12 Penjenayah Maut Di Tangan Shadow



12 penjenayah maut di tangan ‘Shadow’. Menembak mati 12 penjenayah dalam tempoh lapan bulan pada 2016 ketika berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman merupakan pengalaman yang sukar dilupakan bekas anggota polis, Saiful Bahari Yunus.
Beliau yang mesra dengan panggilan Shadow berkata, kejadian itu berlaku antara Mei hingga Disember 2016.
“Enam operasi dalam tempoh itu merupakan kejayaan cemerlang saya bersama pasukan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Sepang baru-baru ini.
Mengimbau kembali Ops Rantau Gemuk pada Jun 2016, Shadow, 38, yang pada masa itu berpangkat asisten superintendan berkata, penjenayah yang berjaya ditumpaskan itu didalangi warga asing yang aktif melakukan samun dan pecah rumah.
Saiful Bahari melawat lokasi Ops Rantau Gemuk di Sepang. – FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID “Saya bersama pasukan ternampak individu mencurigakan mahu memecah masuk ke dalam sebuah rumah berhampiran Taman Indah KLIA.
“Melihat kehadiran polis, suspek cuba melarikan diri masuk ke dalam semak tetapi kita berjaya mengepung dan memberkas suspek,” jelasnya yang berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 12 tahun bermula 2005.
Menurut beliau, dalam keadaan yang sangat gelap hanya disinari cahaya bulan dan lampu suluh, tiba-tiba pasukan polis terdengar letupan dipercayai tembakan dilepaskan oleh suspek.
“Saya bersama dua anggota segera mencari perlindungan. Seorang suspek mengacu pistol ke arah saya dan rakan sepasukan manakala seorang lagi suspek berhadapan dengan seorang anggota polis lain.
“Saya melepaskan tiga das tembakan bagi mempertahankan diri dan suspek jatuh tersungkur rebah ke bumi.
“Seorang lagi suspek yang cuba menyerang anggota polis dengan parang juga tumpas setelah dua das tembakan dilepaskan ke arah suspek,” katanya.
Beliau memberitahu, pemeriksaan unit forensik menemui senjata pistol semi automatik dan sebilah parang yang digunakan suspek untuk menyerang polis.
“Pelbagai peralatan pecah rumah juga dijumpai di kawasan semak,” ujarnya.
Sentiasa bersiap sedia
Shadow menegaskan, pasukannya sering berhadapan dengan tugas berat dan mencabar dalam usaha membanteras penjenayah.
“Kita perlu sentiasa bersedia dan bergerak secara berkumpulan dalam membanteras sebarang bentuk kegiatan jenayah yang menggugat ketenteraman masyarakat,” katanya
Dua penjenayah warga asing ditembak mati dalam Ops Rantau Gemuk turut dilaporkan media
Menurut beliau lagi, pasukannya turut berjaya menumpaskan tiga lagi lelaki warga asing dalam Ops Rantau Castello pada September 2016 yang aktif melakukan jenayah samun di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
“Dalang kumpulan penjenayah itu memasuki Malaysia secara haram melalui laluan tikus dan menghubungi kenalannya sebagai pointer yang menyasarkan rumah tertentu untuk dipecah masuk,” katanya.
Shadow berkata, beliau menerima maklumat kumpulan penjenayah itu memecah masuk di kawasan kediaman di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.
“Saya telah menubuhkan empat pasukan yang terdiri daripada 14 anggota polis untuk memberkas penjenayah tersebut.
“Saya bersama pasukan kononnya menyamar sebagai penarik kereta yang meronda kawasan berkenaan dan kami telah menjalankan risikan selama sebulan untuk menumpaskan kumpulan itu,” katanya.
Kena serang dengan parang
Tambah beliau, seorang informer atau pemberi maklumat yang merupakan seorang pemandu teksi memaklumkan ketua kumpulan penjenayah itu tidak mempercayai orang lain termasuk rakan sejenayahnya kerana tidak mahu kegiatan mereka dihidu oleh pihak berkuasa.
“Saya dimaklumkan kumpulan penjenayah itu telah melakukan lebih 10 kali jenayah pecah rumah, ada mangsa turut diikat oleh penjenayah yang bersenjatakan pistol dan parang,” jelas beliau.
Beliau berkata, informer itu memaklumkan kumpulan penjenayah itu berada di rumah kongsi di kawasan tapak pembinaan di Seri Kembangan.
“Informer memaklumkan penjenayah tersebut ada dua lagi rumah untuk dipecah masuk di Negeri Sembilan, sebelum pulang ke negara asal,” kata Shadow.
Informer berkenaan memaklumkan penjenayah sudah pergi ke Negeri Sembilan pada jam 3 petang.
“Kita melakukan rondaan di Jalan Jimah Lama-Mambau dan terserempak dengan tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan pada jam 3.30 pagi,” katanya.
Beliau berkata, suspek cuba menyerang anggota polis dengan parang dan polis telah melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.
“Kita turut menemui sepucuk pistol dan empat bilang parang panjang serta peralatan pecah rumah,” katanya.
Beliau memberitahu, bagaimanapun untuk melepaskan tembakan kepada penjenayah tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan diri dan nyawa diancam musuh.
“Tidak terlintas dalam fikiran saya bersama pasukan untuk menembak mati penjenayah setiap kali terlibat dalam operasi.
“Perkara utama kita mahu memberkas penjenayah itu kerana dapat membantu mengembangkan lagi maklumat serta mendedahkan rangkaian jenayah lain,” katanya.
Berkas tokan dadah
Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau mula berkhidmat dalam pasukan PDRM pada 1 Disember 2005.
“Saya memang minat dan bercita-cita untuk menyertai PDRM kerana mahu mengikut jejak langkah ayah saya sebagai pegawai polis,” katanya.
Shadow berkata, beliau menjalani latihan selama sembilan bulan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur sebelum ditempatkan di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang.
Saiful Bahari menunjukkan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 yang diterimanya. – FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID Beliau kemudian berpindah ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Rompin, Pahang sebagai pegawai penyiasat.
“Pada tahun 2009, saya ditukarkan ke JSJN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang. Pada tahun 2010, saya ditempatkan pula di IPD Maran sebelum berpindah ke IPD Petaling Jaya sebagai pegawai penyiasat jenayah,” ujarnya.
Gambar kenangan, Saiful Bahari (dua dari kiri) dengan rakan setugas di Bukit Aman
 
Shadow kemudian ditugaskan di D9 IPK Selangor pada 2011 hingga 2015 sebelum ditugaskan di D9 Bukit Aman serta dinaikkan pangkat sebagai Asisten Superintendan.
Berkongsi kejayaan bersama rakan-rakan, beliau kerap menumpaskan tokan dadah kecil-kecilan sepanjang tempoh berkhidmat dalam pasukan JSJN dari 2006 hingga 2010.
“Sebelum tangkap tokan, kita tangkap pembeli (penagih dadah), daripada hasil siasatan kita berjaya memberkas tokan.
“Hasil kejayaan dalam pasukan JSJN itu menggunakan konsep snowball iaitu tangkapan penagih dadah yang dapat memberi kerjasama untuk mendedahkan siapa tokan dadah di kawasan berkenaan,” katanya.
Tidak mudah sebenarnya menjadi polis kerana Shadow turut mengakui sepanjang tempoh perkhidmatannya itu, beliau pernah terbabit dalam kemalangan selepas terjatuh dari bumbung tingkat dua sebuah rumah di Subang Perdana, Selangor ketika mahu memberkas suspek pada 2012.
“Insiden itu mengakibatkan kecederaan dalaman, patah lengan kiri dan retak tulang pipi,” katanya.
Dalam kejadian pada jam 5.40 petang, beliau mengetuai Ops SKM VP menyerbu sebuah rumah setelah menerima maklumat kumpulan penjenayah itu.
“Setengah jam sebelum kejadian, seorang penyelia disamun empat lelaki bersenjatakan parang di sebuah gerai di Dengkil, Sepang.
“Suspek melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota milik syarikat penyelia tersebut,” katanya.
Shadow kemudian bersama pasukannya berjaya mengesan keempat-empat suspek itu bersama lima lagi rakan penjenayah lain di rumah teres dua tingkat berkenaan.
Parah jatuh bumbung
“Kita menyerbu rumah tersebut dan dua daripada penjenayah naik ke bumbung rumah dan saya berjaya memberkas salah seorang suspek.
“Rakannya pula menyorok di sebalik tangki air. Ketika hendak memberkas penjenayah, saya terjatuh daripada bumbung rumah tersebut,” katanya.
Lokasi tiga penjenayah ditembak mati dalam Ops Castello. – FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID  
Menurut beliau, polis berjaya menemui tujuh kenderaan yang dicuri, hasil kejayaan pasukannya memberkas sembilan suspek berusia 18 hingga 30 tahun yang aktif melakukan jenayah samun kenderaan itu.
Selain itu, polis turut menemui dua kenderaan Toyota Hilux, dua Proton Wira, sebuah Proton Saga, Proton Satria dan Honda Civic serta tiga bilah parang.
“Hasil pemeriksaan mendapati tiga daripada kenderaan itu disamun di Bukit Putra Puchong, Seksyen 15 Shah Alam, manakala Honda Civic disamun di Bukit Tengah Pulau Pinang,” katanya.
Usaha Shadow berbaloi apabila mendapat pengiktirafan dan dikurniakan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Saiful Bahari ketika menerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013
 
“Saya bangga kerana dapat menyumbang jasa kepada pasukan dan tanah air,” tambahnya.
Beliau berharap anggota polis yang baru berkhidmat mempunyai integriti dan tidak terlibat dengan rasuah.
“Kita bekerja perlu ikhlas, jangan salah guna kuasa dan sentiasa ingat ALLAH SWT.
“Jika kita guna sumber haram untuk menyara hidup, pasti hidup tidak tenang,” tegas beliau yang kini bekerja sendiri.
 
Biodata
Nama: Saiful Bahari Yunus
Tarikh Lahir: 24 Disember 1983
Umur: 38 tahun
Tempat Lahir: Kuala Krai, Kelantan
Keluarga: Anak kedua daripada 6 beradik
Status: Sudah berkahwin, 3 anak
Pengalaman
2005 – Latihan Asas Kepolisan (Inspektor) di Pulapol Kuala Lumpur
2006 – Pegawai Penyiasat / Operasi JSJN IPD Rompin, Pahang
Meningkatkan prestasi JSJN IPD Rompin dengan pelbagai kejayaan tangkapan dan rampasan dadah di daerah itu.
2009 – Pegawai Operasi JSJN IPD Maran, Pahang
Meningkatkan prestasi JSJN IPD Maran dengan pelbagai kejayaan tangkapan dan rampasan dadah di daerah berkenaan.
2010 – Pegawai Penyiasat JSJ IPD Petaling Jaya, Selangor.
Berjaya menumpaskan sindiket pecah rumah dan samun kenderaan serta merampas pelbagai barang kemas dan alatan pecah rumah.
2011 – Pegawai Operasi JSJ (D9) IPK Selangor.
Terlibat secara langsung dalam pelbagai operasi khas menembak mati penjenayah berisiko tinggi dan membuat rampasan senjata api.
Terlibat secara langsung dalam pelbagai operasi menyelamatkan tebusan kes culik, serta tangkapan terhadap suspek.
Bergadai nyawa dalam menumpaskan sindiket samun kenderaan mewah, rogol dan cabul pada 2012 sehingga mengalami cedera parah dalam operasi tersebut.
Mac 2015 – Bertukar ke JSJ (D9) Bukit Aman sebagai Inspektor Operasi Khas.
Menumpaskan penjenayah dengan menembak mati suspek dalam operasi khas.
Membuat tangkapan terhadap suspek dan merampas pelbagai senjata api.
Okt 2015 – Dinaikkan pangkat ke Asisten Superintendan dan masih dalam perjawatan yang sama iaitu Inspektor Operasi
2016 – Bertukar ke perjawatan Asisten Superintendan Operasi pada Mac 2016.
Menumpaskan penjenayah dengan menembak mati suspek dan merampas senjata api dalam operasi khas termasuk dalam 6 operasi khas bagi tempoh bulan Mei hingga November.
Tangkapan suspek dan rampasan pelbagai senjata api.
Tangkapan suspek bagi kes berprofil tinggi seperti kes bunuh di Bachok, Kelantan yang kini masih dalam perbicaraan di mahkamah.
12 penjenayah maut di tangan ‘Shadow’
 
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
Senarai penuh kabinet baru Ismail Sabri Tak masuk akal Bersatu tanding banyak kerusi di Pahang Kabinet miliki 31 menteri, 38 timbalan menteri Ini kabinet PN 2.0, kata pembangkang PM bazirkan peluang tak lantik Azalina, Asyraf Wajdi dan Shahril Kluster Mahkamah hanya mahu perbicaraan adil Ceiling fan falls on family of 6 having dinner [VIDEO] Terkejut babi putih terjah depan rumah (Video) Alasan bergaduh dengan isteri, rupanya…. Resepi Bihun Goreng Tomyam Sempoi Pasangan kekasih berdepan detik cemas motosikal dihimpit, disamun Layari Laman Facebook MYKMU
RCI Tommy Thomas berupaya bantu tamatkan pendakwaan politik

The post 12 penjenayah maut di tangan ‘Shadow’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/29/12-penjenayah-maut-di-tangan-shadow/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lengkap Dua D0s V4ks1n Petugas Kesihatan Ket4r Tangan Cvcuk Lengan Norman Hakim

Lengkap Dua D0s V4ks1n Petugas Kesihatan Ket4r Tangan Cvcuk Lengan Norman Hakim

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 467 hits
Pelakon terkenal Norman Hakim berkongsi video mendapatkan d0s kedua v4ksln C0VlDl9 semalam Norman yang mendapatkan v4ksln di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang bertugas pada ...
Anak Saya Tenang Reda Terima Kenyataan Tangan Dipotong

Anak Saya Tenang Reda Terima Kenyataan Tangan Dipotong

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 182 hits
Anak saya tenang reda terima kenyataan tangan dipotong Ibu mangsa samun IBU kepada seorang remaja malang yang terpaksa dipotong tangan selepas diserang tiga lelaki dalam kejadian samun dekat Jalan Kuching Khamis lalu menyifatkan anaknya ten...
Gadis Hilang Tangan Akibat Disamun Polis Edar Fotofit Buru Suspek

Gadis Hilang Tangan Akibat Disamun Polis Edar Fotofit Buru Suspek

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 195 hits
FMT ReportersLakaran wajah seorang daripada tiga suspek yang mula diedarkan polis hari ini PETALING JAYA Polis mula mengedarkan lakaran wajah suspek yang dipercayai terbabit dalam kes menyamun seorang gadis sehingga menyebabkan tangan kanan...
Hiburan Smart Pulak Kan Aaron Aziz Berminat Dengan Jam Tangan Camo Ismail Sabri

Hiburan Smart Pulak Kan Aaron Aziz Berminat Dengan Jam Tangan Camo Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 186 hits
Seutas jam tangan bercorak celoreng yang dipakai oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru baru ini telah menarik perhatian pelakon Aaron Aziz ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBiarpun Aaron kini sedang dirawat di hospi...
Rakaman Cemas Buaya Gigit Tangan Wanita Sebelum Rentap Mangsa Masuk Kandang

Rakaman Cemas Buaya Gigit Tangan Wanita Sebelum Rentap Mangsa Masuk Kandang

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 148 hits
Pesta ulang tahun kelima seorang kanak kanak bertukar menjadi insiden ngeri apabila seekor buaya telah menarik penjaganya ke dalam kandang di pusat reptilia Scales Tales di Salt Lake City Utah baru baru ini Tangkap layar buaya membaham tang...
Malaysia Berisiko Diharamkan Fifa Jika Ada Campur Tangan Kerajaan

Malaysia Berisiko Diharamkan Fifa Jika Ada Campur Tangan Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 177 hits
Perkara ini bukan mainan dan Malaysia berisiko diharamkan oleh FIFA dari sebarang aktiviti bola sepak Malaysia berisiko berdepan tindakan tatatertib oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa jika terdapat campur tangan kerajaan atau individu ...
Tengah Menahan Sak T Di Hospital Tiba Tiba Nampak Jam Tangan Pm Dato Aaron Aziz

Tengah Menahan Sak T Di Hospital Tiba Tiba Nampak Jam Tangan Pm Dato Aaron Aziz

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 461 hits
Seutas jam tangan bercorak celoreng yang dipakai oleh Perdana Menteri Dato 8217 Seri Ismail Sabri Yaakob telah menarik perhatian pelakon Dato 8217 Aaron Aziz Meskipun Dato 8217 Aaron kini sedang dirawat di hospital pelakon filem KL Gngster ...
Pemimpin Umno Mahu Kerajaan Campur Tangan Isu Nyahwarta Hutan Langat

Pemimpin Umno Mahu Kerajaan Campur Tangan Isu Nyahwarta Hutan Langat

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 188 hits
Pemimpin UMNO mahu Kerajaan campur tangan Isu nyahwarta hutan Langat Kerajaan Persekutuan wajar campur tangan dalam isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan memaksa kerajaan Selangor menyerahkan kawasan hutan itu sekiranya tiad...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional