10 Tips Dan Panduan Percutian Bajet Ke Jepun


10 Tips Dan Panduan Percutian Bajet Ke Jepun | Sis pasti kalian semua ada impian untuk bercuti di luar negara. Percutian di luar negara memang best. Tapi, ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum kita bercuti di luar negara. Perancangan sangat penting supaya aktiviti kita di sana ketika tengah bercuti tidak terganggu. Bayangkan kalau kalian terhad seminggu untuk bercuti di luar negara.

Sekiranya jadi apa - apa tanpa dirancang amat menyusahkan lah ya. Kalian ingin merasa bagaimana hidup di dalam arus teknologi yang canggih dan semakin membangun? Jepun adalah jawapannya. Jepun adalah sebuah negara yang mempunyai empat musim. Pastinya, ada orang suka bercuti ketika musim bunga, ada yang musim sejuk.

Buat orang Malaysia macam kita yang belum pernah nikmati percutian ke negara yang ada 4 musim memang terlalu teruja. Seperti yang kita ketahui Jepun merupakan salah satu negara yang termaju di dunia dan masih berkerja keras untuk menandingi negara-negara yang lain.

Disebalik kesibukan negaranya, tersembunyi pelbagai tempat yang menjadi tarikan pelancong dari setiap pelosok dunia. Walaupun teknologi masih berkembang, Jepun masih mengekalkan budaya dan warisannya seperti Geisha dan Kyoto. Tidak lupa juga kepada sajian makanan Jepun seperti sushi, bento, oden dan banyak lagi.

Jadi hari ini sis akan kongsi beberapa tips untuk anda buat persiapan kalau kalian ingin melancong ke Jepun. Ramai yang kata percutian ke Jepun akan menelan belanja yang agak mahal. Memang tidak dapat dinafikan kerana penduduk di Jepun juga menanggung kos sara hidup yang tinggi. Tetapi jika kalian bijak, kalian mungkin dapat mengurangkan sedikit bajet untuk bercuti ke sana.

Diharapkan sedikit sebanyak info yang sis dapat kongsikan kepada anda mengenai persiapan untuk melancong ke Jepun.


Tips Dan Panduan Percutian Bajet Ke Jepun 

1. Pilih Tiket Penerbangan Yang Sesuai Dengan Bajet
Tiket penerbangan adalah satu perkara yang perlu dititik beratkan jika kalian mempunyai bajet yang sederhana. Cuba pertimbangkan airline yang masih didalam bajet anda. Anda boleh memilih Scoot Flight dengan cuba mendapatkan Scoot Flight Promotion dari Traveloka. Cuba bandingkan harga flight supaya anda dapat mencapai harga seperti di dalam bajet anda.

Di web Traveloka tu juga anda boleh memilih ke pelbagai destinasi yang lain contohnya Singapore to Penang jika anda dari Singapore. Ini kerana Traveloka menjaga kualiti perkhidmatannya di setiap negara.

Berikut disenaraikan beberapa panduan yang boleh digunakan untuk book tiket penerbangan.

1. Lakukan carian tiket flight pada waktu tengah malam dan bukan waktu peak-hour.
2. Kerap lakukan carian bagi mendapatkan harga promo atau harga yang lebih murah.
3. Tempahan tiket yang lebih awal adalah digalakkan. Sekurang-kurangnya 6 bulan awal.

2. Pemilihan Penginapan di Jepun
Terdapat banyak pilihan penginapan yang tersedia di Jepun dan antaranya ialah hotel 5 bintang, hotel kapsul, dorm atau guest house. Kebanyakkan tempat penginapan ini adalah menjadi tumpuan pelancong lebih-lebih lagi di bandar Tokyo.

Jika anda ke Jepun secara solo atau partner, sis cadangkan anda untuk menginap di hotel kapsul sahaja. Kalau anda mempunyai bajet yang lebih untuk penginapan, anda boleh cuba menginap di hotel. Tetapi jika anda bergerak dalam group, saya lebih cadangkan untuk anda pertimbangkan menginap di guest house. Jadi anda boleh memasak bagi mengurangkan kos untuk makanan.

Bagi yang membuat keputusan untuk menginap di hotel kapsul, anda perlu bersedia untuk keluar dari comfort zone anda kerana hotel kapsul mempunyai bilik yang kecil dan katil. Anda perlu kongsi bilik air dengan pelancong yang lain.

3. Makanan Halal di Jepun
Mesti ada yang tertanya susah tak nak cari makanan halal di Jepun ?. Makanan di Jepun bagi satu hidangan dewasa boleh mencecah Rm70-80. Jika anda pandai untuk mencari yang murah, anda mungkin boleh dapat serendah Rm40/hidangan/pax. Tapi saya cadangkan supaya anda masak sahaja di guest house atau makan berat di restoran sehari sekali sahaja.

Ini kerana anda boleh mendapatkan makanan yang lebih murah di 7E, Family Mart atau convenient store yang tersedia di sana. Pemilihan makanan anda tak perlu risau kerana kebanyakan makanan nya adalah sama seperti yang makanan Jepun yang dijual di Malaysia. Sedap, lebih murah, banyak pilihan dan mengenyangkan.

Untuk pelancong muslim, makanan halal juga mudah untuk dijumpai. Jadi tiada masalah untuk anda mendapatkan restoran yang menjual makanan halal.


4. Pengangkutan Di Jepun
Majoriti rakyat Jepun hanya menggunakan keretapi laju dan berjalan kaki sahaja untuk ke mana-mana. Disebabkan itu, sistem ketibaan train di setiap stesen adalah kerap dan menepati masa. Jika anda ingin melancong lebih dari satu daerah di Jepun, apa yang anda boleh lakukan ialah untuk membeli Japan Rail Pass bagi memudahkan perjalanan anda. Penggunaan pas ini adalah tidak terhad. Anda boleh gunakan berapa banyak yang anda suka.

Ataupun anda boleh dapatkan Pasmo jika ingin berjalan di dalam satu daerah sahaja. Fungsi Pasmo ini adalah sama seperti kad touch and go yang ada di Malaysia. Ia akan memudahkan lagi perjalanan anda kerana anda tidak perlu beratur untuk membeli tiket.

5. Jangan Ambil Teksi 
Terlalu mahal. Pilih pengangkutan yang lain seperti bas dan kereta api.

Ada beberapa tips tambahan lain yang perlu diambil kira seperti di bawah :

6. Sediakan Destinasi Yang Ingin Dituju Dalam Bahasa Jepun
Orang Jepun kebanyakannya ada yang tidah fasih dalam bahasa inggeris. Mereka banyak berkomunikasi dalam bahasa Jepun. Jadi, ini amat penting untuk memudahkan kalian ke sana nanti. Kalau kita "print" dulu beberapa maklumat penting seperti hotel, restoran atau tempat yang ingin dituju, dapat menjimatkan masa.



7. Belajar Beberapa Ayat Lazim Dalam Bahasa Jepun
Cuba belajar beberapa perkataan mudah dalam bahasa Jepun. Senang bila nak berkomunikasi dengan orang Jepun walaupun perkataan mudah. Sekarang ini dah boleh belajar online, google sahaja untuk mencari beberapa perkataan mudah. Ataupun muat turun aplikasi yang ada pembelajaran online untuk bahasa Jepun

8. Bawa Botol Kosong 
 Ini kerana air paip di Jepun adalah selamat di minum. Bawa botol kosong adalah untuk memudahkan untuk isi air minuman. Jimat duit belanja kan.

9. Sentiasa ingat cara untuk berdiri semasa menaiki lif. Kosongkan bahagian kiri bagi mereka yang ingin cepat

Lain negara, lain budaya kan. Di Jepun, orang Jepun memang berdisiplin dalam setiap perkara. Mereka mempunyai etika yang tertentu yang belum bagi kita terasa nak buat. Tapi masyarakat Jepun di sana sudah biasa.

Ini termasuklah nak gunakan lif. Dinasihatkan jangan jadi orang pertama masuk lif. Masuk lif jadi orang pertama, nanti kalian akan jadi "kapten"lif dan kena berdiri berdekatan dengan panel kawalan. Kena jadi tukang tekan panel sampai lah orang habis keluar dan kalian yang terakhir kena keluar.

10. Pemilihan Jenis Plug 2 Pin Leper Menegak Dan Power Voltage 100 V
Ini lagi satu tips penting sebelum kalian melancong ke Jepun. Setahu sis, penggunaan plug ada setengah negara tak sama dengan Malaysia dan ini termasuklah negara Jepun. Di Jepun, plug 2 pin berbentuk leper menegak.

Jadi sebelum ke Jepun, boleh beli terlebih dahulu plug converter ataupun universal adapter. Plug ini boleh didapati di mana - mana kedai hardware atau pasaraya.

Tidak kira lah kalian seorang backpaper atapun bercuti bersama dengan keluarga. Diharapkan ke semua tips ini dapat membantu untuk kalian merancang percutian ke Jepun dengan lebih tersusun.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2020/01/tips-dan-panduan-percutian-bajet-ke-jepun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Melancong Ke Jepun

Tips Melancong Ke Jepun

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 297 hits
tahukah kalian Jepun atau Japan merupakan antara negara termahal di dunia banyak perkara menarik yang boleh dijadikan pengalaman kekal jika kalian ke sana teknologi yang canggih Gunung Fujiyama yang menakjubkan makanan yang mudah didapati d...
Panduan Tips Lulus Muet

Panduan Tips Lulus Muet

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 306 hits
Malaysian University English Test merupakan satu exam yang wajib diaimbil bagi setiap pelajar yang ingin sambung pelajaran di peringkat IPT MUET ini boleh dikatakan sebagai lesen untuk masuk Universiti khususnya dalam program Ijazah Jadi ke...
Tips Panduan Elak Risiko Koronavirus Pada Kanak Kanak

Tips Panduan Elak Risiko Koronavirus Pada Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 409 hits
Penularan wabak novel Koronavirus telah memasuki fasa baharu apabila kini seluruh daerah dan jajahan negara China telah mempunyai kes yang disahkan Sehingga ke saat posting ini ditulis ianya telah tersebar ke lebih daripada 25 negara seluru...
Panduan Mengisi Permohonan Spa Tips Memilih Jawatan Yang Betul

Panduan Mengisi Permohonan Spa Tips Memilih Jawatan Yang Betul

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 398 hits
AssalamualaikumBismillahHaritu ramai juga bertanya mengenai SPA Malam ini baru sempat nak update maaf semua Sebelum itu untuk mereka yang first time dengar SPA maksudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Permohonan SPA boleh diisi oleh sesiapa ...
Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah Dan Jadual Waktu Kssr

Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah Dan Jadual Waktu Kssr

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 1162 hits
Seringkali apabila berlakunya pemantauan akademik oleh Jemaah Nazir antara perkara pokok yang disemak adalah jumlah minggu akademik sesuatu sekolah Bagaimana ia disusun Pukul berapa murid pulang Kenapa terlalu lewat Kenapa terlalu lewat Men...
Panduan Asas Penternakan Ikan Talapia

Panduan Asas Penternakan Ikan Talapia

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 935 hits
Panduan Asas Penternakan Ikan Talapia Pertanian dan Penternakan adalah perniagaan Pengusaha tanaman mahupun penternak haiwan seperti lembu kambing ayam dan ikan pada akhirnya akan menjual hasil tanaman dan ternakan mereka perniagaan selalun...
E Filing Lhdn Panduan Lengkap Isi Borang Be Online

E Filing Lhdn Panduan Lengkap Isi Borang Be Online

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 551 hits
e Filing LHDN Panduan Lengkap Isi Borang BE Online Sudah pasti semua rakyat malaysia yang bekerja dan mempunyai gaji minima dikenakan cukai perlu mengetahui bagaimana cara untuk mengisi borang cukai pendapatan melalui sistem e filing LHDN i...
Ktmb Patuhi Garis Panduan Cegah Penularan Koronavirus

Ktmb Patuhi Garis Panduan Cegah Penularan Koronavirus

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 368 hits
KUALA LUMPUR 25 JAN Keretapi Tanah Melayu Berhad mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengekang penularan wabak koronavirus sejurus berita wabak itu mula dikesan di rantau ini Ketua Pegawai Eksekutif ...
Muat Turun Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Rbt

Muat Turun Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Rbt

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 1949 hits
Penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran merupakan nilai tambah dalam memastikan sistem pengurusan sekolah terutamanberkaitan dengan kurikulum mata pelajaran diurus tadbir dengan cekap dan berkesan Justeru usaha ini juga dapat mend...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner