12 Kesilapan Penyimpan Emas
Berikut saya kongsikan 12 kesilapan biasa yang biasa dilakukan oleh penyimpan emas atau yang ingin menyimpan emas.
Kesilapan 1: Tunggu Harga Rendah
Kita tidak akan tahu bila harga emas dikatakan rendah selagi tidak mula membeli walaupun 1 gram. Beli dulu, tunggu kemudian itu cara yang betul. Setiap orang berbeza perspektif tentang bila dikatakan harga emas rendah atau murah. Ia bergantung pada penanda aras (benchmark) masing-masing.
Entri Berkaitan:
Simpanan Emas: Di Mana Untungnya?
Kesilapan 2: Tunggu Duit Lebih
Ketahuilah, duit tak pernah cukup tidak kira berapa banyak pendapatan yang diperolehi. Ada sahaja benda yang ingin dibeli. Oleh itu jadikan pembelian emas sebagai salah satu dari pekara wajib dilakukan.
Entri Berkaitan:
Cabaran Dalam Menyimpan Wang Dan Penyelesaiannya
Kesilapan 3: Tunggu Mampu
Percayalah, nak tunggu mampu sampai bila-bila tak akan mampu kerana keinginan manusia tanpa batasan. Keperluan manusia juga tanpa batasan. Beli emas untuk menyimpan. Jadikan aktiviti membeli emas sebagai pembelanjaan wajib setiap bulan tanpa gagal.
Entri Berkaitan:
Tips Dan Panduan Ringkas Untuk Memulakan Simpanan
Kesilapan 4: Guna Wang Belanja
Menggunakan wang belanja untuk beli emas adalah satu kesilapan yang besar kerana ia merugikan kita sekiranya terpaksa jual semula emas yang dimiliki sebelum sempat merasai keuntungannya. Pelaburan emas ini satu pelaburan jangka masa sederhana iaitu sekitar melebihi 2 tahun.
Entri Berkaitan:
Formula Pengurusan Kewangan Peribadi
Kesilapan 5: Beli Barang Kemas
Barang kemas dicipta khas untuk perhiasan semata-mata. Itu sebab kenapa kos pembelian barang kemas dan kadar susut nilainya jauh lebih tinggi dari jongkong atau syilling emas.
Entri Berkaitan:
5 Kesilapan Utama Membeli Emas
Kesilapan 6: Takut Harga Turun
Takut rugi akan menghalang kita dari memiliki aset yang bernilai tinggi ini. Harga emas ada naik & turun dalam jangka masa pendek, tetapi pasti naik untuk jangka masa panjang. Harga turun itu satu bonus sebenarnya. Ini bermaksud kita boleh membeli emas dengan harga diskaun.
Entri Berkaitan:
Strategik Dalam Pelaburan Emas
Kesilapan 7: Stop Harga Tinggi
Berhenti membeli emas pada harga yang tinggi akan merugikan kita kerana ia menghentikan usaha mengumpul aset emas sebanyak yang mungkin. Mempanjangkan tempoh masa mencapai matlamat.
Kesilapan 8: Hutang Beli Emas
Berhutang untuk melabur itu satu langkah yang berisiko tinggi. Untung belum tentu lagi, kerugian sudah pasti ditangan. Kita akan menanggung kerugian yang lebih banyak dari biasa sekiranya melakukan kesilapan ketika beli emas.
Kesilapan 9: Cari Emas Murah
Harga murah sahaja belum tentu menguntungkan. Banyak faktor lagi yang perlu diambil kira sebelum beli emas.
Entri Berkaitan:
Faktor-Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Emas
Kesilapan 10: Pajak Tanpa Tujuan
Memajak tanpa tujuan merugikan kita. Kita akan mudah menyalahguna wang pinjaman yang diperolehi atas pekara yang tidak membawa keuntungan melebihi kos pajakan yang dikenakan.
Ingat pekara ini, wang yang kita diperolehi itu bukan diberi secara percuma. Kita perlu membayar kembali wang tersebut berserta dengan kos upah dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Entri Berkaitan:
6 Pekara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Memajak Emas
Kesilapan 11: Takut Nak Mula
Selagi kita tak mula, selagi itu kita tak akan menikmati keuntungannya. Kerugian itu biasa dalam semua jenis pelaburan. Di sebalik suatu risiko, terdapat keuntungan yang tersembunyi untuk di temui.
Kesilapan 12: Simpan Tanpa Sasaran (Matlamat)
Tanpa matlamat yang jelas, kita akan mudah tersesat dan hilang arah tuju. Seperti juga ketika menyimpan emas. Tetapkan matlamat yang jelas supaya kita mengetahui berapa banyak emas yang ingin kita dimiliki.
Entri Berkaitan:
Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Pendahuluan)
Jangan Ulangi Kesilapan Ini
Orang yang tidak belajar melalui kesilapan orang lain akan dihukum mengulanginya. Dan paling malang, kesilapan tersebut hanya disedari selepas tempoh masa yang lama.
Menyimpanlah dengan ilmu. Ilmu akan membantu anda membuat keputusan dengan bijaksana.
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mdfaiez84.com/2021/01/12-kesilapan-penyimpan-emas.html