7 Sangkaan Yang Tidak Benar Tentang Puasa




Ada beberapa anggapan, pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala beberapa perbuatan tertentu, padahal tiada dalil yang menyokong pendapat mereka. Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.


1. Mandi Masa Puasa
Antaranya, anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa. Ada pula yang bertegas semasa puasa mandi selepas asar makruh. Ini tidak disokong oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”
2. Memasukkan Ke Rongga
Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas:

“Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).Namun, itu merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan puasa. ‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu al-Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama, beliau menjelaskan puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu baginda s.a.w akan menerangkannya. Juga tentu para sahabah akan bertanya mengenainya. Namun, apabila tiada hadis sahih tentang hal itu, maka menunjukkan memakai celak tidak membatalkan puasa. Demikian juga tentang mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.

Maka menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong dan seterusnya adalah dibolehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.


3. Tidak Mandi Junub
Antara lain ialah menganggap tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk. Ada yang menganggap puasa itu tidak sah. Padahal dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).


4. Muntah
Antara lain ada yang menganggap sesiapa yang termuntah maka batal puasa. Sebenarnya, di sana ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah. Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban).Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yang memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya.


5. Imsak
Antara lain menganggap sesiapa yang makan ketika hampir subuh iaitu bukan pada waktu imsak yang difahami oleh sesetengah pihak, maka puasanya tidak sah. Ini kerana mereka menganggap puasa bermula beberapa puluh ataupun belasan minit sebelum subuh. Padahal waktu puasa bermula apabila masuknya waktu subuh. Firman Allah: (maksudnya)
“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187). Sabda Nabi s.a.w pula: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
6. Musafir
Antara anggapan lain bahawa seseorang yang bermusafir jika berkemampuan wajib berpuasa, jika tidak dia berdosa. Ini berlainan dengan ayat Allah dalam al-Quran: (maksudnya)
“..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).Hamzah bin ‘Amr al-Aslami bertanya Rasulullah s.a.w:
“Wahai Rasulullah! Aku dapati aku mempunyai kemampuan untuk berpuasa ketika musafir, adakah itu satu kesalahan ke atasku? Jawab Nabi s.a.w: “Ia adalah rukhsah (kelonggaran) daripada Allah, sesiapa yang mengambilnya (tidak berpuasa ketia musafir) maka sesuatu yang baik, sesiapa yang suka untuk berpuasa maka tiada salah baginya”. (Riwayat Muslim).
7. Tidak Sengaja
Perbuatan yang tidak sengaja, dipaksa ataupun terlupa seperti makan dan minum tidak membatalkan puasa. Sekalipun seseorang itu telah makan dan minum dengan banyak sekali. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang lupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberikan dia makan dan minum” (Riwayat al-Bukhari).Demikianlah semua perbuatan yang tidak sengaja ataupun terlupa. Termasuk terkeluar air mani disebabkan mimpi atau terfikir secara yang tidak diusahakan. Jumhur ulama menyatakan tidak batal puasa. Di samping di sana wujudnya pendapat minoriti ulama Ibn Hazm, al-San’ani, as-Syaukani dll yang berpendapat keluar mani walaupun dengan sengaja ia tidak membatalkan puasa sebab tiada dalil mengenai hal itu. Adapun majoriti ulama berpendapat batal.

Apapun, sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan tidak membatalkan puasa. Termasuklah tertelan air semasa mandi ataupun hujan ataupun suri rumah yang terbiasa merasa makanan ketika masak lalu memakannya kerana lupa, kesemua itu tidak membatalkan puasa. Di sana ada lagi beberapa anggapan yang perlukan penelitian sebelum diterima sebagai suatu keputusan agama.


Artikel ini dipetik dari Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Moga dengan penjelasan permasalan ini dapat meningkatkan kualiti ibadah puasa kita dan seterusnya diberkati oleh Allah SWT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://majalahbiarbetul.blogspot.com/2012/07/7-sangkaan-yang-tidak-benar-tentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukti Pas Tak Kisah Pun Tentang Bendera Dan Maruah Partinya

Bukti Pas Tak Kisah Pun Tentang Bendera Dan Maruah Partinya

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 303 hits
DIMA AHMEYBukti pas ni parti bangang Umno mau bergabung dengan pas dan meminta pas menggunakan logo sendiri Itu satu penghormatan terbesar buat pas sebenarnya Megah dengan identiti sendiri sepatutnya Tapi pas tidak mau dan memilih untuk ber...
Mat Sabu Persoal Status Siasatan Dakwaan Bekas Kpn Tentang Rasuah Dalam Politik

Mat Sabu Persoal Status Siasatan Dakwaan Bekas Kpn Tentang Rasuah Dalam Politik

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 272 hits
Mat Sabu persoal status siasatan dakwaan bekas KPN tentang rasuah dalam politik Presiden Amanah Mohamad Sabu mempersoalkan sama ada terdapat sebarang siasatan yang dilakukan terhadap dakwaan bekas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berhub...
Hiburan Minah Saleh Karen Tular Sekali Lagi Kongsi Video Tentang Kebebasan Di Twitter

Hiburan Minah Saleh Karen Tular Sekali Lagi Kongsi Video Tentang Kebebasan Di Twitter

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 342 hits
Sebuah perkongsian video oleh seorang wanita warga asing atau lebih dikenali dengan gelaran Karen yang pernah menimbulkan kekecohan kerana enggan memakai pelitup muka di sebuah premis di KLCC telah tular di media sosial ARTIKEL BERKAITAN Ad...
Hiburan Datin Alyah Geram Sering Diajukan Soalan Tentang Gegar Vaganza

Hiburan Datin Alyah Geram Sering Diajukan Soalan Tentang Gegar Vaganza

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 398 hits
Penyanyi Datin Alyah baru baru ini mendedahkan bahawa dia sering diajukan pertanyaan setiap kali program realiti Gegar Vaganza akan bersiaran untuk musim terbaru ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Alyah tidak semua perkara yang berkaita...
Bulughul Maram Shalat Hadits Penting Tentang Syarat Dan Rukun Shalat

Bulughul Maram Shalat Hadits Penting Tentang Syarat Dan Rukun Shalat

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 355 hits
Hadits ini penting sekali dalam memahami cara shalat Nabi shallallahu alaihi wa sallam karena diterangkan beliau langsung lewat lisan dalam rangka membenarkan orang yang jelek shalatnya Baca juga Hadits Musii fii Shalatihi Bulughul Maram ka...
2am Kongsi Tentang Comeback Setelah 7 Tahun Ingin Dikenali Sebagai Apa Banyak Lagi

2am Kongsi Tentang Comeback Setelah 7 Tahun Ingin Dikenali Sebagai Apa Banyak Lagi

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 263 hits
2AM telah terlibat dalam temu bual untuk pelancaran album baharu mereka Ballad 21 F W Ballad 21 F W ialah kemunculan kumpulan pertama 2AM setelah tujuh tahun Keluaran terakhir mereka bersama ialah album studio Let s Talk Together pada tahun...
Clever Girl Ke Lucky Girl Ini 7 Fakta Yang Anda Tak Tahu Tentang Fatin Juara Clever Girl Malaysia

Clever Girl Ke Lucky Girl Ini 7 Fakta Yang Anda Tak Tahu Tentang Fatin Juara Clever Girl Malaysia

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 249 hits
Clever Girl Ke Lucky Girl Ini 7 Fakta Yang Anda Tak Tahu Tentang Fatin Juara Clever Girl MalaysiaWalaupun Clever Girl Malaysia merupakan rancangan realiti baru sambutan yang diterima oleh penonton boleh dikatakan menyengat Clever Girl nyata...
Bolehkah Puasa Enam Diniat Sekali Dengan Ganti Puasa

Bolehkah Puasa Enam Diniat Sekali Dengan Ganti Puasa

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 199 hits
BOLEHKAH PUASA ENAM DINIAT SEKALI DENGAN GANTI PUASA Puasa Qada dan Puasa Sunat 6 Hari Dalam SyawwalAda 3 pendapat dan kesemuanya adalah benar dan boleh diamalkan maka tidak perlu memeningkan kepala untuk mencari mana satu yang lebih rajih ...
Ramai Tak Tahu Kenapa Nabi Muhammad Suka Puasa Sunat Hari Isnin Dan Khamis Ustaz Kazim Elias

Ramai Tak Tahu Kenapa Nabi Muhammad Suka Puasa Sunat Hari Isnin Dan Khamis Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 340 hits
Ramai Tak Tahu Kenapa Nabi Muhammad Suka Puasa Sunat Hari Isnin Dan Khamis Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm