10 Situasi Sikap Minda Kelas Ketiga Yang Tidak Beradap Ini Boleh Bikin Panass
Kalau di Malaysia kita berpegang pada prinsip rukun negara dan Rukun negara yang kelima ada menyebut tentang kesopanan dan kesusilaan. Memegang prinsip tersebut seharusnya masyarakat lebih memandang tinggi perkara-perkara disekeliling kita dan tidak mementingkan diri sendiri dalam setiap hal
Jadi jom kita selongkar, situasi-situasi di mana tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya yang memang boleh bikin panas
Letak Trolley Merata-Rata Tidak meletakkan semula pada tempatnya, Sehingga menyukarkan pengguna lain untuk parking
Adap Naik EscalatorKalau hanya nak tunggu dan diam sementara escaltor bergerak seeloknya berdirilah di sebelah kiri. Ibarat konsep jalan di lebuh raya, kiri untuk perlahan kanan untuk laju
Membuang Bukan Pada TempatnyaBila dah besar-besar tulis barang kitar semula tapi segala jenis sampah pun nak buang situ. Memang sampah buang pulak sampah merata-rata sama la jadinya smpah buang sampah
Tidak Memberi Laluan Penumpang Keluar Terlebih DahuluTidak beratur satu hal, tidak menunggu penumpang yang ingin keluar dulu jalan itu pula satu hal.
Parking BersepahSalah parking silap padahnya kan.
Merokok Di Kawasan Larangan
Merosakkan Harta Benda AwamSebagai rakyat Malaysia yang bijak dan berdisiplin, kita harus menyayangi harta benda awam seperti kita menyayangi harta benda kepunyaan kita sendiri.
Vandalism Orang dah sediakan kemudahan elok-elok tapi tak hargai. Bila takde nanti mulalah bebel sana bebel sini
Langgar Traffic LightPelintas yang menggunakan lintasan belang terpaksa mengambil risiko yang tinggi dengan pemandu ketika hendak melintas jalan. Berilah laluan kepada pejalan kaki, ubah sikap anda.
Tidak Susun KasutBoleh lihat situasi di Masjid sampaikan ada yang tolong susunkan kasut anda, barulah tersentak bila tengok kasut anda tiba-tiba tersusun rapi.
Sesungguhnya adap itu mencerminkan sesebuah institusi kemasyarakatan. Buruk tabiatnya buruk juga lah mentaliti yang diterima. Ambil konsep Jepun, negaranya diingat sebagai bertamadun kerana disiplin dan adap dari masyarakatnya, jadi jangan kerana adap kita hilang tanggapan baik dunia.
Jika anda mahu lihat negara kita Malaysia mencapai tahap sebagai negara maju pada tahun 2020, anda sebagai rakyat mesti mengubah sikap dan pemikiran yang diselarikan dengan kesedaran kendiri agar mampu menghadapi sebarang perubahan serta mudah menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran semasa.
Renung-Renungkan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://selongkar10.blogspot.com/2018/12/10-situasi-sikap-minda-kelas-ketiga.html