12 Tahun Lebih Muda Sudah Bawa Jumpa Keluarga Kim Jiseok Lee Joomyung Bakal Berkahwin
Kim Ji-seok kini menjalinkan hubungan serius dengan kekasihnya Lee Joo-myung, sehingga telah memperkenalkannya kepada ibu bapanya.

Artikel Berkaitan
Tidak Mampu Tahan Tangisan, Gong Hyojin Raih Anugerah Utama Pertamanya Menerusi 'When The Camellia Blooms'
Dalam video program “Sokpuri Show Dongchimi” tersebut, bapa Kim Ji-suk berkata,
Anak sulung saya berkahwin pada usia 30 dan sudah ada cucu. Tapi Ji-suk, anak kedua saya, kata kalau dia kahwin awal, peminat akan berkurang. Dulu saya tak kisah kalau dia belum kahwin sampai umur 35, tapi bila dia hampir 40, saya selalu tanya kalau dia ada teman wanita setiap kali dia balik rumah.
Namun begitu, keadaan berubah apabila Kim Ji-seok jatuh cinta dan membawa teman wanitanya berjumpa ibu bapanya. Dia mengesahkan sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon muda Lee Joo-myung, yang 12 tahun lebih muda darinya, pada Ogos tahun lalu.

Bapanya berkata,
Saya dah pun terima kenyataan, tapi tiba-tiba tahun lepas dia kata ada teman wanita. Saya tertanya-tanya bila dia nak bawa pulang, dan akhirnya dia kenalkan juga. Pada hari pertama bertemu, saya buat ujian personaliti padanya, dan baru tahu dia 12 tahun lebih muda.
Tambahnya,
Saya harap mereka cepat kahwin, tapi Ji Suk cakap teman wanitanya baru mula sebagai pelakon, dan dia risau kahwin awal akan menjejaskan masa depan wanita itu. Saya lega dia ada teman wanita, tapi tak sabar juga nak ada cucu.
Dalam perkembangan lain, Kim Ji Suk turut disahkan akan membintangi siri Netflix terbaru berjudul “The Husbands.”
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “12 Tahun Lebih Muda” – Sudah Bawa Jumpa Keluarga, Kim Jiseok & Lee Joomyung Bakal Berkahwin? first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/12-tahun-lebih-muda-sudah-bawa-jumpa-keluarga-kim-jiseok-lee-joomyung-bakal-berkahwin/