12 Resipi Guna Beras Pulut Kegemaran Orang Malaysia Yang Popular Dan Sedap


Beras pulut memang sentiasa ada di dalam rumah kebanyakanorang Melayu, bukan makanan ruji tapi jadi satu kemestian buat peminat pulut sebab bila-bila rasa nak makan dengan ikan jeruk dan kelapa parut, cuma perlu rendam, tos dan tanak atau kukus.
12 Resipi Guna Beras Pulut Yang Popular 

1. Resepi Pulut Sekaya Utara

Bahan A - bahagian bawah3 cawan beras pulut, rendam ½ jam1 cawan santan pekat1 cawan air1 sudu teh garam2 helai daun pandan

Cara PenyediaanMasukkan semua bahan ke dalam loyang dan kukus di dalam periuk pengukus hingga pulut masak dalam 30 minit.Keluarkan loyang dari pengukus, tekan pulut di dalam loyang hingga padat dan mampat dalam loyang dan kemudian boleh dilapis dengan lapisan kedua

Bahan B - bahagian atas1 1/2 cawan gula pasir6 biji telur ayam1 cawan santan pekat4 sudu besar tepung gandum5 helai daun pandan, dikisar dengan 2 cawan air, ambil airnya1/4 sudu teh serbuk jintan manis1/4 sudu teh kulit kayu manis1/4 sudu teh garam
Cara PenyediaanKisar daun pandan bersama 2 cawan air dan semua serbuk rempah. Tapiskan dan ambil jusnya.Satukan santan pekat bersama gula, telur dan air daun pandan dan tepung gandum, kisar hingga sebati tapiskan supaya tiada bintilan Tuangkan adunan  ke atas pulut di dalam pengukus. Kukuskan selama 1/2 jam hingga masakSesekali buka tutup kukusan dan lapkan tudung yang dibalut kain untuk mengelakkan wap jatuh diatas kuihSejukkan sebelum dipotong
2. Resipi Pulut Seri Muka Pandan sukatan cawan

Bahan-bahan : lapisan bawah3 cawan beras pulut – rendam 1 – 2 jam 1 sudu kecil garam3 cawan santan cair fresh (boleh guna santan pekat kotak yang dicampur air)2 sudu teh minyak masak
Cara PenyediaanToskan beras pulut tadi sampai kering kemudian siapkan loyang dan sapukan minyak pada sekeliling loyang. Satukan semua bahan kedalam loyang kemudian gaul sampai sebati.Kukus di dalam pengukus yang sudah mendidih airnya selama lebih kurang 30 minit, kacau sekali kala biar masak merata.Apabila sudah masak, tekan pulut biar padat dan mampat dalam loyang dan kemudian boleh dilapis dengan lapisan kedua.
Bahan-Bahan : lapisan atas2 cawan santan pekat4 helai daun pandan + 150 ml air (kisar dan tapis biar jadi air pandan)3/4 cawan gula pasir 1 1/2 sudu besar tepung jagung1 biji telur ayam1 cawan tepung gandumsedikit garampewarna hijau
Cara MembuatnyaCampurkan tepung gandum, telur, tepung jagung, santan pekat, garam dan gula kedalam bekas, kacau sampai sebati. Tuangkan air dan kacau lagi sampai rata. Masukkan air tapisan daun pandan dan pewarna hijau kemudian kacau sampai rata boleh guna whisker.Untuk memastikan tidak ada bintilan, tapis adunan tersebut, dan tuangkan pada loyang yang berisi beras pulut yang sudah dikukus tadi.Kukus adunan selama lebih kurang 30 minit atau sampai masak, balut penutup pengkus dengan kain higienis dan setiap 10 minit buka untuk menghilangkan wap air.Apabila  sudah masak angkat dan biarkan sejuk kemudian potong dan dihidangkan.
3. Resipi Kuih Lopes


Bahan-bahanBeras Pulut, dibasuh dan direndam Daun Pandan, dikisar dan diambil airnyaDaun PisangTali rafia, dipotong kecilGaram

Cara Penyediaan :Beras pulut dibasuh dan dimasukkan dengan air daun pandan (air tapisan daun pandan yang dikisar)  Air disukat macam kita masak nasi biasa, letak secubit garam dan tanak hingga masak. Bila dah masak, biarkan ia sejuk sekejapDaun pisang. Sementara tunggu pulut masak, ambil daun pisang dan dilayur keatas api, supaya daun pisang tu lembut dan tidak pecah.  Daun pisang dilap dengan kain bersih dan dipotong bahagian atas dan bawah lebih kurang dalam 8 inci lebar. Kalau nak lipat tigasegi pun bolehTanak pulut. Bila pulut dah masak, biar sekejap sebelum disendukkan dan letakkan di atas daun pisang, terpulang besar mana (agak₂ dalam 2½ inci), gulungkan daun pisang, padat₂ dan erat₂ dan diikat kedua-dua hujung dengan tali atau benang hingga selesai semua gulungan. Masukkan kedalam pengukus dan dikukus dalam 45min - 60 min.  Buka penutup untuk ia sejuk dan boleh dihidang.Air gula. Masukkan air serta  gula kabung atau gerek atau gula merah di dalam periuk bersama daun pandan. Maak hingga mencari dan kuah menjadi agak likat dan ditutup api. Kalau guna gula merah, tapiskan ia. Kelapa parut. Guna kelapa bahagian putih, letakkan sedikit garam dan digaul rata. Kelapa parut ini boleh dikukus untuk bagi lebih tahan lama.
Penyediaan untuk hidanganBukakan pembalut pulut, potong kuih lopes menggunakan benang, gaul dengan kelapa parut hingga  menutupi kuih lopes. Ambil beberapa ketul kuih lopes, letak air gula dan sedia untuk dimakan

4. Resepi Pulut Panggang


Bahan-bahan 
2 cawan pulut, rendam semalaman
1 cawan santan pekat
Garam
Daun pisang


Bahan serunding kelapa
kelapa parut putih (1 biji kelapa)
2 sudu minyak
1 sk garam
1 sb gula melaka parut
2 sudu besar air asam jawa cair


Bahan kisar
10 cili kering, dibuang biji dan direbus atau direndam air panas
1 biji bawang besar
5 hiris kunyit
5 hiris lengkuas
1 sudu jintan manis
2 batang serai, dihiris
½ cawan ikan bilis


Cara Penyediaan : 
1. Toskan pulut  yang telah direndam semalaman. Masukkan ke dalam pengukus. Bila dah masak, gaulkan dengan santan yang sudah dicampur sedikit garam..
2. Daun pisang, dilayur  atas dapur, dilap dan dipotong ikut saiz yang diinginikan
3. Serunding Kelapa : Panaskan minyak & tumis bahan kisar, masak hingga garing dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula, kemudian masukkan kelapa parut. Kacau dengan kerap supaya tidak hangit.  Kalau nak tambah lemak, boleh tambah santan. Masak hingga agak kering dan berderai.
4. Ambil 1 sudu besar pulut, letakkan di atas daun pisang yang telah dilayur. Tekan₂ hingga menjadi leper dan tambah inti (serunding) ditengah-tengah pulut secara memanjang. Lipat kiri dan kanan daun pisang (gulungkan) dan di semat dengan lidi di kedua-dua belah hujungnya. Gunting lebihan daun dan panggang atau di bakar hingga garing. Siap!


5. Resipi Tapai Pulut

Bahan-bahan:
1 kg beras pulut (basuh bersih-bersih sehingga jernih airnya. Rendam selama 2 jam)
Sebiji ragi
1 sudu gula
Daun pisang


Cara Penyediaan
1. Kukus pulut sehingga betul-betul masak. Bila pulut dah masak, sejukkan pulut dalam dulang dan ratakan.
2. Tumbuk sebiji ragi dan satu sudu gula (petua bagi tapai manis dan tidak masam). Tabur ragi atas pulut dalam dulang yang disejukkan menggunakan penapis teh.
3. Kacau₂ pulut supaya ragi mesra dalam pulut, kemudian nungkus pulut dalam daun pisang atau masukkan dalam bekas kecil₂ atau dalam bekas plastik
4. Bungkus dengan kain dan di simpan dalam tempat gelap. Selepas 2 hari, bolehlah dibuka bungkus dan tapai sedia untuk dimakan.


6. Resipi Pulut Serunding KelapaHidangan minum petang yang simple dan enak, duduk denngan tenang sambil menghrup teh o panas. Bentukkan dengan saiz lebih kecil supaya boleh dimakan seketul sekali untuk menikmati kesedapan pulut dan serundingnya sekali gus.
pix kredit Google

Bahan-bahan
4 cawan pulut
4 cawan air
1 sb minyak
Garam secukupnya


Bahan Serunding Kelapa:
2 biji kelapa parut 
daun limau purut (optional)
Garam secukup rasa
Gula


Bahan Kisar
1 mangkuk cili kering, dibuang biji
7 tangkai cili api
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 sk jintan manis (kalau tak bubuh pun tak apa)
Segenggam ikan bilis atau udang kering


Cara Penyediaan
1. Tanak pulut. Basuh beras pulut dan sukat air seperti biasa. Letak secubit garam dan setengah sudu minyak masak. Tanak hingga masak sepenuhnya dan kacau kerap supaya tak berkerak. Bila dah masak, tutup api dan biarkan ia sejuk.
2. Serunding kelapa. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis kesemua bahan kisar hingga naik bau dan kemudian masukkan kelapa parut, garam, daun limau purut dan gula. dan sedikit air. Masak hingga ia menjadi agak kering. 
3. Pulut yang dah sejuk, dikaut dengan sudu dan bulat-bulatkan dengan saiz kecil atau besar ikut kesukaan atau boleh dileperkan ikut kesukaan.
4. Letakkan seruding di dalam pingan dan golek-golekkan pulut yang dibulatna sehingga sekata. Gaul serunding keseluruhan dan menutupi pulut. Ulang proses hingga pulut habis dan sedia untuk dimakan.


Nota :
Pulut tanak ini juga boleh dimakan dengan sambal ikan bilis atau ikan masin serta kelapa parut.
7. Resepi Pulut KuningPulut kuning sedap dimakan bersama rendang ayam, rendang daging, kari ayam/daging atau juga sambal bilis.
pix kredit FB Jelajah Johor


Bahan-bahan
500g beras pulut, direndam semalaman atau minima 6 jam
1 sudu kecil kunyit
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa


Cara Penyediaan

Toskan pulut yang direndam dan panaskan periuk kukus 15 minit dan kukus beras pulut selama 1/2 jam atau sehingga masak. Angkat dan masukkan di dalam mangkuk besar.Masak santan bersama gula dan garam bagi mendidih sedikit tetapi jangan sampai pecah santannya.Masukkan santan ke dalam pulut dan rehatkan sehingga santan meresap, kukuskan sekali lagi sebentar untuk elakkan pulut menjdi cepat basi. Siap.


Pulut kuning boleh dimakan dengan rendang ayam atau gulai daging mahupun sambal bilis atau juga rendang kerang.


8. Resepi Pulut Mangga / DurianPulut mangga atau durian ni kesukaan orang utara dengan pulut dimasak menggunakan pengukus,  dicurah dengan santan yang di campur sedikit garam dan digual dengan mangga atau durian.


Bahan-bahannya
400 gram beras pulut, rendam semalaman
1 cawan santan pekat
3 sudu besar gula
sedikit garam
beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
Mangga harumanis, dipotong dadu atau durian 


Cara penyediaan

Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau daun pandan dan masukkan beras pulut yang telah ditoskan. Kukus sehingga lembut (dalam lebih kurang selama 30 minit. Bila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut ke dalam bekas yang besar.Satukan santan pekat dalam mangkuk, masukkan sedikit garam dan kacau sebati.
Untuk hidanganLetakkan pulut di dalam pinggan, curahkan santan yang dicampur garam dan taburkan gula dan letakkan mangga atau durian. Gau dan makan seperti makan nasi


Optional - Cara-cara untuk kuah santan. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung (tepung jagung dan air). Kacau supaya santan tidak berketul dan tambah bancuhan tepung sekiranya kuah masih cair.  Pastikan kuah ada rasa masin  supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Tutup api dan sejukkan sebelum dimakan bersama pulut dan mangga.




9. Resipi Bubur Pulut Hitam



Bahan – bahan:Beras pulut hitam
Gula kabung
150ml santan
Garam
1 sb sagu, direndam (optional)
Daun pandan


Cara Penyediaan 
1. Basuh dan rendamkan pulut hitam beberapa jam (supaya tak perlu dimasak lama). Toskan
2. Tanak pulut (seperti menanak nasi), masukkan daun pandan dan gula kabung, masak sehingga kembang
3. Masukkan sedikit garam dan sagu yang direndam dan ditos. Kacau dan kemudian masukkan santan . Kalau bubur agak pekat, masukkan sedikit air. Kacau kerap supaya tidak melekat dan agak mendidih, tutup api. Siap!


10. Resepi Pulut Inti Kelapa Manispix kredit Google

Bahan Utama – Pulut :4 cawan beras pulut susu3 cawan santan sederhana pekat ( 2 kotak santan + air hingga cukup 3 cawan )1/2 sudu teh garam2 helai daun pandan disimpul

Bahan-bahan -  Inti Kelapa1/2 biji kelapa parut3 keping gula melaka (3 gerek )1 sudu makan gula putih2 sudu makan tepung gandum2 helai daun pandan disimpul1/2 cawan air1/2 sudu teh garam
Bahan Lain :Daun pisang yang dilayur secukupnya
Cara Buat Inti Kelapa :Di dalam kuali,campurkan gula melaka, gula putih,daun, garam dan air. Masak hingga semua cair dengan api sederhana. Kemudian masukkan kelapa parut dan juga tepung gandum. Kacau sebati dan masak hingga sedikit kering tapi masih lagi lembab. Baru lah sedap inti nya. Ketepikan seketika


Cara Buat Resepi Pulut :Rendam beras pulut dalam 1 - 2 jam, basuh dan toskan.Panaskan pengukus dan masukkan beras pulut dalam loyang. Tambahkan santan, garam dan daun pandan. Kukus pulut 15 minit dan kacau bagi rata dan kukus kembali dalam 10 minit lagi. Dah siap, biarkan sejuk.Ambil daun pisang yang telah dilayur, potong ikut saiz anda suka,cedukkan pulut dan letak  atasnya. Tambah satu sudu makan inti di atas pulut,bungkus seperti bungkus nasi lemak.

kredit : Resepi Pulut Inti Kelapa Manis


11. Resipi Ketupat  Palas

Bahan-bahan 
1 kilo beras putih susu
1 kilo santan pekat
1 cawan kacang mata satu, direndam semalaman
2 helai daun pandan, dikerat 4
garam secukup rasa


Cara penyediaan:- 
Rendam beras pulut dalam 4 jam dan ditoskan airnya tapi kalau pulut susu, tak perlu rendam lama sebab beras pulut susu mudah lembut. Masak santan dengan daun pandan di dalam periuk, dengan api perlahan hingga nampak santan hampir mendidih masukkan beras pulut, kacang serta garam.  Kacau pulut dengan kerap supaya tidak melekat dan sehingga kuah menjadi likat dan beras separuh masakTutup api dan biarkan sejuk sebelum boleh dimasukkan kedalam ketupat
Tips
Pulut kena sentiasa di kacau supaya tidak hangit.  Beras akan nampak mentah tapi tak perlu risau sebab bila direbus pulut tu akan masak nantiDaun pandan lazimnya disimpul tapi kali ini tidak sebab terasa rugi bila beras melekat disimpulan dan susah untuk dikeluarkanSekiranya, ketupat tu menjadi betina dan anda risau kot nanti bila direbus tu ketupat tu dimasukki air, boleh je kukus dalam pengukus.  Rasanya pun tak berbeza cuma feeling tu lain sikit.
12. Resipi Lemang

A) Penyediaan Buluh1. Pilih buluh muda jenis telur atau yang nipis dengan saiz ruasnya tidak terlalu besar dan panjang (saya suka masak lemang guna buluh yang panjang ruasnya tidak lebih 2 kaki atau sekitar 18 inci)
2. Cuci buluh yang sudah siap dipotong mengikut ruas di bahagian dalam dan luar. Susun terbalik untuk dikeringkan

3. Potong daun pisang muda (pucuk pisang yang masih bergulung paling baik) mengikut panjang ruas buluh (lebihkan 3 inci), kepit dengan pelepah pisang yang dibelah, gulung sebesar buluh dan masukkan ke dalam buluh

B. Penyediaan Beras Pulut1. Satu gantang beras pulut (bersamaan 3.6 kilogram untuk lebih kurang 12 hingga 15 ruas buluh lemang)

2. Basuh dan rendam beras pulut selama 2 jam dan kemudian "tus" atau keringkan dalam penapis

C. Penyediaan Santan Kelapa1. Sukatan santan adalah 4 biji kelapa atau 1.5 kilo santan segar untuk satu gantang beras pulut
2. Masukkan garam sesedap rasa dan satu sudu teh gula

Cara Memasak Lemang1. Beras pulut (B) dimasukkan ke dalam buluh yang sudah siap berlapik daun pisang (A) menggunakan tangan atau sudu makan. Jangan isi sepenuh buluh, sebaliknya tinggalkan ruang kosong kira-kira 3 inci atau satu jari telunjuk dari bahagian atas buluh kerana beras pulut akan mengembang apabila dimasak

2. Tuang santan (C) ke dalam buluh lemang sehingga paras satu inci di atas paras beras

3. Susun condong buluh lemang yang siap diisi di atas bata dan bakar menggunakan kayu api yang sudah berbara (jangan bakar ketika kayu api sedang menyala seperti unggun api). Jarakkan lemang dengan bara api sekitar satu hingga dua kaki dan buluh lemang hendaklah dipusing menghadap arah bara api setiap lima minit bagi memastikan lemang masak sekata

(Biasanya lemang akan masak sepenuhnya dalam tempoh 2 jam menggunakan bara api)
Selamat mencuba resipi lemang warisan ibunda Dayang Aminah yang dikongsikan oleh anakandanya Khaidir Ahmad


Nak resepi – resepi lain yang menarik, boleh jengah di www.sweetsourleyra.blogspot.com atau klik Resepi untuk  memberi idea kepada anda. Semoga memberi manfaat dan resipi anda menjadi



Koleksi 10 Resepi Masakan Berasaskan JagungKoleksi 10 Resepi Masakan KoreaKoleksi 10 Resepi Bubur



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2024/03/12-resipi-guna-beras-pulut-kegemaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Resepi Pulut Mudah Dan Sedap Untuk Juadah Di Bulan Puasa

4 Resepi Pulut Mudah Dan Sedap Untuk Juadah Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 264 hits
4 Resepi Pulut Mudah dan Sedap untuk Juadah di Bulan Puasa 9 Resepi pulut sering dimasak menjadi semasa bersarapan pagi mahupun minum petang Pada bulan Ramadhan ini resepi pulut adalah amat sesuai dijadikan menu untuk bersahur atau berbuka ...
Bos Kepada Raja Dadah India Didakwa Warga Malaysia

Bos Kepada Raja Dadah India Didakwa Warga Malaysia

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 183 hits
MalaysiakiniMedia India mendakwa bos kepada raja dadah India merupakan seorang pengedar filem warga Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan selebriti industri filem Tamil dan sedang berada di negara ini Ini selepas penerbit filem Tami...
Embracing Diversity And Empowerment Guardian Malaysia S Celebration Of International Women S Day

Embracing Diversity And Empowerment Guardian Malaysia S Celebration Of International Women S Day

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 292 hits
In the heart of Kuala Lumpur on March 8 2024 Guardian Malaysia is passionately embracing the theme of this year s International Women s Day Inspire Inclusion This resonates deeply within the organization as they celebrate the diverse contri...
Ancient Find Reveals New Evidence Of Malaysia S Multicultural Past

Ancient Find Reveals New Evidence Of Malaysia S Multicultural Past

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 184 hits
The Ancient Kedah Kingdom prospered between the 2nd and the 14th century CE stretching across the northwestern coast of the Malay peninsula and into Thailand predating the arrival of Islam in the region Until six months ago none of the inha...
Malaysia Must Push Back On China S Territorial Claims

Malaysia Must Push Back On China S Territorial Claims

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 204 hits
About a week ago a Philippines supply boat in an area where territorial claims are disputed with China was fired upon with water cannons by two Chinese boats causing minor injuries and a shattered windscreen It sparked a and disputed accoun...
Saifuddin Dismisses Pn Mp S Claim Of 1 2 Million Illegal Chinese Nationals In Malaysia

Saifuddin Dismisses Pn Mp S Claim Of 1 2 Million Illegal Chinese Nationals In Malaysia

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 201 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail has rubbished claims by an opposition MP that there are 1 2 million Chinese nationals in the country illegally The Home Minister chided Siti Mastura Muhammad for her recent allegations which...
Malaysia S Mini Market Chain Retailer 99 Speed Mart Files Ipo Draft Prospectus

Malaysia S Mini Market Chain Retailer 99 Speed Mart Files Ipo Draft Prospectus

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 264 hits
Malaysia s largest mini market chain retailer 99 Speed Mart Retail Holdings filed a draft prospectus on Monday for a domestic initial public offering according to Securities Commission Malaysia s website Pic credit Facebook 99 SpeedmartSING...
Dissent After Malaysia Emerges As Possible Commonwealth Games Host

Dissent After Malaysia Emerges As Possible Commonwealth Games Host

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 243 hits
The Commonwealth Games Federation was said to have offered Malaysia the opportunity to replace the Australian state of Victoria as hosts of the Commonwealth Games in 2026 KUALA LUMPUR Doubts have emerged over the prospect of Malaysia hostin...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba