13 Anjing Sampah Peneman Tiga Beradik Daif


Kuantan: Timbunan sampah, najis dan kencing daripada 13 anjing serta masing-masing seekor musang, burung dan labi-labi serta ikan menjadi ‘peneman’ tiga beradik yang menetap di bahagian atas premis perniagaan di Batu 6, Jalan Gambang di sini.
Dikenali dengan nama keluarga Luoh, tiga kanak-kanak perempuan berusia 12, 10 dan 9 tahun itu dijaga oleh bapa saudara mereka sejak tiga tahun lalu juga hanya tidur di atas lantai bersama haiwan peliharaan mereka kerana ruang berkenaan tiada bilik.
Kisah sedih kehidupan mereka terbongkar selepas Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Taman Tas di sini, Yeoh Kok Bin bersama wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang meninjau tempat tinggal mereka, hari ini.
Rombongan yang turut disertai wakil media itu ‘disambut’ timbunan sampah seperti pembungkus makanan, botol minuman dan barangan lusuh bermula dari tangga, selain perlu menunggu hampir 10 minit di luar rumah untuk tiga beradik tersebut mengurung anjing di dalam sangkar, selain terdapat bau kurang menyenangkan sebaik sahaja pintu dibuka.
“Kakak sulung memberitahu mereka akan makan mi segera atau roti selepas pulang dari sekolah, sementara menunggu bapa saudara pulang membawa makanan.
“Jika ada bahan di rumah, kakak yang sulung akan memasak kerana boleh menyediakan juadah mudah,” kata Yeoh kepada wakil media.
Katanya, berdasarkan cerita kakak sulung tiga beradik itu, bapa saudara mereka yang berusia awal 30-an bekerja sebagai juru kimpal di Air Putih di sini, dan akan keluar awal pagi, manakala ayah mereka yang berusia 35 tahun hanya pulang pada hujung minggu kerana bekerja di dalam hutan di Rompin kira-kira 136 kilometer dari sini.
Ibu mereka berusia 34 tahun dikatakan bekerja sama ada di Johor atau Singapura sejak tiga tahun lalu.
“Bapa kanak-kanak itu dikatakan akan meninggalkan wang RM50 kepada setiap anak untuk perbelanjaan harian mereka, manakala bapa saudara akan memberi RM60 kepada kakak sulung bagi membeli mi segera dan bahan memasak serta akan memberi wang tambahan jika wang itu habis,” katanya.
Difahamkan, juga adik-beradik berkenaan membawa pulang anjing jalanan sejak tahun lalu untuk dipelihara.
Menurut Yeoh, tiga beradik berkenaan agak ketinggalan dalam pelajaran kerana sering tidak hadir sekolah dengan rekod pernah ponteng selama dua minggu berturut-turut walaupun sekolah terletak kurang satu kilometer dari rumah mereka.
“Pakaian sekolah mereka juga kotor, tidak bergosok dan ada yang koyak. Pihak sekolah cuba membantu dengan memberi keutamaan kepada mereka untuk menerima bantuan seperti pakaian seragam yang diterima daripada badan bukan kerajaan selain makanan percuma.
“Ada guru yang memberi sumbangan tilam dan bantal apabila melihat keadaan rumah mereka. Kami pernah beberapa kali memanggil penjaga mereka untuk berbincang mengenai nasib kanak-kanak ini, namun usaha itu gagal kerana bapa saudara mereka tidak hadir,” katanya.
Yeoh mendakwa pihaknya pernah mencadangkan tiga beradik itu diletakkan di rumah jagaan kanak-kanak, namun gagal memujuk kanak-kanak tersebut untuk keluar dari rumah kerana tidak mahu berpisah dengan bapa saudara mereka.
Bagaimanapun, selepas tinjauan itu, bapa saudara mereka dikatakan bersetuju untuk menghantar tiga beradik berkenana ke rumah penjagaan sementara bagi membolehkan dia membersihkan rumah dan memasang pembahagi ruangan untuk dijadikan bilik atau mencari rumah lain yang lebih sesuai.
The post 13 anjing, sampah ‘peneman’ tiga beradik daif appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/21/13-anjing-sampah-peneman-tiga-beradik-daif/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Beradik Terpaksa Tinggal Dalam Rumah Kotor Bersama 13 Anjing Di Jalan Gambang

Tiga Beradik Terpaksa Tinggal Dalam Rumah Kotor Bersama 13 Anjing Di Jalan Gambang

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 473 hits
KUANTAN Tiga beradik terpaksa tinggal bersama bapa saudaranya dalam rumah yang kotor dan tidak terurus dengan ditemani 13 ekor anjing di Jalan Gambang Batu 6 di sini selepas ditinggalkan ibunya sejak tiga tahun lalu Difahamkan ibu kepada ti...
Tiga Lelaki Bersaudara Di Nias Bakar Rumah Dan Coba Habisi Keluarga Paman

Tiga Lelaki Bersaudara Di Nias Bakar Rumah Dan Coba Habisi Keluarga Paman

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 297 hits
Dendam membuat tiga laki laki bersaudara di Nias Sumut bertindak nekat Mereka mencoba membakar dan menghabisi keluarga pamannya
Kajian Penagihan Dadah Di Kelantan Ambil Masa Tiga Tahun

Kajian Penagihan Dadah Di Kelantan Ambil Masa Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 269 hits
Universiti Kebangsaan Malaysia akan menjalankan kajian bagi mengenal pasti punca penagihan dadah di negeri Kelantan dilihat semakin membimbangkan Menteri Besar Ahmad Yakob berkata kajian tersebut dijangka bakal mengambil masa selama tiga ta...
Tarik Ulur Perdamaian Afganistan Taliban Serang Tiga Pos Polisi Di Nangarhar

Tarik Ulur Perdamaian Afganistan Taliban Serang Tiga Pos Polisi Di Nangarhar

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 264 hits
Kelompok Taliban menyerang tiga polisi di distrik Kyogyani Provinsi Nangarhar pada Rabu malam Menurut keterangan seorang sumber kepada Sputnik pada Kamis Taliban menangkap tiga petugas polisi sebagai tawanan Sementara delapan orang petugas ...
Tidur Dalam Kereta Tiga Sekawan Meninggal Dunia Ekoran Terhidu Gas Karbon Monoksida Seorang Lagi Kritikal

Tidur Dalam Kereta Tiga Sekawan Meninggal Dunia Ekoran Terhidu Gas Karbon Monoksida Seorang Lagi Kritikal

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 840 hits
Tragedi menimpa empat sekawan di mana mereka yang tidur di dalam kereta mengalami keracunan apabila menghidu gas karbon monoksida Dua daripada gadis terbabit Sharifah Fariesha Syed Fathi dan Ayuni Shazwanie Shabri masing masing berusia 21 t...
Rasuah Tiga Sekeluarga Terrmasuk Pengarah Jabatan Kerajaan Di Reman Empat Hari

Rasuah Tiga Sekeluarga Terrmasuk Pengarah Jabatan Kerajaan Di Reman Empat Hari

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 386 hits
PUTRAJAYA Tiga sekeluarga termasuk seorang pengarah bahagian di sebuah jabatan kerajaan direman empat hari mulai hari ini untuk membantu siasatan kes menerima suapan bagi mempercepat siasatan dan rayuan mengurangkan kompaun terhadap beberap...
Prn Sabah Ppbm Puji Sikap Terbuka Pas Tak Tanding Elakkan Pertembungan Tiga Penjuru

Prn Sabah Ppbm Puji Sikap Terbuka Pas Tak Tanding Elakkan Pertembungan Tiga Penjuru

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 397 hits
PETALING JAYA Keputusan PAS memberi laluan kepada rakan dalam gabungan Perikatan Nasional bagi memastikan pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sabah adalah sikap terpuji kata pemimpin PPBM Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Muhamma...
Tiga Saudara Lawan Anifah Di Bongawan

Tiga Saudara Lawan Anifah Di Bongawan

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 416 hits
Kimanis Dewan Undangan Negeri Bongawan menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi pilihan raya negeri Sabah Suruhanjaya Pilihan Raya ketika mengumumkan perkara tersebut berkata telah menerima empat borang pencalonan manakala tiada calon ya...
Bri Rilis Tiga Web Dukung Transformasi Digital Pasar Tradisional Di Jawa Barat

Bri Rilis Tiga Web Dukung Transformasi Digital Pasar Tradisional Di Jawa Barat

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 260 hits
Bank Rakyat Indonesia telah merilis tiga situs penjualan online atau Web pasar yakni di Pasar Panorama Lembang Pasar Atas Cimahi dan Pasar Pagi Cirebon Hal tersebut untuk mendorong tingkat produktivitas pedagang pasar tradisional di Jawa Ba...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hidup Setiap Orang Berbeza

Diy Creative Quiet Books For Child With Fine Motor Skills

Menu Berbuka Puasa Ke 4

Rendang Cili Padi Sedap

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat