11 Cara Jimat Nak Beli Kereta


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

11 Cara Jimat Nak Beli Kereta | Kereta satu keperluan dah sekarang. Bukan lagi kehendak. Nak ke mana-mana lebih cepat naik kenderaan sendiri. Tambah bagi yang dah bekerja dan berkeluarga. Agak mencabar nak bawa anak berderet naik kenderaan awam waktu balik kampung kan. Jadi, kereta ini satu keperluan yang patut ada. Biar pun bukan kereta yang mewah, tapi ada.

Bagi yang baru nak beli kereta atau tengah survey nak beli kereta, MF nak kongsi kan sedikit ilmu dan pengalaman untuk lebih jimat membeli kereta.


11 Cara Jimat Nak Beli Kereta
1. Menabung dan Beli Cash Nak jimat, beli kereta secara cash. Tambah kalau kereta second hand lagi digalakkan beli cash daripada beli hutang atau sambung bayar sebab bila kereta second ni, banyak kerenah dia berbanding kereta baru.

2. Beli ikut keperluan Ni point paling penting... Kenapa nak beli kereta... Kalau dah ada kereta kenapa nak beli lagi satu kereta... Kehendak atau keperluan? Fikirkan sendiri...

3. Kira gaji Kira gaji dan beli ikut keperluan dan kemampuan.

Baca juga : Kereta Yang Layak Dibeli Ikut Taraf Gaji
4. Kira Interest Rate Pinjaman Bank Kira dan bandingkan kadar interest yang rendah. Dan bandingkan juga kadar interest pinjaman kenderaan dan pinjaman peribadi sesuatu bank. Jika kadar interest pinjaman peribadi lebih rendah, ada baik ambil pinjaman peribadi dan beli kereta secara cash. Ini MF pernah buat masa beli Kereta Perdana dulu.

5. Pasti tiada komitmen hutang kereta lain Jangan tambah bebanan hutang. Pastikan hutang satu kereta dah selesai atau hampir selesai baru fikir untuk ambil kereta baru. Kalau satu belum habis, jangan ditambah yang lain... Nanti terbeban jadinya, terpaksa pula buat dua tiga kerja.

6. Bayar deposit besar. Bayar deposit besar untuk dapatkan kadar bayar bulanan yang lebih rendah. Tapi betul- betul besar la... Setakat dua tiga ribu tak memadai sangat. Kalau boleh trend in dengan harga yang sepadan pun bagus juga... Lebih jimat.

7. Beli waktu promosi Biasanya ada syarikat jual kereta akan buat promosi beli kereta dengan bayaran rebat tinggi. Contoh promosi hujung tahun atau musim perayaan.

Sumber : google
8. Beli Kereta yang jimat minyak. Kereta guna minyak bukan air. Minyak pula makin naik harga, jadi penting untuk beli kereta yang lebih jimat minyak.

Kereta dengan teknologi Hybrid dikatakan lebih jimat  dari kereta biasa.

Baca : 11 Cara Nak Jimat Minyak

9. Pasti beli kereta yang murah dan mudah dapat spare part. Ini pun penting. Kalau beli kereta yang jarang orang beli biasanya susah nak dapat spare part ataupun spare parts mahal dari biasa. Harga kereta mungkin murah, tapi tak jimat jika spare parts mahal.

Sumber :, google
Pernah dulu nak beli satu MPV tu, memang cantik, spec pun  bagus dan harga murah. Tapi bila tanya pengalaman orang spart part mahal pula.

10. Insurans dan road tax murah. Insurans murah bergantung kepada syarikat insurans dan berapa boleh cover. Tapi road tax murah ikut power enjin kereta tu sendiri... Makin besar CC sesebuah kereta makin besar juga cukai jalannya.

11. Survey dan tanya pengalaman orang lain. Tak salah juga berjimat dengan dapatkan pengalaman orang lain. Setiap orang ada caranya tersendiri untuk lebih jimat masa membeli kereta. Yang suami MF buat masa nak beli kereta dulu... Dia masuk group-group kereta kat Facebook dan dapatkan pengalaman dari mereka yang dah pakai kereta nak beli tu.

Itu je kot perkongsian MF mengenai 11 Cara Jimat Beli Kereta. Ini berdasarkan pengalaman dan pengetahuan MF yang pernah beli kereta serta perkongsian dari suami MF sendiri yang agak tahu bab-bab automotif ni.

Pengalaman MF sendiri beli kereta, pernah beli kereta seconds hand. Kami cari kereta yang layak dan mampu untuk dibeli. Mulanya nak beli MPV, tapi waktu tu MPV pun masih mahal dan MF nak beli cash, hasil lebih duit pinjaman peribadi selepas settel kan hutang lain. Tujuan nak beli tu sebab nak lebih selesa sebab anak dah dua waktu tu. Akhirnya kami ambil Proton Perdana V6. Dan masa ambil kereta second cash tu, hutang kereta suami iaitu Viva660 juga dah habis bayar. Jadi, memang ringan beban waktu tu... Segala hutang selesai... Hutang motor, kereta selesai... Bulanan cuma bayar hutang rumah dan sewa rumah.

Bila dah nak pindah ke Johor.. Mula fikir nak beli Kereta lain yang lebih besar sebab  rancang nak tambah anak juga waktu tu.. Jadi, nak ambil MPV sebab nak lebih selesa memandangkan perjalanan lebih jauh. Jadi, kami jual kereta Perdana dan ambil MPV... Jadi, komitmen bulanan sama saja seperti di KL dulu... Rumah sewa tak payah dah bayar, bayar rumah sendiri  dan kereta sahaja.

Itulah pengalaman MF bab beli kereta. Kami beli pun kereta tempatan sahaja sebab bukan untuk bergaya nampak kaya, tapi untuk lebih selesa dan keperluan keluarga. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2018/02/11-cara-jimat-nak-beli-kereta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Marah Tapi Kena Sabar Cara Ibu Ni Pujuk Anak Tantrum Dipuji Ramai

Nak Marah Tapi Kena Sabar Cara Ibu Ni Pujuk Anak Tantrum Dipuji Ramai

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 349 hits
Dalam fasa nak membesar memang perkara biasa kalau anak tantrum bila dia tak dapat apa yang diingini Sebagai ibu ayah kita memainkan peranan yang sangat penting untuk mengawal tingkah laku anak dalam keadaan yang tidak membuatkan mereka ter...
Najib Boleh Beli Ubat Sendiri Kalau Tak Nak Terima Ubat Dibekalkan Kkm Kj

Najib Boleh Beli Ubat Sendiri Kalau Tak Nak Terima Ubat Dibekalkan Kkm Kj

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 174 hits
Najib Razak boleh membeli bekalan ubat sendiri dari sumber luar jika tidak mahu menerima ubat yang dibekalkan Kementerian Kesihatan Malaysia Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada ahli keluarga beka...
Mana Nak Cari Duit Untuk Beli Emas

Mana Nak Cari Duit Untuk Beli Emas

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 324 hits
mana nak cari duit beli emas Perkara biasa kalau anda bosan di ajak bisnes Lebih baik di ajak cerita politik percuma tak perlu modal sangat
Bila Rasa Nak Bawa Kereta Saya Overthinking Kemal4ngan Jalan Raya Buat Ikmal Amry Masih Tr4uma

Bila Rasa Nak Bawa Kereta Saya Overthinking Kemal4ngan Jalan Raya Buat Ikmal Amry Masih Tr4uma

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 186 hits
Pelakon Ikmal Amry mended4hkan dia masih lagi tr4uma untuk memandu selepas terlibat dalam kemal4ngan jalan raya awal September lalu Menurut Ikmal atau nama sebenar Mohd Zulikmal Amry Ghazali 28 buat masa ini dia memilih untuk berada di baha...
Bagi Anak 5 Tahun Main Playdough Cara Nak Tengok Kemahiran Motor Anak Okay Ke Tak

Bagi Anak 5 Tahun Main Playdough Cara Nak Tengok Kemahiran Motor Anak Okay Ke Tak

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 172 hits
Untuk kebanyakan anak bila dah masuk usia 5 tahun kemahiran motor dah mantap dan dapat melakukan aktiviti yang menggunakan tangan dengan baik Namun ada beberapa tanda yang boleh diperhatikan oleh ibu ayah untuk mengetahui sama ada kemahiran...
Cara Jimat Bercuti Di Hatyai Itinerary 2 Hari 1 Malam

Cara Jimat Bercuti Di Hatyai Itinerary 2 Hari 1 Malam

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 241 hits
Rancak rakyat Malaysia bercuti ke hatyai 2022 sekarang ni Katanya lebih jimat berbanding bercuti di Pulau Langkawi Itu tak dinafikan sebab bercuti ke Pulau memang mahal bercuti dalam Negara sendiri pun makan kos juga Tambah lagi perjalanan ...
Asyraf Wajdi Koyak Sudah Tak Tahu Cara Nak Desak Pm Buat Pru 15 Awal

Asyraf Wajdi Koyak Sudah Tak Tahu Cara Nak Desak Pm Buat Pru 15 Awal

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 184 hits
agendaily com21 09 2022Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki suruh orang lain tekan butang terhadap kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Kenyataan Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki secara tidak langsung menunjukkan sudah ...
Cara Jumper Kereta Yang Betul

Cara Jumper Kereta Yang Betul

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 364 hits
Semua pemandu patut tahu antara asas dalam pemanduan kenderaan 1 Matikan EnjinDalam situasi yang memerlukan anda untuk jumper bateri kereta dengan bantuan kereta penderma anda perlu pastikan peralatan dan sistem elektrik kedua dua kereta se...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner