Resipi Mudah Kek Coklat Hanya Guna Sukatan Cawan Kukus Sahaja Memang Moist Sedap
Kek coklat kukus adalah salah satu juadah yang amat mudah disediakan. Bahan-bahannya mudah untuk didapati dan rasanya yang sangat sedap membuatkan kek coklat kukus antara hidangan yang mendapat tempat di hati ramai.
Bagi yang ingin mencuba resipi mudah, ikuti perkongsian ini.
Resipi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu essence vanila
Cara Penyediaan:
Campur minyak, serbuk koko dan tepung gandum dan kacau sampai sebati menggunakan guna whisk atau senduk. Kemudian masuk kan Baking soda dan juga baking powder. Kacau lagi.
Seterusnya masuk kan susu cair dan juga essence vanila dan teruskan kacau supaya sebati.
Selepas sebati dan adunan tidak berketul, masuk kan pula telur, susu pekat dan juga gula dan kacau lagi sehingga betul-betul sebati. Sebati ok bukan sejati.
Diah guna kan bekas plastik dadih yang bersaiz kecil tu dan untuk satu adunan kek kukus ni boleh dapat dalam 17 bekas.
Tuang adunan hanya separuh atau suku sahaja kalau nak letak topping. Kek ni akan kembang dengan jayanya.
Tutup je bekas plastik tu dengan penutup dia masa kukus dalam pengukus.
Kukus kek dalam anggaran 20 minit.
Siap.
Kredit: rodiah amir
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
The post Resipi Mudah Kek Coklat Hanya Guna Sukatan Cawan & Kukus Sahaja. Memang Moist & Sedap! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-mudah-kek-coklat-hanya-guna-sukatan-cawan-kukus-sahaja-memang-moist-sedap/