10 Tips Elakkan Alergen Di Rumah


Assalamualaikum wbt..
Apa maksud alergen nie? Ianya adalah merupakan bahan yang berupaya penyebab alergi atau alahan. Rumah yang kita duduki ini seharusnya sentiasa berada dalam keadaan bersih bagi mengelakkan sebarang ketidakselesaan seperti kegatalan kulit, kegatalan mata, bersin atau lelah. 
Lebih-lebih lagi jika kita ada anak kecil yang sensitif pada sebarang habuk dan kekotoran. Tips yang saya nak kongsi pada awak nie boleh dijadikan panduan agar diri kita dan seluruh keluarga tersayang tidak mengalami alergi di rumah.

Soft toys - Basuh soft toys yang sering dipeluk oleh anak sebulan sekali. Jika ia tak boleh dibasuh kerana terdapat bateri di dalam badan soft toys tue, bungkus ia di dalam plastik dan letakkan ke dalam peti sejuk selama 24 jam. Kaedah sebegini mampu membunuh hama yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Kalau boleh, gantikan soft toys tue dengan permainan yang takde bulu dan digalakkan cuci permainan anak-anak dengan air suam yang dicampur sedikit dengan cecair pembasmi kuman

Permaidani - Pilihlah permaidani yang mudah dicuci. Jika kita tak dapat nak menghantarnya ke dobi, pastikan permaidani dibersihkan dengan penyedut hampagas seminggu sekali. Awak juga digalakkan menggunakan penyedut hampagas yang mempunyai stim atau wap panas bagi membasmi hama

Cadar - Cuci cadar seminggu sekali dengan air panas. Pastikan juga awak melapik tilam dengan alas tilam anti hama

Langsir / bidai - Pastikan awak membeli langsir yang tahan lasak serta mudah dicuci tanpa risau yang langsir tue akan rosak. Jika rumah awak menggunakan bidai, pastikan awak kerap membersihkannya daripada habuk

Perabot - Sekiranya perabot awak berasaskan fabrik, bersihkannya dengan menggunakan penyedut hampagas secara kerap. Ini kerana ia mudah memerangkap habuk dan ia tak elok untuk kesihatan terutamanya jika awak suka berbaring di situ. Begitu juga dengan throw cushion. Jika tak mahu membasuhnya, bersihkan saja dengan menggunakan penyedut hampagas.
Tab mandi / pancuran air - Setiap kali sebelum mandi, pastikan awak menyental tab mandi dan bilik mandi bagi mencegah pembiakan kulapuk. Formula mudah untuk kita amalkan adalah hari nie, kita sental mangkuk tandas, esok pula sental dinding bilik mandi, lusa pula lantai bilik mandi, dan seterusnya. Lama kelamaan formula nie akan jadi rutin kita setiap kali nak mandi. 
Tumbuhan berpasu - Jika awak seorang yang gemar meletakkan tumbuhan hidup di dalam rumah, pastikan awak menabur batu kerikil di atas tanah di dalam pasu yang mungkin mengandungi kulapuk. Dengan cara sebegini, peredaran udara di dalam rumah tidak tercemar dengan kulapuk yang mungkin berterbangan ditiup kipas angin. Setiap minggu, buang lebihan air siraman pada piring berlapik pasu. Sental sehingga bersih piring itu bagi mengelakkan nyamuk aedes  bertelur di dalamnya dan jika ada tumbuhan berair, letakkan ubat penghapus jentik-jentik

Tong sampah - Pastikan awak membawa keluar setiap hari plastik sampah tidak kiralah ia penuh berisi ataupun tidak. Jadi ruang dapur takkan berbau busuk dek sampah yang tidak diselenggara dengan baik. Jangan sesekali biarkan sampah itu lama-lama sehingga berulat kerana situasi in boleh mendatangkan penyakit

Peti sejuk - Sila buang kesemua makanan dan minuman yang telah luput tarikh. Bagi mengelakkan kulapuk membiak di sekitar peti sejuk,lap bahagian dalam dan luar peti sejuk dengan kain yang lembap dan keringkan. Untuk elakkan peti sejuk berbau busuk, awak boleh letakkan bungkusan arang yang dibungkus dalam uncang fabrik. Fungsi arang nie adalah untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan di dalam peti sejuk

Jangan hisap rokok - Pantang sungguh jika ada yang merokok di dalam rumah. Jangan dalam rumah, merokok di luar rumah pun tetap tidak elok untuk kesihatan. Asap rokok boleh menyebabkan masalah pernafasan bukan sahaja buat perokok malah lebih memburukkan keadaan apabila yang tidak merokok menerima kesan yang lebih buruk. Jika masih ada ahli keluarga kita yang merokok, pastikan mereka merokok di luar rumah. Sediakan bekas abu rokok dan jangan sesekali membuang puntung rokok merata tempat kerana ianya amat merbahaya walaupun kecil

Semoga ianya bermanfaat.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2020/06/10-tips-elakkan-alergen-di-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Aman Masuk Rumah Usai Bepergian Tanpa Membawa Virus Corona

Tips Aman Masuk Rumah Usai Bepergian Tanpa Membawa Virus Corona

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 254 hits
Barang digunakan di luar dengan disinfektan agar virus yang kemungkinan telah menempel pada permukaan barang barang tersebut lumpuh dan mati
13 Tips Deco Balkoni Rumah Dengan Konsep Mini Garden

13 Tips Deco Balkoni Rumah Dengan Konsep Mini Garden

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 3823 hits
10 Idea Deco Balkoni Rumah dengan Konsep Mini Garden Assalamualaikum Sejuk mata memandang bila melihat tumbuh tumbuhan yang menghijau dengan kehadirang bunga yang pelbagai warna Tenang rasa hati melayan perasaan sambil menghirup udara yang ...
Gaji Rm1 500 Tapi Mampu Beli Rumah Kereta Kahwin Dan Simpanan Rm33k Ikut Sahaja Tips Lelaki Ini

Gaji Rm1 500 Tapi Mampu Beli Rumah Kereta Kahwin Dan Simpanan Rm33k Ikut Sahaja Tips Lelaki Ini

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 620 hits
Sekadar Gambar HiasanBujang gaji RM 1500 bln blh beli 3 buah rmh kereta kahwin saving RM33k Tiada apa yg mustahil kalau kita berusaha Idea ini datang dari sahabat sy Penulis asal Hamba TuhanSaya bagi Contoh seorang yang baru bekerja dengan ...
Rumah Perakku 2020 Pendaftaran Permohonan Semakan

Rumah Perakku 2020 Pendaftaran Permohonan Semakan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 780 hits
RUMAH PERAKKU 2020 PENDAFTARAN PERMOHONAN SEMAKAN Kerajaan negeri Perak telah mengumumkan 50 000 Rumah Perakku bakal dibina di kawasan bandar dan luar bandar Antara objektif utama skim bantuan ini diperkenalkan agar rakyat Perak terutama da...
Eatzeely Mudahkan Wanita Dan Suri Rumah Untuk Mendapatkan Barangan Runcit

Eatzeely Mudahkan Wanita Dan Suri Rumah Untuk Mendapatkan Barangan Runcit

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 499 hits
Assalamualaikum Hari ini bermula fasa PKPP yang mana kerajaan telah umumkan bahawa rakyat Malaysia telah dibenarkan untuk keluar rumah dan merentas negeri dengan syarat mematuhi norma baharu yang telah ditetapkan Dah tak risau sangat nak ke...
Satu Keluarga Di Cipondoh Tewas Saat Api Membakar Rumah Mereka

Satu Keluarga Di Cipondoh Tewas Saat Api Membakar Rumah Mereka

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 225 hits
Diduga meninggal karena kehabisan oksigen dan terpanggang Ketiga ditemukan di dua lokasi berbeda Ibunya di kamar mandi sementara ayah dan anak di ruang belakang kata Kasubag Humas Polres Metro Tangerang Kompol Abdul Rachim
Video Setapak Detik Cemas Disamun Depan Rumah

Video Setapak Detik Cemas Disamun Depan Rumah

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 428 hits
Seorang pekerja swasta berhadapan detik cemas apabila disamun dua penjenayah di hadapan sebuah rumah di Taman Setapak di sini Ahad lalu Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata dalam kejadian pada jam 3 pagi wa...
Lama Sangat Duduk Rumah Remy Ishak Jumpa Doktor Sebab Kemurungan

Lama Sangat Duduk Rumah Remy Ishak Jumpa Doktor Sebab Kemurungan

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 518 hits
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan yang bermula sejak 18 Mac 2020 ramai yang terpaksa duduk dirumah dan tidak melakukan sebarang pekerjaan kerana masalah pendemik Covid 19 Susulan daripada itu menerusi Berita Harian pelakon kacak...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

When The Jackals Rule

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More

Baucar Buku Guru Usaha Kerajaan Kukuhkan Budaya Ilmu