15 Buah Tangan Popular Wajib Bawa Pulang Dari Malaysia Ke Indonesia


15 Buah Tangan Popular ‘Wajib’ Bawa Pulang Dari Malaysia Ke Indonesia
Malaysia sememangnya menjadi antara destinasi pilihan utama pelancong dari negara jiran, termasuk Indonesia.
Selain lokasinya yang berdekatan, harga tiket yang lebih berpatutan menjadikan Malaysia destinasi ideal untuk percutian singkat atau hujung minggu.
Namun, sepertimana lumrahnya setiap kali melancong ke luar negara, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah “oleh-oleh”. Dalam kata lain, buah tangan untuk dibawa pulang.
Baru-baru ini, Media Indonesia berkongsi senarai 15 oleh-oleh khas Malaysia paling popular 2025 yang mungkin ‘wajib’ dibeli oleh pelancong dari Indonesia.
Buah tangan paling popular Malaysia 2025 1. Coklat Beryl’s – Menurut Media Indonesia, Coklat Beryl’s ialah buah tangan khas Malaysia yang wajib dibeli oleh pelancong. Jenama ini terkenal dengan perisa unik seperti durian dan teh tarik, dihasilkan oleh salah satu pengeluar coklat tertua di Malaysia.
2. Milo Cube – Milo Cube ialah gula-gula susu coklat berbentuk kiub yang sangat popular dalam kalangan pelancong. Rasanya lebih pekat berbanding Milo di Indonesia.
3. Kek Lapis Sarawak – Kek Lapis Sarawak terkenal dengan lapisan warna-warni dan pelbagai rasa seperti pandan serta coklat. Ia sesuai untuk pencinta manisan dan sering dijadikan buah tangan istimewa.
4. Dodol Malaysia – Dodol Malaysia hadir dalam pelbagai perisa seperti kelapa dan durian dengan bentuk segi tiga yang unik. Teksturnya kenyal serta tahan lama.
5. Teh Boh (Boh Tea) – Dihasilkan dari ladang teh di Cameron Highlands, Teh Boh terkenal dengan kualiti tinggi dan variasi “flavour” menarik.
6. Karipap – Karipap ialah pastri tradisional Malaysia yang berintikan kari ayam, kentang atau daging. Kulitnya yang rangup menjadikannya kegemaran ramai.
7. Old Town White Coffee – Kopi segera legenda ini terkenal dengan campuran tiga jenis biji kopi yang menghasilkan rasa unik dan aromatik.
8. Pua Kumbu – Pua Kumbu ialah kain tenunan tradisional masyarakat Iban di Sarawak yang sarat dengan corak bermakna dan nilai seni tinggi.
9. Kerepek nasi lemak – Ujar Media Indonesia, ‘snek’ moden ini diinspirasikan daripada hidangan nasi lemak, menampilkan rasa gurih dengan aroma santan dan daun pandan. Katanya lagi, ia boleh didapati di pasar raya atau kedai cenderamata di Pulau Pinang
10. Miniatur Menara Berkembar PETRONAS – Miniatur Menara Berkembar PETRONAS ialah cenderamata ikonik Malaysia yang sesuai dijadikan hiasan.
11. Kuih kapit – Kuih Kapit ialah kuih tradisional nipis berbentuk segi tiga dengan rasa manis dan rangup, sering menjadi kegemaran ramai.
12. Keropok lekor – Keropok Lekor ialah snek tradisional berasaskan ikan dari Terengganu dengan tekstur kenyal dan rasanya yang enak.
13. Tau Sar Piah – Ujar Media Indonesia, kuih tradisional ini berintikan pes kacang hijau dengan kulit luar yang rapuh dan sedikit manis.
14. Kopi Tongkat Ali – Menurut Media Indonesia, kopi Tongkat Ali dikenali sebagai minuman yang membantu meningkatkan stamina. Bahkan, katanya, rasa kopi ini hampir menyerupai kopi ginseng.
15. Pinggan hiasan – Tambah Media Indonesia, pinggan hiasan yang dihiasi dengan motif seni tradisional sangat menarik. Ia sesuai dijadikan hiasan rumah atau cenderamata eksklusif.
4 lokasi belanja “oleh-oleh” terbaik di Malaysia Bukan itu sahaja, Media Indonesia ini turut menyenaraikan empat lokasi terbaik untuk mendapatkan oleh-oleh Malaysia dengan harga yang berpatutan dan pilihan yang pelbagai. Antaranya:
1. Central Market, Kuala Lumpur
2. Petaling Street, Kuala Lumpur
3. Mydin
4. NSK Trade City
Dalam pada itu, Media Indonesia menegaskan bahawa membeli oleh-oleh bukan sekadar untuk dijadikan tanda kenangan. Malah, ia juga sebagai cara menghargai budaya dan hasil tangan rakyat Malaysia.
Dengan pelbagai pilihan unik ini, tidak hairanlah ramai pelancong dari seberang memilih Malaysia sebagai destinasi ‘wajib’ singgah.
BACA: Lelaki Indonesia Dedah Sebab Malaysia Negara ‘Aneh’
Sumber: Gramedia
The post 15 Buah Tangan Popular ‘Wajib’ Bawa Pulang Dari Malaysia Ke Indonesia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/13/15-buah-tangan-popular-wajib-bawa-pulang-dari-malaysia-ke-indonesia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jemaah Haji Dirawat Di Makkah Rm500 000 Diperlukan Bawa Pulang Asmah Ke Malaysia

Jemaah Haji Dirawat Di Makkah Rm500 000 Diperlukan Bawa Pulang Asmah Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 218 hits
Jemaah Haji Dirawat Di Makkah RM500 000 Diperlukan Bawa Pulang Asmah Ke Malaysia KUALA LUMPUR Kira kira RM500 000 diperlukan bagi membawa pulang jemaah haji Malaysia Asmah Mansor 71 yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Saudi German Hospit...
Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 232 hits
LANGKAWI 9 November Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis menemui beberapa mangsa disyaki imigran dari Myanmar di sekitar perairan Langkawi semalam dipercayai susulan insiden bot yang membawa kira kira 300 penumpang imigra...
Ironman Langkawi Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam Bawa Pulang Rm1 Juta Untuk Rakyat Muar

Ironman Langkawi Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam Bawa Pulang Rm1 Juta Untuk Rakyat Muar

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 196 hits
LANGKAWI Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa pulang sumbangan RM1 juta untuk kebajikan rakyat di kawasannya selepas berjaya mengharungi cabaran Kejohanan Ironman Malaysia di Langkawi semalam dalam masa kurang 1...
Lelaki Indonesia Dedah Sebab Malaysia Negara Aneh

Lelaki Indonesia Dedah Sebab Malaysia Negara Aneh

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 177 hits
Lelaki Indonesia Dedah Sebab Malaysia Negara Aneh Sebagai rakyat Malaysia kadang kadang kita terlupa betapa bertuahnya kita tinggal di sebuah negara yang aman dan indah dengan pelbagai kemudahan dikongsi bersama Apa yang kita anggap biasa r...
Lelaki Indonesia Kongsi Pandangan Kenapa Pasport Malaysia Antara Terkuat Dunia

Lelaki Indonesia Kongsi Pandangan Kenapa Pasport Malaysia Antara Terkuat Dunia

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 200 hits
Lelaki Indonesia Kongsi Pandangan Kenapa Pasport Malaysia Antara Terkuat Dunia Seperti yang diketahui pasport Malaysia kini berada di tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025 Malaysia berada di kedudukan ketiga bersama sama 15 n...
Peguam Dakwa Polis Gagal Bawa Pulang Kanak Kanak Dilarikan Ke Dubai

Peguam Dakwa Polis Gagal Bawa Pulang Kanak Kanak Dilarikan Ke Dubai

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 118 hits
Predeep NambiarR Renuga berkata polis masih belum mengeluarkan amaran Interpol hampir dua tahun selepas Krisha Kannan hilang ketika pertelingkahan hak penjagaan V Thevitthra diberikan hak penjagaan anaknya Krisha Kannan oleh Mahkamah Rayuan...
Hadiah Istimewa Pemberian Blogger Fanny Dari Indonesia Ke Malaysia

Hadiah Istimewa Pemberian Blogger Fanny Dari Indonesia Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 182 hits
Hujung bulan lepas blogger Fanny DM katanya akan ke Malaysia pada bulan November Ikutkan nak jumpa saya sebab nak bagi souvenirs dari tangan ke tangan gitu Dapatlah jumpa sekali kan Tapi sebab jauh sikit dan kebetulan juga hari tu saya masi...
Media Indonesia Lapor Malaysia Ada Senjata Rahsia Buatkan Ringgit Begitu Kuat

Media Indonesia Lapor Malaysia Ada Senjata Rahsia Buatkan Ringgit Begitu Kuat

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 158 hits
SITI NUR ZAWANINovember 18 2025Pengukuhan nilai ringgit minggu lalu menarik perhatian negara jiran yang mengupas faktor di sebalik kekuatan mata wang Malaysia CNBC Indonesia melaporkan Malaysia mempunyai senjata rahsia yang telah meningkatk...
Buah Engkalak Dipanggil Avocado Malaysia

Buah Engkalak Dipanggil Avocado Malaysia

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 146 hits
Buah engkalak atau nama saintifiknya Litsea Garciae merupakan buah yang berada dalam keluarga Avocado Buah engkalak merupakan buah yang bermusim seperti rambutan dan durian juga dabai Buah ini juga dikenali avocado Malaysia Buah ini paling ...
Lagu Boboiboy Bergema Di Festival Anime Luar Negara Pengunjung Pakat Layan Karaoke

Perjuangan Khamil Bashah Berakhir Penghidap Barah Darah Meninggal Dunia

Jangan Pelik Kalau Satu Hari Nanti

Malam Indah Bahagia Terasa Di Suria Klcc Kuala Lumpur 3 12 2025

Bakteria Pemakan Plastik Penyelesaian Alam Untuk Pencemaran Plastik

Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025 Jadual Keputusan

Amazing Dinner Recipes Pasta

Cw Zon Debuts A Twin Engine Royal Enfield Classic 650 At Mooneyes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Ringkas Memilih Pengasuh Anak

Petua Rawat Gusi Bengkak Dan Bau Mulut

Mandi Swimming Pool Hotel Sentral Melaka

Gambar Kenangan Di Masjid Kristal Terengganu

Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

Mof Perkenal Sistem Tender Dua Peringkat Langkah Ketat Untuk Transparensi Dan Kualiti