buat check up untuk BMI ke, darah tinggi and cek gula/kolestrol dalam darah. Time ni, Sister lupa lah nak bawak jarum, makanya cek blood pressure jelah..kikiki


Antara urusetia yang menjayakan Program Family Day kali ini!


Sekian sahaja perkongsian harini. Semoga membantu! Kalau suka dengan post ni jangan lupa share okayh =)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cinqleafclover.com/2019/01/15-idea-sukaneka-untuk-hari-sukan-team.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kbs Kontang Idea Gagal Manfaat Sukan Sebagai Ubat

Kbs Kontang Idea Gagal Manfaat Sukan Sebagai Ubat

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 231 hits
MALAYSIAKINI Tindakan Kementerian Belia dan Sukan menukar sambutan Hari Sukan Negara kepada Malaysia Sports Challenge tidak langsung memberi perubahan yang sewajarnya dilakukan kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari Menurutnya p...
Program Team Building Di Pulau Tioman

Program Team Building Di Pulau Tioman

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 509 hits
Saya ingin menulis tentang keseronokan team building jabatan yang telah diadakan di Berjaya Beach Resort Pulau Tioman Ianya juga lebih bermakna kerana team building ini juga adalah yang terakhir buat saya di dalam perkhidmatan Keakraban den...
Family Day Taska Permata Kemas Bunga Kiambang 2018

Family Day Taska Permata Kemas Bunga Kiambang 2018

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 553 hits
A post shared by on Oct 27 2018 at 10 22pm PDT A post shared by on Oct 28 2018 at 6 35pm PDT A post shared by on Oct 30 2018 at 12 36am PDT A post shared by on Oct 30 2018 at 12 52am PDTYeayyy akhirnya berjaya jugak jari jari ni rajin menai...
Idea Menu Potluck Sedap Sempena Cuti Hari Merdeka

Idea Menu Potluck Sedap Sempena Cuti Hari Merdeka

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 768 hits
Bercadang nak buat makan makan dan tercari cari menu potluck sempena cuti hari kemerdekaan hujung minggu nanti Ini antara menu menu potluck yang sesuai disediakan dan boleh dijadikan sajian makan tengahari Semuanya sangat sedap mudah dan me...
Masih Banyak Orang Yang Gunakan Pakaian Dalam Yang Sama Untuk 2 Hari Atau Lebih Ini Kata Ahli

Masih Banyak Orang Yang Gunakan Pakaian Dalam Yang Sama Untuk 2 Hari Atau Lebih Ini Kata Ahli

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 292 hits
Penelitian baru baru ini menunjukkan ternyata masih banyak orang yang tidak mengganti pakaian dalam mereka Melansir Today pada Selasa survei yang dilakukan pada 2 000 pria dan wanita Amerika menunjukkan 45 persen dari mereka memakai pakaian...
Mendapat Cabutan Bertuah Sempena Family Day Gahza 2019

Mendapat Cabutan Bertuah Sempena Family Day Gahza 2019

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 989 hits
Sebelum ini saya pernah merajuk kerana tak pernah mendapat cabutan bertuah langsung di kilang tempatku kerja Alhamdulillah ada juga rezeki mendapatkannya di tempat lain Nak tengok entri itu Klik Inilah dia hadiah cabutan bertuah yang dipero...
Malaysia Sports Challenge And Hari Sukan Negara Are Different Programs

Malaysia Sports Challenge And Hari Sukan Negara Are Different Programs

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 283 hits
The Malaysia Sports Challenge is just one of the activities under the initiative of the National Sports Month which also includes Hari Sukan Negara Previously there was some fierce criticism over the belief that Malaysia Sports Challenge wo...
Jom Terjah Program Family Day Di Damai Rasidin Villa Selangor

Jom Terjah Program Family Day Di Damai Rasidin Villa Selangor

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 534 hits
Assalamualaikum Mungkin ada yang kekurangan idea nak jalankan program Family Day especially untuk yang first timer atau untuk yang family besar kan So harini aku just nak share program Family Day from A Z untuk lebih kurang dalam 30 orang t...
Hari Sukan Negara Mahu Di Ubah Kepada Bahasa Inggeris Gila Apa Ini

Hari Sukan Negara Mahu Di Ubah Kepada Bahasa Inggeris Gila Apa Ini

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 568 hits
Nampak isu ini macam remeh hanya tukar nama dari bahasa kebangsaan kepada bahasa Inggeris Hari Sukan Negara mahu ditukar kepada Malaysia Sports Challenge Sepatutnya kita pertingkatkan bahasa Kebangsaan bukan mencabutnya satu demi satu Apa y...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner