12 Resepi Sardin Yang Buatkan Anda Terliurrr



Sardin ni adalah makanan yang paling versatile, masak cara apa pun mesti sedap rasanya. Jadi, bagi anda yang dah buntu tak tahu nak masak apa menggunakan sardin, boleh ikut resepi d bawah. Dijamin cepat, mudah Dan Lazat!





1) Sardin Kasturi

Bahan:
1 Tin Sardin
1-2 Biji Bawang Besar (dihiris bulat-bulat)
Cili Api (secukup rasa)
8-10 Biji Limau Kasturi
Kicap lemak manis

Cara-cara:
Goreng bawang dan cili sehingga naik bau.
Tuangkan sardin berserta sos tomatonya sekali.
Perahkan limau untuk dapatkan jus asamnya.
Jika anda suka, anda boleh hancurkan sedikit isi ikan sardin.
Taburkan garam sesedap rasa. Curahkan sedikit kicap lemak manis.
Jika anda mahukan lebih sensasi rasa masam, boleh campurkan beberapa potong tomato.

Nota: Limau kasturi digunakan untuk mengurangkan hanyir ikan sardin tersebut. Jika dapat menikmati masakan sardin asas ini dengan telur dadar memang menjilat jari habis!




2) Sambal Sardin

Bahan:
1 tin ikan sardin
Pes cili (cili kering yang telah siap dikisar)
1 biji Bawang Besar (dihiris bulat-bulat)
Air asam jawa
2 biji bawang merah (ditumbuk)
Halia (ditumbuk )
3 biji kentang (dihiris tebal dan digoreng)
1 biji lada besar
Kicap lemak manis
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
Tumis bahan yang ditumbuk hingga garing sebelum memasukan pes cili sehingga masak dan naik bau.
Masukkan pula air asam jawa. Biarkan ia sebati seketika.
Tuang sardin sekali dengan sosnya. Curahkan sedikit kicap lemak manis.
Kemudian, masukkan bawang besar dan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu. Gaul sebati.




3) Sardin Masak Lemak Cili Api

Bahan:
1 tin sardin saiz besar
10 biji buah belimbing besi
1 batang serai (diketuk)
2 cawan santan pekat
1 biji tomato (dibelah 4)
Garam secukup rasa
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 cm kunyit (ditumbuk)

Cara-cara:
Masukan sardin dan bahan yang telah ditumbuk bersama serai, buah tomato, garam dan belimbing.
Biarkan ia merenih sebentar. Masukkan santan dan garam.
Kacau perlahan. Pastikan tidak naik minyak.
Hidang bersama nasi panas dan ulam-ulaman.




4) Sardin Goreng Halia

Bahan:
1 tin sardin bersaiz besar (asingkan sos)
4 batang cili masak (dibelah dua secara memanjang tanpa perlu membuang bijinya)
1 inci halia (dihiris halus-halus)
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
Air asam jawa secukup rasa
1/2 cawan minyak untuk menggoreng
Garam dan Ajinomoto secukup rasa

Cara-cara:
Panaskan minyak untuk menggoreng ikan sardin sehingga garing. Hati-hati kerana minyak akan meletup. Setelah selesai, alihkan ikan tadi.
Dengan menggunakan kuali dan sisa minyak gorengan ikan, tumiskan bahan hirisan sehingga wangi.
Tuangkan sos tomato sardin serta cili dan air asam jawa sesedap rasa. Masak sehingga sebati.
kacau perlahan supaya sardin tidak hancur. Masukkan secubit garam dan ajinomoto untuk perasa.




5) Baked Sardin

Bahan:
1-2 tin sardin bersaiz besar
santan pekat
Serai
Bawang merah
Cili merah
Kunyit & daun kunyit (jika ada)
Sedikit halia
Sedikit jus limau kasturi
Jintan manis dan ketumbar (jika ada)
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
Susun sardin di dalam loyang kaserol, curahkan kesemua bahan yang dikisar bersama (pastikan bahan tidak terlalu berair).
Bakar sehingga masak.
Hidangkan!




6) Roti Gulung Sardin 

Bahan:
1-2 tin sardin bersaiz besar
Bawang Putih
Cili Merah
Cili Api
Bawang Besar
Minyak menggoreng
Roti
Serbuk ‘bread crumbs’
Telur

Cara-cara:
Tumis bawang dan cili sehingga naik bau.
Masukkan sardin serta sosnya. Goreng sehingga masak. Boleh perahkan sedikit jus limau jika mahu rasa masam.
Gaul dan hancurkan isi ikan sardin supaya mudah untuk digulung rotinya kemudian.
Pukul telur dan taburkan sedikit garam.
Sediakan bread crumbs dalam bekas lain untuk mencelup roti.
Angkat campuran sardin yang telah masak.
Potong kerak roti dan nipiskan roti menggunakan kayu penguli doh.
Letakkan inti di bahagian tengah roti, gulungkan dengan rapi. (Jangan letak terlalu banyak takut gulungan terbuka semasa mengoreng.
Celupkan gulungan roti di di dalam telur dan serta-merta salut ia dengan bread crumbs
Panaskan minyak untuk teknik gorengan minyak penuh.
Masukkan gulungan dan goreng sehingga garing di kedua-dua bahagian gulung.
Makan ketika panas dengan sos atau begitu sahaja.

Nota: Inti sardin goreng tersebut boleh juga dijadikan inti sandwich. Hanya perlu sapu mayonis dan butter ke atas permukaan roti serta dihias dengan timun sebelum diapit dengan kepingan roti lain.




7) Telur Bungkus Sardin

Bahan:
4 biji telur
1 tin sardin bersaiz kecil (dihancurkan)
1 paket mix vege
Sedikit cili api (dipotong halus)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dipotong dadu)

Cara-cara:
Goreng telur dadar seperti biasa
Tumis bawang putih dan bawang besar
Masukkan sardin yang telah dihancurkan bersama sosnya sekali. Biarkan ia masak seketika.
Masukkan pula sayur campuran jagung, lobak merah dan kacang pis berserta tomato.
Letakkan campuran gorengan sardin di atas telur dadar sebelum membungkusnya.




8) Maggi Asam Laksa Sardin

Bahan:
2 paket Maggi perisa Asam Laksa
1 tin sardin (dihancurkan dan dibuang kuahnya)
Daun pasli (dicincang)
Bawang merah
Timun
Cili padi
Nenas
Telur Rebus

Cara-cara:
Masak Maggi seperti biasa, masukkan perencah dan sardin yang telah dihancurkan.
Hias hidangan dengan cili padi, bawang merah, daun pasli, timun, nenas dan telur rebus.




9) Nasi Goreng Sardin

Bahan:
Kacang panjang (dihiris kasar)
1 tin sardin bersaiz kecil
Pes cili (cili boh/cili kering yang dikisar)
Garam secukup rasa
Kicap lemak manis
1 biji telur
4 cawan nasi
Bawang besar (dihiris bulat-bulat)
Bawang merah (ditumbuk)

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak untuk menumis, masukkan bawang merah, bawang besar dan pes cili. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan sadin yang telah dihancurkan sedikit bersama kacang panjang. Goreng sehingga masak.
Pecahkan telur. Biarkan telur masak seketika (pastikan telur digireng elok takut hanyir nasi goreng anda nanti)
Gaul sardin dengan rapi, masukkan nasi.
Curahkan sedikit kicp lemak manis dan secubit garam untuk penambah perasa.




10) Asam Pedas Sardin

Bahan:
Pes Cili
Bawang merah 3-4 ulas (dikisar)
4-5 batang sayur bendi
Air asam jawa secukup rasa
1 biji tomato (dibelah 4)
Garam dan gula untuk perasa
Bunga kantan (dibelah dua)
Daun kesum
1 tin sardin bersaiz besar
8-10 butir halba untuk aroma

Cara-cara:
Tumis pes cili, bawang, halba.
Masukkan air asam jawa, bunga kantan, daun kesum, tomato dan bendi.
Biar menggelegak dan bendi 1/2 masak.
Akir sekali masukkan ikan sardin yang telah diasingkan dari sos.
Taburkan secubit garam dan gula untuk perasa.




11) Sardin masak kicap

Bahan:
1 tin sardin Mackerel
5 ulas bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
1 biji bawang besar – hiris bulat
1 biji cili merah – hiris
5 biji cili padi
2 biji kentang – hiris nipis
Kicap
Gula

Cara cara:
Goreng kentang sehingga masak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan ikan sardine sambil dibalik balikkan untuk menggoreng ikannya.
Masukkan sos ikan dan kicap. Masak sehingga mendidih. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili padi, cili merah.
Sebelum diangkat, masukkan kentang yang telah digoreng tadi.




12) Tomyam Sardin

Bahan:
1-2 tin Sardin
250 ml air
1 sudu cili padi dicincang
1 sudu makan lengkuas dicincang
1 sudu serai dicincang
1 sudu sos ikan
1 sudu jus Lemon / pes asam jawa
1 sudu daun ketumbar dicincang
Gula sebagai perasa

Cara-cara:
1. Didihkan air dalam periuk.
2. Apabila air sedang mendidih masukkan serai dan lengkuas. Didihkan kembali selama 1 minit.
3. Tambahkan sardin, sos ikan dan cili, masak hingga mendidih. Tambah jus lemon juga daun ketumbar dan hidangkan.
4. Hidangkan bersama nasi.


RESEPI BONUS! Simple tapi so shedapp.

Bahan:
1 tin sardin bersaiz besar
minyak menggoreng
Bawang besar

Cara-cara:
Panaskan minyak untuk teknik menggoreng minyak penuh.
Asingkan sardin dari sosnya.
Apabila minyak telah betul-betul panas, goreng ikan sardin tersebut seperti ikan goreng biasa sehingga garing.
Toskan. Tabur bawang besar yang telah dimayang dan digorengkan terlebih dahulu sebelum menggoreng ikan tadi.
Siap! Tekstur ikan yang rangup diluar dan lembut di dalam tu pasti buat anda cair! Yummm!

Mesti ada di antara anda yang tak pernah terfikir bahawa sardin boleh digoreng begitu sahaja kan? Cubalah, dah rasa nanti, mesti anda nak buat lagi.

Jangan lupa singgah kedai beli sardin dalam tin sebentar lagi! Selamat mencuba!

Perkongsian ini diambil dari Dah Tau Ker

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ematunz.blogspot.com/2020/02/12-resepi-sardin-popular.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Daun Kari

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Daun Kari

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 1014 hits
AYAM MASAK KICAP PEDAS DAUN KARIBAHAN BAHAN Kayu manisBunga lawangBuah pelagaCili kering blenderBwg beso Bwg Putih Halia Cili padi ijau merah Daun kariAir Asam jawaKicapAir ckit utk kuahGaram CARA PENYEDIAAN Ayam Tumis kayu manis bunga lawa...
Resepi Pulut Seri Muka

Resepi Pulut Seri Muka

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 662 hits
Pulut Seri MukaBahagian bawah 1 3 cawan pulut2 2 cawan santan3 Secubit garam then angkat penyek2 bg padatBahagian atas 1 1 cawan tepung gandum2 2 cawan santan3 1 1 2 cawan gula pasir4 Setgh cawan air pandan 5 1 sudu besar tepung jagung6 1 b...
15 Resepi Menarik Aiskrim Buatan Sendiri

15 Resepi Menarik Aiskrim Buatan Sendiri

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 978 hits
Assalamualaikum Hi Semua Seronok betul bila dapat buat sendiri pelbagai jenis aiskrim Sedap pun sedap mengikut citarasa sendiri dan yang paling penting jimat duit Paling best bila dapat buat aiskrim mahal macam magnum tu kan kan kan Rasa se...
Resepi Nasi Lemak Dengan 9 Jenis Sambal Nasi Lemak Yang Sedap

Resepi Nasi Lemak Dengan 9 Jenis Sambal Nasi Lemak Yang Sedap

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 1218 hits
Resepi Nasi Lemak Dengan 9 Jenis Sambal Nasi Lemak Yang Sedap Salam semua sis memang peminat nasi lemak tegar Kalau masuk pasar pagi tempat sama sis beli nasi lemak dah masuk 6 kali beli dengan akak yang jual nasi lemak Memang padu nasi lem...
Resepi Cornflakes Crunchy Cookies

Resepi Cornflakes Crunchy Cookies

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 277 hits
Resepi cornflakes crunchy cookiesDapat dlm 100 biji Resipi asal guna 2 cwn cornflakes Boleh Juga 1 2 cawan ramas hancur campur dlm adunan tepung Yg baki kasar dlm mangkuk yg lain di buat golek golek Sukatan doh Guna 1 sudu teh cedok dan gol...
Resepi Mudah Dan Simple Ikan Bilis Goreng Bawang Cili Api

Resepi Mudah Dan Simple Ikan Bilis Goreng Bawang Cili Api

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 2164 hits
Wah kemain tajuk resepi pun Saja je lah CA nak share resepi simple dan mudah ni untuk yang takde idea nak masak apa kan Lauk ni memang akan Ca masak waktu tengah takde selera nak makan atau dah muak makan ayam ikan Makan pulak dengan nasi p...
Resepi Nyonya Pai Tee Untuk Jamuan Kecemasan

Resepi Nyonya Pai Tee Untuk Jamuan Kecemasan

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 523 hits
Kredit Gerald Lee Pai Tee sememangnya adalah snek minum petang kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama Kesegaran inti Pai Tee dan kerangupan kulit Pai Tee boleh membuatkan sesiapa saja mengeluh gembira Bukannya kerana Pai T...
Resepi Bepang Kacang Tanah

Resepi Bepang Kacang Tanah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 701 hits
Resepi Bepang Kacang TanahBahanGula pasir 1 cawanKacang tanah 1 cawanBijan suku cawanMinyak masak 2 sudu Cara 1 Kacang tanah digoreng tanpa minyak kemudian tumbuk kasar kasar ketepikan2 Bijan digoreng tanpa minyak taburkan atas loyang alumi...
Resepi Shellout Di Rumah Mudah Sangat

Resepi Shellout Di Rumah Mudah Sangat

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 677 hits
Shellout di rumah Bahan bahan seafood yang korang suka bawang putih bawang kecil sayur Bahan tumisan kicap untuk hasilkan warna gelap masakan cili kisar rempah kari daging butter sos bbq sos tiramCara caranya Cairkan butter tumis bawang put...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik