10 Tips Bisnes Pg Mall


Tahukah anda, yang anda boleh buat duit dengan menyertai program consumerchant yang dianjurkan oleh PG Mall?
Apa benda program consumerchant ni? Saya akan terangkan dalam entri ini.
 
Kalau anda dalam fasa sedang mencari pendapatan tambahan, mungkin saya boleh syorkan anda untuk sertai syarikat ini dan jadikan ia sebagai bisnes part time anda. Saya pernah tulis mengenai bisnes PG Mall sebelum ini.
Baca disini: Pengenalan Bisnes PG Mall

PG Mall ini merupakan sebuah platform jual beli berkonsepkan e-commerce yang menjual pelbagai jenis barangan dari pelbagai kategori.
 
Sebagai pengguna, anda boleh membeli pelbagai jenis barangan di PG Mall dan pada masa yang sama, anda juga boleh buat duit dengan PG Mall.
 
Macam mana nak buat duit dengan PG Mall? 
Terdapat dua cara untuk buat duit dengan PG Mall.

 
Cara pertama adalah dengan menjadi penjual (seller) di PG Mall.

Cara ini sesuai untuk mereka yang mempunyai produk sendiri untuk diniagakan. Tak kisahlah sama ada produk tersebut memang sudah ada dalam tangan, ataupun produk yang anda bakal perolehi melalui kaedah dropship. Jika anda lebih suka menjadi seorang peniaga, boleh mula membuka kedai anda di PG Mall.
 
Manakala untuk cara yang kedua pula adalah menerusi program referral yang dikenali dengan istilah consumerchant.
Konsep program referral ini lebih kurang sama sahaja seperti program affiliate.
Baca juga: Apa itu program affiliate
 
Baiklah, posting kali ini, saya ingin kongsikan 10 perkara yang anda boleh lakukan bagi tujuan mempromosikan program consumerchant ini dan sekaligus buat duit dengan PG Mall. Saya sedia maklum, ada orang yang tak tahu nak buat apa selepas dah join program ini. Jadi saya sediakan posting ini untuk rujukan dan panduan anda.
 
In Shaa Allah, jika anda luangkan masa untuk lakukan 10 perkara ini, anda juga boleh membuat kerja pemasaran seperti seorang yang pakar dan berpengalaman.
 
Bagi tujuan mempromosikan program consumerchant PG Mall ini, saya lebih selesa untuk menggunakan pendekatan content marketing. Menerusi kaedah ini saya akan menghasilkan bahan pemasaran dalam bentuk artikel dan seterusnya saya akan dapatkan pembaca bagi membaca artikel tersebut.
 
Namun demikian, jika anda lebih suka menghasilkan konten dalam bentuk video, anda boleh ubah ikut kesesuaian. Apa yang saya kongsikan disini adalah tentang perkara yang anda boleh lakukan bagi tujuan membina konten pemasaran. Sama ada anda nak hasilkan konten dalam bentuk artikel, video ataupun audio (podcast) ianya terserah kepada anda.
 
Baiklah tanpa membuang lebih banyak masa, mari saya kongsikan tips untuk anda jalankan bisnes PG Mall ini.
 
(1) Cerita tentang syarikat PG Mall Kita boleh cerita tentang latar belakang syarikat, sejarah penubuhan, pencapaian, anugerah dan banyak lagi.
 
Maklumat-maklumat seperti ini penting bagi sesetengah orang bagi tujuan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan terhadap perniagaan yang dijalankan oleh syarikat ini.

Saya pernah follow individu yang pernah raih pendapatan yang lumayan menerusi program PG Mall ini. Saya percaya individu tersebut berjaya dapat pendapatan seumpama ini disebabkan dia begitu konsisten mempromosikan platform jualan PG Mall ini.
 
In Shaa Allah, kalau dia boleh buat, kita juga mampu lakukannya.
 
(2) Cerita tentang produk yang anda pernah beli Cuba lihat semula barang-barang yang anda pernah beli sebelum ini. Dalam banyak-banyak barang yang anda pernah beli, ada tak barang yang turut dijual di platform PG Mall?
 
Kalau jawapan anda ialah ada, apa kata anda buat review tentang produk tersebut.
Strategi menghasilkan review untuk sesuatu produk adalah strategi yang berkesan bagi tujuan mendapatkan jualan.
 
Sesetengah bakal pelanggan hanya akan buat pembelian, apabila dia membaca review yang positif mengenai sesuatu produk. Saya juga menggunakan strategi review bagi tujuan menghasilkan jualan di internet.
 
Lazimnya, produk yang saya suka review adalah buku.
Baca disini: Buat untung dengan Rumah Sewa
 
Kebetulan buku ini ada dijual di platform PG Mall. Apabila ada orang baca review yang saya hasilkan, lalu dia minat nak beli buku tersebut, orang tersebut akan daftar akaun dan akhirnya dia akan jadi pelanggan saya sepanjang hayat. Seterusnya setiap kali dia buat pembelian, dia akan menyumbang sedikit insentif kepada saya.
 
(3) Cerita mengenai kelebihan kalau beli melalui PG Mall Apa yang membezakan antara berbelanja di PG Mall dengan berbelanja ditempat lain?
 
Saya percaya, sebenarnya masih ramai yang belum tahu, kalau kita shopping di PG Mall kita akan dapat cash back bagi setiap perbelanjaan yang kita lakukan.
 

Jumlah cash back yang bakal kita perolehi adalah berbeza, mengikut status atau pangkat shopper kita. Dalam PG Mall ada 4 tahap yang berbeza, iaitu
i. Shopper
ii. Super Shopper
iii. Premium Shopper
iv. Elite Shopper
 
Biar saya terangkan apakah perbezaan antara setiap tahap shopper, supaya anda lebih faham.

i. Shopper (cash back 0.5%) Setiap orang yang baru mendaftar akaun di PG Mall, dia akan terus dapat status Shopper. Bagi mereka yang berada dalam status ini, dia akan dapat cash back sebanyak 0.5% bagi setiap pembelian yang dia lakukan di PG Mall.
 
ii. Super Shopper (1.0%) Tahap atau peringkat seterusnya dikenali sebagai Super Shopper. Setiap orang yang statusnya adalah Shopper akan dinaiktaraf sebagai Super Shopper dan menikmati cash back sebanyak 1.0% apabila dia berjaya daftarkan 50 shopper baru dan mempunyai jualan terkumpul sebanyak RM50,000
 
Super Shopper akan menikmati insentif sebanyak 1.0% daripada pembelian yang dilakukan oleh Shopper biasa dibawahnya dan akan menikmati 0.5% cash back jika dalam kumpulannya ada Super Shopper seperti dia.
 
Super Shopper akan dapat cash back sebanyak 1.0% untuk pembelian peribadi.
 
iii. Premium Shopper (1.5%) Dari Super Shopper, kita boleh dinaiktaraf menjadi Premium Shopper apabila kita berjaya daftarkan 200 Shopper baru dan berjaya mencapai jualan kumpulan mencecah RM200,000
 
Premium Shopper akan menikmati insentif sebanyak 1.5% dari pembelian yang dilakukan oleh Shopper, 1.0% dari Super Shopper dan 0.5% dari Premium Shopper yang berdaftar didalam kumpulannya.
 
Manakala untuk pembelian peribadi, Premium Shopper akan menikmati cash back sebanyak 1.5%
 
iv. Elite Shopper (2.0%) Ini merupakan tahap tertinggi dalam PG Mall.
 
Untuk dinaiktaraf menjadi Elite Shopper, seorang yang bertaraf Premium Shopper perlu mendaftarkan 300 orang shoppers dan perlu mencapai jualan kumpulan sebanyak RM500,000
 
Elite Shopper menikmati insentif sebanyak 2.0% bagi pembelian yang dilakukan oleh Shopper, 1.5% dari Super Shopper, 1.0% dari Premium Shopper dan 0.5% dari Elite Shopper.
 
Manakala untuk pembelian peribadi, Elite Shopper akan menikmati cash back sebanyak 2.0%
 
Baiklah, anda rasa ada atau tak platform lain yang tawarkan cash back beserta dengan kelebihan yang sama seperti yang ditawarkan oleh PG Mall ini?
Saya rasa, belum ada lagi.
Justeru, apa kata kita ambil manfaat ini dan mula membeli di PG Mall.
Daftar ahli di sini. Percuma sahaja.
 
(4) Cerita tentang sebarang promosi yang dijalankan di platform PG Mall Platform PG Mall ini juga sebenarnya biasa menjalankan pelbagai promosi bagi menggalakkan pelanggan untuk berbelanja diplatform tersebut.

Antara kempen promosi yang disukai oleh pelanggan adalah seperti kempen penghantaran percuma.
 
Kempen promosi diskaun sempena hari gaji dan sebagainya.

Biasanya dalam tempoh promosi ini dijalankan, pelanggan boleh nikmati banyak penjimatan berbanding kalau dia berbelanja di tempat lain. Justeru, jika anda ingin mempromosikan PG Mall, boleh alert dengan sebarang bentuk promosi yang dijalankan dan ajaklah orang untuk menjadi pelanggan di PG Mall.
 
Seperti yang saya pernah sebutkan dalam strategi bayar hutang kad kredit, kaedah penjimatan apabila berbelanja juga dapat membantu anda dalam melangsaikan sebarang hutang. Gunakan wang hasil penjimatan tersebut untuk tujuan bayar hutang.
 
(5) Pilih niche yang anda minat dan ada kepakaran Pemilihan niche yang betul merupakan satu langkah yang penting dalam menjalankan kerja pemasaran.
 
Niche ini maksudnya ialah topik atau bidang yang kita berminat untuk masuk dalamnya. Antara contoh niche, topik atau bidang yang popular
i. Kesihatan
ii. Kewangan
iii. Percutian
iv. Haiwan kesayangan
v. Hiburan
 
Kejayaan anda dalam sesuatu bidang amat berkait rapat dengan betapa rapat anda dengan niche pilihan tersebut. Kalau anda merupakan seorang yang sangat meminati bidang kewangan, lazimnya anda mempunyai peluang yang lebih cerah untuk berjaya dalam bidang atau niche tersebut.
 
Pada peringkat awal, ketika orang masih belum kenal siapa anda, anda akan terus hasilkan konten yang bermanfaat dalam niche tersebut. Ini berbeza dengan orang yang hanya memikirkan tentang duit semata-mata. Individu seperti ini cenderung untuk give up jika pada peringkat awal, dia tak berjaya hasilkan sebarang pendapatan.
 
Sebaliknya, jika anda betul-betul minat niche tersebut, anda akan terus berusaha sampai berjaya, walaupun pada awalnya nampak seperti tak ada harapan.
 
(6) Bina kredibiliti dalam niche yang kita ingin ceburi Setelah kita memilih niche yang kita minat, langkah seterusnya adalah kita bina kredibiliti yang baik dalam niche tersebut. Biasanya, orang ramai berminat untuk mengikuti atau follow seseorang individu sama ada di media sosial atau dimana sahaja, disebabkan individu tersebut memiliki reputasi yang baik dalam bidang tersebut.
 
Kalau anda merupakan seorang doktor, orang lebih mudah untuk mempercayai nasihat dan pandangan anda berkaitan dengan topik kesihatan, berbanding seseorang yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan tersebut.
 
Andai kata anda merupakan seorang yang suka bercuti, biasa pergi bercuti, lazimnya setiap recommendation yang anda berikan akan lebih dipercayai berbanding orang yang jarang bercuti.
 
Langkah seterusnya setelah anda memilih niche, adalah untuk terus konsisten menghasilkan konten hinggalah anda dilihat sebagai individu yang mempunyai kredibiliti berkaitan dengan niche tersebut.
 
Pada ketika itu, adalah lebih mudah untuk anda mempromosikan sebarang produk mahupun servis yang berkaitan dengan niche anda… termasuklah kalau nak promosikan produk yang dijual di PG Mall.
 
(7) Ceritakan tentang peluang buat duit di PG Mall Sesetengah orang akan ada yang tertarik dengan peluang untuk buat duit dengan PG Mall. Terutama sekali kalau individu tersebut sememangnya sedang berada dalam fasa untuk mencari sumber pendapatan tambahan.
 
Boleh jadi sebab mereka ini dalam proses nak selesaikan hutang kad kredit, atau sebab mereka sedang mengumpul duit untuk satu perbelanjaan yang agak besar di masa akan datang.
 
Individu seperti ini lazimnya lebih terbuka untuk mendengar peluang yang kita nak kongsikan melalui PG Mall. Kita cuba terangkan apakah manfaat dan kelebihan yang bakal mereka nikmati sekiranya mereka pilih untuk join program consumerchant dari PG Mall ini.

Istilah consumerchant ini merupakan gabungan dua perkataan, iaitu consumer dan juga merchant. Ini merupakan satu program buat duit yang menjadi tanda dagangan PG Mall.
 
Kalau anda bakal menggunakan pendekatan ini, saya syorkan anda baca semula point nombor 3, dimana saya ada membincangkan tentang tahap-tahap shopper yang berbeza. Kalau anda boleh faham point tersebut, In Shaa Allah anda juga boleh menerangkan tentang peluang buat duit ini dengan lebih mudah.
 
(8) Tukar tempat berbelanja dari seller lain kepada PG Mall Ya, tukar tempat anda berbelanja.
 
Kalau anda tak sanggup nak tukar semua, tukarlah sekadar yang anda mampu. Kalau dulu anda cuma berbelanja di shopping mall, atau dilain-lain platform selain PG Mall, kali ini cubalah berbelanja di PG Mall pula.
 
Anggaplah PG Mall ini sebagai kedai anda sendiri. Anda mempunyai share terhadap keuntungan yang dinikmati oleh PG Mall. Lagipun, pihak PG Mall melalui program consumerchant telahpun bersetuju untuk kongsi keuntungan (profit sharing) kepada mereka yang berbelanja di platform mereka.
 
Bawah ni antara insentif yang saya pernah perolehi melalui program PG Mall ini.

Bila kita bersungguh-sungguh nak usahakan program ini, In Shaa Allah kita juga boleh dapat hasilnya. Walaupun tak banyak mana, tapi kita kena selalu bersyukur.
 
Kalau nak rasa jumlah insentif yang lebih besar, kenalah gandakan lagi usaha.
 
(9) Mulakan kumpul c-wallet melalui PG Mall Sebelum nak ajak orang lain untuk kumpul c-wallet, kita sendiri kena buktikan yang kita biasa atau pernah dapat duit melalui c-wallet.
 
Tahukah anda, bagaimana cara untuk dapatkan duit dalam akaun c-wallet PG Mall?
Sebenarnya ada beberapa cara bagaimana kita boleh kumpul c-wallet, antaranya ialah
i. Menyertai acara Shake The World
ii. Acara what’s in the box
iii. Kumpul c-wallet melalui pembelian peribadi
iv. PG Mall Shopper Incentive
 
Kumpul banyak-banyak duit dalam c-wallet, nanti bila dah cukup banyak, kita boleh gunakan duit tersebut untuk beli emas di PG Mall.
 
(10) Buat jadual kerja untuk hasilkan konten Bila kita nak buat duit, nak cari pendapatan tambahan, ia sememangnya menuntut pengorbanan pada diri kita. Kita kena luangkan atau korbankan sedikit masa untuk buat kerja-kerja pemasaran.
 
Siapa yang sanggup buat, In Shaa Allah pasti akan dapat hasilnya.
Sama ada besar atau kecil, cepat atau lambat. Kita pasti akan dapat sesuatu, hasil daripada usaha yang kita lakukan.
 
Kadang-kadang kita akan rasa penat, dan rasa macam nak putus asa, apabila hasil yang kita dapat mungkin tak sama macam yang kita harapkan. Tapi, adakah kita patut berhenti?
 
Jika anda berhenti berusaha, maka sudah tentu anda tak akan dapat hasil yang lebih baik berbanding apa yang anda perolehi. Sepatutnya, anda teruskan bekerja, usaha dan In Shaa Allah, diakhir nanti akan ada berita baik untuk anda.
 
Satu cara yang boleh membuatkan kita terus bergerak ke hadapan, tanpa dibebankan dengan pemikiran negatif disebabkan hasil yang agak rendah, ialah dengan mewujudkan jadual kerja.
 
Sebagai contoh, dalam seminggu anda perlu hasilkan 3 konten baru.
Sama ada anda suka atau tidak, mesti kena ikut jadual tersebut. Fokus untuk memastikan jadual kerja tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.
 
Apabila kita ada jadual kerja yang kita perlu fokuskan, lama-kelamaan kita akan kurang fikirkan tentang hasil, dan lebih tertumpu untuk deliver hasil kerja yang terbaik.
 
Kita cuba hasilkan bahan pemasaran (konten) seberapa banyak yang boleh.
Kalau seminggu kita buat 3 konten baru, dalam 52 minggu kita akan ada 156 konten baru.
 
Takkanlah dalam 156 konten baru tu, tak ada satupun yang berhasil memberikan jualan?
Tak kan tak ada konten yang dapat menyumbangkan kepada pendaftaran ahli baru?
 
In Shaa Allah, jika konten tersebut dibuat dengan baik, ia juga pasti akan berikan hasil yang baik juga.
 
Baiklah, saya harap perkongsian saya tentang 10 tips menjalankan bisnes di PG Mall ini bermanfaat dan berguna untuk anda. Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan diruangan komen.
Sekiranya anda masih belum ada akaun di PG Mall, boleh daftar melalui pautan ini.
 
Jika anda mendaftar melalui pautan tersebut, secara automatik anda akan masuk dalam kumpulan saya. Saya ucapkan terima kasih atas kesudian anda menyertai kumpulan saya.
 
 
The post 10 Tips Bisnes PG Mall appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/tips-bisnes-pg-mall/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Bayar Hutang Kad Kredit Cara Orang Tak Ada Duit

Tips Bayar Hutang Kad Kredit Cara Orang Tak Ada Duit

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 257 hits
Apa yang anda bakal baca menerusi entri ini ialah cara tips dan teknik yang saya sendiri gunakan untuk bayar hutang kad kredit Saya namakan teknik ini sebagai Teknik selesaikan hutang kad kredit cara orang sengkek In Shaa Allah saya akan cu...
10 Tips Dan Panduan Membeli Rumah Pertama

10 Tips Dan Panduan Membeli Rumah Pertama

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 241 hits
Tips dan Panduan Membeli Rumah Pertama Assalamualaikum and holla korang setiap manusia mesti mengimpikan rumah sendiri kan lagi lagi yang sudah berkeluarga ada aset untuk dikongsi bersama keluarga lagi lagi rumah pertama Tapi membeli rumah ...
Tips For Choosing Sofa Colours That Will Fit Your Home Ambiance

Tips For Choosing Sofa Colours That Will Fit Your Home Ambiance

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 255 hits
Many people fall for the same sofa colours over and over again precisely because they are afraid of making colour and compositional mistakes with the other elements However this composition can be easier than you The post appeared first on
Tips For Choosing The Most Suitable Children S Headboard

Tips For Choosing The Most Suitable Children S Headboard

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 268 hits
Beautiful decorative and very functional the children s headboard brings a touch of comfort and warmth to children s bedtime The children s headboard also serves as that comrade backrest that makes the little ones feel free to The post appe...
Ramai Konser Kpop Ini 6 Tips Sukses War Tiket Online

Ramai Konser Kpop Ini 6 Tips Sukses War Tiket Online

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 238 hits
Menuju akhir tahun terdapat sejumlah konser yang diselenggarakan di tanah air terutama konser idol Korea Seluruhnya pun menggelar penjualan tiket secara online melalui beragam platform yang tersedia
Tips For Creating The Best Home Theater

Tips For Creating The Best Home Theater

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 249 hits
Want a movie at home Then it s time to plan home theatre decor Unlike a TV room the home theatre is a space exclusively intended for films and series designed with a special light audio The post appeared first on
5 Tips To Improve The Employee Experience In Your Company

5 Tips To Improve The Employee Experience In Your Company

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 293 hits
Today companies are investing more time and resources into improving the user experience of their products and services This is because user experience has become a key differentiator for businesses that compete in digital markets In fact u...
Resipi Tauhu Bergedel Dan Cili Kicap Sesuai Untuk Bisnes

Resipi Tauhu Bergedel Dan Cili Kicap Sesuai Untuk Bisnes

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 159 hits
Kalau anda ingin buat bisnes dari rumah boleh cuba buat menu tauhu bergedel ini Rasanya sedap dan pastinya menarik lebih ramai pelanggan Hidayati Hana kongsikan resipi ini di facebook group Rasa Share Resipi Jom kita lihat resipinya TAUHU B...
Formula Bisnes Org Politik

Formula Bisnes Org Politik

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 188 hits
Mudah orang percaya sebab mereka Tak ada atau kurang ilmu luar kepakaran Kalau ajak real bisnes Tak laku sebab malas Melayu MALAS Melayu MALAS bukan rujuk kepada Melayu Rajin Melayu MALAS rujuk kepada yang miskin kerana malas Melayu kaya Ta...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias