Kenapa Dap Amanah Tidak Bising Seperti Azmin Yang Direstui Mahathir



Tindakan DAP dan Amanah menolak sebarang bentuk kerjasama dengan tiga pemimpin yang disifatkan dalang dalam Langkah Sheraton, pada asasnya adalah sesuatu yang wajar dan munasabah.Dalam kenyataan bersama yang diwakili oleh Salahuddin Ayub dan S Kulasegaran, Amanah dan DAP berkata, tiga pemimpin itu ialah Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dan Menteri Perdangan Atarabangsa dan Industri, Azmin Ali.Kata mereka lagi, ketiga-tiga pemimpin tersebut adalah dalang jahat yang bukan saja merencana Langkah Sheraton, bahkan merekalah punca sebenar tumbangnya PH sebagai kerajaan.Tegas mereka, sebarang usaha untuk merebut kembali Putrajaya tidak harus melibatkan ketiga-tiga pemimpin itu, sebaliknya mesti merangkumi anggota parti asal gabungan PH, termasuk kem Tun Mahathir Mohamad dan Warisan yang dipimpin oleh Shafie Apdal.Walaupun tidak menyebut nama, adalah jelas kenyataan bersama itu ditujukan kepada Pengerusi PH, Anwar Ibrahim yang telah memaklumkan secara terbuka pertemuannya dengan Muhyiddin dan Hamzah, baru-baru ini.Tetapi, baik pertemuannya dengan Muhyiddin atau Hamzah, Anwar memberitahu, perkara itu telah pun dimaklumkannya kepada mesyuarat Majlis Presiden PH.Dalam pertemuan dengan Muhyiddin, Anwar berkata, ia adalah untuk membincangkan isu-isu semasa, termasuk menangani Covid-19, manakala dengan Hamzah pula berkaitan hal-hal semasa dan tentang kementeriannya.Semalam, Hamzah sendiri mengesahkan pertemuan dengan Anwar itu yang antara lain, menurut beliau, sebagai pertemuan sesama kawan lama yang tidak berjumpa dan lebih bersifat peribadi.Dengan itu, apa masalahnya kepada Salahuddin dan Kulasegaran, melainkan jika terbukti sahih pertemuan Anwar dengan Muhyiddin dan Hamzah itu sebagai sebahagian daripada usaha PH untuk merebut kembali Putrajaya?Apakah Salahuddin dan Kulasegeran tidak pernah berjumpa dengan sesiapa daripada parti lain dalam kerajaan?Lagi pun, logikkah Anwar berjumpa kedua-dua mereka untuk merebut Putrajaya, sedangkan kedua-duanya sudah pun mendakap Putrajaya dengan Muhyiddin kini adalah Perdana Menteri dan Hamzah pula Menteri Dalam Negeri?Yang hairan juga, kenapa sampai Amanah dan DAP mengeluarkan kenyataan media dalam hal ini kerana bukankah kedua-dua parti itu boleh bertanya sendiri kepada Anwar dalam mesyuarat Majlis Presiden PH?Adakah dalam mesyuarat Majlis Presiden PH sebelum ini di mana ketika Anwar memaklumkan tentang perjumpaannya dengan Muhyiddin dan Hamzah itu, DAP dan Amanah ada bertanya lebih lanjut tujuan pertemuan tersebut?Bagaimanapun, tiada jelas kenapa nama Azmin disebut sama dalam kenyataan media Amanah dan DAP kerana dalam kedaaan sekarang, adalah mustahil Anwar ada mengadakan perjumpaan dengan bekas Timbalan Presiden PKR itu.Tak tahulah pula kalau Tun Mahathir ada berjumpa dengan Azmin secara diam-diam?Seperkara lagi yang harus disedari, kecuali Muhyiddin, tingkah laku Azmin dan Hamzah dalam merosakkan perpaduan dalam PH sebenarnya sudah pun bermula sejak hari pertama PH berkuasa di mana Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ketika itu.Azmin dengan perangainya yang tak habis-habis menentang peralihan kuasa kepada Anwar, manakala Hamzah melompat daripada UMNO kepada Bersatu, juga dengan tujuan serta maksud yang sama.Malah, melalui peranan Hamzah jugalah Kongres Maruah Melayu diadakan yang meletakkan Tun Mahathir duduk sepentas dengan pemimpin UMNO dan Pas.Kepada Salahuddin khususnya, kenapa pada waktu itu beliau tidak bersuara apa-apa melihat perangai Azmin dan Hamzah yang terang-terang janggal di depan mata PH serta seolah-olah direstui Tun Mahathir?Bukankah kerana Tun Mahathir terlalu memberi muka kepada Azmin dan Hamzah sejak dulu lagi adalah merupakan sebab terpenting berlakunya Langkah Sheraton yang menyebabkan tumbangnya kerajaan PH? (Shahbudindotcom 29/06/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/kenapa-dap-amanah-tidak-bising-seperti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Dap Perlu Putus Hubungan Dengan Tun Mahathir

Amanah Dap Perlu Putus Hubungan Dengan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 282 hits
Amanah DAP perlu putus hubungan dengan Tun Mahathir Oleh June 28 2020Kredit Dr Ariff Kadir Al Katami 1 Tindakan Tun kebelakangan ini banyak bercanggah dgn semangat hala tuju PH Setelah mencalonkan diri sendiri gagal Tun mencalonkan pula Pre...
Amanah Dap Kata Anwar Pernah Setuju Terima Mahathir Pm 9

Amanah Dap Kata Anwar Pernah Setuju Terima Mahathir Pm 9

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 416 hits
KENYATAAN MEDIA Kami mengucapkan terima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat atas kenyataan media yang dikeluarkan oleh mereka pada hari ini Ia menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Keadilan berhubung keadaan politik semasa khususnya mengena...
Should Dap And Amanah Trust Dr Mahathir Again

Should Dap And Amanah Trust Dr Mahathir Again

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 258 hits
Nathaniel Tan Feedly com KILLING Renfri is the lesser evil Evil is evil Stregobor Lesser greater middling It s all the same The Witcher Let s start by being fair The last two joint statements by DAP and Amanah made many decent points The fi...
Mahathir Sah Tamak Kuasa Dap Dan Amanah Harus Segera Tinggalkannya

Mahathir Sah Tamak Kuasa Dap Dan Amanah Harus Segera Tinggalkannya

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 332 hits
Pengumuman Tun Mahathir Mohamad untuk terus mengejar jawatan Perdana Menteri buat kali yang ketiga meskipun tidak mahu lagi bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan PKR hakikatnya hanya menyerlahkan gila kuasanya bekas Pengerusi Bersatu itu Kat...
Peringatan Buat Dap Dan Amanah Biar Dr Mahathir Mati Kering Dalam Ketamakan

Peringatan Buat Dap Dan Amanah Biar Dr Mahathir Mati Kering Dalam Ketamakan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 393 hits
MAHATHIR SAH TAMAK KUASA DAP DAN AMANAH HARUS SEGERA TINGGALKANNYA Shahbudin Husin Pengumuman Tun Mahathir Mohamad untuk terus mengejar jawatan Perdana Menteri buat kali yang ketiga meskipun tidak mahu lagi bekerjasama dengan Anwar Ibrahim ...
10 Sebab Dap Amanah Perlu Tinggalkan Mahathir

10 Sebab Dap Amanah Perlu Tinggalkan Mahathir

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 259 hits
Walaupun Tun Mahathir Mohamad masih mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah bagi mengejar impiannya menjadi Perdana Menteri buat kali yang ketiga dengan cuba mencari jalan lain bagi tujuan itu di sebalik Anwar Ibrahim dan PKR telah muktamad ...
We Re Still Backing Anwar But Can Wait 6 Months Dap And Amanah

We Re Still Backing Anwar But Can Wait 6 Months Dap And Amanah

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 311 hits
DAP and Amanah have reiterated their support for Pakatan Harapan chairperson Anwar Ibrahim to be prime minister but also repeated their belief that given the current situation the best tactical move would be to allow for a six month transit...
Was Dap Campaign For Mahathir As Ph S Pm A 916

Was Dap Campaign For Mahathir As Ph S Pm A 916

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 278 hits
Anwar Harapan did explore Dr M option but he doesn t have numbers eitherPakatan Harapan did discuss Dr Mahathir Mohamad as a second option for prime minister said PKR president Anwar Ibrahim He said this was suggested in order to secure the...
Sikap Amanah Dap Dalam Isu Sokongan Anwar Atau Dr M

Sikap Amanah Dap Dalam Isu Sokongan Anwar Atau Dr M

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 541 hits
Part 1 Part 2 Sheraton Langkawi pulakah Dr Mahathir dipetik sebagai berkata Beliau merujuk kepada ketetapan PKR yang tidak mahu menerima beliau sebagai PM sebaliknya mahukan Anwar Sebenarnya PH ingin dan sudah pun berusaha untuk jatuhkan Mu...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner