11 Jenis Manusia Mendapat Doa Dari Malaikat




11 Jenis Manusia Mendapat Doa Dari Malaikat
1 - Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2 - Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'."

3 - Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4 - Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5 - Kalangan malaikat mengucapkan ‘Aamin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6 - Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7 - Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal."

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

"Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat."

8 - Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan'."

9 - Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak .."

10 - Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11 - Orang yang sedang melawat orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.” Alhamdulillah [Tazkirah Permata ilmu]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2021/07/11-jenis-manusia-mendapat-doa-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Mohon Doa Saya Dan Keluarga Sihat Elyana Sambut Hari Lahir Secara Sederhana

Hiburan Mohon Doa Saya Dan Keluarga Sihat Elyana Sambut Hari Lahir Secara Sederhana

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 295 hits
Penyanyi Elyana berkongsi sebuah hantaran gambar di akaun Instagramnya dimana dia sedang meraikan ulang tahun kelahiran yang ke 34 tahun pada hari ini AdvertisementMenerusi hantaran foto tersebut telihat Elyana sedang bergambar sambil memeg...
Pengalaman Luar Biasa Hebatnya Kuasa Doa Hampir Dibedah Yatt Hamzah Bersalin Anak Lelaki Secara Normal

Pengalaman Luar Biasa Hebatnya Kuasa Doa Hampir Dibedah Yatt Hamzah Bersalin Anak Lelaki Secara Normal

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 234 hits
Akhirnya selepas beberapa hari berada di wad untuk melahirkan bayi keenamnya Yatt Hamzah selamat melahirkan bayi lelaki pertamanya pada Sabtu lalu Berkongsi cerita mengenai kelahiran anak keenamnya Yatt terpaksa dikejar ke hospital dan di i...
Terima Kasih Allah Berkat Doa Semua Elyana Syukur Dapat Sambut Hari Lahir Ke 34

Terima Kasih Allah Berkat Doa Semua Elyana Syukur Dapat Sambut Hari Lahir Ke 34

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 277 hits
Kagum melihat semangat ibu kepada dua anak Elyana 34 yang sentiasa kuat walaupun kini sedang bertarung nyawa melawan penyakit kanser limfoma tahap empat Namun raut wajahnya tidak sedikitpun mempamerkan penderitaan yang dihadapi Timbul kekag...
Air Ketuban Makin Berkurang Terpaksa Bersalin Lebih Awal Yatt Hamzah Mohon Doa

Air Ketuban Makin Berkurang Terpaksa Bersalin Lebih Awal Yatt Hamzah Mohon Doa

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 260 hits
Kelahiran setiap anak sememangnya berbeza beza Biarpun sudah melalui beberapa kali proses melahirkan anak namun debaran pastinya masih terasa Lebih lebih lagi kala berdepan masalah ketika melahirkan Bagi Yatt Hamzah yang bakal melahirkan an...
Hadith Doa Hari Ini 3 Julai 2021 22 Dzulkaedah 1442h Sabtu

Hadith Doa Hari Ini 3 Julai 2021 22 Dzulkaedah 1442h Sabtu

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 298 hits
Hadist Hari Ini Sabtu 22 Dzul Qo dah 1442 Dari Sayyidina Adi bin Hatim berkata Saya mendengar Baginda Nabi bersabda yang maksudnya Takutlah pada siksa neraka itu sekalipun dengan memberikan sedekah potongan kurma ASH SHOFWAH AL MALIKIYYAHHi...
Cara Solat Tasbih Doa Dan Hukumnya

Cara Solat Tasbih Doa Dan Hukumnya

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 267 hits
Cara Solat Tasbih Untuk sesiapa yang ingin buat Solat Tasbih Amatlah besar fadhilatnya apatah lagi bi dilakukan pada setiap malam terutamanya di malam malam terakhir dalam bulan Ramadhan Ada beberapa kaedah untuk melakukan Solat Sunat Tasbi...
Doa Nabi Musa Tatkala Dihimpit Tekanan

Doa Nabi Musa Tatkala Dihimpit Tekanan

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 321 hits
Dalam menelusuri sirah para rasul kita melihat begitu banyak ujian yang Allah timpakan kepada mereka Ada yang terperangkap di dalam perut ikan ada yang dilanda banjir besar ada yang berhadapan dengan kaum yang melawan fitrah dan pelbagai la...
Zikir Dan Doa Laa Ilahaillallahu Wahdahuu Laa Syariikalah

Zikir Dan Doa Laa Ilahaillallahu Wahdahuu Laa Syariikalah

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 466 hits
Zikir Dan Doa Laa Ilahaillallahu Wahdahuu Laa Syariikalah Zikir Dan Doa Yang Boleh Dibaca Bila Terjaga Tengah Malam Perkongsian ini adalah yang ke beberapa kali saya tuliskan coretkan dan perkatakan Tentang doa yang boleh dibaca bila terjag...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Yoursay Don T Let Little Napoleons Hold Nation To Ransom

Europe S War Jitters

Menu Cadangan Hidangan Rumah Terbuka Hari Raya

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Filem Sheriff

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Al Kisahnya Raya 2024

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Manfaat Daun Kucai Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Faisal Asahan Kau Bersalah Aku Mengalah Chord

Gugurnya Dosa Waktu Solat

Ai Team Subscribers April 18 2024