100 Kubur Di Kampung Pengkalan Maras Berisiko Hanyut Dipindahkan Mulai Hari Ini


100 Kubur Di Kampung Pengkalan Maras Berisiko Hanyut Dipindahkan Mulai Hari Ini
KUALA NERUS, 2 Ogos (Bernama) — Sebanyak 100 buah kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Maras di Batu Rakit dekat sini dipindahkan secara berperingkat mulai hari ini, kerana berisiko hanyut ekoran hakisan pantai.
Mufti Terengganu Datuk Dr Mohamad Sabri Haron berkata kerja-kerja pengalihan kubur yang kini telah terletak terlalu hampir dengan pantai, diluluskan oleh pihaknya dan dilaksanakan Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus, dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Pejabat Daerah Kuala Nerus, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Pengkalan Maras serta bantuan daripada penduduk kampung.
“Tiada masalah untuk mengalihkan kubur-kubur yang berisiko, kerana ia akan membawa masalah yang lebih besar sekiranya tidak dipindahkan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Mohamad Sabri berkata kerja-kerja pengalihan kubur-kubur terlibat ke lokasi baharu iaitu Tanah Perkuburan Islam Hajar Kampung Gong Awang Lib, yang terletak kira-kira dua kilometer dari tanah perkuburan asal, akan disiapkan secepat mungkin sebelum musim tengkujuh nanti.
“Sebolehnya kita buat secepat mungkin sebelum berlaku hakisan lebih teruk pada musim tengkujuh, kerana bimbang ada kubur yang akan hanyut lagi, tetapi bergantung juga kepada situasi seperti cuaca dan sebagainya,” katanya.
Pada hujung November tahun lepas, lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula selepas dihanyutkan ombak ekoran hakisan pantai.
Dalam pada itu Norhayati Sulaiman, 51, berkata beliau bersyukur kerana kerisauannya selama ini berakhir apabila kubur ayahnya Allahyarham Sulaiman Jusoh yang meninggal dunia pada 2010 akibat sakit tua, dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat.
“Sejak setahun dua ini walaupun bukan pada musim tengkujuh, apabila saya melawat kubur arwah ayah, saya akan rasa muka terkena percikan air pantai. Kubur arwah ayah hanya terletak kira-kira dua meter sahaja dari pantai, jadi perkara itu amat meresahkan saya selama ini,” kata suri rumah itu.
Beliau juga bersyukur dan berterima kasih atas keperihatinan semua pihak yang menggembleng tenaga dalam memindahkan kubur-kubur berisiko termasuk kubur arwah ayahnya itu.
Laila Othman, 57, pula berkata meskipun masalah hakisan pantai di tanah perkuburan tersebut dianggap musibah oleh segelintir pihak, namun beliau bersyukur kerana dapat melepaskan kerinduan apabila melihat sendiri proses pemindahan kubur suaminya hari ini.
“Alhamdulillah hari ini saya rasa seolah-olah Allah S.W.T memberi keizinan untuk ‘jumpa’ semula arwah suami Mustafa Adong yang meninggal dunia pada 20 Dis 2012 akibat kencing manis, walaupun dalam keadaan berbeza,” kata kakitangan kerajaan negeri itu.
Sementara itu tinjauan Bernama di tanah perkuburan yang dipercayai berusia lebih 100 tahun itu mendapati, setakat 12 tengah hari tadi sebanyak lima jenazah telah berjaya dikeluarkan untuk dipindahkan ke lokasi perkuburan yang baharu.
Sumber: BERNAMA
The post 100 Kubur Di Kampung Pengkalan Maras Berisiko Hanyut Dipindahkan Mulai Hari Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/02/100-kubur-di-kampung-pengkalan-maras-berisiko-hanyut-dipindahkan-mulai-hari-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kubur Allahyarham Zara Qairina Akan Digali Semula Hari Ini

Kubur Allahyarham Zara Qairina Akan Digali Semula Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 126 hits
KOTA KINABALU Permohonan untuk menggali semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Papar hari ini kata peguam Hamid Ismail Zaraz Kami baru dimaklumkan sebentar tadi dan sedang dalam perjalanan ke ...
Walaupun Pembeli Masih Menguasai Indeks Nasdaq 100 Namun Terdapat Potensi Untuk Pembetulan Harga Menurun Pada Hari Ini

Walaupun Pembeli Masih Menguasai Indeks Nasdaq 100 Namun Terdapat Potensi Untuk Pembetulan Harga Menurun Pada Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 131 hits
Indeks Nasdaq 100 Khamis 24 Julai 2025 Dengan kewujudan perbezaan arah antara pergerakan harga Indeks Nasdaq 100 dan petunjuk RSI ini menunjukkan bahawa NDX berpotensi mengalami pembetulan harga yang terhad dalam masa terdekat walaupun pemb...
Sultan Pahang Bantu Membina Semula Rumah Mangsa Kebakaran Di Kampung Cherok Paloh Hari Ini

Sultan Pahang Bantu Membina Semula Rumah Mangsa Kebakaran Di Kampung Cherok Paloh Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 164 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli melawat mangsa kebakaran di Kampung Cherok Paloh Pekan hari ini Keberangkatan baginda kira kira pukul 5 20 petang di tapak rumah i...
Resipi Ayam Tiga Aroma Lauk Tengah Hari Lain Dari Yang Lain

Resipi Ayam Tiga Aroma Lauk Tengah Hari Lain Dari Yang Lain

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 184 hits
Resipi ayam tiga aroma ini bukan saja harum tapi penuh dengan rasa Sesuai untuk mereka yang suka lauk berempah dan pedas Kuahnya pekat rasa daun ketumbar pudina dan rempah rempahnya sangatlah membangkitkan selera Nak buat pun senang sesuai ...
Subsidi Tamat Hari Ini Harga Telur Tak Naik

Subsidi Tamat Hari Ini Harga Telur Tak Naik

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 106 hits
30 biji telur gred A B dan C masih dijual antara RM10 40 hingga RM12 60 di pasar raya sekitar ibu negara Pengguna digesa kemuka aduan kepada KPDN jika harga telur naik secara tidak munasabah susulan penamatan subsidi berkuat kuasa hari ini ...
Mua Bellaz Raikan Hari Lahir Anak Anak Secara Sederhana Curi Perhatian Warganet

Mua Bellaz Raikan Hari Lahir Anak Anak Secara Sederhana Curi Perhatian Warganet

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 145 hits
Jurusolek terkenal MUA Bellaz baru baru ini telah mengadakan majlis sambutan hari lahir buat dua anaknya Ean Yusuf dan Aisywara Nealofa Majlis itu diadakan secara sederhana dan mendapat perhatian ramai apabila perkongsian mengenainya tular ...
Suspek Tikam Polis Di Jalan Yew Disyaki Bawah Pengaruh Dadah Direman 7 Hari

Suspek Tikam Polis Di Jalan Yew Disyaki Bawah Pengaruh Dadah Direman 7 Hari

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 160 hits
Suspek tikam polis di Jalan Yew disyaki bawah pengaruh dadah direman 7 hari Berita disiarkan BH Online semalam KUALA LUMPUR Lelaki yang menikam seorang anggota polis dalam kejadian di Pasar Pudu Jalan Yew di sini semalam dipercayai bertinda...
Kelantan Sidang Dun Cuma Separuh Hari Banyak Antara Soalan Yang Dikemukakan Tidak Dijawab

Kelantan Sidang Dun Cuma Separuh Hari Banyak Antara Soalan Yang Dikemukakan Tidak Dijawab

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 129 hits
Sidang DUN Kelantan cuma separuh hari Mohd Amar nafi kerajaan takut soalan pembangkangSITI NUR ZAWANISpeaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah menafikan kerajaan negeri takut dengan soalan dibangkitkan pembangkang sehingga menamatkan si...
Prinsip 90 10 Bukan Hari Kau Yang Teruk Tapi Cara Kau Reaksi

Prinsip 90 10 Bukan Hari Kau Yang Teruk Tapi Cara Kau Reaksi

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 147 hits
Prinsip 90 10 Bukan Hari Kau Yang Teruk Tapi Cara Kau Reaksi Kadang kadang satu kejadian kecil boleh rosakkan seluruh hari Tengah breakfast anak tertumpah kopi atas baju kau Kau marah Anak menangis Isteri disalahkan Bergaduh Anak terlepas b...
Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Delicious Healthy Ground Turkey Zucchini Recipes

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Drama Rumah Tanpa Luka

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pasti Menang Ibc Tours Imbas Menang Rm1 Juta Di Matta Fair 2025

Bapa Penyayang Fattah Amin Kongsi Momen Sweet Bawa Anak Tunggal Ke Disneyland

Pelancong Israel Lunyai Dibelasah Penghuni Resort

Jawatan Presiden Fam Bakal Bertukar

My Chemical Romance Mama Chord

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air