Rumah Perakku 2020 Pendaftaran Permohonan Semakan
RUMAH PERAKKU 2020: PENDAFTARAN,PERMOHONAN & SEMAKAN
Kerajaan negeri Perak telah mengumumkan 50,000 Rumah Perakku bakal dibina di kawasan bandar dan luar bandar.
Antara objektif utama skim bantuan ini diperkenalkan agar rakyat Perak terutama daripada golongan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri.
Rumah Perakku terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
Kos Rendah
Kos Sederhana
Mesra Milik
HARGA RUMAH PERAKKU
Harga yang ditawarkan berbeza mengikut:
Zon A – Kawasan Bandar
Zon B – Kawasan Luar Bandar
Rumah Kos Rendah
Zon A – RM90,000 ke bawah
Zon B – RM70,000 ke bawah
Rumah Kos Sederhana
Zon A – RM90,001 – RM180,000
Zon B – RM70,001 – RM140,000
Rumah Perakku 3 (Mesra Milik)
Zon A – RM180,001 – RM250,000
Zon B – RM140,001 – RM240,000
Bagi yang berniat nak beli rumah, baca tentang SEMAKAN INSENTIF KEMPEN PEMILIKAN RUMAH(HOC) 2020 di bawah PENJANA,banyak insentif menarik
MAKLUMAT PROJEK RUMAH PERAKU 2020
Rumah Perakku Bidor
Daerah – Batang Padang
Mukim – Bidor
Harga Minimum – RM70,000
Harga Maksimum – RM140,000
Rumah Perakku Kos Sederhana Desa Pengkalan
Daerah – Kinta
Mukim – Sungai Terap
Harga Minimum – RM70,000
Harga Maksimum – RM140,000
Rumah Perakku Mampu Milik Bidor
Daerah – Batang Padang
Mukim – Bidor
Harga Minimum – RM140,000
Harga Maksimum – RM250,000
Rumah Mampu Milik Pekan Dato Ahmad Said
Daerah – Kinta
Mukim – Ulu Kinta
Harga Minimum – RM238,000
Harga Maksimum – RM330,650
Rumah Perakku 90k Malim Nawar
Daerah – Kampar
Mukim – Pekan malim Nawar
Harga Minimum – RM90,000
Harga Maksimum – RM90,000
Rumah Perakku 90k Tronoh
Daerah – Kinta
Mukim – Belanja
Harga Minimum – RM90,000
Harga Maksimum – RM90,000
Rumah Perakku 1 Rumah Bandar ( Town House)
Daerah – Kampar
Mukim – Pekan Malim Nawar
Harga Minimum – RM70,000
Harga Maksimum – RM90,000
Rumah Perakku kos Sederhana Kg Serdang Setiawan
Daerah – Manjung
Mukim – Setiawan
Harga Minimum – RM168,000
Harga Maksimum – RM168,000
Rumah Perakku Kos Rendah Kg Serdang Setiawan
Daerah – Manjung
Mukim – Sitiawan
Harga Minimm – RM70,000
Harga Maksimum – M85,000
PENDAFTARAN RUMAH PERAKKU 2020
DAFTAR RUMAH PERAKKU 2020
Sila layari laman portal Lembaga Perumah & Hartanah Perak
Lengkapkan maklumat dan tekan daftar RUMAH PERAKKU 2020
Setiap pendaftaran permohonan rumah yang berjaya, pemohon akan menerima email yang mengandungi maklumat akses ke akaun pemohon.
Pemohon dikehendaki mengemaskini maklumat pemohon dan dokumen-dokumen berkaitan permohonan rumah dalam kadar yang secepat mungkin.
Pemohon boleh mengemaskini profil dan permohonan rumah atau menyemak status permohonan rumah
CARA PERMOHONAN RUMAH PERAKKU 2020
Selain permohonan online seperti di atas, anda juga boleh memohon Rumah Perakku melalui borang.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang Rumah Perakku yang boleh dimuat turun di sini.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN
Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan bagi memohon skim rumah tersebut. Antaranya:
Mestilah Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja yang layak memohon
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
Anda mestilah mengisi borang dengan selengkapnya.
Sekiranya dipanggil ke temuduga, berikut antara dokumen-dokumen yang perlu anda bawa:
Salinan kad pengenalan terbaru Pemohon dan isteri/suami.
Salinan sijil nikah / Daftar perkahwinan
Salinan sijil kelahiran / kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan.
Salinan Surat CCRIS dan CTOS (Jika Ada)
Salinan slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut-turut dan Penyata KWSP pemohon dan isteri/suami.
Surat pengesahan dan perakuan Pendapatan bulanan pemohon dan isteri/suami dari Ahli Dewan undangan Negeri
(ADUN)/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Sekeping gambar warna Ukuran pasport(Terbaru).
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH PERAKKU
Status permohonan boleh disemak di portal rasmi http://lphp.perak.gov.my/semak.php
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sekiranya terdapat sebarang persoalan, anda bolehlah hubungi:
LEMBAGA PERUMAHAN & HARTANAH PERAK ARAS G, BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUAN, JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB, 30000 IPOH, PERAK.
Atau telefon ke nombor 05-209 5000
The post RUMAH PERAKKU 2020: PENDAFTARAN,PERMOHONAN & SEMAKAN appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/rumah-perakku-2020-pendaftaranpermohonan-semakan.html