Kbs Kontang Idea Gagal Manfaat Sukan Sebagai Ubat


MALAYSIAKINI

   
Tindakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menukar sambutan Hari Sukan Negara (HSN) kepada Malaysia Sports Challenge (MySC) tidak langsung memberi perubahan yang sewajarnya dilakukan, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

Menurutnya, penjenamaan baru menggunakan bahasa Inggeris itu menunjukkan KBS kekontangan idea, kebudak-budakan, membazir serta lebih bermain politik.

"Malah, semangat nasionalisme dan patriotisme juga bagaikan tidak perlu lagi, sedangkan sukan adalah wahana terbaik untuk menerapkannya.

"Jangan nanti KBS memberi alasan pramatang dan populis kononnya nama tersebut dipilih untuk menarik penyertaan antarabangsa.

"Sewajarnya sukan menjadi 'ubat' ketika rakyat Malaysia ditimpa kemelut agama dan perkauman kini," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Terdahulu Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim mengumumkan Hari Sukan Negara kini ditukar kepada MySC bertujuan memperluaskan capaian program yang merupakan inisiatif terbaru KBS dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.

Katanya, penggunaan nama tersebut diubah kepada bahasa Inggeris mampu meningkatkan prestij program bukan saja dalam tetapi di luar negara.

Bahasa pula dilucutkan Bagaimanapun beliau menafikan tindakan penggunaan bahasa Inggeris sebagai merendahkan martabat bahasa Melayu.

Ahmad Fadhli berkata, sukan merupakan alat perpaduan terbaik untuk rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur bahkan kaum dan agama.

Jelasnya, sudah terbukti semangat kesukanan mempertaut erat masyarakat yang berbeza latar belakang di negara ini.

"Sewajarnya, kerajaan menjadikan sukan sebagai wadah yang diperluaskan untuk tujuan tersebut.
"Malangnya, sukan di negara ini masih eksklusif dan tidak dimanfaat sebaiknya untuk dibudayakan sebagai kegiatan sihat serta menyampaikan pelbagai tujuan kenegaraan.

"Lebih teruk apabila ia dipolitikkan atau dijadikan kesempatan pihak bermentaliti kapitalis.
"Terbaru melalui sukan, bahasa sebagai alat komunikasi warga pula dilucutkan," katanya.

Baca Khairy beri markah 'D' kepada prestasi PH
Tambah anggota Parlimen Pasir Mas itu, KBS sepatutnya berusaha menggiatkan penganjuran kegiatan sukan hingga ke akar umbi termasuk warga desa dan komuniti perumahan, selain memastikan ia mesra semua peringkat umur dan bangsa.

"Apatah lagi, KBS diterajui Menteri, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang muda dan boleh menjadi contoh mewakili hasrat anak muda masa depan.

"Kita adalah pembina dan pencorak masa depan yang mahukan Malaysia sebagai negara lebih baik dalam segala segi di masa depan.

"Oleh itu jangan gadaikan ia dengan segala yang menghilangkan kepercayaan warga dengan menggadai nilai-nilai di masa ini.

"Belum terlambat untuk mengubahnya, kembalikan semula bahasa kebangsaan kita," kata Ahmad Fadhli.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/kbs-kontang-idea-gagal-manfaat-sukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Red Giants Gagal Manfaat Aksi Laman Sendiri

The Red Giants Gagal Manfaat Aksi Laman Sendiri

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 307 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pkns Fc Gagal Manfaat Bermain Di Laman Sendiri Pkns Fc Seri Satu Sama Dengan Kedah

Pkns Fc Gagal Manfaat Bermain Di Laman Sendiri Pkns Fc Seri Satu Sama Dengan Kedah

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 400 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Wakili Band Nya Yang Sempat Gagal Tampil Iqbaal Juga Tunjukkan Kekecewaan Sebagai Fans Lany

Wakili Band Nya Yang Sempat Gagal Tampil Iqbaal Juga Tunjukkan Kekecewaan Sebagai Fans Lany

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 238 hits
Turut berada di belakang panggung Iqbaal tahu bahwa batalnya konser Lany nggak sepenuhnya salah promotor
Hari Sukan Negara Ditukar Kepada Malaysia Sport Challenge Kata Kbs

Hari Sukan Negara Ditukar Kepada Malaysia Sport Challenge Kata Kbs

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 474 hits
Sumber dari Free Malalysia TodayTimbalan menteri KBS Steven Sim menyatakan Malaysia Sports Challenge 19 adalah kesinambungan dari Hari Sukan Negara cuma kali ini misi dan objektif diluaskan capaiannya melalui penjenamaan semula Dipetik dari...
Pria Depresi Menganggap Boneka Sebagai Anaknya

Pria Depresi Menganggap Boneka Sebagai Anaknya

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 401 hits
Memiliki seorang anak seringkali memberikan semangat hidup yang baru bagi seseorang dan bagi pria ini boneka seukuran anak anak ternyata bisa mewakili kehadiran seorang anak dalam kehidupannya Song Bo demikian nama pria ini dalam dua tahun ...
Hospitaliti Di Lapangan Terbang Penting Sebagai Tanggapan Pertama Pelancong

Hospitaliti Di Lapangan Terbang Penting Sebagai Tanggapan Pertama Pelancong

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 371 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Gadis Ini Beri Ciuman Sebagai Kempen Berhenti Merokok

Gadis Ini Beri Ciuman Sebagai Kempen Berhenti Merokok

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 495 hits
Demi berpartisipasi dalam larangan bahaya merokok di tempat umum seorang gadis cina rela berikan ciuman kepada perokok secara cuma cuma Setiap laki laki yang ditemuinya akan ditawarkan hadiah sebuah ciuman asalkan mau memberikan sebungkus r...
Google Home Mini Baharu Mungkin Akan Digelar Sebagai Nest Mini Dan Mempunyai Port Bicu Audio

Google Home Mini Baharu Mungkin Akan Digelar Sebagai Nest Mini Dan Mempunyai Port Bicu Audio

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 358 hits
Google Home Mini adalah pembesar suara pintar daripada Google dengan Google Assistant terbina Ia dilancarkan pada tahun 2017 bersama sama dengan Google Pixel 2 Pada acara Google I O 2019 mereka telah pun memberitahu yang barisan produk Goog...
Alhamdulillah Akhirnya Pas Doakan Anwar Juga Dan Hadi Kekal Sebagai Bakal King Maker

Alhamdulillah Akhirnya Pas Doakan Anwar Juga Dan Hadi Kekal Sebagai Bakal King Maker

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 487 hits
Saya ada membaca kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr Ridhuan yang akan terus mendoakan agar DSAI sebagai bakal PM Doa ini adalah kerana prinsip tegas DSAI yang menghalang Dr Zakir dari terus memainkan isu politik dan perkauman di dalam...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi