13 CARA MUDAH PENJAGAAN KERETA ANDAMemiliki kenderaan sendiri merupakan impian ramai orang termasuklah penulis sendiri. Apabila sudah mempunyai kenderaan seperti kereta, anda perlulah melakukan sesuatu terutamanya bagi penjagaan kereta baru. Untuk fokus kali ini adalah pada kereta ya. Untuk kereta sebenarnya banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan penjagaan. Sebagai contoh penjagaan tayar kereta, penjagaan bateri, penjagaan enjin kereta dan juga pelbagai lagi
Terdapat dua jenis bateri iaitu sel kering dan sel basah. Anda boleh mengenalpasti jenis bateri kereta anda dengan melihat pada permukaannya. Jika sel basah, bateri tersebut akan mempunyai tutup tempat untuk mengisi air suling, dan sel kering sebaliknya
Cecair pembersih adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan air biasa untuk membersihkan cermin depan daripada debu, garam, minyak dan kotoran apabila memandu dalam cuaca buruk
Terdapat beberapa jenis tali sawat dalam kereta anda yang lebih dikenali sebagai timing belt. Anda perlu memastikan tali sawat tidak haus dan longgar. Tali sawat yang longgar akan mengakibatkan bunyi nyaring pada bahagian enjin. Servis tali sawat anda jika ini berlaku
Pengelap cermin juga merupakan salah satu perkara penting dalam penjagaan kereta. Periksa pengelap cermin anda 3 bulan sekali dan pastikan ia berfungsi dengan baik terutama pada waktu hujan lebat
Pastikan tekanan udara pada tayar anda mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kilang. Tekanan udara yang tidak tepat boleh menyebabkan tayar anda mudah retak dan pecah. Selain itu, permukaan tayar anda akan haus lebih cepat
Bahagian brek sememangnya bahagian yang sangat penting dalam penjagaan kereta anda. Anda perlu memeriksa brake disc serta lapisan brake disc setiap 15000 km. Anda perlu memeriksa lebih kerap jika brek anda tiba-tiba mula memekik atau mengeluarkan bunyi atau tarik ke satu sisi
Sistem Brek anti kunci (ABS) mengelakkan tayar daripada terkunci apabila membrek secara mengejut. ABS mengepam brek secara automatik sehingga 18 kali sesaaat apabila pemberhentian kecemasan dilakukan. Apabila pemandu menekan pedal brek dengan kuat, sistem ini secara automatik menyelaraskan modul brek, atau memberi tindakan "mengepam" kepada setiap tayar untuk mengelak tayar terkunci. Ia membolehkan kenderaan diberhentikan dengan baik.
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau. Boleh ditukar setiap 60,000km sekali. Penggunaan coolant berbanding air biasa akan menjadikan enjin lebih lambat panas dan juga tak mudah mendidih. Jika boleh, anda juga boleh mongosongkan tangki radiator semasa menukar coolant (Radiator flush)
Minyak enjin memastikan pemanduan kereta anda senyap dan perjalanan jauh tidak mejadi masalah. Minyak engin perlu ditukar mengikut tempoh masa pengunaan atau jumlah jarak perjalanan. Minyak enjin jenis semi-sintetik boleh digunakan sehingga 5,000 km atau 3 bulan manakala minyak sintetik penuh boleh digunakan sehingga 10,000 km atau 6 bulan. Jangan biarkan minyak tersebut di dalam enjin kereta melebihi had yang ditetapkan kerana ini boleh meninggalkan keladak yang akan melekat dan menebal pada bahagian dalam enjin. Ini boleh menyebabkan pelbagai masalah lain dan kerosakan kritikal pada enjin
Bagi mereka yang menggunakan transmisi manual, anda tidak memerlukan ATF tetapi sebaliknya memerlukan minyak gear. Minyak ini boleh ditukar setiap 60,000km perjalanan
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan. Jika anda menggunakannya sehingga 30,000 hingga 40,000 km masih tidak menjadi masalah. Tetapi jika melebihi 40,000 km, elektrod di dalam palam pencucuh akan menipis, menyebabkan cucuhan api di dalam silinder enjin tidak lengkap atau lemah. Enjin kereta akan terasa seperti “semput”, kerana kehilangan kuasa daripada salah satu silinder|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |