10 Soalan Tentang Perasionalan Subsidi


Rasanya agak terlewat untuk menulis mengenai topik ini tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia dan pembayar cukai, saya masih berhak untuk mengajukan soalan kepada Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Unit Perancang Ekonomi, PEMANDU dan semua konsultan yang menasihatkan kerajaan untuk ‘merasionalisasi’ atau ‘menyelaraskan’ subsidi petrol dengan menaikkan harga sebanyak 20 sen.

Saya hanya ingin tahu bagaimanakah subsidi dibayar kepada pengeluar/pengimport minyak petrol dan keperluan asas lain seperti beras, gula, tepung dan minyak masak di negara ini. Saya berharap akan mendapat penjelasan yang memuaskan kepada soalan berikut:

1.       Siapa dalam kerajaan/kementerian/agensi yang menentukan berapa banyak harus dibayar?

2.       Siapa dalam kerajaan/kementerian/agensi yang membuat bayaran?

3.       Kepada siapa subsidi dibayar? Berapa banyak pengeluar/pengimport yang dibayar?

4.       Berapa jumlah bayaran kepada setiap pengeluar? Adakah pengeluar petrol/pengimport menginvois kerajaan untuk menuntut pembayaran daripada kerajaan?

5.       Berapa kali bayaran dibuat setahun?

6.       Apakah bentuk bayaran kepada mereka – adakah wang tunai dibayar kepada pengeluar/pengimport, atau mereka diberikan rebat, pijaman atau pelepasan cukai, atau dalam bentuk lain?

7.       Apakah asas kepada pemberian subsidi – adakah melaui perjanjian bertulis antara kerajaan dan pengeluar/pengimport?

8.       Mengapa subsidi petrol sentiasa bertambah walaupun harga minyak turun di pasaran dunia?

9.       Adakah subsidi terpaksa diberikan kerana kegagalan kerajaan menghapuskan monopoli yang dimiliki segelintir kroni terutama dalam import gula dan beras? 

10.   Bagaimana wang hasil penjimatan subsidi dibelanjakan selain daripada memberi BR1M? (Masih segar di ingatan saya ketika mantan PM Abdullah Badawi menaikkan harga minyak di awal pemerintahannya dahulu, alasannya kononnya penjimatan subsidi akan digunakan untuk menaiktaraf pengangkutan awam di KL. Sembilan tahun kemudian dan pengangkutan awam di KL masih di takuk lama, malah lebih buruk lagi.)

Soalan saya mungkin kedengaran ‘bodoh’ di mata Nazri Aziz tetapi sebagai seorang yang tiada pendidikan formal dalam bidang ekonomi dan hanya berdasarkan pembacaan, saya benar-benar ingin memahami mekanisme subsidi yang diamalkan kerajaan selama ini.

Soalan ‘bodoh’ di atas saya lontarkan kerana kerajaan tidak pernah berusaha untuk memberi penjelasan terperinci tentang subsidi petrol mahupun keperluan asas lain kepada rakyat terbanyak. Jika ada pun, kebanyakannya dalam bahasa ‘konsultan’ yang canggih dan tidak difahami oleh rakyat kebanyakan. Nampaknya seperti kerajaan mahu mengaburi mata rakyat dengan penggunaan istilah ‘subsidi’ dan istilah ekonomi yang sukar difahami sebagai justifikasi kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Kami rakyat tidak pernah mendapat penjelasan yang memuaskan dalam bahasa yang mudah difahami tentang keberkesanan subsidi dan signifikan kenaikan harga minyak dalam menstabilkan ekonomi negara. Yang kami tahu, kami rakyat kebanyakan tidak punya pilihan tetapi terpaksa menampung kos sara hidup yang melambung akibat ‘perasionalan’ subsidi ini. Menteri pula dengan angkuh dan tanpa segan silu mengisytiharkan bahawa tiada kenaikan harga barang akan berlaku kesan kenaikan harga minyak.

Jika kerajaan benar-benar jujur untuk memperbaiki asas ekonomi negara dan mengurangkan kebergantungan kepada subsidi, mulakan dengan memberi penjelasan munasabah kepada rakyat mengapa mereka yang rata-rata berpendapatan rendah terlebih dahulu menerima tempias dan tamparan dek ‘perasionalan subsidi’ (baca kenaikan harga minyak). Bukannya memberikan alasan dangkal bahawa kenaikan ini akan ditampung oleh BR1M.

 Rakyat Marhean

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rizuwankini.blogspot.com/2013/09/10-soalan-tentang-perasionalan-subsidi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Datin Alyah Geram Sering Diajukan Soalan Tentang Gegar Vaganza

Hiburan Datin Alyah Geram Sering Diajukan Soalan Tentang Gegar Vaganza

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 417 hits
Penyanyi Datin Alyah baru baru ini mendedahkan bahawa dia sering diajukan pertanyaan setiap kali program realiti Gegar Vaganza akan bersiaran untuk musim terbaru ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Alyah tidak semua perkara yang berkaita...
Tentang Paranoid

Tentang Paranoid

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 212 hits
1 Ini adalah novel saya yang pertama Saya akan bercakap sedikit mengenainya di dalam entri ini 2 Pertamanya syukur kepada Tuhan atas kekuatan yang dipinjam sehingga novel ini selesai ditulis Banyak yang cuba saya perkatakan di dalamnya Tapi...
7 Sangkaan Yang Tidak Benar Tentang Puasa

7 Sangkaan Yang Tidak Benar Tentang Puasa

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 207 hits
Ada beberapa anggapan pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam kalangan masyarakat Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala beberapa perbuatan tertentu padahal tiada dalil yang menyokong pendapat mereka Sebahagian pendapat itu khi...
Fakta Yang Perlu Tahu Tentang Khasiat Isap Nenen

Fakta Yang Perlu Tahu Tentang Khasiat Isap Nenen

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 892 hits
Fakta Yang Perlu Tahu Tentang Khasiat Isap Nenen Info ini jangan lihat dari segi lain pulak tau boleh share pada pasangan masing masing yang berkahwin untuk couple jangan nak menggatal pulak hehe jom kita tengokManfaat Hisap Payudara tetek ...
5 Drama Korea Populer Tentang Anak Kuliahan Bikin Kangen Masa Muda

5 Drama Korea Populer Tentang Anak Kuliahan Bikin Kangen Masa Muda

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 244 hits
Masa kuliah adalah masa yang menyenangkan maka tak jarang jika masa kuliah menjadi masa muda yang selalu di ingat Lalu bagaimana dengan Drama Korea yang berkisah tentang anak kuliah Pasti bisa This is a content summary only Visit my website...
Sembang Tentang Pelesit

Sembang Tentang Pelesit

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 735 hits
Gambar hiasanPelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus kemungkinannya dari golongan jin syaitan yang dipelihara oleh seseorang biasanya wanita bagi tujuan memudaratkan musuh Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka Hantu pele...
Tafsiran Mimpi 1 Tentang Anggota Badan Part 1

Tafsiran Mimpi 1 Tentang Anggota Badan Part 1

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 271 hits
Assalamualaikum lama kan Ain tak update blog Alhamdulillah baru tercetus idea untuk entry kali nih entry ape Kali nih ain nak sentuh pasal mimpi pulak mesti korang semua pernah mimpi dan tertanya tanya apa maksud mimpi korang bila terjaga d...
Fakta Penting Tentang Bangsa Melayu Yang Telah Dilupakan

Fakta Penting Tentang Bangsa Melayu Yang Telah Dilupakan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 263 hits
Dalam tahun 1879 Parlimen Hawaii di Honolulu telah membincangkan kemungkinan penyatuan Dunia Melayu Polinesia yang luas Sembilan tahun selepasnya Apolinario Mabini di Manila mencadangkan Federation Malaya dengan gagasan yang sama Muncul di ...
Tentang Dia Bukan Aku

Tentang Dia Bukan Aku

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 244 hits
Assalamualaikum Aku tau mesti ramai yang tengok Tentang Dhia kan Mesti 1 Malaysia ni banjir Banjir ngan air mata Haha Tapi aku tak nanges pun Kena tahan sebab depan mak ngn ayah aku Mana boleh jatuh air mata depan diorang beb Haha Tapi mak ...
Ghea Indrawari Dendam Malam Kelam Chord

Dolla Mwa Chord

Luna Maya Bu Ketua Resmi Jadi Istri Maxime Ini Dia 7 Artis Belum Menikah Yang Bisa Jadi Patokan Umur Gen 90 An

Marsha Sudah Ku Temui Chord

Spring Fever Amazon Diesel Powered Mini Bike Pt 1

Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan

The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anwar Rebukes Divisive Leaders In Sabah Who Stoke Conflict With Putrajaya

Mahathir Treats Sabah And Sarawak As Piggybanks Says Analyst

Is Upholding The Law A Low Point Now

Tmj It S Not About The Speed This Is Not A Sprint It S A Journey

Pelbagaikan Kegunaan Khemah

Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan