12 Idea Masakan Guna Pes Sambal Dari Chef Ku Campak Campak Je Jadi
Resipi kini lebih mudah dengan sambal tumis segera daripada pengeluar tempatan. Jadi jom kita selongkar resipi menarik yang boleh cuba buat menggunakan produk dari pes sambal Chef Ku.
TORTILLA CHEESE GULUNG SAMBAL TUMIS UDANG.
Bahan-bahan Sambal Tumis Udang :
1 paket Pes Sambal Tumis Chef-Ku Signature.1 sudu makan minyak masak.12 ekor udang sederhana besar, dibuang kulit dan dipotong kecil.3 batang isi ketam, dipotong kecil.1/2 labu bawang besar dihiris halus.1 biji bawang merah dihiris halus.3 ulas bawang putih dicincang halus.1/2 batang lobak dipotong dadu.1 sudu sos tiram.Sedikit air.Sedikit garam dan serbuk perasa.Bahan-bahan untuk Roti Tortilla :
6 keping roti Tortilla Wholemeal.
6 keping keju Cheddar.
6 sudu makan mayonis.
6 sudu makan sos salad bijan panggang.
3 biji cili padi dipotong halus.
Parsley kering untuk hiasan.
12 batang pencungkil gigi.
Cara penyediaan :
- Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga naik bau.
- Masukkan 1 paket Pes Sambal Tumis Chef-Ku Signature. Tumis sekejap hingga sambal bertukar warna.
- Masukkan lobak dan sedikit air, masak sehingga tekstur lobak menjadi sedikit lembut.
- Kemudian masukkan udang dan isi ketam.
- Akhir sekali, masukkan bawang besar, sedikit garam dan sedikit serbuk perasa.
Cara menggulung roti Tortilla :
- Untuk gulungan roti tortilla, ambil sekeping roti tortilla,sapukan 1 sudu makan mayonis dan 1 sudu makan sos salad bijan panggang.
- Kemudian sapukan 2-3 sudu makan sambal tumis udang Sambal Tumis Chef-Ku Signature.
- Letakkan sekeping keju yang di potong dua, dan disusun memanjang.
- Gulungkan roti tortilla, potong dua. Untuk menampakkan inti pada bahagian dalam.
- Setelah menjadi 2 bahagian, gulungkan roti tortilla tadi menjadi bentuk bulat.
- Cucukkan pencungkil gigi untuk mendapatkan bentuk gulungan yang cantik.
- Taburkan daun parsley untuk hiasan.
- Panaskan oven 150°c, selama 5 minit.
- Masukkan Tortilla Cheese Gulung Sambal Tumis Udang tadi kedalam oven, dan bakarkan selama 8-10 minit pada suhu 150°c.
- Akhir sekali keluarkan pencungkil gigi, dan taburkan cili padi.
Resipi : Rafieda.Hashim
SAMBAL UDANG STRAWBERRY 🍤🍓🍛
Menu yang sedap dan cepat sesuai sangat untuk menu ramadhan nanti tidak perlu besusah payah masak sambal sehingga pecah minyak hanya menggunakan pes sambal chefku semuanya setel 😋✌️Gabungan rasa buah strawberry dan udang digabung bersama dengan pes sambal chefku sangat sedap gaiss.Rasa pedas,manis dan masam bergabung dalam satu menu.Terangkat Sambal udang strawberry kita di makan bersama nasi lemak strawbeery 🍓Selamat mencuba
🍓Bahan(3 hidangan)
400g Udang (bersihkan)-perap dengan kunyit dan garam
1 pack pes Sambal Udang @chefkumy
4 biji strawberry(potong dadu)2 biji bawang besar/bwg holland(hiris membulat)
Sedikit air
🍓penyediaan
-Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng udang.
-Goreng udang separuh masak.ketepikan
-Tumis strawberry seketika menggunakan lebihan minyak udang tadi.Kemudian masukkan pes sambal tumis chefku.
-Gaul sebati dan masukkan bawang merah.Tidak perlu perasa tambahan kerana pes chefku cukup rasa semuanya.
-Setelah bawang agak layu masukkan udang kemudian gaul kan semua sehingga sebati.
-Dah siap sedia utk dihidang.
Kredit :Aizanaziz31Artikel TerkiniJangan Lupa Like, Share & Komen
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://selongkar10.blogspot.com/2022/06/12-idea-masakan-guna-pes-sambal-dari.html