Baby Kurus Tak Cukup Susu Tu Top Up Guna Formula Sebelum Cakap Tak Cukup Susu Ambil Tahu Perkara Ini


Anggapan tidak cukup susu adalah salah satu sebab utama ibu memberhentikan penyusuan susu ibu terlalu awal atau memberi susu formula serta makanan lain kepada bayi sebelum tiba waktu yang sepatutnya.

Ramai ibu tertanya-tanya sama ada susu badan mereka cukup untuk bayi mereka. Kebanyakan ibu dan ahli keluarganya akan beranggapan bahawa ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi apabila sering berdepan dengan situasi di bawah.

Bayi sering menangis. Bayi tidak tidur untuk jangkamasa yang panjang. Bayi tidak tenang semasa di payudara dan susah untuk menyusu dengan baik. Bayi menghisap jari atau tangannya. Bayi terlalu besar atau terlalu kecil. Bayi yang menyusu terlalu lama pada payudara pada satu-satu masa. Bayi menyusu terlalu kerap. Ibu merasakan susunya kelihatan cair. Tiada atau sedikit sahaja susu keluar apabila diperah. Payudara ibu tidak penuh atau lebih lembut dari biasa. Ibu tidak nampak susu meleleh keluar atau ibu tidak mengalami tanda-tanda reflek oksitoksin. Bayi masih mahu menerima susu gantian (susu formula) atau makanan lain apabila diberikan walaupun telah selesai menyusu susu ibu. Situasi di atas mungkin menunjukkan bayi tidak mendapat cukup susu tetapi ini bukan petunjuk sebenar yang boleh dipercayai sepenuhnya. Ada beberapa tanda yang perlu diambil perhatian bagi menunjukkan ibu cukup susu iaitu:
Bayi kelihatan kenyang dan tenang selepas menyusu. Biasanya bayi tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu. Bayi boleh bertindak-balas, mempunyai keanjalan otot yang baik dan kulit bayi tegang dan lembap. Selepas hari ke-2, bayi yang mendapat susu yang cukup akan menghasilkan lampin basah sebanyak 2 hingga 6 atau lebih dalam masa 24 jam (Jadual 1). Manakala, air kencingnya kelihatan cair dan jernih. Jika bayi diberi air masak sebagai tambahan kepada susu ibu, pengeluaran air kencingnya juga banyak tetapi berat badan bayi tidak akan bertambah dengan baik kerana kurang zat makanan. Bayi juga akan membuang air besar 3 hingga 8 kali dalam masa 24 jam dan kekerapannya semakin berkurangan apabila bayi berumur lebih dari satu bulan. Berat bayi bertambah mengikut umur (Jadual 2) di mana bayi membesar sehingga memerlukan pertukaran saiz pakaian. Ibu yang menyusukan bayi akan dapat merasakan payudara yang penuh sebelum menyusu akan menjadi lembik apabila bayi selesai menyusu. Ibu rasa dahaga dan berpeluh selepas sesi penyusuan. Semasa penyusuan, payudara yang tidak dihisap oleh bayi turut mengeluarkan susu dan tanda-tanda ini menunjukkan ibu menghasilkan cukup susu.
Jadual 1: Bilangan lampin di basahi air kencing dan najis mengikut umur bayi
Ibu kerap khuatir apabila bayi berumur bawah 4 hingga 6 minggu mengeluarkan najis setiap kali selepas menyusu. Perkara ini adalah normal bagi bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif. Terdapat juga bayi yang tidak mengeluarkan najis selama beberapa hari. Namun, selagi bayi berasa selesa, perut tidak membengkak, tidak meragam dan masih menyusu seperti biasa, ibu tidak perlu risau. Walau bagaimanapun, jika ibu berasa ragu, sila dapatkan nasihat doktor bagi mendapatkan kepastian.
Berat badan bayi terus meningkat apabila diberikan susu ibu sejak hari pertama kelahiran lagi. Namun, pada awal kelahiran, bayi kehilangan berat badan sekitar 5% hingga 7% disebabkan oleh pembuangan mekonium dan kehilangan air daripada badan. Penurunan berat badan ini membuatkan para ibu memberikan air kosong sebagai tambahan. Keadaan ini akan meningkatkan risiko kehilangan berat badan lebih banyak berbanding dengan bayi yang diberikan susu ibu sahaja. Purata kenaikan berat badan sejak lahir hingga 4 hari adalah sebanyak 170 gram (6 oz). Manakala kadar normal pertambahan berat adalah di antara 150 gram hingga 240 gram.

Jadual 2: Kenaikan Berat Badan Bayi/Minggu Mengikut Umur
Berat badan bayi akan meningkat sebanyak 2.5 kali ganda hingga 3 kali ganda daripada berat lahir semasa bayi berusia 1 tahun. Panjang bayi pula bertambah sebanyak 50% dan ukur lilit kepala bayi bertambah sebanyak 33% semasa mereka berusia 1 tahun (Jadual 3).

Jadual 3: Pertambahan panjang dan ukur lilit kepada bayi mengikut umur
Perhatian kepada ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu:-
Bayi yang diberi susu ibu akan mempunyai otot yang lebih pejal berbanding bayi yang diberi susu formula. Tidak perlu menimbang bayi sebelum dan selepas menyusu kerana ia tidak memberi gambaran yang tepat tentang berapa banyak susu dihasilkan dan dikeluarkan. Ia juga boleh mengurangkan keyakinan ibu dan mendorong ibu memberi minuman lain kepada bayinya. Berat badan bayi yang masih tidak meningkat dengan baik walaupun telah diberi susu ibu dengan kerap dan teknik yang betul, mungkin mempunyai masalah kesihatan. Rujuk bayi untuk rawatan lanjut. Bayi yang sentiasa mahu menyusu dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda masalah kesihatan tetapi tidak meningkat berat badan dengan baik, mungkin tidak mendapat susu yang mencukupi. Ini selalunya disebabkan oleh teknik penyusuan ibu yang kurang berkesan. Penyusuan pada sebelah payudara yang diberhentikan dengan terlalu awal sebelum berpindah ke payudara yang sebelah lagi akan menyebabkan bayi hanya mendapat susu awal (fore-milk) dan tidak susu akhir (hind-milk). Susu awal mempunyai kandungan laktosa yang tinggi dan rendah lemak. Susu akhir (hind-milk) mempunyai kandungan lemak yang tinggi yang membuatkan bayi rasa kenyang. Memberi penyusuan yang lebih kerap dengan jarak penyusuan yang pendek antara 30 hingga 40 minit boleh memastikan bayi mendapat susu yang tinggi kandungan lemak dari susu akhir yang masih tinggal dari penyusuan sebelumnya. Setiap ibu perlu sentiasa memerhatikan tanda-tanda yang telah dinyatakan di atas sebagai panduan untuk mengukur tahap kesihatan dan tumbesaran bayi yang sempurna. Tanggapan “tidak cukup susu” mungkin boleh diperbetulkan melalui pembacaan dan perkongsian daripada ibu-ibu yang telah berjaya menyusukan bayi mereka secara eksklusif. Sentiasa berfikiran positif dan bertindak di atas kebenaran bagi membentuk generasi yang lebih sihat pada masa yang akan datang.  


Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post “Baby Kurus Tak Cukup Susu Tu, Top-up Guna Formula” Sebelum Cakap Tak Cukup Susu, Ambil Tahu Perkara Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/baby-kurus-tak-cukup-susu-tu-top-up-guna-formula-sebelum-tak-cukup-susu-ambil-tahu-perkara-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Ni Dr Cakap Dua Dua Ok Lepas Cuba Perubatan Islam Mona Allen Hamil

Sebelum Ni Dr Cakap Dua Dua Ok Lepas Cuba Perubatan Islam Mona Allen Hamil

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 153 hits
Penantian selama empat tahun berakhir setelah Allah makbulkan doa pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan Mona Allen Menerusi hantaran di Instagram Mona mengumumkan dia kini sedang hamil anak sulung Menurut Mona dia tidak berniat untuk merahsi...
Enam Perkara Ibu Lupa Buat Selepas Dapat Baby No 5 Dan 6 Paling Penting

Enam Perkara Ibu Lupa Buat Selepas Dapat Baby No 5 Dan 6 Paling Penting

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 154 hits
Penjagaan ibu selepas bersalin terutamanya untuk beberapa minggu pertama adalah penting Ia harus menitikberatkan aspek fizikal dan juga mental Pun begitu terdapat beberapa rutin harian yang ada kalanya ibu terlupa untuk melakukannya selepas...
Menyusu Setiap Satu Jam Elfira Loy Tak Cukup Rehat Baby Girl Kuat Menyusu

Menyusu Setiap Satu Jam Elfira Loy Tak Cukup Rehat Baby Girl Kuat Menyusu

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 133 hits
Selamat menyambut puteri tersayangnya pada 20 Mei lalu Elfira Loy yang kini sedang berpantang mengakui agak mencabar menyusukan anak keduanya Mana tidaknya kongsi ibu cantik manis ini bayi perempuan yang masih belum dikongsikan nama ini min...
Penampakan Sirkuit Formula E Di Ancol Rampung 100 Persen

Penampakan Sirkuit Formula E Di Ancol Rampung 100 Persen

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 144 hits
Penampakan Sirkuit Formula E di Ancol Rampung 100 Persen Ajang balap Formula E yang akan digelar 4 Juni 2022 dengan lintasan balap sepanjang 2 4 kilometer dan lebar 12 meter telah rampung 100 persen
Cek Fakta Tidak Benar 212 Mart Jadi Sponsor Formula E

Cek Fakta Tidak Benar 212 Mart Jadi Sponsor Formula E

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 126 hits
Gambar yang diklaim sebagai sponsor Formula E adalah tidak benar dan bukan informasi resmi Gambar tersebut merupakan plesetan dari perusahaan ternama
Pln Cek Kesiapan Pasokan Listrik Di Sirkuit Formula E

Pln Cek Kesiapan Pasokan Listrik Di Sirkuit Formula E

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 213 hits
PLN Cek Kesiapan Pasokan Listrik di Sirkuit Formula E Menjelang ajang balap Formula E PLN menyiapkan empat lapis pasokan listrik tetap andal di lokasi sirkuit termasuk dengan menggunakan Uninterruptible Power Supply yang menjamin listrik ta...
Hiburan Ni Minta Maki Kak Pilih Viral Dahulu Sebelum Lapor Polis Mangsa Langgar Lari Dikecam Netizen

Hiburan Ni Minta Maki Kak Pilih Viral Dahulu Sebelum Lapor Polis Mangsa Langgar Lari Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 165 hits
Insiden langgar lari ini sering kali berlaku di kalangan masyarakat dan ia juga selalu dikongsikan di dalam platform media sosial jika berlaku pada seseorang Baru baru ini seorang wanita berkongsikan kisahnya apabila kereta beliau telah dil...
Pertimbang Sebelum Tandatangani Perjanjian Pandemik Antarabangsa Ngo Bernama 19 05 2022

Pertimbang Sebelum Tandatangani Perjanjian Pandemik Antarabangsa Ngo Bernama 19 05 2022

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 109 hits
PUTRAJAYA 19 Mei Kerajaan diminta mengkaji isi kandungan Perjanjian Pandemik Antarabangsa yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebelum menandatanganinya kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan K...
Pebalap Formula E Dijadwalkan Sesi Foto Di Monas Pekan Depan

Pebalap Formula E Dijadwalkan Sesi Foto Di Monas Pekan Depan

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 122 hits
Sahroni menjelaskan akan ada 22 unit mobil yang akan dikirim dengan badan terpisah dan akan dirakit setelah melalui pemeriksaan pihak berwenang
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage