
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Laporan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Bahagian Makanan dan Pertanian menunjukkan statistik kes kebuluran sejak dua tahun lalu telah meningkat kepada 815 juta, dengan nisbah satu daripada sembilan manusia tidur dalam kelaparan.Sebanyak 10.7% daripada angka tersebut pula mengalami masalah kekurangan makanan. Bagaimanapun, majoriti manusia yang mengalami kelaparan banyak berlaku di negara sedang membangun. Jika diteliti melalui figura nombor, kes-kes kebuluran di negara sedang membangun dilaporkan sekitar 779.9 juta di mana benua Asia menyumbang jumlah yang paling tinggi iaitu 511.7 juta kes. Manakala, Oceania mempunyai rekod terendah bagi kes kebuluran dengan hanya 1.4 juta kes. Secara keseluruhan, 3.5 juta manusia hidup dalam kebuluran. Kanak-kanak adalah golongan yang paling terjejas kerana mereka akan membesar tanpa kandungan nutrisi yang cukup. 
| 
		Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini  |