11 Usahawan Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia 2019



Beberapa usahawan Malaysia adalah antara 300 orang dari 23 negara di Asia Pasifik yang tersenarai dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia tahun ini

Forbes berkata, kumpulan bakat muda itu dipilih daripada lebih 2,000 penyertaan, selepas dikaji sekumpulan wartawan dan kerja-kerja mereka dinilai oleh panel hakim termasuk dalam aspek inovasi teknologi

Usahawan Malaysia terbabit ialah Aaron Patel, Bobby Ong, TM Lee, Chris Khristie, Michelle Tan, Jin Xi Cheong, Joolin Chuah, Kendrick Wong, Melvin Poh, Sarah Chen dan Wen Shin Chia


Nama Usahawan Malaysia Tersenarai Forbes

Patel ialah Ketua Pegawai Eksekutif iHandal Energy Solutions, firma kejuruteraan dan kontraktor yang pakar dalam meningkatkan kecekapan tenaga haba bangunan komersil dan perindustrian

Bobby Ong dan TM Lee pula ialah pengasas bersama CoinGecko, penggabung data mata wang kripto yang menjejak statistik harga, volum, sosial dan pembangun statistik. Syarikat itu bekerjasama dengan Western University di Kanada dan Humboldt University di Berlin dalam menghasilkan penyelidikan mata wang kripto

Chris Khristie dan Michelle Tan adalah pengasas bersama kumpulan media digital, INFLUASIA, yang memenuhi keperluan masyarakat berbahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin Malaysia melalui portal mereka, Dunia Buzz, Lobak Merah, dan NOODOU

Jin Xi Cheong ialah pengasas Poladrone, syarikat yang menggunakan dron dalam industri minyak sawit bagi meningkatkan kecekapan ladang sawit dan ladang tanaman di Malaysia

Joolin Chuah pula ialah rakan sekutu Insignia Ventures Partners yang memainkan peranan dalam hampir 10 pelaburan pada 2018, termasuk syarikat pemula niaga yang menjanjikan seperti igloohome, CoHive dan Sayurbox. Beliau dikenali sebagai penasihat bagi kebanyakan usahawan di Asia Tenggara dan menjadi ahli lembaga pengarah Finhay, platform penasihat robotik di Vietnam

Kendrick Wong ialah pengasas bersama Omnilytics, platform analisis fesyen yang menawarkan data risikan pasaran masa nyata bagi 75,000 jenama. Perkhidmatan data besar Omnilytics digunakan peruncit di seluruh dunia serta pelanggan pasaran kewangan

Melvin Poh, ialah pengasas bersama The Asian Entrepreneur, penerbit antarabangsa dan platform media dengan pembaca aktif di 13 negara. The Asian Entrepreneur baru-baru ini bekerjasama dengan kerajaan Malaysia, Macau dan Korea Selatan untuk memulakan beberapa komuniti dan acara syarikat pemula niaga

Sarah Chen ialah pengasas bersama The Billion Dollar Fund Women, dengan matlamat utama untuk menangani jurang pembiayaan jantina yang dihadapi oleh pengasas wanita. Dana itu berharap dapat melabur AS$1 bilion dalam syarikat pemula niaga yang didorong oleh wanita menjelang 2020, dan memperoleh lebih AS$750 juta daripada pelabur global termasuk Gobi Partners, Golden Gate Ventures, Rethink Impact, Capital Growth Capital, Backstage Capital dan Funds Different

Sementara itu, Wen Shin Chia ialah pengasas Green Yards, syarikat ekoproduk yang membuat sabun dan lilin daripada minyak masak dikitar semula. Syarikat itu, yang memperoleh sumber minyak dari restoran dan isi rumah Malaysia, menjual produknya secara dalam talian dan di kedai hadiah di negara ini. 
Sumber : BERNAMA 

Semoga perkongsian 11 Usahawan Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia 2019 ini, menjadi inspirasi anak muda di Malaysia untuk menceburi bidang perniagaan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.elihjapahar.net/2019/09/11-usahawan-malaysia-tersenarai-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5261 Karnival Myjeram 27 September Ini Utusan Malaysia 10 09 2019

5261 Karnival Myjeram 27 September Ini Utusan Malaysia 10 09 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 525 hits
KUALA LUMPUR 10 Sept Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Jeram mengambil inisiatif menganjurjan Karnival MyJeram 2019 Karnival yang disifatkan sebagai terbesar di Selan...
Sifu Sifu Ict Malaysia Meriahkan My Digital Maker Fair 2019

Sifu Sifu Ict Malaysia Meriahkan My Digital Maker Fair 2019

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 383 hits
Best part datang Fair 2019 nih bila kau dapat jumpa ramai tok guru tok guru hebat dalam bab digital dan ICT nih Orang feymes digital dan pendidikan kat negara kita Seronok dapat tengok network dan passion mereka dalam sama sama nak sumbang ...
Hari Malaysia 2019

Hari Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 330 hits
Hari Malaysia tahun ini jatuh pada hari Isnin 16 September 2019 Hari Malaysia diadakan untuk memperingati penggabungan Tanah Melayu Sabah Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 tetapi pembentukkan...
16 September 2019 Selamat Menyambut Hari Malaysia

16 September 2019 Selamat Menyambut Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 720 hits
Assalamualaikum Hari Malaysia disambut setiap tahun pada 16 September sempena memperingati penubuhan Malaysia pada tarikh yang sama iaitu pada tahun 1963 Jadi mesti ramai di antara rakan rakan sekalian mempunyai perancangan untuk bercuti be...
24 Peserta Golden Memories Asia 2019 Wakil Enam Negara Berentap Menyanyikan Lagu Nostalgia

24 Peserta Golden Memories Asia 2019 Wakil Enam Negara Berentap Menyanyikan Lagu Nostalgia

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 359 hits
Setelah penganjuran pencarian bakat nyanyian dangdut D Academy Asia Stasiun televisyen Indosiar kembali menghadirkan program ajang pencarian bakat bertaraf Asia Golden Memories Asia Golden Memories Asia musim 1 Golden Memories Asia merupaka...
Harga Tiket Indonesia Vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia 5 9 2019

Harga Tiket Indonesia Vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia 5 9 2019

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 677 hits
Harga Tiket Indonesia vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia 5 9 2019 NANTIKAN pertembungan hebat antara pasukan Indonesia menentang Malaysia untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 Perlawanan hebat ini akan diadakan pada 5 September 2019 hari Kha...
5257 Boleh Gugat Keharmonian Sekolah Mana Lip Eng Pergi Ppim Malaysia Gazette 09 09 2019

5257 Boleh Gugat Keharmonian Sekolah Mana Lip Eng Pergi Ppim Malaysia Gazette 09 09 2019

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 437 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari menempelak Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng yang mendakwa kempen boikot barangan bukan Islam boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini Bidas Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan pe...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Fam What Happened To The World Cup Tickets



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya