11 Aktiviti Yang Boleh Anda Cuba Di Pulau Nami


Sumber: Syaza travel  
Tak lengkap rasanya trip ke Korea Selatan kalau tak ke Pulau Nami. Pulau buatan manusia yang menerima kunjungan purata 1.5 juta pelancong setahun ini, bukan saja ada Winter Sonata sebagai tarikan. Tetapi banyak lagi yang membuatkan lawatan sehari takkan cukup!
 

 
 
Zip Wire
 
Untuk yang berani dan sukakan aktiviti ekstrem, boleh naik Zip Wire dari jeti Gapyeong terus ke Pulau Nami. Bayaran KRW38,000 untuk pengalaman ‘terbang’ sejauh 940 meter pada ketinggian 80 meter, selama 1 minit sahaja!
 
Tip: Sekiranya cuaca buruk, Zip Wire tidak dijalankan atas faktor keselamatan.
 
Waktu Operasi: 9.00 pagi – 7.00 malam (April ke Oktober) / 9.00 pagi – 6.00 petang (November ke Mac).
 
Berbasikal Ala Winter Sonata
Pulau Nami taklah sebesar mana. Sehari pusing dengan berjalan kaki pun boleh selesai. Tetapi untuk lebih seronok, kita boleh sewa basikal dan kayuh di sekeliling pulau. Nak lebih romantik seperti Jun-sang dan Yu-jin, basikal couple pun ada. Dan jika mahu lebih bergaya, boleh sewa Electric Tri-way!
 
Kadar sewaan adalah seperti berikut:
Basikal single: KRW4,000 (30 minit) / KRW7,000 (1 jam)
Basikal couple: KRW8,000 (30 minit) / KRW14,000 (1 jam)
Electric Tri-way: KRW10,000 (30 minit) / KRW18,000 (1 jam)
 
Tip: Terlupa bawa kereta sorong bayi? Jangan bimbang. Boleh juga sewa dengan harga KRW3,000
 
 
Kereta Api dan Sky Bike
Sekiranya tak ada banyak masa ataupun tak mahu penat kayuh basikal, boleh juga naik UNICEF Charity Train, Electric Tour Bus, ataupun Sky Bike untuk lihat Nami Island dari atas.
 
Tiket berharga:
UNICEF Charity Train: KRW3,000 (sehala)
Electric Tour Bus: KRW5,000 seorang (20 – 30 minit)
Sky Bike: KRW2,000 (12 tahun dan ke bawah) / KRW3,000 (13 tahun dan ke atas)
 
Makanan Halal
Sudah penat jalan-jalan separuh pulau, perut tentu berbunyi-bunyi minta diisi. Ada dua pilihan restoran makanan halal di sini. Asian Cuisine di bangunan Baplex menyediakan pelbagai hidangan Asia yang dijamin 100% halal oleh Korean Muslim Federation, termasuklah makanan Korea seperti bibimbap dan bulgogi. Manakala Yeonga Lunch Box di bahagian belakang bangunan yang sama, menghidangkan doshirak iaitu nasi panas dengan kimchi, tuna, dan telur goreng di dalam lunch box yang terkenal dengan nama ‘nasi goncang.’
 
Kopi & Hotteok
Berdekatan Metaseqouia Lane, Sonata Cafe menjual kopi sedap dan hotteok panas. Selepas makan tengah hari, bolehlah nikmati kedua-duanya sebagai pencuci mulut. Kebanyakan restoran dan kafe di Pulau Nami dibuka dari jam 8.30 pagi sehingga 9.00 malam.
 
 
Berjalan Di Bawah Pepohon
Kopi dan hotteok tadi boleh juga dinikmati sambil berjalan-jalan santai di beberapa laluan yang ada. Antaranya, Metaseqouia Lane yang begitu indah semasa musim salji, Gingko Tree Land yang berwarna kuning lembut sewaktu musim luruh, dan Cherry Tree Lane yang mekar dalam musim bunga. Romantik sungguh!
 
Perpustakaan Buku Bergambar Kanak-Kanak
Ibu bapa yang bawa anak-anak melancong ke Pulau Nami, Picture Book Library adalah salah satu tempat yang perlu dikunjungi. Letaknya di sebelah restoran Asian Cuisine. Sambil ibu bapa solat di surau di tingkat atas, anak-anak boleh membaca buku di sini. Kadang-kadang, ada aktiviti seperti melukis dan mewarna diadakan.
 
Picture Book Library dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
 
 
Kolam Renang
Berkunjung dalam musim panas? Sejukkan badan dengan terjun ke kolam renang di Water Garden. Peralatan mandi pun boleh disewa jika terlupa bawa.
 
Bilik Yusof Gajah  

 
Berhampiran kolam renang, ada sebuah kawasan bernama Langkami. Dinamakan sempena projek kerjasama Pulau Nami dengan Pulau Langkawi, Malaysia.
 
Di sini juga ada sebuah bilik khas untuk pelukis tersohor Malaysia iaitu Yusof Gajah. Malah kadang-kadang, mungkin kita bernasib baik boleh terserempak dengan beliau yang telah diiktiraf sebagai warganegara Nami Island bertaraf VIP di sana!
 
 
Galeri Dan Persembahan Seni
Pulau Nami begitu menghargai sastera dan seni. Selain rak buku yang dapat dilihat di sekitar pulau, ada beberapa galeri seni yang boleh kita lawati seperti Nami Island Handicraft Studio dan Yu Qing Cheng’s Happy Garden Sculpture Gallery. Galeri-galeri ini terletak di bangunan-bangunan setingkat yang bertentangan dengan Baplex.
 
Mereka juga menganjurkan pertandingan tahunan Nami Concours yang disertai oleh pelukis dari seluruh dunia. Pak Yusof Gajah adalah salah seorang jurinya. Karya para pemenang pertandingan ini dipamerkan di galeri tingkat atas Picture Book Library.
 
Pada hujung minggu pula, ada persembahan menarik. Antaranya, perarakan pancaragam maharaja zaman Joseon!
 
Menginap Di Jeonggwanru Hotel
 
Begitu banyak aktiviti yang boleh dibuat di Pulau Nami, itu sebabnya sehari tak cukup. Jangan bimbang, kita boleh bermalam di Jeonggwanru Hotel yang sangat unik!
 
Bilik bertema khusus, direka dan dihias oleh pelukis-pelukis berbeza. Ada bilik dengan dekorasi kucing dan gajah. Malah di setiap bilik ada rak buku diletakkan. Bilik seperti ini, kadar sewanya KRW119,000 satu malam. Sekiranya kita datang beramai-ramai pula, boleh sewa banglo di tebing Sungai Han. Ada lapan banglo disediakan dan mampu memuatkan lima hingga 14 orang. Harga sewaan bermula dari KRW220,000 satu malam. Kongsi ramai-ramai, jimat!
 
Maklumat tempahan bilik hotel di sini.

 
Untuk ke Pulau Nami dari Seoul, ada beberapa cara:
 
(1) Shuttle bus dari Insadong ataupun Namdaemun pada jam 9.30 pagi. Tiket berharga KRW15,000 (dewasa) / KRW13,000 (kanak-kanak) untuk perjalanan pergi – balik ataupun KRW7,500 (dewasa) / KRW6,500 (kanak-kanak) untuk perjalanan sehala.
(2) Tren ITX Cheongchun dari Stesen Yongsan ke Stesen Gapyeong sekitar 2 jam perjalanan.
(3) Tren subway Gyeongchun Line dari Stesen Sangbong ke Stesen Gapyeong sekitar 1 jam 18 minit perjalanan.
Dari Stesen Gapyeong, ambil teksi ataupun berjalan kaki dengan jarak 1.9km ke jeti.
 
Feri dari Jeti Gapyeong ke Pulau Nami bermula seawal jam 7.30 pagi dan yang terakhir pada jam 9.40 malam.
Tiket feri yang juga tiket masuk ke pulau ini berharga KRW8,000 untuk pelancong asing dewasa dan KRW4,000 untuk kanak-kanak.
 
Dapatkan lebih banyak maklumat di laman web rasmi mereka!
 
Sebenarnya, ada banyak lagi tarikan lain yang tak dapat dimasukkan di sini. Apapun, memang berbaloi-baloi kita jadikan Pulau Nami sebagai destinasi wajib dalam trip ke Korea Selatan. Dan jangan lupa bawa kamera dengan kad memori besar bersama!
 
Sumber : Have Halal Will Travel 
The post 11 Aktiviti Yang Boleh Anda Cuba Di Pulau Nami appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/11-aktiviti-yang-boleh-anda-cuba-di-pulau-nami/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini 5 Penganti Tepung Jagung Dalam Masakan Korang Boleh Cuba Ye

Ini 5 Penganti Tepung Jagung Dalam Masakan Korang Boleh Cuba Ye

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 696 hits
Ramai tahu tepung jagung berfungsi membantu memekatkan kuah dan sos Namun pernahkah ada waktunya bila korang ingin menggunakan tepung jagung tapi kehabisan pulak Jangan risau atau tak jadi masak hanya kerana kehabisan tepung jagung Sebenarn...
7 Doa Terbaik Untuk Anak Anak Ibu Bapa Boleh Cuba Amalkan Rileks Media

7 Doa Terbaik Untuk Anak Anak Ibu Bapa Boleh Cuba Amalkan Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 635 hits
DOA TERBAIK UNTUK ANAK Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah Anak yang baik dan mendengar kata kata ibu bapanya Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka ...
Tips Dan Langkah Senang Untuk Menabung Hanya Guna Maybank2u Anda Pun Boleh Cuba

Tips Dan Langkah Senang Untuk Menabung Hanya Guna Maybank2u Anda Pun Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 567 hits
Namun apa yang menariknya bagi anda yang mempunyai akaun simpanan Maybank melalui Maybank2U anda sebenarnya boleh menabung dengan cara yang paling mudah Macam mana nak buat Jom tengok langkah langkah di bawah RUGINYA KALAU TAK TAHU CARA PAL...
8 Koleksi Resipi Sotong Paling Senang Masak Mak Mak Boleh Cuba Ni

8 Koleksi Resipi Sotong Paling Senang Masak Mak Mak Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 643 hits
Sotong antara seafood yang digemari ramai kerana rasanya yang sedap mudah disedia dan sedapdimakan Menariknya sotong boleh dipelbagai cara memasak dan menu ikut selera keluarga korang Kepada penggemar sotong berikut RASA kongsikan lapan res...
5 Cara Buat Kacang Salut Tepung Yang Sedap Mudah Sangat Boleh Cuba Ni

5 Cara Buat Kacang Salut Tepung Yang Sedap Mudah Sangat Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 1430 hits
Kacang Tanah Salut Tepung antara kudapan menjadi kegemaran ramai terutamanya Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya permintaannya menjadi tinggi sehingga kehabisan di pasaran Pun begitu ada juga sesetengah kacang yang dijual tidak ra...
3 Resepi Kuih Dari Bunga Telang Yang Boleh Anda Cuba Sedap Dan Unik Rasanya

3 Resepi Kuih Dari Bunga Telang Yang Boleh Anda Cuba Sedap Dan Unik Rasanya

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 984 hits
3 Resepi Kuih Dari Bunga Telang Yang Boleh Anda Cuba Sedap Dan Unik RasanyaBunga telang berwarna biru dan boleh menjadikan makanan menjadi unik disebabkan warnanya
6 Menu Jalanan Thai Yang Simple Sedap Kalau Nak Buat Bisnes Boleh Cuba Ni

6 Menu Jalanan Thai Yang Simple Sedap Kalau Nak Buat Bisnes Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 612 hits
Kata orang Thailand syurga makanan kerana di negara ini terdapat pelbagai makanan yang sedap murah dan segar Oleh itu kalau anda berpeluang ke Thailand jangan lupa menikmati beberapa makanan streat food yang memang terbaik dan sesuai dengan...
Kepada Para Ibu Dan Bakal Ibu Boleh Cuba Susu Majdulina Keluaran Muslim

Kepada Para Ibu Dan Bakal Ibu Boleh Cuba Susu Majdulina Keluaran Muslim

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 320 hits
Assalamualaikum Kepada ibu dan bakal ibu mithali diluar sana sy ingin berkongsi khasiat susu majdulina anda nak tau Jom baca sampai habis Ternyata ia untuk si baby comel manja anda la Susu si manja Majdulina Okey di sini nak cerita antara f...
Kakak Kongsi Cara Mudah Buat Tart Telur Kulit Paratha Anda Pun Boleh Cuba

Kakak Kongsi Cara Mudah Buat Tart Telur Kulit Paratha Anda Pun Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 525 hits
Kakak Kongsi Cara Mudah Buat Tart Telur Kulit Paratha Anda Pun Boleh Cuba Mak mak penggemar tart telur tak perlu susah susah dah nak buat kulit tart ni Cara yang paling mudah boleh guna kulit paratha yang dibeli di kedai
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan

Boat Tail Blues Origins Of The Fx Super Glide And Its Infamous Saddle