10 Tanda Peranti Android Anda Dijangkiti Malware



Malware tidak biasa datang berlenggang. Ia pasti menyelit di sebalik aplikasi sah, atau pelbagai medium lain yang memudahkan ia menyusup masuk ke peranti tanpa dapat dikesan.
Kita ambil contoh kes trojan Android/Trojan.FakeAdsBlock, yang menjangkiti lebih dari 500 peranti. Bagaimana ia dapat menyelinap tanpa disedari pengguna?
Mudah. Ia menyamar sebagai aplikasi lain.
Dalam hal ini, ia menyamar sebagai aplikasi bernama Ads Blocker. Seperti namanya, ia mengiklankan diri sendiri sebagai aplikasi berguna untuk menyekat iklan, pada hal sebenarnya tidak lain tidak bukan ia adalah malware yang bukan sahaja tidak menyekat iklan, bahkan menambah lagi apa yang sedia ada.
Ini hanyalah salah satu contoh aplikasi hasad yang dapat mengganggu pengguna dengan iklan yang dibayar oleh pencipta, walaupun pengguna melihat aplikasi yang tidak berkaitan. Selain itu ia juga membuat klik palsu pada iklan dengan tujuan menggandakan lagi pendapatan.

Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui peranti sendiri telah dijangkiti oleh malware seperti ini?
Antara tanda-tandanya ialah:
1. Iklan, iklan, dan iklan. Iklan berterusan yang entah dari mana, dan tidak kiralah aplikasi apa pun anda buka, tetap akan keluar iklan juga.
2. Terdapat aplikasi yang anda tidak cam pada peranti (ini jelas).
3. Anda pasang sesuatu aplikasi, tetapi ia ‘hilang’ dari ‘App Drawer’. Ikonnya langsung tidak kelihatan.
4. Penggunaan kuasa bateri melampau. Tidak dapat dipastikan punca kehilangan kuasa.
5. Aplikasi mengambil masa terlalu lama untuk dibuka berbanding kebiasaan.
6. Walaupun sudah dimulakan semula (restart) berkali-kali, telefon tetap terasa begitu lembap sekali.
7. Penggunaan data tidak dapat dikenal pasti sumbernya. Secara tiba-tiba sahaja data ‘bergerak’ banyak meskipun anda tidak muat turun atau strim.
8. Suhu telefon panas walaupun tiada sebarang ‘aktiviti’ dilakukan. Suhu panas boleh juga terjadi disebabkan oleh aplikasi yang melangkau pengurusan sistem penghematan bateri, cuma bagus anda lakukan imbasan virus untuk memastikan peranti bebas dari jangkitan.
9. Aplikasi kerap mengalami ‘crash’ atau ‘force close’. ‘Crash’/’force close’ ini biasa, terutamanya jika anda gunakan versi beta/alpha. Tetapi kalau sudah terlalu kerap walaupun anda memasang versi stabil, anda perlu periksa kembali peranti.
10. Tanda paling jelas ialah wang dari bank ‘hilang’, bil sampai mahal melebihi langganan, dan ada kata laluan untuk mana-mana akaun telah ditukar.
Adalah disarankan agar anda sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, berhati-hati terhadap apa jua yang diklik atau dipasang, dan kalau boleh gunakan antivirus. Ya, Android kini adalah sasaran pencipta malware. Jika anda terleka, bila-bila masa saja boleh menjadi mangsa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/10-tanda-peranti-android-anda-dijangkiti-malware/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Android Kini Menjadi Sasaran Pencipta Malware

Kenapa Android Kini Menjadi Sasaran Pencipta Malware

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 276 hits
Laporan dari Nokia Threat Intelligence pada tahun 2018 2019 menunjukkan bahawa 47 15 dari ancaman jangkitan malware melibatkan peranti Android Figura nombor ini amat mengejutkan kerana ia mewakili kesemua ancaman termasuklah apa yang menjan...
Peranti Android Go Kelak Mungkin Diwajibkan Mempunyai Sekurang Kurangnya 2gb Ram

Peranti Android Go Kelak Mungkin Diwajibkan Mempunyai Sekurang Kurangnya 2gb Ram

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 170 hits
Android Go adalah sistem operasi Android dari Google untuk peranti kurang dari 1GB RAM Ia sesuai digunakan untuk peranti pintar asas yang ditujukan kepada anak anak kecil orang tua atau mereka yang baru ingin mencubai rasa peranti pintar Pe...
Antaramuka Lenovo Legion Gaming Phone Tertiris Dedah Sejumlah Spesifikasi Utama Peranti

Antaramuka Lenovo Legion Gaming Phone Tertiris Dedah Sejumlah Spesifikasi Utama Peranti

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 215 hits
Selain Asus ROG Phone 3 kita juga bakal menyaksikan kemunculan rasmi Lenovo Legion Gaming Phone pada 22 Julai ini Kedua duanya merupakan peranti memfokuskan permua yang ditunggu tunggu dan masing masing memiliki kelompok peminat yang tersen...
Produk Realme Seterusnya Adalah Sebuah Peranti Dengan Bateri 6 000mah

Produk Realme Seterusnya Adalah Sebuah Peranti Dengan Bateri 6 000mah

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 213 hits
Musim realme dengan peranti pintar belum berakhir lagi kerana realme akan melancarkan sebuah peranti baharu tidak lama lagi Apa yang menarik mengenai peranti ini adalah baterinya berkapasiti 6 000mAh yang merupakan kapasiti terbesar dalam s...
Oneplus One Menerima Sokongan Custom Rom Android 10 Lineageos 17 1

Oneplus One Menerima Sokongan Custom Rom Android 10 Lineageos 17 1

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 211 hits
OnePlus One adalah peranti pertama dari OnePlus dan ketika itu ia adalah sebuah pembunuh peranti mercu kerana menjual peranti pada harga mampu milik dengan spesifikasi yang setaraf dengan peranti mercu pesaing Peranti yang dilancarkan pada ...
Android Lockbox Google Memantau Penggunaan Aplikasi Pihak Ketiga

Android Lockbox Google Memantau Penggunaan Aplikasi Pihak Ketiga

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 424 hits
Untung dan dalam masa sama juga rugi guna peranti Huawei atas dua sebab Untung kerana tiada GMS yang akan memantau pengguna dan menggunakan kuasa bateri kerana digantikan dengan HMS Rugi pula kerana digantikan dengan HMS HMS masih baru bert...
Cara Menggunakan Tulisan Jawi Di Telefon Anda Untuk Android Dan Iphone

Cara Menggunakan Tulisan Jawi Di Telefon Anda Untuk Android Dan Iphone

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 756 hits
Kalau anda nak cuba tulisan jawi di handphone anda boleh ikuti langkah langkah atau cara menggunakan tulisan jawi di telefon untuk pengguna Android dan iPhone Secara default setiap telefon pintar akan diberi tulisan rumi untuk semua penggun...
Google Dikatakan Melihat Data Android Untuk Mengkaji Aplikasi Mereka Berbanding Pesaing

Google Dikatakan Melihat Data Android Untuk Mengkaji Aplikasi Mereka Berbanding Pesaing

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 265 hits
Sejak beberapa tahun ini Google sedia mengumpulkan data daripada telefon Android seluruh dunia dalam usaha menambah baik pengalaman penggunaan sistem operasi mudah alih berkenaan Terbaru melalui laporan The Information ia didapati Google bu...
Peranti Misteri Nokia Dengan Pemproses Mediatek Helio P22 Ditemui Di Geekbench

Peranti Misteri Nokia Dengan Pemproses Mediatek Helio P22 Ditemui Di Geekbench

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 211 hits
Dalam diam diam sebuah peranti misteri Nokia telah ditemui di laman penanda aras Gekkbench Ura ura mengatakan ia berkemungkinan akan dilancarkan sebagai Nokia 2 4 yang merupakan sebuah lagi peranti kelas permulaan terbaru daripada Nokia Tid...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord