Panduan Tips Lulus Muet
Malaysian University English Test (MUET) merupakan satu exam yang wajib diaimbil bagi setiap pelajar yang ingin sambung pelajaran di peringkat IPT. MUET ini boleh dikatakan sebagai lesen untuk masuk Universiti khususnya dalam program Ijazah. Jadi kepentingan untuk mengambil exam muet ini sangat tinggi.
Exam MUET ini memang mampu diambil oleh semua pelajar. Tapi persoalannya mampukah setiap pelajar dapat lulus dengan cemerlang dalam muet ini?
Jadi di sini aku ingin kongsikan beberapa panduan atau tips untuk lulus dalam exam MUET. Sejujurnya aku bukanlah seorang yang arif sangat dengan MUET ini. Result MUET aku hanyalah average sahaja. Cukuplah syarat untuk sambung ke degree in Engineering. huhu
Untuk pengetahuan setiap program yang ditawarkan di Univerisiti mempunyai syarat MUET yang berbeza. Ada program yang memerlukan band 3. Ada juga program yang memerlukan band 5/6. Jadi ini bergantung kepada kos yang akan dipilih.
Untuk cemerlang MUET bukanlah bermaksud anda perlu bijak, petah dalam English.
Sedangkan yang pandai Eglish pun belum tentu boleh score dalam Exam MUET ini.
Apa yang perlu tahu pasal MUET ini adalah cara, konsep soalan dan teknik jawab yang betul.
Panduan LULUS MUET.1. Lazimnya di peringkat diploma akan diajar teknik untuk menjawab dalam MUET dalam subjek English. Waktu aku diploma dulu hanya 3 sem yang ada subject English dan dalam 3 sem tersebut semua asas atau teknik dan konsep berkaitan MUET telah diajar. Jika anda pun begitu sebaiknya sewaktu sem 4 dah boleh pergi ambil Exam MUET sebab masa itu segala yang belajar dalam kelas English itu tidak lupa.
2. Banyakkan membaca isu semasa sebabnya soalan yang akan keluar dalam exam muet berkaitan dengan perihal terkini juga. Sekurangnya-kurangnya bila anda banyak membaca ia akan membantu menjana idea untuk bercakap (speaking test) atau dalam essay (writing test). Aku dulu baca surat khabar The Star itu pun part Sukan yang kerap baca. hehehehe
3. Kaji balik soalan soalan MUET yang sebelumnya. Ini akan membantu anda untuk lebih nampak jenis-jenis bentuk soalan yang telah ditanya. Jadi dari situ anda bolehlah kaji di mana bahagian yang perlu fokus lebih.
4. Tonton Movie membantu juga dalam improve bahasa English ini. Kalau nak tengok movie sebaiknya cari movie English serta subs juga English. Sekurangya anda akan belajar dua benda iaitu dari segi pronounce (sebutan) dan juga new words. Jangan asyik layan Korea movie je. hehehe
5. Sekali sekala speaking dengan member juga boleh membantu dalam speaking test nanti.Ini untuk tingkatkan lagi keyakinan diri. Benda ini akau buat dengan roommates aku iaitu sehari sebelum nak exam MUET. Hahaha. Tapi setidaknya ia membantu tingkatkan confident level. :)
6. Cari bahan rujukan yang boleh membantu untuk anda belajar untuk hadapi Exam MUET ini. Bahan tersebut doleh diambil dari pensyarah ataupun member yang telah ambil exam MUET.
7. Panduan yang terakhir adalah berdoa. Kita usaha, usaha juga. Tapi berdoa itulah yang penting.
Itulah beberapa panduan ringkas yang aku telah buat sebelum nak menghadapi exam MUET.
Masih risau dan tak yakin dengan Exam MUET ini?
Aku cadangkan baca buku ini: Panduan MUET
Segala gambaran, teknik yang betul telah dijelaskan dalam Ebook tersebut. Adanya ebook tersebut ia akan lebih memudahkan anda untuk study dan score dalam MUET nanti.
InsyaAllah dengan pelaburan wang keatas buku ini akan banyak membantu anda untuk lebih bersedia.
Selamat berjaya buat bakal yang akan mengambil MUET nanti okay. :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adibsite.com/2017/08/panduan-tips-lulus-muet.html