Benarkah Roh Boleh Pulang Ke Rumah



Ketahuilah dengan bertanya kepada yang ahlinya itu adalah “ubat kejahilan” sebagaimana sabda Baginda;
فَإِنَّمَا شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالُ
Sesungguhnya ubat kepada kejahilan adalah bertanya (kerana kejahilan itu seumpama penyakit)
Sunan Abu Dawud, Sunan Ibn Majah & Musnad Ahmad
Selesai kelas Tafsir, seorang pelajar minta saya jelaskan perihal roh manusia yang sudah meninggal dunia dibebaskan pada bulan Ramadan. Ramai sekali yang menyebarkan mesej mengenainya melalui media sosial.
Roh adalah rahsia Allah yang tergolong dalam urusan ghaib. Pengetahuan kita mengenainya pun sangat sedikit, jadi usahlah terlebih bijak daripada Allah;
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “roh itu dari perkara urusan tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”
Surah al-Isra’ 17:85
Sebarang bicara mengenai yang ghaib wajib bersandarkan sumber wahyu seperti al- Quran dan hadith yang sahih.
Tidak cukup sekadar berkata ia ada disebut di dalam kitab atau sebagaimana dinaqal dari “kitab suci AL-What’s app” atau sebagaimana “diriwayatkan Imam AL-Facebook.” Fahamilah disiplin ilmu Islam melalui Firman Allah ini;
قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ
Katakanlah lagi: “Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)
Surah al-Naml 27:65
Teguhkan iman anda kepada perkara ghaib melalui perkhabaran al-Quran. Lalu apa kata al-Quran mengenai perjalanan roh manusia?
Roh terkurung di alam barzakh sehingga kiamat dan tidak akan balik semula ke dunia, tidak untuk balik mengutip “pahala-siswa” Bulan Ramadan atau malam Jumaat, tidak juga untuk pulang menjadi hantu membalas dendam. Firman Allah;
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, dia berkatalah: “Wahai tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) – “Supaya aku mengerjakan amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja ucapkan, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (dinding pemisah yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)”
Surah al-Mu’minun 23:99-100

Barzakh dalam takrifnya adalah; “Dinding pemisah yang menghalang roh dari kembali ke dunia (Tafsir al-Jalalayn).”
Jika dikata yang bebas adalah roh yang beriman, andaian itu tetap perlu hujah yang kukuh seteguh gunung. Tambahan pula nikmat alam kubur yang dirasai orang beriman jauh lebih hebat dari nikmat duniawi.
Jadi apa perlunya mereka pulang ke dunia mencari yang biasa serta meninggalkan yang istimewa? Jika dikata pulang mereka adalah untuk mengutip pahala sedekah anak cucu, maka jawabnya penyaluran pahala boleh sahaja dialirkan terus ke alam barzakh tanpa perlunya mereka balik.
Jika dikata ada hadith Sahih dalam “Sahih Muslim” menyebut orang yang sudah mati masih boleh mendengar sebagaimana bicara nabi S.A.W kepada bangkai Kafir Quraysh yang terbunuh selepas perang Badar, maka fahamilah hadith itu dengan betul.
Rasulullah S.A.W menyatakan mereka “Mampu mendengar dan bukannya mampu balik.” Ini nas hadithnya:
فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يَسْمَعُوا وَأَنَّى يُجِيبُوا وَقَدْ جَيَّفُوا قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا أَنْتُمْ بِأَسْمَعَ لِمَا أَقُولُ مِنْهُمْ وَلَكِنَّهُمْ لَا يَقْدِرُونَ أَنْ يُجِيبُوا
(‘Umar) bertanya: Wahai Rasulullah mana mungkin mereka mendengar dan nak menjawab sedangkan mereka sudah busuk menjadi bangkai. Baginda menjawab: Demi yang jiwaku berada pada Tangan (KuasaNya), kamu semua tidak lebih mendengar pun terhadap apa yang aku sebut berbanding mereka. Cuma bezanya mereka tidak mampu menjawab
Sahih Muslim
Jika dikata ada “sebuah hadith dalam sebuah kitab” menyebut mengenai kepulangan roh pada bulan Ramadan, maka jawabnya autoriti hadith masih rendah berbanding ayat al-Mu’minun di atas.
Tambahan pula yang mendakwa “ada hadith” perlu menyatakan sumber dan status kekuatan hadith tersebut.
Barang perlu diingat hadith yang lemah “tidak boleh menjadi hujah” apatah lagi untuk menyanggah nas al-Quran.
Pun begitu, walau berjela diberikan hujah naqli (wahyu) dan aqli (logik) menafikan kepercayaan karut ini, orang jahil awam yang tiada disiplin ilmu Islam akan menyanggah dengan ayat “seribu guna” mereka iaitu;
“Ia tidak mustahil pada kekuasaan Allah kerana Allah itu maha berkuasa. Boleh sahaja Allah dengan kuasanya yang tidak terbatas membebaskan roh yang beriman pada bulan Ramadan atau malam Jumaat.”
Jika begitu logik mereka, maka ini jawapannya;
Malam tadi saya didatangi Jibril A.S. Jibril memeluk saya erat sambil mengajarkan saya surah al-‘Alaq. Sejurus selepas itu saya dilantik sebagai nabi akhir zaman selepas nabi Muhammad S.A.W. Jadi, anda semua perlu beriman kepada kerasulan saya. Jika ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan saya sebagai Rasul, maka ini hujah “seribu guna” saya: “Ia tidak mustahil pada kekuasaan Allah kerana Allah itu Maha Berkuasa. Boleh sahaja Allah dengan kuasanya yang tidak terbatas melantik saya sebagai nabi akhir zaman selepas Nabi Muhammad.”
Inilah antara contoh “disiplin caca marba” dalam agama yang digunapakai oleh sesetengah orang jahil. Lalu bagaimana kita hendak menjawab penyokong parti caca marba ini?
Jawabnya mudah sahaja, Allah memang Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja, tetapi perlu dipahat kemas dalam hati bahawa Allah juga sudah meletakkan sunnatullah atau undang-undangnya yang tidak akan diubah.
Antara sunnatullah yang tidak akan diubahnya; Nabi Muhammad adalah nabi dan rasul terakhir. Juga roh orang yang sudah mati tidak boleh pulang sama sekali ke dunia untuk apa sahaja tujuan. Perihal ketetapan Sunnatullah diulang sebut berkali-kali dalam al-Quran, antaranya;
سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلًا
Yang demikian adalah menurut “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi “Sunnatullah” itu
Surah al-Ahzab 33:62
Sebarang dakwaan menyanggah hukum dan undang-undang Allah ini wajib ditolak. Jika tidak, agama suci ini akan jadi “agama secukup rasa.”
Seperti lagak tukang masak, jika mahu lebih pedas tambahlah cilinya. Jika mahu lebih masin, tambahlah garamnya. Jika mahu lebih manis, tambahlah gulanya.
Agama ini bukannya menu boleh ubah seperti menu masakan. Ia adalah hak Allah yang wajib dipatuhi tanpa tokok tambah.
Berhati-hatilah dalam menyebarkan sebarang “hadith riwayat Imam Al-What’sapp atau Imam Al-Facebook” kerana agama ini ada paksinya yang pasak kemas oleh Allah dan Rasul.
Janganlah dirosakkan paksi itu, kelak kita akan merana kesesatan di dunia dan kesakitan di akhirat.
 
Sumber: Tazkirah.net 
The post Benarkah Roh Boleh Pulang Ke Rumah? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/benarkah-roh-boleh-pulang-ke-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Rm5 000 Sudah Boleh Memiliki Rumah Makmur Pahang

Gaji Rm5 000 Sudah Boleh Memiliki Rumah Makmur Pahang

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 375 hits
KUANTAN Syarat hak kelayakan untuk memohon skim Rumah Makmur Pahang pada kadar pendapatan ditetapkan sebanyak RM5 000 bagi membolehkan rakyat memiliki kediaman sendiri Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Abdul Rahim Muda berkata ind...
Benarkah Saka Roh Nenek Moyang Bagaimana Ia Diwarisi

Benarkah Saka Roh Nenek Moyang Bagaimana Ia Diwarisi

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 907 hits
Istilah saka mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat Ada yang melenting bila dikatakan mewarisi saka dan ada yang menerimanya dengan hati terbuka namun ramai yang tertanya tanya benarkah ianya wujud dan tidak kurang juga yang...
Rezeki Sempit Boleh Berpunca Dari Dalam Rumah

Rezeki Sempit Boleh Berpunca Dari Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 1635 hits
Rezeki Sempit Boleh Berpunca Dari Dalam Rumah Salam Jumaat semua Sekejap je dah Jumaat kan Dah potong kuku ke tu Sunat potong kuku hari ini Sesama kita ingatkan Mummy pun kekadang lupa jugak Rezeki Sempit Boleh Berpunca Dari Dalam RumahBila...
Buat Kerja Rumah Pun Boleh Kurus

Buat Kerja Rumah Pun Boleh Kurus

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 717 hits
Siapa kata suri rumah tak boleh bersenam MF ingat dok kat rumah lagi senang nak kurus sebab kadang buat kerja rumah sampai tak sempat nak duduk Jadi ada banyak kebaikan bila buat kerja rumah ni Jangan semuanya rasa nak senang Sebab Mak mak ...
Pencuri Pecah Masuk Rumah Tapi Tak Boleh Keluar Kerana Nampak Laut Dan Air Amalkan Doa Ini Rileks Media

Pencuri Pecah Masuk Rumah Tapi Tak Boleh Keluar Kerana Nampak Laut Dan Air Amalkan Doa Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 475 hits
Pernah Dengar Pasal Pencuri Masuk rumah Tapi Tak Boleh Keluar Nampak Laut Je tak de Jalan Keluar Ni Ayat yang boleh kita AmalKan Video Penuhnya Disini Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar dia nampak laut dia nam...
Kelak Anda Boleh Membeli Rumah Dan Hartanah Melalui Lazada

Kelak Anda Boleh Membeli Rumah Dan Hartanah Melalui Lazada

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 336 hits
Lazada pada hari ini sedia menawarkan kemudahan untuk membeli pelbagai jenis barangan termasuk kereta Terkini bergerak setap lagi kehadapan Lazada dijangka akan turut membolehkan para pengguna untuk membuat pembelian hartanah melalui platfo...
Cara Mudah Dan Senang Untuk Hilangkan Cicak Dalam Rumah Dengan Berkesan Korang Boleh Pilih Yang Mana Satu

Cara Mudah Dan Senang Untuk Hilangkan Cicak Dalam Rumah Dengan Berkesan Korang Boleh Pilih Yang Mana Satu

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 1123 hits
Cara Mudah Dan Senang Untuk Hilangkan Cicak Dalam Rumah Dengan Berkesan Korang Boleh Pilih Yang Mana Satu Masalah pembiakan cicak di dalam rumah boleh membuatkan sesiapa sahaja runsing Mana tidaknya setiap sudut di dalam rumah dipenuhi deng...
Amalan Semasa Pindah Rumah Baru

Amalan Semasa Pindah Rumah Baru

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 722 hits
Samada rumah sewa yg dh lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap Moga sharing ini memberi manfaat 1 Azan Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni ole...
Polis Tak Tembak Perusuh Guna Meriam Air Kerana Rumah Ibadat Kata Kpn

Polis Tak Tembak Perusuh Guna Meriam Air Kerana Rumah Ibadat Kata Kpn

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 584 hits
Polis tidak menggunakan meriam air bagi menyuraikan perusuh di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya awal pagi tadi kerana mahu memburukkan keadaan kata Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun Beliau berkata faktor kedudukan perusuh ...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah