E Filing Lhdn Panduan Lengkap Isi Borang Be Online


e Filing LHDN Panduan Lengkap Isi Borang BE Online. Sudah pasti semua rakyat malaysia yang bekerja dan mempunyai gaji minima dikenakan cukai perlu mengetahui bagaimana cara untuk mengisi borang cukai pendapatan melalui sistem e-filing LHDN ini.
e Filing LHDN Panduan Lengkap Isi Borang BE Online 1) Apakah itu e-Filing?
• e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.
2) Adakah semua orang perlu e-Filing?
• Pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat.
3) Bagaimana proses sistem e-Filing?
a) Pembayar Cukai yang telah mendaftar Sijil Digital:
• Lawati laman web ezHASIL (https://ez.hasil.gov.my) atau klik ikon e-Hasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my)
• Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan.
• Pilih Perkhidmatan -> e-Filing -> e-Borang. Pilih e-borang yang dikehendaki.
• Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
• Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.
b) Pembayar Cukai yang belum mendaftar Sijil Digital:
• Permohonan No. PIN Individu boleh didapati melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.
• Permohonan nombor PIN e-Filing Organisasi boleh dibuat melalui saluran berikut:
Cawangan LHDNM/Pusat Transformasi Bandar (UTC)/Pusat Khidmat Hasil (PKH). Perlu disertakan:
i. Borang CP55B yang lengkap diisi.
ii. Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
iii. Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat – Jika CP55B ditandatangani oleh individu selain Pengarah Syarikat.
iv. Salinan kad pengenalan/pasport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat.
• Login Kali Pertama untuk mendaftar sijil digital.
• Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan.
• Pilih Perkhidmatan -> e-Filing -> e-Borang. Pilih e-borang yang dikehendaki.
• Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
• Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.
4) Bagaimana saya boleh mendapat bantuan semasa proses e-Filing?
Untuk pertanyaan dan bantuan:
• Telefon HASiL Care Line: 03-8911 1000
• Faks ke nombor : 03-4289 3400
• E-mel: [email protected]
• Kunjungi cawangan HASiL/Pusat Khidmat HASiL yang berdekatan.
5) Apakah yang perlu saya lakukan selepas saya sudah menghantar e-Filing?
• Cetak dan simpan – e-Borang
• Cetak dan simpan – Pengesahan penerimaan e-borang.
6) Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlupa kata laluan ataupun kata laluan telah disekat?
Jika mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM, sila ke Terlupa Kata Laluan; atauHadir ke Cawangan LHDNM yang berdekatan. 7) Sekiranya saya telah menghantar borang, bagaimana saya boleh mendapatkan semakan pengesahan dan cetakan e-Borang?
• Sila log masuk ke ezHASiL (https://ez.hasil.gov.my). Klik pada Perkhidmatan -> e-filing -> Semakan Pengesahan. Masukkan jenis borang dan tahun taksiran.
8) Apakah kriteria penetapan kata laluan?
• Untuk keselamatan, sila pastikan Kata Laluan anda mematuhi syarat yang telah ditetapkan seperti di bawah:
• Minimum 8 dan maksimum 12 aksara
• Minimum 1 huruf besar
• Minimum 1 huruf kecil
• Minimum 1 angka
• Aksara khas/Simbol tidak dibenarkan
9) Apakah itu Frasa Keselamatan?
• Frasa Keselamatan adalah kawalan keselamatan untuk memastikan anda log masuk ke laman ezHASiL yang sebenar. Sila pastikan Frasa Keselamatan yang dipaparkan adalah betul sebelum teruskan. Jika tidak, jangan masukkan kata laluan anda.
10) Bagaimanakah Frasa Keselamatan boleh ditetapkan?
• Frasa Keselamatan boleh ditetapkan seperti di bawah:
• Log masuk ke ezHASiL
• Setelah berjaya log masuk ke ezHASiL, halaman “Penetapan Frasa Keselamatan” akan dipaparkan. Sila isi frasa keselamatan anda.
• Login Kali Pertama
• Pada langkah kedua (2) semasa proses Login Kali Pertama.
• Format frasa keselamatan adalah:
• Minimum 8 dan maksimum 15 aksara
• Aksara khas / Simbol tidak dibenarkan
11) Bolehkah saya menukar Frasa Keselamatan?
• Frasa Keselamatan boleh ditukar. Sila log masuk ke ezHASiL dan pilih menu “Penyenggaraan”. Seterusnya pilih sub menu “Tukar Frasa Keselamatan”.
12) Apa yang harus saya lakukan sekiranya terlupa Frasa Keselamatan?
• Anda dinasihatkan supaya melakukan set semula Frasa Keselamatan. Frasa Keselamatan akan di set semula apabila anda melakukan fungsi Terlupa Kata Laluan.
13) Saya telah mengisi borang. Bolehkah saya menyemak status e-Borang?
• Anda boleh membuat semakan pantas status e-Borang Individu untuk tahun taksiran terkini. Sila log masuk ke ezHASiL dan pilih menu “e-Borang” di bawah e-Filing. Klik pada bahagian “Status e-Borang” Atau untuk semakan e-Borang dan Tahun Taksiran yang lain, sila pilih menu “Semakan Pengesahan” di bawah e-Filing.
14) Bolehkah saya menyemak status e-Borang walaupun saya telah melantik ejen cukai?
• Anda boleh membuat semakan pantas status e-Borang Individu untuk tahun taksiran terkini. Sila log masuk ke ezHASiL dan pilih menu “e-Borang” di bawah e-Filing. Klik pada bahagian “Status e-Borang” Atau untuk semakan e-Borang dan Tahun Taksiran yang lain, sila pilih menu “Semakan Pengesahan” di bawah e-Filing.
15) Bolehkah saya menukar No. Pengenalan daripada No. Polis atau No. Tentera kepada No. Kad Pengenalan Baru?
• Sekiranya No. Kad Pengenalan Baru anda telah wujud di LHDNM, penukaran daripada No. Polis atau No. Tentera boleh dibuat semasa log masuk ke ezHASiL.
• Log masuk boleh dilakukan dengan menggunakan No. Polis atau No. Tentera.
• Atau log masuk boleh dilakukan dengan menggunakan No. Kad Pengenalan Baru.
• Sila masukkan kata laluan semasa anda.
• Mesej pemberitahuan untuk menukar No. Pengenalan akan dipaparkan.
• Nota: Anda tidak dibenarkan untuk log masuk ke ezHASiL dengan menggunakan No. Polis atau No. Tentera selepas proses penukaran kepada No. Kad Pengenalan Baru berjaya.
Cara-cara mengisi e-filing LHDN adalah mudah dengan mengikut langkah-langkah yang telah diberikan di SINI. Anda hanya perlu fahami kerana ia disertakan dengan gambar. Sangat mudah.
https://ez.hasil.gov.my/CI/Panduan/PanduanCI_eBorang.pdf
The post e Filing LHDN Panduan Lengkap Isi Borang BE Online appeared first on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaviralterkini.com/e-filing-lhdn-panduan-lengkap-isi-borang-be-online/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemaskini Bsh 2020 Panduan Lengkap

Kemaskini Bsh 2020 Panduan Lengkap

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 731 hits
Kemaskini BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 Fasa 1 telah diagihkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan pada 20 Januari 2020 yang lalu Bantuan peruntukan sebanyak RM1 bilion dan memanfaatkan hampir 3 8 juta penerima BSH kategori i...
Daftar Permohonan E Kasih Borang Online Maklum Kemiskinan

Daftar Permohonan E Kasih Borang Online Maklum Kemiskinan

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 2416 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 20 Januari 2020 jam 11 08 AM Sebagai makluman e kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yg
Panduan Pelepasan Cukai 2019 Untuk E Filing 2020

Panduan Pelepasan Cukai 2019 Untuk E Filing 2020

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 1162 hits
20 PELEPASAN CUKAI INDIVIDU 2019PELEPASAN CUKAI INDIVIDU 2019Kini sudah sampai ke penghujung tahun 2019 kepada mereka yang ada kesempatan untuk memaksimumkan pelepasan yang diberi oleh LHDN baik guna sepenuhnya Terdapat 20 pelepasan cukai i...
Panduan Dapat Duit Online Duitnow

Panduan Dapat Duit Online Duitnow

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 369 hits
Dapat duit secara Online Ya Anda tak salah baca Dapat duit atas talian Dengan DuitNow pakai nombor telefon nombor IC atau nombor passport duit boleh terbang ke akaun bank Tet
Online Kadang Membuat Orang Lain Terasa Hati Apa Hal 9626

Online Kadang Membuat Orang Lain Terasa Hati Apa Hal 9626

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 1980 hits
Bismillah JANGAN SAKIT HATI ONLINEJangan mudah baper online saat membaca postingan orang lain di media sosial karena tulisan itu tidak di tujukan padamu tidak menyebutkan namamu juga tidak mentag akunmu Bermain media sosial itu jangan keban...
Fbs Make Money Online Become A Forex Trader

Fbs Make Money Online Become A Forex Trader

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 325 hits
FBS Make Money Online Become a Forex TraderFBS Buat Wang Online Jadi Pedagang ForexFBS Jana Wang Di ForexStart Now
Dikabarkan Sepi Job Artis Yang Langganan Peran Antagonis Ini Kini Jadi Sopir Taksi Online

Dikabarkan Sepi Job Artis Yang Langganan Peran Antagonis Ini Kini Jadi Sopir Taksi Online

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 285 hits
Dharty Manullang emang terbiasa memerankan ibu ibu jahat Kalau lihat sosoknya pasti yang terbayang adalah mertua galak
Bagaimana Membina Website Kedai Online Sendiri Dengan Modal Paling Rendah

Bagaimana Membina Website Kedai Online Sendiri Dengan Modal Paling Rendah

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 420 hits
Pada zaman nenek moyang kita berniaga mungkin hanya dengan satu cara sahaja iaitu sistem barter Kemudian mewujudkan kedai sendiri dan menjual secara offline Jualan macam ni memang kita semua tahu kan buka kedai dan jual barangan kita tu Nam...
Buat Bisnes Online Melalui Sistem Marketplace Ataupun Lancarkan Web Ecommerce Sendiri

Buat Bisnes Online Melalui Sistem Marketplace Ataupun Lancarkan Web Ecommerce Sendiri

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 415 hits
Tahukah anda semakin hari semakin ramai orang yang berbelanja secara online Individu yang sebelum ini tak pernah langsung melakukan transaksi secara online kini sudah mula untuk mencuba untuk membeli secara atas talian Perkembangan ini sebe...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord