10 Sebab Dap Amanah Perlu Tinggalkan Mahathir




Walaupun Tun Mahathir Mohamad masih mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah bagi mengejar impiannya menjadi Perdana Menteri buat kali yang ketiga dengan cuba mencari jalan lain bagi tujuan itu, di sebalik Anwar Ibrahim dan PKR telah muktamad menolak hasrat tersebut, realitinya adalah membuang masa bagi kedua-dua parti itu terus bekerjasama dengan Pengerusi Bersatu yang terpecat itu.Sebelum keputusan dibuat, sebenar-benarnya adalah lebih wajar, munasabah dan dapat diterima akal jika Amanah dan DAP memilih jalan meninggalkan Tun Mahathir daripada terus bersamanya.Berikut adalah 10 sebab mengapa Amanah dan DAP perlu membuat keputusan meninggalkan Tun Mahathir:-1 – Masa depan Amanah dan DAP lebih cerah bersama PKR dan PH berbanding terus terikat dengan Tun Mahathir yang jalan perjuangannya sendiri sudah pun di penghujung, kalau pun belum masuk ke dalam gaung.Dengan kedudukannya sudah terpecat daripada Bersatu, tidak lagi mempunyai parti, pengaruhnya sudah menurun dan bukan memiliki aura seperti sebelum PRU14 lalu, adalah tindakan “bunuh diri” jika Amanah dan DAP mahu terus bersama dan menobatkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekali lagi.2 – PKR adalah sebuah parti, sama seperti Amanah dan DAP, manakala Tun Mahathir hanyalah seorang individu yang sukar dikenalpasti sejauh mana ada sokongan di belakangnya.Bukan saja untuk menjadikan individu tanpa parti sebagai Perdana Menteri sesuatu yang amat mustahil dan tidak pernah berlaku sebelum ini, malah jika Amanah dan DAP terikat dalam hubungan dengan Tun Mahathir sehingga PRU15 akan datang, ia akan terperangkap kepada keadaan yang menyusah dan membebankan.Sebaliknya, mengekalkan hubungan dengan PKR yang dipimpin oleh Anwar dalam PH, bukan saja masuk akal untuk memperjuangkan Pengerusi PH dan Presiden PKR itu sebagai Perdana Menteri, malah ada peluang lebih cerah mencapai kemenangan dalam PRU akan datang.Apa masa depan yang ada jika DAP dan Amanah bersama Tun Mahathir?3 – Tindakan Tun Mahathir menolak Anwar untuk menjadi Perdana Menteri semata-mata kerana kedudukannya memimpin PKR, sebuah parti pelbagai kaum, dengan jelas menyerlahkan hakikat bahawa Ahli Parlimen Langkawi itu seorang yang memiliki sifat perkauman tegar dalam jiwanya.Ia tentunya bertentangan sama sekali dengan DAP sebagai parti berbilang kaum serta Amanah, sebuah parti progresif yang menolak amalan perkauman sempit serta melampau dalam beragama.Untuk bergerak ke hadapan, demi masa depan Malaysia yang bersatu padu dan tidak lagi terkepung dengan amalan perkauman, Amanah dan DAP mesti segera menolak Tun Mahathir ke tepi demi perjuangan murni mereka selama ini.4 – Berdasarkan pengalaman selama 22 bulan Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri bersama PH sebelum ini, tidak syak lagi beliau tidak mahu melakukan peralihan kuasa kepada Anwar.Selain banyak berhelah dan berlengah-lengah, tindakan Tun Mahathir meletakkan jawatan dan kemudian ingin kembali berkuasa dengan hasrat menubuhkan kerajaan perpaduan tanpa parti, ia merupakan satu lagi cubaan berterusan untuk mengingkari janji peralihan kuasa kepada Anwar.Apakah Amanah dan DAP sedia ditipu sekali lagi oleh Tun Mahathir dalam tempoh enam bulan akan datang jika berjaya menjadikannya sebagai Perdana Menteri sekali lagi?5 – PH adalah gabungan yang dianggotai oleh tiga parti iaitu PKR, DAP serta Amanah dan apabila PKR tidak mahu lagi bekerjasama dengan Tun Mahathir kerana rekod lampau dan terdekatnya yang sukar dipercayai, manakala Tun Mahathir mahu terus membawa Amanah dan DAP mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri buat ketiga – bukan kali pertama – ini menunjukkan beliau sedaya upaya ingin menjadikan PH berpecah-belah.Selain tindakannya berkeras sekali lagi mahu menjadi Perdana Menteri menunjukkan keinginan menghalang Anwar menduduki jawatan itu, lebih buruk ialah dengan menarik DAP dan Amanah bersamanya, Tun Mahathir dengan jelas ingin melihat berlakunya perpecahan dalam PH.Dengan demikian, kalau pun dirinya tidak dapat jadi Perdana Menteri, Tun Mahathir turut mahu Anwar tidak berpeluang juga memegang jawatan itu.Apakah dalam keadaan ini, DAP dan Amanah masih mahu bersama Tun Mahathir?6 – Dalam kedudukan Tun Mahathir tidak mempunyai parti dan sokongan rakyat terhadapnya makin mengecil, yang sebetulnya bukan PH memerlukan Tun Mahathir, tetapi Tun Mahathir jauh lebih memerlukan PH.Oleh itu, Amanah dan DAP sepatutnya menarik Tun Mahathir untuk bersetuju dengan perjuangan PH dan bukannya mereka yang cuba membawa PH, PKR dan Anwar bersetuju dengan perjuangan Tun Mahathir.7 – Perjuangan Tun Mahathir untuk kembali lagi sebagai Perdana Menteri hanyalah kerana dendam – dendam kepada Muhyiddin Yassin, dendam kepada Najib Razak dan dendam kepada Anwar.Apakah Amanah dan DAP sebagai sebuah parti yang memiliki gagasan perjuangan besar untuk rakyat dan negara, harus tunduk kepada kehendak serta nafsu seorang individu?8 – Bersama PKR dan Anwar yang tidak mahu lagi bekerjasama dengan Tun Mahathir lebih mampu menjadikan perjuangan DAP dan Amanah lebih disanjung rakyat pada masa depan.Ini kerana bukan saja Tun Mahathir sudah tidak relevan diajak dalam perjuangan untuk mencapai apa-apa kemenangan yang ingin dihajati pada masa depan dan kajian Ilham Centre sendiri menunjukkan hakikat itu, terus bersama Tun Mahathir adalah langkah perjuangan yang mengundur ke belakang.Oleh itu, DAP dan Amanah perlu melangkah ke hadapan bersama PKR untuk menjadikan PH sebagai medium perjuangan masa depan, bukan terperangkap dalam percaturan yang boleh memusnahkan gabungan itu.9 – Cuba menaikkan semula Tun Mahathir yang sudah dua kali jadi Perdana Menteri dan sekarang untuk kali yang ketiga, meletakkan kedudukan DAP dan Amanah dalam keadaan yang semakin sukar difahami oleh rakyat dan pengundi yang waras fikirannya.Pisang pun, paling tinggi hanya berbuah sebanyak dua kali dan tidak pernah sehingga tiga kali.Cukup-cukuplah mendewakan Tun Mahathir, lagi pun memperjuangkan Anwar yang belum pernah jadi Perdana Menteri lebih diterima oleh kewarasan akal berbanding menobatkan dia, dia dan lagi-lagi dia.10 – DAP dan Amanah harus berhenti bernostalgia terhadap Tun Mahathir dan seolah-olah hanya beliau yang layak memimpin negara ini.Nostalgia dengan masa silam tidak menjamin kejayaan masa depan, tetapi kejayaan masa depan boleh diperolehi apabila fokus kepada perubahan, kekal dengan setiakawan dan lebih menjadikan pengalaman silam sebagai pengajaran serta sempadan.Apa pun, segala-galanya terserah kepada DAP dan Amanah membuat pilihan, tetapi pengundi juga tahu membuat pertimbangan siapa yang harus disokong dan siapa yang mesti dilupakan pada masa depan.Kepada DAP dan Amanah, hati-hati selalu dan lihatlah tingkah laku Tun Mahathir selama ini sebagai neraca pertimbangan dalam membuat keputusan.Kalau demikian pun masih tersemban juga ke dalam gaung akhirnya nanti, janganlah salahkan sesiapa kerana semua petunjuk yang mudah sudah pun diberikan sejak awal lagi. (Shahbudindotcom 26/06/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/10-sebab-dap-amanah-perlu-tinggalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peringatan Buat Dap Dan Amanah Biar Dr Mahathir Mati Kering Dalam Ketamakan

Peringatan Buat Dap Dan Amanah Biar Dr Mahathir Mati Kering Dalam Ketamakan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 394 hits
MAHATHIR SAH TAMAK KUASA DAP DAN AMANAH HARUS SEGERA TINGGALKANNYA Shahbudin Husin Pengumuman Tun Mahathir Mohamad untuk terus mengejar jawatan Perdana Menteri buat kali yang ketiga meskipun tidak mahu lagi bekerjasama dengan Anwar Ibrahim ...
Amanah Dap Kata Anwar Pernah Setuju Terima Mahathir Pm 9

Amanah Dap Kata Anwar Pernah Setuju Terima Mahathir Pm 9

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 416 hits
KENYATAAN MEDIA Kami mengucapkan terima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat atas kenyataan media yang dikeluarkan oleh mereka pada hari ini Ia menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Keadilan berhubung keadaan politik semasa khususnya mengena...
Amanah Dap Perlu Putus Hubungan Dengan Tun Mahathir

Amanah Dap Perlu Putus Hubungan Dengan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 282 hits
Amanah DAP perlu putus hubungan dengan Tun Mahathir Oleh June 28 2020Kredit Dr Ariff Kadir Al Katami 1 Tindakan Tun kebelakangan ini banyak bercanggah dgn semangat hala tuju PH Setelah mencalonkan diri sendiri gagal Tun mencalonkan pula Pre...
Mahathir Sah Tamak Kuasa Dap Dan Amanah Harus Segera Tinggalkannya

Mahathir Sah Tamak Kuasa Dap Dan Amanah Harus Segera Tinggalkannya

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 333 hits
Pengumuman Tun Mahathir Mohamad untuk terus mengejar jawatan Perdana Menteri buat kali yang ketiga meskipun tidak mahu lagi bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan PKR hakikatnya hanya menyerlahkan gila kuasanya bekas Pengerusi Bersatu itu Kat...
Should Dap And Amanah Trust Dr Mahathir Again

Should Dap And Amanah Trust Dr Mahathir Again

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 258 hits
Nathaniel Tan Feedly com KILLING Renfri is the lesser evil Evil is evil Stregobor Lesser greater middling It s all the same The Witcher Let s start by being fair The last two joint statements by DAP and Amanah made many decent points The fi...
Kenapa Dap Amanah Tidak Bising Seperti Azmin Yang Direstui Mahathir

Kenapa Dap Amanah Tidak Bising Seperti Azmin Yang Direstui Mahathir

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 233 hits
Tindakan DAP dan Amanah menolak sebarang bentuk kerjasama dengan tiga pemimpin yang disifatkan dalang dalam Langkah Sheraton pada asasnya adalah sesuatu yang wajar dan munasabah Dalam kenyataan bersama yang diwakili oleh Salahuddin Ayub dan...
Adun Pkr Gesa Parti Keluar P Pinang Singkir Dap Amanah Dari Selangor N9

Adun Pkr Gesa Parti Keluar P Pinang Singkir Dap Amanah Dari Selangor N9

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 474 hits
on SEORANG Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari PKR menyarankan agar parti itu keluar dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang demi maruah Beliu turut menyarankan agar Kerajaan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan mengeluarkan ADUN DAP dan ...
Sikap Amanah Dap Dalam Isu Sokongan Anwar Atau Dr M

Sikap Amanah Dap Dalam Isu Sokongan Anwar Atau Dr M

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 541 hits
Part 1 Part 2 Sheraton Langkawi pulakah Dr Mahathir dipetik sebagai berkata Beliau merujuk kepada ketetapan PKR yang tidak mahu menerima beliau sebagai PM sebaliknya mahukan Anwar Sebenarnya PH ingin dan sudah pun berusaha untuk jatuhkan Mu...
We Re Still Backing Anwar But Can Wait 6 Months Dap And Amanah

We Re Still Backing Anwar But Can Wait 6 Months Dap And Amanah

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 312 hits
DAP and Amanah have reiterated their support for Pakatan Harapan chairperson Anwar Ibrahim to be prime minister but also repeated their belief that given the current situation the best tactical move would be to allow for a six month transit...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator