4 Resepi Pulut Mudah Dan Sedap Untuk Juadah Di Bulan Puasa


4 Resepi Pulut Mudah dan Sedap untuk Juadah di Bulan Puasa 9 Resepi pulut sering dimasak menjadi juadah semasa bersarapan pagi mahupun minum petang. Pada bulan Ramadhan ini, resepi pulut adalah amat sesuai dijadikan menu untuk bersahur atau berbuka. Pulut adalah makanan yang mengenyangkan dan menyelerakan serta sering dijadikan sebagai menu utama dalam memeriahkan suasana hari raya atau majlis tertentu.
Bagaimanapun, ada antara kita mahu belajar cara masak pulut yang betul dan sedap. Untuk artikel kali ini, penulis akan menerangkan cara-cara memasak pulut yang betul dan menyelerakan tekak anda. Antara resepi pulut yang ditulis dalam artikel kali ini adalah, resepi pulut kuning kari ayam, pulut durian, pulut mangga, dan pulut pengat pisang.
Resepi Pulut yang Mudah dan Sedap Resepi Pulut Kuning Kari Ayam Bahan-bahan untuk pulut kuning: 1 kilo beras pulut 2-3 sudu kecil serbuk kunyit 4 cawan santan (semua perahan santan diambil dari 1 biji kelapa) Anggaran 3 sudu kecil garam halus 1 helai daun pandan Bahan-bahan untuk gulai kari ayam: 1 – 1.5 ekor ayam 2-3 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia Rempah 4 sekawan 2 tangkai daun kari 2-3 sudu besar kerisik 2 biji kentang 3 sudu besar rempah 1 sudu besar serbuk cili 1 biji bawang besar (kisar halus) 2 ulas bawang putih (kisar halus) 2 cawan santan (atau 1 kotak kecil santan) Garam secukup rasa Air asam jawa 4 Resepi Pulut Mudah dan Sedap untuk Juadah di Bulan Puasa 10 Cara penyediaan dan masakan:
Cara-cara untuk penyediaan pulut:
Rendam beras pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping anggaran 10-12 jam Tapis pulut dan toskan sekejap. Untuk kukus guna pengukus klasik setingkat. Lapik loyang dengan talam atau daun pisang (pilihan), kalau tidak tutup pun boleh, jangan tutup semua lubang-lubang takut lambat masak. Pindah masuk semua pulut dalam loyang kukus dan ratakan pulut. Buat lubang dekat pulut (supaya wap panas naik). Kukus pulut selama 30-40 minit. Bancuh santan (sederhana pekat) dengan garam halus dan daun pandan. Masak kejap atas api sederhana dan kerap kacau. Bila wap panas dah naik boleh tutup api dan ketepikan santan. Bila pulut sudah masak, tuang masuk pulut dalam bekas besar supaya senang nak gaul. Masukkan santan sedikit demi sedikit anggaran 1-2 senduk. Gaul sebati pulut. Guna 4 cawan santan. Bila dah siap gaul boleh tekan bagi rata dan tutup pulut. Biarkan pulut menyerap santan anggaran 30 minit atau 1 jam. Cara-cara untuk penyediaan kari ayam:
Hiris nipis bawang merah, bawang putih dan halia. Potong dadu kentang dan rendam dalam air. Potong kasar bawang besar dan bawang putih. Kemudian kisar halus dengan sedikit air. Bancuh rempah kari daging dengan serbuk cili dan bawang kisar tadi. Kacau sebati dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan. Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sampai kekuningan. Masukkan daun kari dan kacau. Bila dah naik bau daun kari, masukkan bancuhan rempah kari dan masak sampai kering dan pecah minyak. Tambah air dan masak sampai rempah kering (diulang 3 kali). Masukkan ayam dan masak sampai ayam kecut sikit. Masukkan santan (kalau guna santan kotak masukkan air dulu). Lepas kuah dah mendidih, masukkan kentang. Masuk garam, kerisik dan sedikit air asam jawa. Bila ayam dah masak dan kuah dah mendidih boleh tutup dan hidang bersama pulut kuning. Sumber: CheNom
Resepi Pulut Durian Ramai antara kita mesti meminati resepi pulut durian sebagai juadah berbuka, bersahur mahupun sebagai menu utama semasa meraikan hari raya Aidilfitri. Berikut merupakan senarai bahan diperlukan untuk memasak pulut durian dan cara-cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi pulut durian:
Untuk penyediaan bahan pulut 2 cawan pulut susu rendam 1 jam 1/2 cawan santan pekat + air secukupnya + sedikit garam 2 helai daun pandan dikoyak Sedikit garam Untuk penyediaan sos santan Setengah cawan santan pekat Setengah cawan air Sedikit garam 1 sudu kecil tepung jagung Sehelai daun pandan Durian 4 Resepi Pulut Mudah dan Sedap untuk Juadah di Bulan Puasa 11 Cara penyediaan dan masakan:
Toskan pulut masukkan dalam pengukus kukus selama lebih kurang 15 minit. Masukkan daun pandan. Selepas 15 minit, angkat pulut dan masuk dalam bekas. Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga pulut lembut. Kemudian kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak. Untuk memasak sos santan, masak 1 cawan santan dicampur setengah cawan air. Masukkan garam. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga santan pekat. Pulut dihidangkan bersama sos santan dan durian. Resepi Pulut Mangga Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi pulut mangga:
Bahan-bahan penyediaan pulut 400 gm beras pulut (direndam 4-6 jam) 1 cawan santan kotak kara (krim santan) 1 cawan air 3 sudu besar gula pasir 1 sudu teh garam Beberapa helai daun pandan Bahan-bahan Santan Lemak (kuah) 1 cawan santan kotak Kara 1/2 cawan Air 1 sudu teh garam 2 sudu besar gula pasir 1 sudu teh tepung jagung 1 helai daun pandan Mangga Manis Bijan Putih-sangai (pilihan) 4 Resepi Pulut Mudah dan Sedap untuk Juadah di Bulan Puasa 12 Cara penyediaan dan masakan:
Alas pengukus dengan daun pandan. Masukkan beras pulut dan kukus selama 20 minit. Keluarkan pulut dari pengukus, letakkan dalam mangkuk. Satukan santan, air, gula & garam. Gaul sehingga sebati. Masukkan bancuhan santan dalam mangkuk tadi. Gaul dengan pulut sehingga rata. Masukkan kembali dalam periuk kukus, kukus pulut sehingga lembut dan masak. Selepas itu, boleh sediakan santan lemak. Dalam kuali/periuk, satukan santan, air, gula, garam & daun pandan. Kacau sehingga sebati. Pastikan santan sentiasa dikacau untuk elakkan santan pecah minyak. Apabila santan dah mendidih, masukkan tepung jagung yang sudah dicampur dengan sedikit air. Kacau sehingga kuah pekat. Hidangkan pulut dengan kuah, buah mangga yg telah dipotong-potong. Boleh tabur bijan di atas pulut jika anda suka. Selamat mencuba! Resepi Pulut Pengat Pisang Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi pulut pengat pisang:
1 biji pisang tanduk hiris nipis 1 kotak santan secukupnya air 1 keping gula melaka/nisey Segenggam biji sagu Sedikit garam secukup rasa gula 10 kurma tanpa biji Semangkuk kecil pulut secukupnya air 4 Resepi Pulut Mudah dan Sedap untuk Juadah di Bulan Puasa 13 Cara penyediaan dan masakan:
Untuk memasak pengat pisang, masukkan santan, air, garam, gula dan pisang. Buka api masak sehingga mendidih. Masukkan biji sagu, biarkan mendidih seketika biji sagu kelihatan sedikit jernih. Masukkan beras pulut dan air paras menutupi pulut sahaja masak macam biasa. Pulut dimakan bersama pengat pisang. Siap dihidangkan. Sumber: mamy_kitchen89
Soalan FAQs Berkenaan Resepi Pulut Apakah buah-buahan yang sedap dimakan bersama pulut santan? Mangga, durian dan pisang.
Apakah bahan yang menyebabkan pulut berwarna kuning? Kunyit


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/03/resepi-pulut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Berbuka Bulan Puasa 3 Jenis Resepi Ikan Masak Asam Pedas

Menu Berbuka Bulan Puasa 3 Jenis Resepi Ikan Masak Asam Pedas

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 213 hits
Menu Berbuka Bulan Puasa 3 Jenis Resepi Ikan Masak Asam Pedas 5 Ikan masak asam pedas adalah menjadi kegemaran rakyat Malaysia Ikan adalah sumber protein terbaik dan kaya dengan omega 3 berbanding ayam dan daging merah Menjelang bulan puasa...
Koleksi Resepi Dessert Viral Untuk Juadah Di Bulan Ramadhan

Koleksi Resepi Dessert Viral Untuk Juadah Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 250 hits
Koleksi Resepi Dessert Viral Untuk Juadah di Bulan Ramadhan 5 atau makanan manisan semestinya merupakan kegemaran rakyat di negara ini Dessert viral yang sering menjadi sebut sebutan akhir akhir ini iaitu Rainbow Jelly Ball Cromboloni dan K...
Resepi Ikan Masak Asam Yang Simple Dan Sedap Menu Berbuka Puasa 6 Ramadan

Resepi Ikan Masak Asam Yang Simple Dan Sedap Menu Berbuka Puasa 6 Ramadan

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 254 hits
RESEPI IKAN MASAK ASAM YANG SIMPLE DAN SEDAP MENU BERBUKA PUASA 6 RAMADAN Assalamualaikum Cik Rose rasa Ramadan kali ni Cik Rose lebih produktif di dapur Penant macam mana pun tetaplah ke dapur memasak juada berbuka untuk diri sendiri Beber...
Himpunan Resepi Ayam Kukus Sos Thai Sungguh Sedap Dan Memikat Idea Menu Sahur Mudah

Himpunan Resepi Ayam Kukus Sos Thai Sungguh Sedap Dan Memikat Idea Menu Sahur Mudah

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 189 hits
Jemu dengan menu sahur yang sama setiap hari Cuba Himpunan Resepi ini untuk kemudahan dan kelazatan juadah sahur anda Ayam kukus yang disalut dengan sos Thai yang sungguh sedap dan memikat inilah menu sahur mudah yang anda tidak boleh lepas...
4 Resepi Daging Masakan Untuk Juadah Berbuka Puasa

4 Resepi Daging Masakan Untuk Juadah Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 209 hits
4 Resepi Daging Masakan Untuk Juadah Berbuka Puasa 6 hitam adalah salah satu lauk kegemaran rakyat Malaysia Di bulan Ramadhan yang berkat ini pasti ramai yang terfikir apakah masakan yang mudah dan cepat disediakan serta mengenyangkan untuk...
Himpunan Resepi Ayam Kicap Pedas Guna 3 Bahan Mudah Untuk Menu Berbuka Puasa

Himpunan Resepi Ayam Kicap Pedas Guna 3 Bahan Mudah Untuk Menu Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 232 hits
Tertanya tanya menu berbuka yang mudah tapi sedap dan mengenyangkan Jangan risau dengan Himpunan Resepi ini anda boleh menyediakan hidangan lazat hanya dengan 3 bahan mudah Ayam kicap sememangnya menu kegemaran ramai untuk waktu berbuka Ia ...
Himpunan Resepi Ayam Goreng Berempah Juadah Sahur Mudah Dan 5 Tips Ayam Goreng Crispy

Himpunan Resepi Ayam Goreng Berempah Juadah Sahur Mudah Dan 5 Tips Ayam Goreng Crispy

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 151 hits
Resepi ayam goreng berempah Dalam dunia masakan yang kaya dengan pelbagai tradisi dan budaya terdapat sebuah hidangan yang telah memikat selera dan hati ramai orang iaitu Sebuah hidangan sederhana yang awalnya dimulakan oleh generasi terdah...
10 Resepi Air Viral Di Bulan Puasa Untuk Berbuka Puasa

10 Resepi Air Viral Di Bulan Puasa Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 399 hits
10 Resepi Air Viral Di Bulan Puasa Untuk Berbuka Puasa 12 Hai korang Bila tiba bulan puasa sudah tentu minuman sejuk menjadi pilihan ramai dirumah tambahan pula seharian cuaca panas terik Anda mesti nak minum air yang menyegarkan tekak kan ...
Himpunan Resepi Siakap Goreng Berlada Menu Juadah Berbuka Puasa

Himpunan Resepi Siakap Goreng Berlada Menu Juadah Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 176 hits
Mencari menu berbuka yang mencuit selera selepas sehari berpuasa pedas ini pasti akan memuaskan kehausan anda kepada hidangan berpedaskan masakan kampung Gabungan ikan siakap yang digoreng rangup dengan kuah berlada yang dipenuhi cili kerin...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage