13 Sajian Buat Ibu Dalam Pantang Yang Berkhasiat Dan Sedap
12 Sajian Buat Ibu Dalam Pantang Yang Berkhasiat Dan Sedap | Teringat waktu dalam pantang dahulu untuk kesemua 6 anak, saya dijaga oleh bonda yang cukup tegas dalam penyediaan makanan dengan air yang diminum siap dicatu tapi bila bonda tidur jer saya sempat la buat air panas dengan meletakkan gula untuk menyedapkan tekak. Bayangkan saya dibolehkan minum air setengah gelas atau setengah cawan sahaja sebab kata bonda takut batu merian tu kembang. Pemakanan pulak cukup kering tapi dibolehkan dengan sedikit kuah bila memasuki minggu kedua berpantang. Kata bonda lagi, dalam pantang ni kena jaga betul-betul sebab tak nak nanti bila berusia 40 tahun keatas nanti mula datang sakit sana sini dan sakit kepala. Selain penjagaan pemakanan dalam pantang, berbengkung pun wajar dilakukan supaya badan kembali kejap dan sihat
Menu dalam pantang saya cukup simple tapi sedapnya tak terkata, mungkin sebab bonda saya sendiri masakan dan tempoh berpantang memang bonda yang membuat hampir semua untuk saya seperti memandikan bayi, menyediakan makanan untuk saya dan bonda mahukan saya cukup rehat sebab kadang-kadang bayi akan bangun tengah malam untuk menyusu atau merengek jadi bila kita dah cukup rehat, tidak akan menjadi masalah untuk kita kelak. Bosan? ya memang bosan tapi untuk kesihatan diri sendiri kan
13 Sajian Buat Ibu Dalam Pantang Yang Berkhasiat Dan Sedap
Bonda selalu mengingatkan saya supaya mengelak memakan makanan atau sayuran yang sejuk seperti kangkung, timun dan makanan yang berangin seperti nangka, cempedak malah bonda mertua mengingatkan tidak agar tidak makan laksa sehingga bayi berusia setahun atau lebih. Bonda saya sendiri tidak menggalakkan saya makan ayam atau ikan yang jenis gatal seperti kembung dan sardin
Hari pertama berpantang, bonda menyediakan nasi putih dengan ikan kering berulamkan lada hitam yang ditumbuk yang pastinya kalau sesiapa yang tak pernah alami akan mencebik tapi lauk tu meman sedap bila dimakan dengan nasi panas dan hasilnya badan yang kembung boleh jadi slim. Tempoh 44 hari bukan la lama dan kalau zaman sekarang tempoh tu banyak benda boleh kita lakukan dalam tempoh berpantang tapi perlu diingat kesihatan dan rehat tu perlu untuk kita terus sihat dengan menjaga pemakanan dalam pantang. Jadi saya kongsikan resepi berpantang sedap untuk anda yang akan berpantang atau masih menanti saat untuk melahirkan. Selamat mencuba
Ikan Kering BakarUlamanKerabu Kunyit MudaNasi LemuniKerabu LengkuasAir HaliaKeabu Daun PudinaSup Sayur SawiResepi Ikan Senangin Masak LadaResepi Daging Masak LadaIkan Talang Masak AsamHati Masak BerladaSup Burung Merpati
1. Ikan Kering Bakar Dan UlamanBahan-bahan:-
Ikan kering kurau atau talang
Lada hitam
Garam
2. UlamanBuah peria, direbus
Bunga kunyit, dibersihkan
Kunyit muda, dibersihkan dan dihiris nipis
Cara Penyediaan:-
Ikan kering dibakar di atas api sederhana hingga naik bau dan masak. Angkat dan ketuk ikan kering tersebut tapi jangan hancur kemudiann ditaburkan dengan lada yang telah ditumbuk bersama garam dan dimakan dengan nasi panas bersama dengan ulaman.
3. Resepi Kerabu Kunyit MudaBahan-bahan:-
100 gm kunyit muda
1/2 camca air asam jawa atau asam limau
garam secukup rasa
10 gm kelapa parut, disangai dan ditumbuk halus
8 gm beras, disangai dan ditumbuk halus
5 gm udang kering, disangai dan ditumbuk halus
1 biji bawang besar, dihiris halus
2.5 sm halia, dihiris halus
Cara Penyediaan:-
Campur semua bahan dan digaul sebati
4. Resepi Nasi LemuniBahan-bahan:-
1 tin susu beras
1 ranting daun lemuni
2.5 sm halia
1/2 camca teh garam
1 helai daun pandan
4 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1/2 sudu lada hitam, ditumbuk kasar
1/2 sudu halba
Cara Penyediaan:-
Daun lemuni dicuci dan dikisar dengan 2 cawan air. Tapis dan ambil airnya dan dimasukkan bersama beras yang telah dicuci. Sukat air seperti menanak nasi, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan dan garam serta lada hitam dan garam secukupnya. Tanak seperti menanak nasi biasa.
Nasi lemuni ini boleh dimakan dengan daging masak lada atau ikan kering yang dibakar.
Nota :
Nasi lemuni ni boleh dimasukkan santan selepas 2 - 3 minggu dalam pantang. Namun ada yang sudah mula makan makanan menggunakan santang walau baru melahirkan. Mengikut kata bonda santan ni tidak berapa elok untuk perananakan dalaman bagi ibu-ibu yang baru melahirkan.
5. Resepi Kerabu LengkuasBahan-bahan:-
3 inci lengkuas, dipotong kecil
2 batang serai, dihiris kasar
sedikit belacan
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan:-
Lengkuas dibersihkan dan dipotong kecil, ditumbuk hingga lumat dan dimasukkan serai dan ditumbuk hingga sebati dan lumat
supaya lebih mudah
6. Resepi Air HaliaBahan-bahan:-
3 cawan air
3 sm halia
1/2 cawan gula merah
1 helai daun pandan
1 camca besar gula pasir
2.5 sm kulit kayu manis
Cara Penyediaan:-
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Jerang hingga mendidih. Bila sudah mendidih, tapis dan diminum sewaktu ianya masih suam-suam
Lauk Berpantang - Kerabu Serai
7. Resepi Kerabu Daun PudinaBahan-bahan:-
100 gm daun pudina, diambil daunnya
2 biji tomato, dihiris nipis-nipis
Garam secukupnya
1/2 cawan air asm jawa atau asam limau
10 gm kelapa parut, disangai dan ditumbuk halus
8 gm beras, disangai dan ditumbuk halus
5 gm udang kering, disangai dan ditumbuk halus
2.5 sm halia, dihiris halus
1 biji bawang besar, dihiris halus
Cara Penyediaan:-
Gaulkan kesemua bahan hingga sebati dan perasakan garam secukup rasa.
8. Resepi Sup Sayur SawiBahan-bahan:-
1 ikat daun sawi
1 biji telur
garam secukup raa
Cara Penyediaan:-
Sawi dibersihkan dan dipotong 1 inci. Panaskan air didalam periuk dan masukkan sawi, dimasak hingga sawi agak layu. Masukkan telur dan garam secukup rasa.
Sup Sawi ni memang menjadi kegemaran saya kerana inilah satu-satunya sayur yang dibenarkan makan oleh bonda kerana lain-lain sayur seperti kangkung, kubis dikatakan sejuk yang tidak baik untuk saya yang dalam pantang.
9. Resepi Ikan Senangin Masak LadaBahan-bahan:-
2 ekor ikan senangin
3 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
1 inci halia
1 labu bawang besar, dimayang
1 sudu lada hitam, ditumbuk halus
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu kunyit
1 mangkuk air asam jawa
3 - 4 tangkai cili kering
garam secukup rasa
Cara Penyediaan:-
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk kasar hingga kekuningan dan naik bau
Masukkan lada hitam, jintan manis dan jintan putih, dikacau hingga sebati dan masukkan air asam jawa, dikacau supaya mesra dan sebati. Tambah air jika perlu
Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan senangin. Pastikan ikan terendam dalam kuah supaya masak sempurna. Masukkan bawang besar dan kemudian cili kering yang digoreng tadi.
Akhir sekali perasakan dengan garam. Siap!
10.Resepi Daging Masak LadaBahan-bahan:-
500 gm daging, direbus
3 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
1 inci halia
1 labu bawang besar, dimayang
1 sudu lada hitam, ditumbuk halus
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu kunyit
1 mangkuk air asam jawa
3 - 4 tangkai cili kering
garam secukup rasa
Cara Penyediaan:-
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk kasar hingga kekuningan dan naik bauMasukkan daging, lada hitam, jintan manis dan jintan putih, dikacau hingga sebati dan masukkan air asam jawa, dikacau supaya mesra dan sebati. Tambah air jika perluBiarkan api sederhana supaya daging masak dan rempah meresap mesra dan sebati. Bila sudah nampak kuah agak kering., masukkan bawang besar dan kemudian cili kering yang digoreng tadi. Akhir sekali perasakan dengan garam. Siap!
11. Resepi Ikan Talang Masak AsamBahan-bahan:-
3 potong ikan talang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2.5 sm halia
1 tangkai cili merah, ditumbuk halus
1 camca teh gula
Garam secukup rasa
1/2 mangkuk air asam jawa
Cara Penyediaan:-
Ikan dibersihkan dan dipotong mengikut kesukaan kemudian digoreng separuh masak.Masukkan air asam jawa, bawang putih, cili merah, gula, bawang besar garam dan halia ke dalam kualiJerang hingga pekat kemudian masukkan ikan. Balik-balikkan ikan supaya masak dengan sempurna dan akhir sekali masukkan garam secukupnya.
Lauk Berpantang - Sup Kepala Ikan Merah
12. Resepi Hati Masak BerladaBahan-bahan:-
600 gm hati lembu, dipotong kecil-kecil
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
2 bii bawang besar, dipotong bulat
1 pokok daun saderi dan daun bawang, dipotong memanjang
1 inci halia, diketuk
garam secukup rasa
sedikit air
Cara penyediaan:
Hati yang telah dibersihkan, dipotong dan direbus bersama air, lada hitam, halia dan garam. Rebus sehingga menjadi pekat, kemudian masukkan bawang, daun saderi dan daun bawang.
Antara lain resepi yang baik untuk menambah darah sebabnya orang dalam pantang ni memang kelihatan pucat kerana melahirkan dan kerana darah nifas yang keluar jadi masakan untuk menambah darah ni adalah sangat baik
13. Resepi Sup Burung Merpati
Bahan-bahan:-
2 ekor 2 biji ubi kentang
2.5 sm kulit kayu manis
2 kuntum cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 camca teh serbuk intan putih
2 camca teh serbuk lada hitam
1 bii bawang putih, ditumbuk kasara
3 cawan air
Bahan B:-
3 batang saderi
Daun bawang
2 ulas bawang merah (dihiris dan digoreng)
Cara Penyediaan:-
Bersihkan burung merpati dan potong mengikut sukaMasukkan ke dalam periuk berisi air dan direnih dengan api sederhana. Masukkan kesemua bahan dan direnih hingga air menjadi separuh, masukkan ubi kentang dan direbus hingga empukAngkat dan tabur daun bawang, bawang goreng dan hidangkan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2020/08/13-sajian-buat-ibu-dalam-pantang-yang.html